You are on page 1of 11

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN DEBAT KPKT SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI KPKT 2012

1.0.

PENGENALAN

Pertandingan Debat KPKT diadakan sempena Sambutan Hari Inovasi KPKT 2012 sebagai salah satu platform bagi warga KPKT untuk memberikan pandangan, idea dan hujah-hujah dengan menggunakan saluran yang betul selain dari saluran-saluran yang sedia ada seperti mesyuarat Bahagian/Jabatan, Majlis Bersama Jabatan dan sebagainya.

Garis panduan dan syarat-syarat pertandingan debat ini adalah berdasarkan kepada syarat-syarat dan peraturan pertandingan

Pertandingan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia.

2.0.

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan pertandingan debat KPKT ini adalah untuk:

a)

Memperkenalkan

dan

menerapkan

budaya

perdebatan

dan

pengucapan awam yang sihat di kalangan warga KPKT; b) Menerapkan nilai dan sikap positif dari segi budaya kerja dan perdebatan di kalangan warga KPKT; c) d) Merapatkan ikatan kerjasama di kalangan pendebat warga KPKT; Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan warga KPKT agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa; dan e) Meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal di kalangan warga KPKT tentang isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan

penganalisaan fakta boleh dipertanggungjawabkan.

3.0.

KATEGORI DAN BENTUK HADIAH

Pertandingan Debat KPKT akan diadakan secara kategori campuran. Pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan

seperti berikut:

Kategori

Tempat Pertama Wang

Hadiah tunai plak sebanyak dan sijil

RM2,000.00, penghargaan. Campuran Kedua Wang

tunai dan

sebanyak sijil

RM1,000.00 penghargaan. Ketiga

Wang tunai sebanyak RM500.00 dan sijil penghargaan.

4.0.

SISTEM DAN PERATURAN PERTANDINGAN

4.1.

Struktur Pertandingan

4.1.1. Pertandingan ini akan diadakan secara kategori campuran. Ahli-ahli kumpulan hendaklah terdiri daripada warga dari kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Sokongan. 4.1.2. Setiap Jabatan/Bahagian/Agensi boleh menghantar

maksimum DUA (2) pasukan untuk menyertai pertandingan ini.

4.2.

Struktur Perdebatan

4.2.1. Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya ala-Parlimen Malaysia. 4.2.2. Setiap pusingan debat mempunyai dua (2) pasukan iaitu pasukan kerajaan (pencadang) dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang pendebat dan seorang pendebat simpanan. 4.2.3. Pasukan kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua (2) orang anggota kerajaan, manakala pasukan

pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua (2) orang anggota pembangkang. 4.2.4. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak kerajaan dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua daripada pihak masing-masing. 4.2.5. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap pendebat adalah seperti berikut:

Ucapan Substantif Perdana Menteri/pencadang pertama Ketua Pembangkang/pembangkang pertama Anggota Pertama Kerajaan/pencadang kedua Anggota Pertama Pembangkang/pembangkang kedua Anggota Kedua Kerajaan/pencadang ketiga Anggota Kedua Pembangkang/pembangkang ketiga 7 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit minit

Ucapan Gulungan Gulungan/Rumusan Pembangkang Gulungan/Rumusan Kerajaan 4 minit 4 minit

Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali setelah seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan 3

sudah boleh melakukan celahan/meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan telah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa ucapan pendebat telah tamat.

4.2.6. Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit ketiga dan dua kali apabila masa ucapan telah tamat. 4.2.7. Pendebat yang melebihi had masa berucap sehingga 30 saat akan diberi amaran oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan.

4.3.

Peranan Setiap Pasukan

4.3.1. Peranan pihak kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberikan hujahan/kes yang menyokong usul, dan membidas sebarang cabaran yang diberikan oleh pihak pembangkang terhadap hujahan usul mereka. 4.3.2. Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi kerajaan dengan

hanya sama ada MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah tidak dibenarkan. Mereka juga perlu memberikan hujahan/kes yang membangkang usul, dan membidas sebarang cabaran yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap hujahan usul mereka.

4.4.

Hujah Baru

4.4.1. Tiada sebarang hujah baru dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana 4 pasukan (kerajaan atau

pembangkang). Contoh baru ialah bukan hujah baru. Hujah dikira baru kecuali: i. telah digunakan dalam mana-mana hujahan

terdahulu. ii. Merupakan lawan. 4.5. Definisi bidasan terhadap hujahan pasukan

4.5.1. Tugasan memberikan definisi usul perdebatan yang wajar dan boleh dibahaskan adalah hak dan tanggungjawab pihak kerajaan. 4.5.2. Pihak pembangkang boleh: i. menerima definisi kerajaan secara

keseluruhan/mutlak; ii. menolak secara keseluruhan/mutlak dan

mengemukakan definisi alternatif. 4.5.3. Pihak pembangkang boleh menolak definisi pihak kerajaan secara keseluruhannya hanya jika; i. definisi pihak kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul. ii. Definisi pihak kerajaan adalah truistik, iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional. iii. Definisi pihak kerajaan berdasarkan kepada

pendefinisian yang terlalu spesifik ataupun hanya melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk akal.

4.6.

Penjelasan

4.6.1. Penjelasan/celahan penjelasan yang

dalam diminta

konteks oleh

ini

bermaksud lawan bagi oleh

pihak

memperjelaskan

fakta

penting

yang

ditimbulkan

pendebat yang sedang berucap.

