You are on page 1of 18

KETAKSAAN DALAM AYAT 1. 1.

1 PENDAHULUAN Latar Belakang Ketika berkomunikasi, kita sering kali berhadapan dengan pentafsiran makna. Kita juga sering keliru dalam memahami makna yang diucapkan oleh orang yang bercakap dengan kita dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini adalah disebabkan terdapat perkataan-perkataan yang jelas maknanya ada juga perkataan-perkataan yang tidak jelas maknanya. Perkataan tersebut memerlukan pentafsiran yang mendalam akibat berlakunya kekaburan makna. Jadi, pada hari ini kita akan melihat pula mengenai ketaksaan. Ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mandefinisikan taksa ialah sesuatu yang mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran. Darwas Harahap, 1994: 41 menyatakan taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada lagu bahasa atau intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan. Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti sesuatu ayat, kita perlu secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat tertentu jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan. Jelaslah bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan pula, hal ini dapat

dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan. Demikian wajah ayat yang mengandungi unsur ketaksaan, kerana satu pola ayat tidak semestinya mempunyai satu makna. Satu pola ayat yang sama dapat diertikan dengan lebih daripada satu pengertian. Jadi, untuk dapat mengenali perbezaan erti ini kita perlulah menyedari kewujudan dua erti yang terkandung dalam satu ayat yang sama itu. Hanya intuisi berbahasa kita yang dapat menentukannya. Ketaksaan adalah salah satu unsur sastera. Ciri-ciri ketaksaan penting sebagai satu gejala, tanda dan unsur di dalam karya kreatif. Ia berkait rapat dengan proses kreatif, pemikiran dan ideologi pengarang. Ketaksaan juga membawa maksud perihal yang kabur atau taksa (Kamus Dwibahasa, 2001: 38). Kekaburan atau ketaksaan itu bertujuan untuk menyembunyikan maknanya yang sebenar. Justeru sifat ketaksaan menjadi penting dalam karya kreatif sebagai sebuah teks mengandungi makna yang tersirat, yang tidak dikhabarkan dengan jelas oleh pengarangnya. Ketaksaan atau ambiguiti diletakkan dalam kategori intuition dan bertaraf (degree of evidence) yang sinonim ertinya dengan uncertainty, incertitude, doubtfulness, dubiety, dubiousness, indetermination, slipperiness, fallibility, perplexity, dan hestitation. Memahami maksud intuisi, maka ketaksaan terjadi atau berlaku sebagai satu cara bagaimana seseorang penulis atau pengarang mengambil sikap, dalam rangka mencipta karya dan pemikiran kreatifnya, melalui beberapa kualiti gaya yang bersamaan pula dengan maksud kekaburan (obscurity), di samping kata imperspicuity. Kata sifat: obscure, confused, ambiguous, vague, unintelligible, dan involved ini, kesemuanya diletakkan dalam kelompok Komunikasi Idea dalam Rogets Thesaurus, (1992; 571).

1.2

Penyataan Masalah Setiap manusia tidak pernah luput dari berkomunikasi. Komunikasi merupakan suatu

cara bagi manusia untuk berinteraksi dengan manusia lainnya. Salah satunya dengan menggunakan media bahasa. Dengan menggunakan bahasa inilah manusia dapat berkomunikasi. Bahasa Melayu adalah bahasa yang terpenting di Malaysia, karena dengan adanya bahasa Melayu, semua kaum yang ada di Malaysia dapat disatukan sehingga dapat berkomunikasi dengan baik iaitu dengan menggunakan Bahasa Melayu. Ada pepatah yang menyatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa. Tutur bahasa seseorang menunjukkan tinggi rendahnya budaya orang itu. Malaysia merupakan Negara yang berbilang kaum dan bangsa dengan latar belakang yang berbeza-beza. Disitulah letak fungsi bahasa Melayu iaitu menyatukan bangsa dengan satu bahasa sehingga menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi di Malaysia. Meskipun Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia, tetapi masih ada penggunaan Bahasa Melayu yang tidak sesuai dengan cara penggunaannya, iaitu masih ada kesalahan-kesalahan dalam penggunaan bahasa, baik dalam pengucapan mahupun pada penulisan. Salah satu jenis kesalahan dalam berbahasa dan komonikasi suatu tulisan atau tuturan ialah kerana adanya ketaksaan. Oleh kerana banyaknya kesalahfahaman dalam menggunakan suatu kata atau kalimat, pengkaji cuba menganalisis kesalahan tersebut dalam tajuk kajiannya Ketaksaan Dalam Ayat.

