You are on page 1of 21

APA YANG MURID DAPAT PEROLEHI MELALUI SENI DALAM PENDIDIKAN?

Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif,kreatif dan menggembirakan.

Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera

Mengenali unsur-unsur seni visual, muzik dan pergerakan dan olahannya serta dapat menggunakannya.

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,muzik dan pergerakan.

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur,cermat dan selamat.

Memupuk nilai-nilai kerjasama,yakin diri dan bertanggungjawab.

Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya dengan keselesaan hidup.

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual,muzik dan pergerakan sebagai kesenggangan yang berfaedah.

PERANAN-PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN


Proses pengajaran dan pembelajaran yang seronok di mana pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan muridberasa lebih seronok.Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.

SERONOK

NILAI KERJASAMA

Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti seni dalam pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama.Aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh.

MEMENUHI KEPERLUAN SOSIAL YANG ASAS

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka,maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.Dalam kegiatan seni dalam pendidikan,keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik.

BERPELUANG MENJALANI PROSES PENEROKAAN

Penerokaan dapat dijalankan dengan cara menjelajah.Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran.Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

LUAHAN PERASAAN DAN ARAS KEYAKINAN TINGGI

Guru dapat mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tinglah laku yang dipamerkan.Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan dan bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran.Individu yang mempunyai keyakinan yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang terhadap pandangan orang lain terhadap dirinya.

TINJAUAN TEORI-TEORI TERHADAP SENI DALAM PENDIDIKAN

Teori Konstruktivisme:Kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif.Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreati.

Teori Kecerdasan Manusia(1983):Menurut Howard Gardner,terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Penggabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.

Einstein mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanakkanak.Gabungan daripada pelbagai kecerdasanperlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intuitif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika,holistik dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.

Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN UNTUK SEKOLAH RENDAH

Keperibadian generasi Untuk membentuk keperibadian generasi yang celik budaya,mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,imaginatif,kreatif,inovatif dan inventif. Bersyukur kepada Tuhan Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga,masyarakat dan negara. Melengkapkan pembinaan otak Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan kiri . Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah perkembangan yang menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek akan berlaku.

OBJEKTIF/TUJUAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Menghargai keindahan ciptaan Tuhan

Memupuk budaya pengamatan,persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan

Meningkatkan pengetahuan,daya kreativiti,inovasi serta kemahirandalam bidang seni visual,seni muzik dan seni pergerakan

Menggunakan pelbagai kemahiran,media,teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja

Membuat diskripsi,analisis,interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat

Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup

Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

Mengintegrasi dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan

Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalamanseni visual, seni muzik dan seni pergerakan

PENGERTIAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

SENI DALAM PENDIDIKAN

Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni

APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN - Bahagian 1

Seni merupakan Seni juga sesuatu yang diaplikasikan dalam subjektif untuk pengajaran. digambarkan. Seni Pengajaran Seni sebagai satu itu indah dan halus. pergerakan yang memerlukan Seni bukan sahaja dinamik dan pemahaman dan diaplikasikan dalam pemikiran logik pemahaman satu bidang tetapi memerlukan tarikan manusia yang dalam beberapa yang menarik dan diwujudkan melalui bidang seperti seni kreatif. Seni yang ketekunan dan suara, seni tari dan kehalusan budi yang disematkan dalam seni lakon. Kesemua setiap pengajaran ditentukan oleh ilmu, seni yang dinyatakan moral, dan haruslah memberi tadi merupakan seni satu nilai dalam ketakwaan manusia yang memerlukan jangka masa yang terhadap sang pergerakan, suara, panjang dan pencipta. dan ekspresi dalam memberi impak yang melahirkan sesuatu positif untuk yang indah dari seseorang individu. dalam diri kita.

Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.

APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN - Bahagian 2

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni Warna merupakan muzik. Irama dapat elemen yang penting dinyatakan sebagai rentak dalam kehidupan. Tanpa yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama warna kehidupan akan itu boleh dinikmati menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan sewaktu kita mendengar akan menjadi bosan dan muzik. Irama yang tidak menarik. Warna juga menarik dalam sesuatu turut digunakan dalam muzik akan seni dalam pendidikan mempengaruhi seseorang iaitu dalam komponen untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Pendidikan Seni Visual. Dalam kehidupan kita Warna memainkan peranan yang penting seharian, kita semestinya dalam menggambarkan akan menemui pelbagai sesebuah kebudayaan, irama. Sebagai contoh emosi. dan maksud dalam bunyi tapak kaki, bunyi karya seni visual. degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya.

