You are on page 1of 21

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.1

Sipnosis Tajuk ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tiga perkara utama, iaitu konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan baku. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; ii. membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; iii. menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; iv. menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.

1.3

Definisi Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Apakah yang dikatakan bunyi-bunyi yang bermakna itu? Kita sedia maklum pertuturan ialah bunyibunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa. Cuba anda fikirkan pelbagai bunyi yang boleh dihasilkan melalui mulut selain daripada pertuturan. Misalnya bunyi siulan, batuk, dengkuran dan berdehem. Adakah bunyi ini bermakna? Boleh ya, boleh tidak.

Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna adalah yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya adalah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Fonetik pula ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi, pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori dan sifat bunyi atau fonetik akustik. Seterusnya, fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, bunyi bahasa itu. iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur

Aktiviti 1 Catatkan perbezaan definisi fonologi dan fonetik yang telah anda pelajari.

1.3.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.

1.3.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

1.3.3

Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang

paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

1.4

Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Anda boleh membaca perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dengan merujuk buku Siti Hajar Abd. Aziz (2008).

Aktiviti 1 1. 2. Secara berkumpulan, anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di dalam kelas anda.

msklumat tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori.

1.5

Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988).

1.6

Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Huruf dan fonem vokal a Sebutan Baku Vokal a dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal a disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf i. Berdasarkan sebutan baku, fonem vokal i perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal i Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa]

perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal i pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. Contoh: Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf u. Mengikut sebutan baku fonem vokal u perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal u perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal u pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK. Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top)

Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Sebutan baku [pe nga jar] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja]

Pengedar Terasa Berlari terangkat

[pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat]

[pe nge da] [te ra s] [ber la ri] [ter ang kat]

Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu. Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris Frasa drama 1.7 Intonasi dalam Bahasa Melayu Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu [fat wa] [tak wa] [mak na] [fra sa] [dra ma] [fat wa] [tak wa] [mak n] [fra sa] [dra ma] [bang sa] [bang s] Sebutan baku [an da] [mer de ka] Sebutan Johor-Riau [an da] [mer de ka]

mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.ham.mad hat.ta] [jms bnd] [nl.sen man.d.la] [lim kng yk] [but.ros but.ros gha.li]

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.la.ngor da.rul h.san] [bos.nia her.ze.go.vi.na] [pyong.yang] [niu zi.lnd] [sun.wi le.gun]

Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [bangk bu.mi.pu.te.ra] [ra.dio t.l.vi.syen me.l.sia] [u.ni.ver.si.ti tk.no.lo.gi me.l.sia] [a.gn.si pe.ngi.la.nan mul.ti.m.dia] atau [a.gn.si peng. ik.la.nan mul.ti.m.dia]

Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara

pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fl.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.ns.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) [am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK RTM PLO Sebutan [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.l.di.m] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [j.k.k.k] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) [ar.ti.m] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi.l.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin)

TAJ UK 2 DAN 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

2.1

Sipnosis Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. Perbincangan turut merangkumi artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. Selain itu, perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.

2.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. ii. iii.

Mengenal pasti definisi artikulasi, artikulator, diftong dan konsonan Mengenal pasti alat-alat artikulasi, artikulasi vokal, diftong dan konsonan Menghuraikan jenis-jenis alat artikulasi, artikulasi vokal, artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu

2.3

Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

2.4

Alat-Alat Artikulasi Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin, 1998:16-17).

2.5

Alat-Alat Artikulasi Vokal

Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:
Depan hampar Tinggi(sempit) i Separuh tinggi e (separuh sempit) Separuh rendah (separuh luas) Rendah(luas) a Tengah neutral Belakang bundar u o

Aktiviti 2

Rajah 2.1: Bahagian Lidah

Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan Labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat bahasa. dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [] i._____________________________ vii.________________________ dan [ ]. Bunyi-bunyi [] dan [ ] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan ii._____________________________ viii.________________________ yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos. Layari internet untuk iii._____________________________ ix.________________________ melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. iv._____________________________ v._____________________________ vi._____________________________ ___________________________ x.__________________________ xi._________________________ xii.________________________

2.6

Diftong dan Konsonan

Menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63), diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap (Abdullah Hassan,2006:44).

2.7

Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai (Abdullah Hassan, 2006:42). Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah

sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.

2.8

Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [a ] dalam [pula ] pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun, iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi.

Konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan contohnya p] (awal) dan [atap] (akhir). Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [] untuk menghasilkan bunyi [], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [] untuk mendapatkan bunyi [j]. [pulau]

Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [ ], dan [ ].

Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [], dan [h].

Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi [y]. vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan

Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].

Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-gigi tak bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak bersuara, (iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara.

Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] fikir, [hafal] hafal, dan [ma af] maaf. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [v kal] vokal, [vrsi] versi, dan [univrsiti] universiti.
?

Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [ ala a] Selasa (thalatha), [i nen] Isnin (Ithnin), dan [hade ] hadis (hadith). Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula, sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [alem] zalim (dzalim), dan [haer] hadir (hadzir).

Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] khabar, [axbar] akhbar, dan [axer] akhir.

Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [7 ] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [7 aeb] ghaib, [lo7 at] loghat, dan [bale7 ] baligh. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataanperkataan Melayu seperti orang [ 7 a ] dan [ba7 a ] sebagai kelainan kepada getaran

gusi [r].

Aktiviti 3

1.

Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) (ii) ghairah cabar (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat

(iii) masyhur (iv) dekad (v) 2. pulau

Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari.

TAJUK 4

HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU

4.1

Sipnosis Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

4.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. ii. Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

iii. Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan

4.3

Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan,2006:44).

4.4

Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling dan o. Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan. Selain itu, terdapat juga tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 di bawah.

Huruf Diftong ai au oi

Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi]

Ejaan pantai pulau sepoi

Sebutan [pan.tai] [pu.lau] [se.poi]

Rajah 4.1: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4.5 Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006). Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Daripada segi cara sebutan, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal. Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan mana, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat

lain, huruf i (ilmu), a (alam), u (umur) digugurkan. Ejaan nama seperti Abdullah, Saodah, Nor Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng. Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96). Aktiviti jika 4 anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Sebenarnya Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan Teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu huruf. Empat lagi konsonan Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ejaan. Namun, gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ditunjukkan. walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya tetap sama.

Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.

Cara SebutanD C Daerah SebutanBibir B Gusi G G Gusi-L KerasLelangit K Keras L Lelangit LembutPita S Suara 123456Letupan L t? dGLetusan L bjSengauan S b Geseran G hGetaran G Si s lSeparuh sian S Vokalbw

Aktiviti 5

Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.

Cara SebutanD C Daerah SebutanBibir B Gusi G G Gusi-L KerasLelangit K Keras L Lelangit LembutPita S Suara 123456Letupan L t? dGLetusan L bjSengauan S b Geseran G hGetaran G Sisia nlSeparuh S Vokalbw

You might also like