1.3

Objektif Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk melihat jenis-jenis ketaksaan yang sering didapati atau

berlaku dalam sesuatu ujaran atau ayat yang mendorong sehingga mengakibatkan terjadinya ketaksaan dalam sesuatu ujaran atau ayat. Objektif kajian ini akan tertumpu pada aspek aspek berikut:1. Mengenalpasti jenis-jenis ketaksaan dalam sesuatu ujaran atau ayat. 2. Mengesan ketaksaan dalam sesuatu ujaran atau ayat. 3. Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksaan dalam sesuatu ujaran atau ayat.

1.4

Persoalan Kajian Persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah apabila seseorang itu membina

ayat, adakah aspek makna atau semantik diberi perhatian yang sewajarnya, selain aspek tatabahasa? Jika ayat yang dibina tidak memberi perhatian kepada aspek makna, maka sudah tentu ayat yang dibina atau diujarkan itu akan menimbulkan ketaksaan atau ambiguiti. Oleh yang demikian, aspek makna tidak boleh dikesampingkan ketika membina atau mengujarkan ayat. Kita haruslah berhati-hati ketika membina ayat supaya tidak terperangkap dalam membina ayat yang taksa.

1.5

Kepentingan Kajian Kepentingan dalam kajian ini diantaranya ialah kita akan mendapat pengetahuan baru

tentang kesalahan berbahasa khususnya ketaksaan, yang sekaligus akan menggerakkan kita untuk bertindak supaya memperbaiki kesalahan-kesalahan tersebut dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian.

2.

Analisis Kajian Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian

bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.Contoh: 1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibubapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan ertiini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu,kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa

Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya. Jelaslah bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan. Ketaksaan juga dapat dilihat dalam amalan menerima surat pekeliling daripada

majikan oleh pegawai-pegawai di bawahnya. Hal yang ingin ditimbulkan di sini ialah aspek bahasa yang terkandung dalam surat pekeliling tersebut. Cara pekeliling tersebut ditulis menjadi persoalan di sini. Salah satu ayat dalam surat itu berbunyi: Tuan/puan dijemput hadir dan kehadiran adalah diwajibkan.. Sekilas imbas kelihatan ayat ini menetapi aturan nahu, dan tidak berbunyi ganjil atau janggal. Ayat ini sebenarnya merupakan ayat majmuk gabungan yang menggabungkan dua ayat penyata, iaitu ayat (1) Tuan/puan dijemput hadir dan ayat (2) Kehadiran adalah diwajibkan. Ayat gabungan ini merupakan ayat yang terdiri daripada dua ayat penyata untuk dijadikan ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung dan. Menurut Tatabahasa Dewan (1993), ayat majmuk gabungan ialah ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun secara berturut-turut. Hal ini bermakna fakta-fakta yang disusun adalah bersifat urutan, dan dengan demikian ayat kedua mengukuhkan hal yang diperkatakan dalam ayat pertama. Umpamanya, dalam ayat majmuk gabungan Zainab mengambil pen dan menulis surat kepada kawannya, terdapat urutan antara dua ayat Zainab mengambil pen dan Zainab menulis surat kepada kawannya. Kedua-dua ayat yang digabungkan ini kelihatan mempunyai urutan idea dan hubungan makna. Justeru ayat majmuk gabungan yang dibina di atas merupakan ayat gramatis kerana tidak terdapat percanggahan atau pertentangan makna antara kedua-dua ayat tersebut. Selain itu, ayat ini turut mematuhi aturan nahu.