Kanak-kanak akan mula Irama yang diaplikasikan memahami sesuatu dalam pengajaran akan kemahiran yang menjadikan pelajar berbentuk irama sewaktu Kehadiran Irama dalam banyak melakukan mereka melakukan aktiviti yang dilakukan aktiviti seperti melompat, pergerakan dan secara secara tidak langsung tidak langsung, elemen bergerak ke kiri dan ke menarik minat kanakkanan, menari, melukis yang ketiga dipenuhi. kanak untuk menyertai corak dan sebagainya. Elemen-elemen seni sesuatu aktviti dengan Sebenarnya irama dapat dalam pengajaran ini lebih seronok dan meransang minda kanakmenjadi satu hubung kait bersemangat. Kanakyang kukuh dalam kanak untuk memberikan kanak akan merasa lebih menjadikan pengajaran tumpuan apa yang sedang seronok melakukan aktviti dilakukan. Tanpa lebih efektif dan kreatif. seperti melompat sambil Kanak-kanak akan kehadiran muzik, sudah mengikut irama muzik. menjadi lebih terdorong semestinya sesuatu untuk memahami sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan perkara secara seronok. merasa cepat bosan.

AKTIVITI PENGINTEGRASIAN MATA PELAJARAN YANG BOLEH DIJALANKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi

KELEBIHAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah

BIDANG-BIDANG DALAM SENI VISUAL

Melukis dan membuat gambar Menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang atersendiri.

Membuat rekaan dan corak Memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: (i)Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan (ii)Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting (iii)Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat (iv)Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Membentuk dan membuat binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Tema dan Subjek (i)Alam semulajadi (ii)Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis (iii)Aliran dan tema sejagat (iv)Keperluan dan pengalaman harian

Kraf tradisional Kraf tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerjakerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.Jenis-jenis kraf: (i)Alat domestik (ii)Alat permainan (iii)Alat mempertahankan diri (iv)Batik (v)Seni tekat (vi)Tembikar (vii)Anyaman (viii)Kelarai (ix)Ukiran

Semua Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat dalam Bidang Menggambar

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Jenis Teknik Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek

Bahan Kertas, kanvas, kain, plywood Kertas, kanvas, kain, plywood, linseed, air, turpentine Kertas warna, gam, kapas, bahan-bahan tampalan Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam Dakwat cetak, gam, tupentine, minyak tanah, minyak linseed, papan Kertas, lilin, minyak, air, warna air Warna, kertas, pensel warna, pensel, oil pastels Profilm, kertas, dakwat cetak, dye Warna, air, kertas, Kayu, kertas, lilin, dakwat Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan terbuang, gam Gam, kertas tebal, kertas warna

Alat Pensel, pensel warna, pen teknikal,oil pastel, krayon, arang, berus Berus, pisau palet, easel, kadbod, papan Gunting, pisau, mangkuk Gunting, pisau, pembaris Penggelek, papan, Spatula, cermin, kertas surat khabar Berus, scrapper Kain, papan Squeezy, penggelek dan kain Berus, strew, berus gigi Alat geometri, pembaris Papan, gunting, pisau Gunting, pisau

Semua Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat dalam Bidang Membuat Rekaan dan Corak
(a) Corak Tidak Terancang Bil . 1. 2. 3. 4. 5. Jenis Teknik Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan Bahan Kertas, air, cat kilat, cat minyak Kertas, kanvas, warna air, warna batik Warna air, lilin, api Kertas, tisu, warna batik, getah gelang,kain Warna air, kertas, kanvas Alat Besen, berus Strew, berus Pembaris keluli Besen warna, berus Berus, bekas warna

(b) Corak Terancang Bil . 1. 2. 3. 4. 5. Jenis Teknik Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Bahan Kertas, kanvas, kain, plywood Kertas, kanvas, kain, plywood, linseed, air, turpentine Kertas warna, gam, kapas, bahan-bahan tampalan Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam Dakwat cetak, gam, tupentine, minyak tanah, minyak linseed, papan Alat Pensel, pensel warna, pen teknikal,oil pastel, krayon, arang, berus Berus, pisau palet, easel, kadbod, papan Gunting, pisau, mangkuk Gunting, pisau, pembaris Penggelek, papan, Spatula, cermin, kertas surat khabar

Semua Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat dalam Bidang Membentuk dan membuat Binaan

Bil . 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Jenis Teknik Arca timbul Asemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Topeng Origami

Bahan Kepingan kayu, plaster of paris, batu, kayu, plastik, kertas lumat, papier mashe, tanah liat

