You are on page 1of 2

Laporan ISL PSK Minggu : 2 Tarikh : Masa : Tempat : Tajuk : Mengesan pelaksanaan teori konstruktivisme dalam pembelajaran dengan

merujuk internet dan buku rujukan. Konstruktivis mengandaikan subjektiviti adalah kritikal kerana setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan/ membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya. Konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Dalam situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak sama. 1: Pelajar membina kefahaman/ilmu melalui tindakan aktif dan pemikirannya. IMPLIKASINYA: Guru perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif dalam membina kefahaman. Menggalakkan proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen. Penggunaan pedagogi yang berpusatkan pelajar. Mengutamakan pembelajaran berfikrah. Peranan guru adalah sebagai penggerak dan pembimbing.

2: Pembelajaran baru bergantung kepada kefahaman semasa. IMPLIKASINYA : Guru perlu mencungkil kefahaman semasa pelajar dan merancang pengalaman pembelajaran berdasarkan kefahaman semasa pelajar ini. Pelajar perlu disediakan dengan pengalaman yang membolehkan mereka membina makna kendiri atau mengubah kefahaman semasa mereka.

3: Interaksi sosial merangsang pembelajaran. IMPLIKASI: Perlunya diwujudkan communities of learners yang menggalakkan tanggungjawab pembelajaran di kalangan pelajar. Peranan guru adalah sebagai pembimbing. Galakkan dialog dalam proses P&P. Bentuk kumpulan heterogenous untuk menggalakkan perubahan konseptual.

4: Task pembelajaran autentik menghasilkan pembelajaran bermakna. IMPLIKASI: Pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah sebenar.

You might also like