You are on page 1of 2

BBM 5204 Nama No.

Matrik : : Siti Norzehan binti Bordin GS 34819

Tugasan 2

1.

Perbezaan antara klausa fonemik dengan klausa sintaksis. Klausa fonemik atau kumpulan nada adalah satu ujaran yang pendek yang diucapkan

dengan kontur satu intonasi, manakala klausa sintaksis atau nama lainnya sentiod pula hampir serupa dengan klausa fonemik tetapi tidak sama. Klausa sintaksis mengadungi satu kumpulan nada yang tunggal, walaupun biasanya dianggap mengandungi struktur dalaman dua klausa sintaksis. Ianya dapat dibezakan seperti dalam ujaran berikut :Klausa fonemik : Klausa sintaksis : Warna apa Saya hendak ke pasar

2.

Berikan satu perkataan untuk eksperimen tot (tip of the tongue) beserta definisinya. Definisi : Fungsinya adalah untuk membenarkan udara dan cahaya masuk di setiap

rumah pada zaman dahulu. Cara membukanya dengan menolak kedua-dua permukaan ke arah keluar. Pada hari ini masih lagi terdapat pada rumah-rumah di negeri melaka misalnya. Perkataan : jendela

3.

5 contoh Malapropism. 1) Seorang pemuda memberhentikan keretanya untuk membeli air kelapa di tepi

jalan. Dengan yakinnya dia pun terus meminta pesanan. Bang, bagi air kepala sebungkus!. Dalam situasi ini, malapropism telah berlaku. Ini kerana apa yang difikirkan tidak sama dengan apa yang dikeluarkan atau dilafazkan. Kelapa menjadi kepala.

2)

Seorang pensyarah bahasa sedang menerangkan pengajarannya tentang

maksud klausa fonemik kepada pelajarnya di dalam dewan kuliah. Beliau dengan yakinnya menyebut klausa fomenik adalah. Dalam situasi ini juga malapropism telah berlaku. Huruf konsonan di belakang telah bertukar dengan huruf konsonan sebelumnya. Fonemik menjadi fomenik. 3) Seorang pemuda sedang berfikir sendirian. Di dalam pemikirannya, dia ingin

menghantar keretanya untuk dicuci tetapi tidak pasti di mana tempat untuk menghantarnya. Di hadapannya ada seorang pemuda lain. Dengan yakinnya, dia bertanya kepada pemuda tersebut. dekat mana ada used car ye?. Dalam situasi ini malapropism telah berlaku. Apa yang difikirkan itu tidak seperti apa yang dilafazkan. Konsep dalam pemikirannya itu sudah ada, iaitu ianya tetap berkaitan dengan kereta. Namun ianya tersasar sedikit dan menyebabkannya mengeluarkan maksud lain dari apa yang difikirkannya. Car wash menjadi used car. 4) Seorang bapa berhasrat untuk memanggil anaknya yang bernama Fizah. Tetapi

beliau telah menyebut kesemua nama anak perempuannya yang lain terlebih dahulu. Malapropism seperti ini sering kali berlaku kerana nama adik-beradik yang hampir sama. Idah! Eh Zirah! Eh Mizah! Eh Fizah. Fizah menjadi Idah, Zirah, Mizah. 5) Seorang pemuda sedang memberi arahan melalui telefon bimbit kepada

rakannya bagaimana hendak ke rumahnya. Dengan ujaran yang agak laju, dia pun bercakap, lepas trafic light tu kau lu turn. Dia sebenarnya ingin menyebut u-turn. Keadaan seperti ini mungkin disebabkan oleh kehadiran perkataan lain sebelum u-turn itu bermula dari konsonan l, seperti perkataan lepas dan light telah mengganggunya. Dengan keadaannya yang bercakap laju, dia tidak dapat menyebut perkataan u-turn dgn tepat. Oleh itu berlakulah malapropism. U-turn menjadi lu turn.

You might also like