You are on page 1of 6

ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.

A
(51 S.H-13H/573M633M)

SEJARAH HIDUP ABU BAKAR R.A


Nama beliau ialah Abdullah bin Qahafah bin Amir alQuraisyi at-Tamimi. Dilahirkan 2 tahun 6 bulan setelah peristiwa tahun gajah. Merupakan antara sahabat yang terawal beriman dengan syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Beliau menemankan Baginda berhijrah juga bersama-sama dalam gua thur. beliau turut bersama Baginda dalam semua peperangan. Beliau merupakan pemegang-pemegang panji dalam peperangan Tabuk. Abu Bakar menunaikan haji bersama Nabi dan para sahabat pada tahun ke-9 hijrah. Abu bakar menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda S.A.W.

Masyarakat rapat dengan beliau lantaran ilmu, tingkah laku dan kemesraannya. Ini menyebabkan ramai mempercayainya apabila beliau berdakwah. Antara para sahabat yang memeluk islam atas usahanya ialah Uthman bin Affan, Talhah bin Ubaidillah, Az-Zubair bin al-Awwam dan Abdul Rahman bin Auf. Abu Bakar r.a meninggal dunia pada hari Isnin, bulan Jamadil Awwal tahun ke-13 hijrah. Ketika itu beliau berumur 63 tahun.

KEPERIBADIAN DAN AKHLAK


Seorang yang berketurunan Quraisyh paling baik. Beliau mahir tentang silsilah Quraishy. Ahli perniagaan yang jujur dan berakhlak mulia. Berkulit putih dan kurus. Raut pipinya kurang berdaging, matanya cengkung ke dalam, dahi sedikit jendul dan apabila berjalan beliau sedikit membongkok. Gelaran as-Siddiq lantaran sifat benarnya. Beliau menguruskan urusan diyat dan menjadi wakil Quraisyh dalam urusan itu. Mereka berpuas hati urusan diyat yang dikendalikannya.

KEISLAMANNYA
Abu Bakar r.a merupakan teman karib Rasulullah s.a.w sebelum Baginda dilantik menjadi rasul lagi. Sahabat yang pertama didakwahnya kepada Islam. Beliau terus memeluk Islam tanpa teragakagak dan berlengah. Beliau sentiasa membantu Baginda dalam setiap fasa dakwah. Sahabat yang paling disayangi oleh Rasulullah.

ANTARA KELEBIHAN ABU BAKAR


Iman dengan Allah dan RasulNya Mengorbankan diri dan harta pada jalan dakwah Berfikiran jauh dan tegas ketika waktu runcing Tawaduk dan bermaruah Zuhud Segera melakukan kebaikan Warak Berlindung hanya kepada Allah