Alat Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir

Kayu, logam, batu, simen, bongkah kayu, spare-part Alat patri, skru, paku, gergaji, ragum, gerudi, kenderaan, bahan kutipan, besi sepana hidup, pemutar skru Besi, dawai, kertas, tali temali, plastik, kepingan logam, zing, kad bod Simen, kepingan logam, plastik, spare-parts kenderaan, besi, logam, papan Kertas tebal, loyang, gangsa, plywood, zing, akar kayu, papan Plywood, papan, zing, cermin lutsinar, patung, karangan laut Tekstil, span, plastik, tali, cat, spray warna, gam dunlop/UHU Papier mashe, plastik, kertas surat khabar, habuk papan, gam, piring plastik, warna Kertas, tekstil, benang Gunting besi, alat patri, sepana, gerudi, pemutar skru Alat patri, skru, paku, gergaji, ragum, gerudi, sepana hidup, pemutar skru Gunting besi, alat patri, sepana, gerudi, pemutar skru Gunting besi, alat patri, sepana, gerudi, pemutar skru Gunting, pisau, playar, pemutar skru Gunting, pisau, besen Gunting, pisau

Semua Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat dalam Bidang Kraf Tradisional

Bil . 1. 2. 3.

Jenis Teknik Alat domestik Alat permainan Alat pertahanan diri Alat perhiasan diri Batik Tekat Tembikar

Bahan Kepingan kayu, tempurung, besi, kayu, manik Buluh, kertas, benang, gam, kertas warna, kayu Kayu, timah, besi, plumbum, loyang

Alat Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir, gergaji kecil Gunting, pisau, gam, gergaji kecil, pemutar skru, skru Gunting besi, alat patri, sepana, gerudi, pemutar skru Gunting, pisau,gergaji kecil, pemutar skru, ragum Canting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat pemanas, periuk, besen besar Pemidang kayu berkaki, cuban Pisau, span,penggelek, papan golek, gergaji kecil, pengayak, dawai, pemotong, kayu ukur, angkup luar, pinggan, kayu, pengguris dan berus Parang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk, penyisip, pisau kecil Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, syelek

4. 5. 6. 7.

Benang, tekstil, prada, gam, butang,kayu Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu soda, pelembut kain/fabrik Benang emas, benag putih, kain dasar, baldu, kertas tebal, gam, rotan saga Tanah liat, kaolin Tanah liat, kaolin

8. 9.

Anyaman Ukiran kayu

Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku pakis, daun serdang, rotan, rumput rampai Kayu

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK


Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajari notasi muzik.

Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyibunyi yang didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau panduan yang pal;ing minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif. (kaedah penemuan kendiri).

Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan Dengan itu pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan teori dengan usaha sendiri. (pembelajaran heuristik).

Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan berkonsep).

Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.

Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut. (pembelajaran mengikut urutan).

Kaedah-Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Kemahiran Muzikal Nyanyian Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemenelemen berikut: postur,pernafasan,sebutan,artik ulasi,ekspresi,penghasilan ton (register),memfrasa Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik (i)Bergembira bermain alat muzik (ii)Melibatkan diri secara aktif (iii)Mendengar secara aktif dan selektif

Kemahiran Muzikal

Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan (i)Bergembira bergerak dengan muzik (ii)Melibatkan diri secara aktif (iii)Mendengar secara aktif dan selektif (iv)Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan (v)Memahami konsep muzik melalui pegerakan

(iv)Bermain alat muzik secara muzikal


(v)Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat (vi)Mengenali alat muzik tradisional

PENDIDIKAN PERGERAKAN YANG MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN MURID

Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot.

Memantapkan tahap kecerdasann fiizikal, pengetahuan dan sikap.

Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman-pengalaman pergerakan terarah.

Memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat.

Meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang mencabar dan menyeronokkan.

Memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintergrasian konsep bilik darjah dengan program aktiviti fizikal.

Kemahiran Dalam Pendidikan Pergerakan

Kemahiran Hubung kait motor-penglihatan

Contoh Menangkap bola Melambungkan bola melalui gelung rotan Menggelecek bola hoki

Pemindahan motor-penglihatan

Mengulang semula sesuatu pergerakan Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu gambar Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu arahan

Hubung kait motor-pendengaran

Menari mengikut muzik Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.

Penukaran motor-pergerakan

Mendengar dan melakukan arahan Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk mengikut irama

Unsur Pergerakan

Imbangan badan (i)Tenaga digunakan untuk bergerak. (ii)Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan. (iii)Bahagian atas mencerminkan keringanan

Masa (i)Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa (ii)Pergerakan lambat banyak menggunakan masa (iii)Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan Aliran (i)Pergerakan yang dilakukan itu samada bergerak secara bebas atau terkawal.

Ruang (i)Merupakan lingkungan pergerakan samada lingkungan umum atau lingkungan kendiri (ii)Aras: tinggi, sederhana dan rendah (iii)Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah

You might also like