Penjelasan/celahan

hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang 5

sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberikan untuk celahan dan jawapan celahan yang efektif/berkesan. 4.6.2. Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada menerima atau menolak celahan penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendepat tersebut harus

dipandang serius oleh hakim.

Adalah disyorkan supaya

setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua (2) penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak

menetapkan had maksimum atau minimum bagi setiap pendebat menerima penjelasan/celahan. 4.6.3. Penjelasan yang diberikan hendaklah tidak melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas masa 15 saat. Jika

penjelasan/celahan belum selesai, pendebat yang memberi penjelasan/celahan hendaklah duduk serta merta. 4.6.4. Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali menandakan

permulaan dan sekali lagi bagi menandakan pengakhiran waktu meminta penjelasan yang dibenarkan. tidak boleh diminta dalam ucapan penggulungan. 4.6.5. Hanya ahli daripada pihak lawan yang boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara yang sesuai seperti berdiri, dan Penjelasan

mengangkat sebagainya.

tangan,

membuat

permohonan

4.6.6. Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lain. Jika ditolak, pendapat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain. 6

4.6.7. Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa selama 15 saat yang diberikan belum selesai (mana yang terdahulu). Pendapat tidak wajar memotong penjelasan

yang telah diminta oleh pihak lawannya apabila telah diterima.

4.7.

Bantahan Semasa Perdebatan Sedang Berlangsung

4.7.1. Bantahan dalam konteks ini adalah bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Di Pertua Dewan semasa perdebatan sedang berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran sebarang peraturan

perdebatan seperti: i. Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan; ii. Pengenalan fakta baru semasa ucapan substantif pendebat ketiga atau ucapan gulungan; Atau iii. Mana-mana pendebat yang telah melebihi 30 saat had masa yang diperuntukkan.

4.7.2. Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang perlanggaran peraturan.

Keputusan Yang Di Pertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad. 4.7.3. Jika bantahan diterima, Yang Di Pertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira dari masa pendebat yang sedang berucap. 7 Sebaliknya jika bantahan ditolak,

pendebat terbabit akan diberikan masa tambahan bagi menggantikan masa yang telah digunakan semasa

bantahan tersebut.

4.8.

Rayuan 4.8.1. Keputusan hakim adalah muktamad. 4.8.2. Sekiranya terdapat apa-apa bantahan teknikal, sila

kemukakannya kepada Ketua Hakim secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan. 4.8.3. Jika pihak penganjur mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan semasa pengendalian sesuatu perdebatan (yang berkaitan dengan perkara teknikal sahaja), usaha akan dibuat agar tidak ada kepentingan mana-mana pihak yang terjejas. Jika perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar tidak berulang.

4.9.

USUL DAN KAEDAH PERDEBATAN 4.9.1. Usul-usul perdebatan akan diberikan kepada kumpulan yang bertanding secara undian selewat-lewatnya seminggu

sebelum tarikh pertandingan debat berlangsung. 4.9.2. Usul-usul perlu merangkumi isu dan bidang yang berlainan secara menyeluruh, seperti merangkumi bidang politik, ekonomi, undang-undang, sukan, sains dan teknologi. 4.9.3. Kaedah perdebatan kepada akan dibuat secara kalah debat mati yang

bergantung bertanding.

bilangan

kumpulan

5.0.

PEMARKAHAN

5.1.

Pemarkahan bagi pertandingan debat ini adalah seperti berikut:

UCAPAN

PENILAIAN Isi (40 markah)

CIRI-CIRI Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan pihak lawan

Ucapan Substantif (100 markah)

Gaya/penyampaian Gaya penyampaian akan (40 markah) diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya penyampaian hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat ianya membantu hujahan). Tatacara/Kaedah (20 markah) Tatacara akan diadili dari segi: i. Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendapat. ii. Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseluruhan iii. Kesinambungan hujah/fakta iv. Kerja sepasukan

UCAPAN Ucapan Gulungan (50 markah)

PENILAIAN

CIRI-CIRI Berdasarkan nisbah pemarkahan ucapan substantif seperti yang tersebut di atas

Nota:

1.

Kriteria utama pemarkahan adalah nilai bujukan ucapan iaitu sejauh mana ucapan itu benar-benar menyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul satu-satu pasukan dan konteks perdebatan.

2.

Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah dan selainnya) semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.

3.

Semua peserta hendaklah berkelakuan sopan dan penuh tertib semasa pertandingan.

10

LAMPIRAN A BORANG PERMOHONAN PERTANDINGAN DEBAT KPKT SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI KPKT 2012 1. Maklumat Jabatan/Bahagian/Agensi: Nama Alamat :________________________________________________ :________________________________________________

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ 2. Maklumat Pegawai Yang Boleh Dihubungi: Nama Jawatan :________________________________________________ :________________________________________________ No Tel. Bimbit :_____________ Emel :_____________________

No. Tel. Pej. :________________ No. Faks 3. :__________________

Maklumat Ahli Kumpulan Debat: (i) (ii) (iii) (iv) Ketua Kumpulan Ahli Pertama Ahli Kedua Ahli Simpanan : ___________________________________ : ___________________________________ : ___________________________________ : ___________________________________

_________________________ Tandatangan Ketua Jabatan / Bahagian / Agensi Nama : Jawatan :

_____________________ Cop Rasmi

Tarikh :

11

You might also like