Bagaimana pula dengan ayat:

Tuan/puan dijemput hadir dan kehadiran adalah

diiwajibkan? Sudah nyata timbul keraguan tentang makna ayat ini kerana terdapat pertentangan makna dalam ayat ini. Jika diamati ayat tersebut dengan teliti, jelas wujud keraguan tentang makna yang didukung dalam ayat ini. Hal ini kerana terdapat pertentangan makna antara ayat (1) Tuan/puan dijemput hadir dan ayat (2) Kehadiran adalah diwajibkan. Yang menjadi pertentangan makna dalam ayat ialah penggunaan perkataan jemput dan wajib dalam ayat (1) dan ayat (2). Berdasarkan komponen makna bagi perkataan jemput dan wajib, jelaslah bahawa kedua-duanya tidaklah bersinonim. Kata jemput bermaksud pelawa, alu-alu, manakala wajib pula diertikan sebagai mesti, perlu dan tidak boleh tidak. Dengan demikian jelas bahawa dalam ayat-ayat ini terdapat percanggahan makna antara kata jemput dan wajib. Dalam hal membina ayat, makna merupakan aspek yang amat penting. Tanpa menghitung aspek makna dalam binaan ayat, maka ayat yang dibina, meskipun tepat dari segi nahu, namun boleh menimbulkan keraguan maksud. Cuba perhatikan ayat-ayat yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Rosli masih menduda walaupun sudah berkahwin. Kereta baru Raj amat cantik tetapi kelihatan hodoh. Ah Long gagal dalam peperiksaannya meskipun sudah lulus. Saya membenci semua perkara yang saya suka. Kapal terbang masih di darat walaupun sudah berlepas sebentar tadi. Seperti yang terpapar dalam ayat-ayat ini, kelihatan ayat-ayat ini, walaupun dibina secara gramatis, namun tidak boleh dianggap ayat yang betul kerana ketaksaan makna yang wujud di dalam beberapa perkataan dalam ayat-ayat itu. Terdapat percanggahan makna dalam kelima-lima ayat di atas. Terdapat percanggahan makna antara perkataan bujang dan

berkahwin, cantik dan hodoh, gagal dan lulus, membenci dan suka, dan di darat dan berlepas.. Misalnya, dalam ayat (1) terdapat dua ayat penyata,iaitu Rosli masih bujangdan Rosli sudah berkahwin. Lazimnya, orang bujang ialah orang yang belum berkahwin dan dengan demikian tidaklah lojik kalau orang itu masih boleh mengekalkan taraf bujangnya, walaupun sudah berkahwin. Apabila seseorang itu sudah berkahwin, tentunya dia akan hilang status bujangnya. Dengan demikian tidak dapat diterima ayat ini sebagai ayat gramatis kerana ketaksaan makna dalam ayat ini. Seperti juga hal dalam ayat-ayat lain kerana wujud ketaksaan makna. Berbalik kepada persoalan ayat dalam surat pekeliling tadi, penggunaan perkataan jemput hadir dan wajib hadir menimbulkan ketaksaan makna di kalangan pembaca. Timbul beberapa tanda tanya: Adakah semua staf diwajibkan hadir majlis itu? Adakah semua staf hanya dijemput hadir? Kalau semua staf diwajibkan hadir, memadailah kalau ayat itu berbunyi Tuan/puan diwajibkan hadir sahaja dan kalau tidak diwajibkan hadir, sepatutnya ayat itu berbunyi, Tuan-tuan dijemput hadir sahaja. Dengan cara yang sedemikian, pembaca surat pekeliling akan mengetahui maksud surat tersebut, lalu akan mengambil keputusan yang tepat, sama ada mahu hadir atau tidak hadir dalam majlis tersebut. Ketaksaan dapat ditimbulkan dalam berbagai variasi tulisan atau tuturan .sehubungan dengan ketaksaan ini Kompson (1977) yang dikutip oleh Ullman (1976) menyebutkan tiga bentuk utama dari ketaksaan, ketiganya berhubungan dengan fonetik, gramatikal, dan leksikal. Ketaksaan ini muncul bila kita sebagai pendengar atau pembaca sukar untuk menangkap pengertian yang kita ucapkan atau yang kita dengar. Ketaksaan merupakan bahagian dari makna bahasa yang terdapat dalam sebuah tuturan atau tulisan. Ketaksaa dapat terjadi pada semua tataran bahasa, baik kata, frasa, klausa, kalimat, maupun sebuah wacana. Ketaksaan sering digunakan oleh para penutur dengan maksud-maksud tertentu, yang kadang-kadang sengaja di buat untuk menyembunyikan maksud tuturannya yang sebenarnya,

