You are on page 1of 2

Latar Belakang Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)

Di awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar yang ditubuhkan pada 1Mac 1998 dengan penawaran sebanyak 11 jenis sukan, iaitu hoki (Lelaki dan Wanita), sepak takraw, gimnastik, gimnastik berirama, renang, bola sepak, boling, olahraga dan tenis.

Keluasan kawasan sekolah adalah sejumlah 80 ekar atau 33 hektar. Sekolah ini terletak 100 km dari Bandaraya Johor Bahru. Ianya ditadbir sepenuhnya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dengan peruntukkan sebanyak RM 12 juta setahun. Sekolah ini telah dirasmikan oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada 16 April 2011 dan nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Sebagai Pusat Pembelajaran Sukan dan Akademik, sehingga tahun 2013, sebanyak 17 jenis sukan yang terdapat di SSTMI iaitu hoki (Lelaki dan Wanita), sepak takraw, gimnastik, renang, bola sepak, olahraga, tenis, bola tampar, bola jaring, lawan pedang, judo, tenpin boling, memanah, golf, lawn bowls, basikal dan ragbi.

Jaringan rangkaian sekolah ini adalah seperti bawah: SSTMI

Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan

Unit Sukan Negeri Universiti Tempatan

Majlis Sukan Negara/ISN Unit Sukan Negeri Badan/Persatuan Sukan

Visi SSTMI: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang Menjelang 2012.

Misi SSTMI Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dalam bidang sukan dan akademik yang berkesan. Melahirkan atlet bertaraf dunia melalui pemilihan yang berkualiti dan bersistematik. Melahirkan atlet cemerlang akademik melalui pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan sistematik. Melahirkan atlet yang berdisplin tinggi, berakhlak mulia, bersemangat jati diri dan patriotisme yang mantap dan jitu melalui pembangunan modal insan yang berkesan. Menjadikan SSTMI sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan sukan yang berdaya saing bertaraf dunia melalui perkongsian pintar bersama Institut Sukan Negara dan Institusi Pengajian Tinggi. Membentuk atlet yang berketerampilan melalui program kokurikulum yang berkesan.

You might also like