You are on page 1of 45

pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. Bentang hasil pembelajaran.

Tutorial 2 : Bincangkan dalam kumpulan kecil tentang

Kelly Ho Wong wen Quen

Pantang Larang
Definisi Merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi secara turun-temurun Rakyat malaysia yang pelbagai kaum masing mengamalkan pantang larang mengikut kaum masingmasing.

Tujuan
Pada zaman dahulu, pantang larang digunakan sebagai

kaedah untuk menyampaikan pengajaran kepada


masyarakat. Sesuatu peraturan yang hendak dikuatkuasakan akan disertakan dengan pantang larang supaya mesyarakat takut untuk melanggar peraturan tersebut.

Asal-Usul
Pantang larang kaum India bermula dengan perkembangan agama Hindu di India. Pantang larang kaum Cina pula berasal dari negara China. Bagi masyarakat bumiputera pula,pantang larang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak zaman

berzaman.

Pandangan Masyarakat Walaupun pantang larang berbeza mengikut

kaum,namum ada yang telah diterima pakai oleh semua


kaum. Ada juga yang diubah suai mengikut tempat atau agama. Yang penting,rakyat Malaysia haruslah saling memahami dan menghormati pantang larang yang diamalkan oleh setiap kaum.

Pantang Larang Orang Melayu

Perkahwinan
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul Untuk menimbulkan perasaan rindu. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. Untuk menjaga nama baik keluarga.

Untuk menjaga nafsu

Pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana


takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan untuk mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.

Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air


besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana


angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Perayaan
Hari Raya Aidilfitri
Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-wangian. Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.

Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau. Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur. Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa. Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan. Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat,lemang,rendang dan berbagai-bagai lagi.

Hari Raya Aidiladha

Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir


miskin dan juga orang ramai. Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangi-wangian.

Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang


telah pergi. Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.

Mengandung
Mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau
mengumpat.

Dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau


senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.

Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang Suami dilarang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang.

Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan


anak yang di kandung.

Lelaki
Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. Dilarang kencing atas busut, dikatakan burukkemaluan. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati..


Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Perempuan
Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai

dipelamin.
Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.

Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti


didatangi sial. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang


diserambi rumah sahaja.

Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti


datang sial. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin

ramai.
Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

Ketika Makan
Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. Makan pisang kembar, akan beranak kembar. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. Makan sisa anak, anak akan degil.

Tidur selepas makan, nanti perut buncit.


Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba,nanti suami diambil orang.

Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.


Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir


sumbing. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. Makan berlunjur,akan jadi pemalas. Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

Bayi
Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan semangat kerana ditakuti menjadi kurus. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit

perut.
Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubunubun kepaladan pada pusatnya kerana dikatakan

pendek umur.
Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum,ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayisedang bermain dengan urinya. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Sewaktu Tidur
Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.

Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.


Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.

Di dalam Hutan
Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.

Dilarang bercakap besar ketika berada di hutan, nanti


mendapat bencana.

Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.


Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri

suara hantu.
Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang

Pantang Larang Orang Cina

Pertunangan
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia
hendaklah bersesuaian denganbintang kelahiran kedua pasangan tersebut.

Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh


tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk berkahwin dalam bulan 'hantu'/qin min (July/Ogos)memperingati orang yang telah mati

Perkahwinan
Jika terdapat kematian di kalangan ahli keluarga pengantin, perkahwinan mesti ditangguhkan pada tahun hadapan atau selama seratus hari.

Baju pengantin berwarna putih, merah atau kuning.


Baju hitam, biru dan kelabu dilarang kerana melambangkan kematian dan kesedihan.

Tetamu dilarang memakai baju berwarna hitam.

Orang yang kematian keluarga tak boleh bagi


angpow/hadiah kepada bakal pengantin. Perkahwinan yang mempunyai nama keluarga yang sama juga tidak digalakkan untuk mengelakkan berkahwin dengan

keluarga.

Sewaktu Mengandung
Ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung Mementingkan anak lelaki kerana boleh melanjutkan keturunan .Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin,mereka

dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Digalakkan bekerja -mudah bersalin. Tidak dibenarkan melakukan kerja seperti memaku -dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.

Tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut


-bayi mempunyai sifat yang manja. Tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang -menghindari bayi dari terkena badi.

Menghindari perselisihan

-kandungan tidak mengalami gangguan.


Tidak memberi nama kepada bayi yang belum lahir -mengelakkan perasaan kecewa. Dilarang makan nenas dan mangga & tidak digalakkan makan banyak

-ditakuti bayi akanmenjadi besar, membuatkan ibu sukar


untuk bersalin

KELAHIRAN
Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Kepala ibu yang berpantang tidak boleh kena air. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan

sehelai kain pada perutnya untuk mengelakkan perut


bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda baik bagi masyarakat Cina.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahandan kesejahteraan. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelokeloknya sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas,air,

api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

KEMATIAN
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila simati

diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke


kawasan perkuburan ditanam .Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa.

Tangisan mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat

dikebumikan.
Ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam.]Warna lain dan baju berbunga tidak digalakkan kerana akan dianggap mempersenda si mati dan keluarganya. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi.

Tahun Baru Cina


Dilarang menyapu selama tiga hari kerana akan menghilangkan tuah Angpow hanya diberi kepada yang belum

berkahwin
Angpow tidak boleh diberi selepas Cap Goh Meh.

Perniagaan
Masa yang baik mengadakan majlis adalah tengah hari
dan petang. Tarian singa dipercayai mendatangkan tuah dan rezeki

yang melimpah.
Kalungan bunga yang dihadiahkan perlu berwarnawarni. Apabila majls bertembung dengan perarakan kematian, ia memberi alamat yang tidak baik.

Memilih hari yang baik dengan bantuan tukang tilikdan


ahli feng shui.

Penyapu
Dipercayai mempunyai roh atau semangat. Tidak boleh digunakan untuk membersihkan

perkakas memuja dan kawasan sembahyang.


Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan.

Nombor
Digunakan untuk mentafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Nombor 8 paling digemari kerana sebutannya dalam

bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah.


Nombor 4 dan 7 pula melambangkan kematian Nombor 1 melambangkan kesunyian.

Pantang Larang Orang India

Perkahwinan
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan, jika terdapat kesilapan bermakna

perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar .


Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu.

Semasa Mengandung
Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.

Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam


Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.

Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri dari melakukan kerja yang berat. Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru

dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang


baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

Kematian
Gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik. Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang

tamu.
Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan.

You might also like