ini biasanya untuk menyindir seseorang namun dengan perkataan yang tidak dengan sesungguhnya. Ketika berkomunikasi, mungkin dapat dilihat dengan pengucapan yang agak perlahan, sedangkan untuk yang bertulis, apabila kurang sedikit saja tanda baca maka kita akan menafsirkan suatu kalimat atau kata menjadi berbeza dari makna yang diinginkan oleh penulis. Dari sudut linguistik, ada tiga bentuk ketaksaan, iaitu: 1. 2. 3. Ketaksaan fonetik, Ketaksaan gramatikal Ketaksaan leksikal

Berikut adalah penjelasan tentang ketiga-tiga jenis ketaksaan itu : Ketaksaan fonetik (bunyi) Ketaksaan pada peringkat ini terjadi kerana terdapatnya bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan. Kadang-kadang kita salah mentafsirkan makna suatu kata atau frasa kerana ketika berkomunikasi, frasa atau kata itu terlalu cepat diucapkan. Misalnya, ujaran Yang berdiri di depan kakak ibu. Ujaran ini jika pengucapannya tidak dibatasi oleh jeda akan dapat ditafsirkan, yang berdiri di depan itu kakak kepada ibu (makcik) atau boleh juga ditafsirkan, yang berdiri di depan kakak itu adalah ibu.

Ketaksaan gramatikal Ketaksaan gramatikal muncul ketika terjadinya proses pembentukan satuan kebahasaan baik dalam tataran morfologi, kata, frasa, ujaran ataupun patagraf dan wacana. Ketaksaan kata yang disebabkan kerana morfologi akan hilang dengan sendirinya ketika

diletakkan dalam konteks kalimat yang benar. Berikut adalah contoh ketaksaan gramatikal : a) Ketaksaan yang disebabkan oleh peristiwa pembentukan kata secara gramatikal.

Misalnya kata tidur setelah mendapat awalan pe- berubah menjadi penidur. Penidur, kata ini dapat diertikan sebagai orang yang suka tidur dan dapat juga diertikan ubat yang menyebabkan orang tertidur. b) Ketaksaan pada frasa. Contoh, orang tua dalam bahasa melayu boleh diertikan orang

tua kita iaitu ibu dan ayah, atau orang yang sudah tua. Untuk menghindari ketaksaan ini, kita harus menambahkan unsur penjelas seperti: orang tuaku atau orang tuanya untuk frasa yang mengacu kepada ayah dan ibu. Sedangkan untuk makna yang kedua dapat ditambahkan kata yang maka menjadi orang yang sudah tua. Ketaksaan leksikal Setiap kata dalam bahasa dapat memiliki makna lebih dari satu. Akibatnya, orang sering kali keliru mentafsirkankan makna suatu kata. Jadi, makna suatu kata mungkin berbeza bergantung kepada konteks sesuatu ujaran atau ayat tersebut. Seperti kata menggali yang digunakan dalam bidang perkebunan akan berbeza maknanya jika digunakan dalam bidang hukum atau keadilan. Contoh dalam ayat: petani sedang menggali tanah dibelakang rumahnya. Akan berbeza maknanya dengan ayat Polis sedang berusaha menggali informasi daripada saksi-saksi yang melihat kejadian.

