You are on page 1of 9

REKA BENTUK PENGAJARAN

TOPIK 2

TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN


PENGENALAN
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya mengetahui APA yang hendak dibuat dan BAGAIMANA mereka merancang untuk melaksanakannya . Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada perancangan pengajaran yang berterusan dan berkesan (Prehn, 1980). Sedutan di atas menggambarkan betapa pentingnya seseorang pengajar itu membuat perancangan yang lengkap kerana dengan cara ini sahaja barulah terserlah kecemerlangan pengajar tersebut. Bukan itu sahaja, perancangan yang lengkap juga mengelakkan pengajar melakukan kesilapan. Menurut Hunter (1987), mengajar perkara-perkara yang tidak berguna secara baik atau mengajar perkara-perkara yang penting secara buruk, merupakan kesilapan dalam pendidikan. Dengan ini jelaslah bahawa pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran (RP) adalah sangat penting untuk dikuasai. Dalam topik ini, kita akan membincangkan secara ringkas konsep reka bentuk pengajaran dan kegunaannya kepada pengajar. Sebuah model RP, iaitu ASSURE akan dipaparkan secara mendalam agar ia dapat memberi panduan kepada pengajar dalam merancang pengajaran mereka.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan konsep reka bentuk pengajaran; 2. menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran; dan 3. menghuraikan model ASSURE serta dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran.

20

OUM

TOPIK 2

REKA BENTUK PENGAJARAN

PETA MINDA TOPIK


TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

Konsep Reka Bentuk Pengajaran

Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran

Analisis Pelajar

Model ASSURE

Nyatakan Objektif

Pilih Kaedah, Media dan Bahan

Gunakan Media dan Bahan

Libatkan Pelajar

Nilai dan Semak

Menilai Kaedah dan Media

2.1

KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

RP ini telah wujud lebih 40 tahun yang lalu dan pada mulanya ia digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer dan pengajaran melalui televisyen. Pada masa ini terdapat lebih 40 model RP. Apakah itu RP? Menurut Dick dan Reiser (1989), RP ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey (1986), pula mendefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh

OUM

21

REKA BENTUK PENGAJARAN

TOPIK 2

memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Pada pendapatnya, RP itu mencakupi seluruh proses pengajaran, iaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan menguruskan pembelajaran. Justeru, walaupun terdapat banyak model RP, tetapi keseluruhannya mengandungi enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu: (a) menentukan keperluan pelajar; (b) menentukan matlamat dan objektif; (c) membina prosedur penilaian;

(d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian; (e) mencuba sistem pengajaran; dan (f) menilai keseluruhan sistem.

Namun, adalah salah sekiranya kita melihat RP sebagai bertujuan untuk merancang satusatu pelajaran sahaja. Terdapat RP yang berskala besar dan kecil. Gustafon (1991), telah membahagikan model-model itu kepada tiga tumpuan iaitu: model berorientasikan bilik darjah; model berorientasikan produk; dan model berorientasikan sistem.

Model RP berorientasikan bilik darjah merupakan model RP berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran. Contoh model RP jenis ini ialah model ASSURE dan Dick dan Reiser (1987). Menurut Yusuf Hashim (1998), model RP yang berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaran yang tersedia masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri. Model yang berorientasikan produk dan sistem pula melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak jauh. Contoh model berorientasikan produk adalah seperti Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan contoh model berorientasikan sistem ialah Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1998).

Bandingkan konsep reka bentuk pengajaran berdasarkan Dick dan Reiser (1989) dengan Richey (1986).

Latihan 2.1
Apakah enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran pada hari ini?

22

OUM

TOPIK 2

REKA BENTUK PENGAJARAN

2.2

KEGUNAAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Cuba anda fikirkan apakah tujuan reka bentuk pengajaran?

Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten, tujuan utama RP adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan tidak bertindak kelam-kabut.

2.3

MODEL ASSURE

Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop RP yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar. Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Dalam modul ini, perbincangan adalah berasaskan model ASSURE yang terbaru. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:
A Analyse learner (Analisis pelajar) A Analyse learner (Analisis pelajar) S State objective (Nyatakan objektif) S State objective (Nyatakan objektif) S Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) S Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) U Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) R Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) R Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) E Evaluate and revise (Nilai(Nilai dan semak) E Evaluate and revise dan semak)

2.3.1

Analisis Pelajar

Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia harus disesuaikan dengan ciriciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri. Bagi ciri pelajar, tidak dinafikan kesukarannya untuk menganalisis semua ciri pelajar yang ada, namun 3 perkara penting mungkin dapat dilakukan, iaitu: ciri-ciri umum; kompetensi khusus peringkat masuk (specific entry competencies); dan stail pembelajaran.
23

OUM

REKA BENTUK PENGAJARAN

TOPIK 2

(a) Ciri-ciri umum merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung. Melalui interaksi ini, dapat diketahui harapan, sikap dan latar belakang mereka. (b) Kompetensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini tidak boleh diperkecilkan kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran pelajar. Misalnya, dengan mengandaikan pelajar telah memahami sistem matrik, maka guru terus mengajar cara menukar sistem British ke matrik. Andainya ada pelajar yang tidak memahami lagi sistem matrik, sudah pasti mereka gagal mengikuti pelajaran itu. Tegasnya, guru tidak harus mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang sama. (c) Stail pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Tegasnya, stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media. Dunn dan Dunn (1992), telah membina satu instrumen piawai mengukur stail pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Ia adalah antara instrumen yang terbaik dan digunakan secara meluas di sekolah. Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar.

