You are on page 1of 5

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

1. PELAN LANTAI 7. RUANG DAN SUDUT MULTIMEDIA 2. KEBERSIHAN, PENCAHAYAAN & PENGUDARAAN

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA


6. SUDUT DAN RUANG BACAAN

3. SUSUNAN KERUSI DAN MEJA MURID

5. HIASAN BILIK DARJAH

4. SUSUNAN PERABOT DAN PERALATAN

Guru perlu merancang susun atur ruang aktiviti P&P bagi menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan. Ruang yang disediakan perlu juga mengambil kira unsur-unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum.

Pelan Lantai

Kebersihan, Pencahayan dan Pengudaraan

Ruang dan persekitaran yang bersih menimbulkan kedamaian dan keselesaan dan keadaan ini mendorong keharmonian hidup manusia. Pencahayaan dan pengudaraan persekitaran bilik darjah juga tidak boleh diabaikan.

Susunan Kerusi dan Meja Murid

Mudah diubah dan mudah disusun supaya dapat disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hendak dilaksanakan. Hendaklah disesuaikan dnegan aktiviti kerja berkumpulan dan keadaan displin murid di dalam kelas.

Susunan Perabot dan Peralatan

Disesuaikan dengan suasana pengajaran dan pembelajaran.

dan

aktiviti

Memastikan perabot yang terdapat di dalam bilik darjah tidak menyempitkan ruang.

Hiasan Bilik Darjah

Memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid terhadap keadaan dan suasana bilik darjah mereka. Murid diberi kebebasan menghias bilik darjah dengan nasihat dan pandangan daripada guru

Sudut dan Ruang Bacaan

Menampal nota dan tugasan-tugasan Mewujudkan perpustakaan mini. Menggantung kad-kad bacaan tetera perkataan atau nota bacaan.

Ruang dan Sudut Multimedia

Kepelbagaian bahan yang terdiri daripada bahan teks, audio, imej, animasi, video dan media elektronik menjadikan proses belajar dalam kalangan murid lebih menarik dan menyeronokkan.

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan P&P dalam kalangan murid pelbagai etnik perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: Kepelbagaian aktiviti P&P yang berasaskan perbezaan budaya murid Pemupukan nilai dan budaya Malaysia Pengurusan sumber P&P mesra budaya Susun atur bilik darjah Kemudahan dan peralatan P&P Penaksiran dan penilaian prestasi pelajar

1 2 3 4 5 6

Kepelbagaian aktiviti p&p yang berasaskan perbezaan budaya pelajar

Antara tindakan guru dalam hal ini adalah: Memilih murid daripada pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan tindakan ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat. Melayan kerenah dengan adil tanpa membezabezakan etnik dan keturunan murid. Memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya melalui aktiviti pembelajaran. Mengadakan lawatan ke destinasi untuk menyingkap sejarah dan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik misalnya ke muzium, perkampungan orang asli dan sebagainya Memberikan contoh Negara yang musnah akibat daripada persengketaan dan perpecahan etnik seperti menayangkan dokumentari dan filem.

Pemupukan nilai dan budaya Malaysia

Murid perlu sentiasa diingatkan bahawa semua agama menyuruh penganutnya hidup berbaik-baik tanpa persengketaan dan permusuhan. Walaupun murid menganuti agama yang berbeza-beza tetapi murid perlu diasuh mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh semua agama. Murid perlu dinasihati sekiranya mempersendakan agama kawan yang lain.

Pengurusan sumber p&p mesra budaya

Selain menjadikan proses belajar menyeronokkan, murid diasuh untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersamasama.

Susun atur bilik darjah

Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik.

Kemudahan dan peralatan p&p

Kemudahan dan peralatan dapat merangsang pembelajaran koperatif dalam kalangan murid dan hal ini menggalakkan pengembangan idea, kreativiti dan pemikiran tinggi. Penggunaan multimedia memudahkan murid memahami ciri-ciri perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kehidupan yang akhirnya mendorong persefahaman dan persepakatan.

Penaksiran dan penilaian prestasi pelajar

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan bagi menilai hasil pembelajaran secara holistik. Guru perlu memaparkan sikap terbuka, menerima perbezaan murid sebagai sesuatu yang istimewa, memaparkan penghargaan atas kerja murid yang bersungguh-sungguh sebagai usaha memperbaiki kekurangan mereka.

You might also like