Faktor-faktor yang menyebabkan ketaksaan dalam ayat. Setelah menganalisis sumber-sumber tentang ketaksaan, didapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya ketaksaan dalam ujaran atau ayat iaitu dari sudut morfologi, sintaksis dan struktural. Berikut adalah penerangan bagi setiap sudut:

Sudut Morfologi Morfologi dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu cabang dalam ilmu yang mempelajari tentang perubahan bentuk kata yang dapat menimbulkan makna baru yang lebih luas. Terdapat beberapa jenis ketaksaan dalam bidang morfologi seperti: Afiks : Suatu bentuk yang di dalam suatu kata merupakan unsur langsung, bukan bentuk bebas serta memiliki kesanggupan melekat pada bentuk-bentuk lain untuk membentuk kata baru ; imbuhan. Prefiks ter : Memiliki erti dapat, tak sengaja, paling, sampai ke-. Pada ayat dibawah ini misalnya : Pil itu tertelan oleh saya. Dapat bererti akhirnya dapat ditelan atau mungkin juga bererti tak sengaja ditelan. Prefiks ber : Mempunyai erti menghasilkan, mempunyai, mengucapkan, dan melakukan. Taman bunga itu kini telah berkembang. Berkembang dalam kalimat ini boleh bererti telah menghasilkan kembang atau berubah keadaan menuju kearah lebih baik. Prefiks pe : Memiliki dua erti, dapat bererti orang yang melakukan pekerjaan dan juga alat yang digunakan melakukan pekerjaan. Seperti beberapa contoh berikut, yang menyebabkan ketaksaan adalah kedua makna yang dimiliki oleh prefiks pe-.Pemijat itu tidak bekerja dengan baik. Dimana pemukulnya? Sufiks an : Bila digunakan dalam ujaran dapat bererti hasil, cara, alat, apa yang di. Oleh sebab itu, ketaksaan boleh terjadi kerana berbagai erti tersebut. Sebagai contoh: Pengukurannya sangat akurat. Telitilah agar penghitungannya tepat. Pukulannya memang hebat.

Kata pengukuran dapat diertikan cara mengukur, alat pengukur atau hasil pengukuran. Kata penghitungan dapat diertikan cara menghitung atau hasil penghitungan. Sedangkan kata pukulan dapat diertikan cara memukul, alat memukul, dan hasil memukul.

Leksikon (Faktor kata) Kepolisemian Suatu bentuk kata yang mempunyai makna lebih dari satu sehingga terbentuk menjadi ayat yang taksa. - Aku sedang mencari ilham. (nama orang, inspirasi) - Saya minta diri ke belakang. (lawan dari depan, tandas) Kehomoniman Suatu bentuk kata yang sama ejaannya tetapi memiliki makna yang berbeza. Kata yang homonim sangat berpotensi menyebabkan ketaksaan dalam ayat atau ujaran berbahasa melayu. Seperti contoh dibawah ini. - Orang itu tidak ingin tahu. (nama makanan yang diperbuat dari kacang soya, mengetahui). - Saya yakin itu pasti bisa. (racun yang dimikili oleh ular, boleh diselesaikan) Preposisi Misalnya preposisi ke- dalam ujaran berikut : - Saya keberatan jika keputusannya seperti itu. (keberatan dapat diertikan tidak menyetujui atau ke tempat yang namanya Beratan)

- Keranjang itu akan dibawa ke ranjang. - Bawa kemeja itu dan letakkan disana Apabila ujaran kedua di ucapkan maka akan menimbulkan ketaksaan, tapi jika dituliskan akan dapat dilihat perbezaannya. Antonim Penggunaan kata yang dinegatifkan akan mengakibatkan sebuah ujaran atau ayat menjadi taksa. - Joni tidak cukup pintar - Sepertinya orang itu sudah tidak muda lagi Ketaksaan dapat di lihat apabila kata minggu boleh saja bererti isnin, selasa, rabu, dan seterusnya. Manakala tidak muda belum tentu bererti tua sekali.

Sudut Sintaksis Sintaksis merupakan pengetahuan tentang susunan kata dan ayat ( ilmu tatabahasa). Jenis kata majmuk dan ungkapan. Contohnya; - Siapa pun yang hadir di sini boleh bersuara ( kata 'bersuara' dapat bermakna mengeluarkan suara atau 'menyampaikan aspirasi'). - Ketika ini dia sedang gulung tikar (sedang menggulung tikar atau muflis) - Real Madrid kalah, penonton gigit jari (menggigit jarinya atau menyesal) Jenis kata ulang. Contoh:

Kata ulang juga memungkinkan terjadinya pentafsiran taksa. - Zaki menjual buah-buahan (kata buah-buahan dapat ditafsirkan bermacam-macam buah atau buah tiruan).