2.3.2 Nyatakan Objektif


Dalam bahagian ini, objektif akan disentuh secara ringkas. Harus diingati bahawa objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar, cuma ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Seperkara lagi, apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan. Ini bermakna, objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

2.3.3

Pilih Kaedah, Media dan Bahan

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini: menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran; memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

24

OUM

TOPIK 2

REKA BENTUK PENGAJARAN

(a) Memilih Kaedah Agak tidak munasabah untuk mengandaikan hanya satu kaedah untuk digunakan dalam satu pengajaran kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza. Mungkin untuk membuka minat pelajar, set induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demostrasi, latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru. Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar. Justeru, pemilihan kaedah perlu berteraskan aspek ini. (b) Memilih Media Pemilihan media dilihat dari dua aspek. Pertama, memilih media yang telah tersedia dan kedua memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di dalamnya. Bagi pemilihan format atau bentuk media, huraian lanjut diberikan dalam dalam Topik 3. Dalam topik yang sama juga konsep media akan diperincikan. Di sini, pemilihan media pengajaran yang tersedia akan diberikan tumpuan. Pemilihan ini berasaskan kriteria yang tertentu, iaitu: sepadan dengan kurikulum; maklumat tepat dan terkini; bahasa yang jelas dan tepat; menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar; menggalakkan penglibatan pelajar; mempunyai teknikal kualiti yang baik; terdapat bukti keberkesanannya; bebas daripada bias; dan mempunyai buku panduan yang lengkap.

Media yang tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikan (Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan), agensi kerajaan, agensi swasta dan sebagainya. (c) Mereka Bentuk Media Andainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. Terdapat 7 perkara yang perlu diambilkira: (i) (ii) objektif; pelajar;

(iii) kos; (iv) kepakaran teknikal; (v) peralatan; (vi) fasiliti; dan (vii) masa.

OUM

25

REKA BENTUK PENGAJARAN

TOPIK 2

2.3.4

Gunakan Media dan Bahan

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal kerana, walau secanggih atau secantik manapun media yang dihasilkan, jika ia gagal digunakan dengan baik, ia akan memberi kesan yang amat negatif kepada pembelajaran. Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik: (i) (ii) pribiu bahan; sediakan bahan;

(iii) sediakan persekitaran; (iv) sediakan pelajar; dan (v) sediakan pengalaman pembelajaran.

2.3.5

Libatkan Pelajar

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul.

2.3.6

Nilai dan Semak

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun, keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Media juga perlu dinilai sebelum digunakan. Maka, penilaian diumpamakan sebagai cara untuk menuju ke garis penamat daripada garis penamat itu sendiri. Penilaian melibatkan aspek: menilai pencapaian pelajar; pembelajaran yang dihasilkan; menilai media dan kaedah; kualiti media; penggunaan guru; dan penggunaan murid.

26

OUM

TOPIK 2

REKA BENTUK PENGAJARAN

Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga: prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria; prestasi pelajar dalam aspek kemahiran; dan sikap pelajar.

Rujukan kriteria bermaksud penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan.

2.3.7

Menilai Kaedah dan Media

Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Terdapat ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini, seperti berikut: Adakah media berkesan? Bolehkah ia dipertingkatkan? Adakah ia berguna? Adakah media membantu pelajar mencapai objektif? Adakah ia mencetuskan minat pelajar? Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Selain senarai di atas, terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan garis panduan ketika menilai media, iaitu: amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar; menyokong pemikiran tinggi (Sokratik); memperkembang kemahiran berfikir; menyampai kandungan secara mendalam; meransang naluri ingin tahu pelajar; pelajar dapat melibatkan diri secara aktif; memboleh penerokaan isu secara mendalam; menghubungkait bidang pelajaran; dan meningkat nilai murni.

Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui: perbincangan dengan kelas; temubual dengan setiap individu; dan pemerhatian.

Semua penilaian yang disebutkan di atas melibatkan 2 peringkat iaitu: Penilaian Formatif. Penilaian Sumatif.

OUM

27

REKA BENTUK PENGAJARAN

TOPIK 2

Latihan 2.2
Sediakan rancangan pengajaran berdasarkan model ASSURE.

RUMUSAN
Topik ini telah membincangkan tentang konsep reka bentuk pengajaran serta memperkenalkan model ASSURE sebagai sebuah model RP yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran di bilik darjah yang memerlukan penggunaan media. Beberapa aspek seperti penulisan objektif, kaedah dan penilaian diterangkan secara ringkas kerana perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut seterusnya.

GLOSARI
Model ASSURE Model ini bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Reka Bentuk Pengajaran Reka bentuk pengajaran adalah sains yang mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pembangunan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pengajaran.

UJIAN 1
Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk pengajaran? Huraikan dua parkara asas yang boleh dikaitkan dengan proses pengajaran.

UJIAN 2
Huraikan secara ringkas model ASSURE dan senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil.

28

OUM

You might also like