You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN MELAKSANAKAN PROGRAM KECERIAAN SEMPENA 3 K PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011

ANJURAN UNIT 3K DENGAN KERJASAMA PERSATUAN IBU BAPA-GURU


______________________________________________________________________

1. TUJUAN Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Yang Dipertua,melalui Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru untuk menimbang dan bersetuju: 1.1 1.2 Mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah; dan Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM

2. LATAR BELAKANG 2.1 Merujuk kepada Rancangan Tahunan Jawatankuasa 3K,memutuskan untuk melaksanakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah pada tahun 2011 dan meminta kerjasama daripada PIBG sekolah. 2.2 Sehingga kini SKSK memerlukan penambahbaikan melalui projek-projek keceriaan bagi menggantikan pintu kelas yang rosak,mengecat tiang besi dan pintu yang telah lusuh, dan memasang sinki di Bilik Operasi Kesihatan.

2.3

Unit Hal Ehwal Murid memerlukan sedikit suntikan kewangan atas kekangan dan implikasi kewangan yang dialami atas ketiadaan bajet khas bagi unit tersebut.

3. OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Objektif program adalah seperti yang berikut:

i)

Menjadikan suasana bangunan dan gambaran bilik darjah supaya lebih efektif dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan P&P di sekolah.

ii)

Meningkatkan kemudahan prasarana sekolah dengan adanya penunjuk aras dalam SPSK.

iii)

Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah di kalangan warga guru,PIBG,ibu bapa dan murid.

4. ASAS PERTIMBANGAN 4.1 Dengan bertambahnya fungsi dan peranan Unit 3K kepada kumpulan sasar,maka pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kualiti perkhidmatan yang baik.Justeru,program murni ini perlu dijalankan bagi kebaikan bersama. 4.2 Pihak sekolah memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

5. IMPLIKASI KEWANGAN 5.1 Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah berjumlah RM LAMPIRAN A. 6. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM 6.1 Program ini akan dijalankan oleh pekerja sekolah,guru atau orang luar yang difikirkan sesuai. 6.2 Program akan dijalankan pada bulan April 2011 dengan dipantau oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa 3K sekolah. .Maklumat terperinci dalam

6.3

Cadangan Program Keceriaan ini meliputi aspek seperti berikut:

i)

Mengecat Tiang besi bangunan sekolah

ii)

Mengecat daun pintu kelas dan bilik khas

iii)

Menggantikan dan membaik pulih sebilangan daun pintu yang rosak

iv) 7. PENUTUP 7.1

Memasang dua sinki di Bilik Kesihatan

Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah tahun 2011 dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

8. ULASAN GURU BESAR/YANG DIPERTUA PIBG ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 9. SYOR Guru Besar dipohon menimbang dan bersetuju: 9.1 mengadakan Program Keceriaan sempena Bulan 3K peringkat sekolah tahun 2011 ; dan 9.2 dengan anggaran peruntukan sebanyak.

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERTUJUI

............................................................. (AZHAR B. AHMAD) Guru Besar, SK. Sungai Kertas.

LAMPIRAN A KOS PELAKSANAAN PROGRAM BIL ITEM HARGA (RM) 1 2 3 4 5 6 7 Cat Minyak 5 liter Colourland-Blue Black Berus Cat Kertas Pasir Thinner Bottle Kos Baik Pulih Daun Pintu Kelas Sinki Bilik Kesihatan Kos Buruh JUMLAH BESAR KUANTITI JUMLAH KOS (RM)

You might also like