Sudut Struktur Ketaksaan boleh disebabkan struktur pada ayat atau ujaran atas beberapa bahagian antara lain struktur frasa dan struktur ayat. a. Struktur Frasa Frasa adalah satuan gramatikal yang berupa gabungan kata yang bersifat nonpredikatif. Batasan itu diguna untuk membezeakan frasa dengan ujaran (klausa) kerana ujaran merupakan gabungan kata yang bersifat predikatif. Ujaran bermakna ganda yang disebabkan struktur frasa, misalnya: 1. Isteri kopral yang ramah itu mengenakan baju biru. 2. Isteri kopralnya yang ramah atau kopralnya yang ramah. Itu buku Haziq. Itu buku milik Haziq, itu buku karangan Haziq atau itu buku tentang Haziq. b. Struktur Kalimat Struktur ujaran merupakan salah satu penyebab pentafsiran makna suatu ujaran menjadi taksa. Walaupun semua kegandaan itu pada akhirnya akan menyebabkan kegandaan pada ujaran tetapi kegandaan kerana struktur ujaran perlu dikhususkan kerana kegandaan ini hanya dapat diketahui dalam keseluruhan ujaran.

Contoh : Pelantikan Dekan baru diselenggarakan di Kampus Shah Alam Pelantikan-Dekan baru diselenggarakan di Kampus Shah Alam. Pelantikan Dekan-baru diselenggarakan di Kampus Shah Alam. Pelantikan untuk Dekan baru diselenggarakan di Kampus Shah Alam.

Kesimpulan Berdasarkan analisis di atas maka dapat diperoleh beberapa kesimpulan sebagai berikut. Ketaksaan (ambiguity) ; 1 sifat atau hal yang bererti dua: kemungkinan yang mempunyai dua pengertian; taksa; 2 ketidaktentuan; ketidakjelasan; 3 kemungkinan adanya makna yang lebih dari satu atas suatu karya sastra; 4 kemungkinan adanya makna lebih dari satu pada suatu kata, gabungan kata, atau ujaran. Tiga bentuk utama ketaksaan adalah ketaksaan pada sudut fonetik (bunyi), ketaksaan pada sudut gramatikal, dan ketaksaan pada sudut leksikal. Ketaksaan dalam ujaran dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu dari segi morfologi, sintaksis, dan struktural. Diharapkan setelah membaca analisis ini, pembaca dapat memahami dengan baik apa yang dimaksudkan dengan ketaksaan dan apa-apa saja faktor yang menyebabkan ketaksaan. Oleh yang demikian pada masa hadapan dapatlah diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kesalahan-kesalahan dalam berbahasa pada umumnya dan ketaksaan dalam ayat dan ujaran pada khususnya dapat kurangkan atau mungkin dihilangkan.

Bibliografi S. Nathesan(2008). Makna Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammed Salehudin Aman(2009). Tatabahasa: Ketaksaan Ayat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kridalaksanan, Harimurti. 1993. Kamus Linguistik. Edisi Ketiga. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama

Umar Junus, 1988. Karya Sebagai Sumber Makna: Pengantar Strukturalisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber internet http://nathesan.com/ketaksaan.htm http://sosiosofuan.blogspot.com/2012/04/22-ketaksaan-dan-kekaburan-makna.html http://pelabuhanrasaadi.blogspot.com/2010/12/ketaksaan-ambiguitas.html

SEMANTIK BAHASA MELAYU BBM 5205

TAJUK NAMA

: :

KETAKSAAN DALAM AYAT SITI NORZEHAN BINTI BORDIN GS 34819 1 PROF. MADYA DR. ZAITUL AZMA BT ZAINON HAMZAH

NO. MATRIK : SEMESTER :

PENSYARAH :

You might also like