You are on page 1of 6

Lampiran 1 Nota Gaya Hidup Sihat 5.1 Pemakanan Makanan penting untuk kesihatan kerana makanan mengandungi nutrien.

Nutrien adalah bahan yang diperlukan untuk tumbesaran, menjaga kesihatan dan pembekalan tenaga. Kekurangan nutrient menyebabkan berlakunya malnutrisi. Nutrien dalam makanan dibahagikan kepada 5 jenis, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral. 5.1.1 Makronutrien

Makronutrien berfungsi sebagai bekalan tenaga, membina sel, membaiki sel rosak dan menjadikan badan sihat dan kuat. a. Karbohidrat Karbohidrat mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen. Makanan yang mengandungi karbohidrat adalah nasi, roti, ubi kentang dan makanan lain jenis berkanji.

Karbohidrat membekalkan tenaga untuk badan. Kekurangan karbohidrat menyebabkan seseorang itu lemah, mengantuk dan tidak bermaya. Murid tidak dapat menmumpukan perhatian pada pelajaran atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

Karbohidrat yang diambil secara berlebihan menjadikan seseorang itu gemuk. Karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam tisu badan sebagai lemak. Kandungan karbohidrat yang tinggi akan menggangu fungsi hormone insulin dan menyebabkan diabetes.

b. Protein

Protein ialah nutrient yang mengandungi karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Protein diperoleh daripada sumber binatang dan tumbuhan. Contohnya ialah ikan, daging, telur, susu, kacang dan tempe.

Fungsi protein adalah seperti berikut Komponen utama enzim dalam badan Diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses tumbesaran Menggantikan sel yang rosak Komponen utama bagi sistem imuniti badan dalam melawan penyakit

Individu yang kekurangan protein biasanya menjadi kurus, lemah dan mudah mendapat penyakit seperti kwashiorkor dan marasmus. Protein berlebihan tidak disimpan dalam badan tetapi akan ditukar kepada karbohidrat dan lemak atau dikeluarkan dari badan sebagai urea melalui buah pinggang.

c. Lemak Lemak terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen. Lemak membekalkan dua kali ganda lebih tenaga daripada karbohidrat. Lemak terdapat dalam makanan seperti minyak masak, mentega, keju dan coklat.

Fungsi lemak Membekalkan tenaga dan haba kepada badan Disimpan dalam badan dan apabila tenaga dalam badan berkurangan, lemak simpanan ini ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan

Berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan Membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk

Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan. Lemak yang berlebihan akan menyumbat saluran arteri dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

5.1.2

Mikronutrien

Mikronutrien terdiri daripada vitamin dan mineral. Fungsi mikronutrien adalah untuk meningkatkan daya tahan badan daripada pelbagai jenis penyakit dan sebagai bahan pelawas. Kekurangan mikronutrien menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

a. Vitamin Larut Air Vitamin larut air bermaksud vitamin yang diserap dalam darah untuk disalurkan ke seluruh badan. Vitamin larut air terdiri daripada vitamin B dan vitamin C. Vitamin larut air yang berlebihan akan dikeluarkan daripada badan melalui sistem pencernaan.

Sumber dan kepentingan vitamin larut air Vitamin Sumber Fungsi Kesan kekurangan Kesan berlebihan

B1

Ragi, sayursayuran, kekacang dan bijirin

Pembentukan sistem saraf, penghadaman dan pertumbuhan badan Penjagaan tisu kulit, mata dan sistem pernafasan Komponen untuk proses metabolism protein dan amino asid Pembentukan sel darah merah Pembentukan tisu dan perlindungan melawan penyakit

Penyakit beriberi dan hilang selera makan

Penyakit edema, badan menggigil dan gementar.

B2

Susu, keju, hati dan telur

Anemia, rabun dan pecah bahagian mulut dan bibir Anemia dan sistem imunisasi terjejas Lumpuh dan pertumbuhan badan terbantut Penyakit skurvi, gusi berdarah dan luka lambat sembuh

Gatal kulit

B6

Hati, kekacang, ragi, ikan dan telur

Sawan

B12

Daging, ikan, susu dan telur Limau, manga, sayuran hijau, tomato dan nenas

Polycythemia

Cirit-birit

b. Vitamin Larut Lemak Vitamin larut lemak bermaksud vitamin yang diserap bersama-sama lemak ke dalam organ badan. Vitamin larut lemak merangkumi vitamin A, D, E dan K. Lebihan vitamin ini akan dismipan dalam tisu badan.

Sumber dan kepentingan vitamin larut lemak Vitamin A Sumber Susu, telur, hati Fungsi Pembentukan Kesan kekurangan Tumbesaran Kesan berlebihan Rambut gugur,

dan minyak ikan

kulit dan tulang, penglihatan, pertumbuhan badan dan sistem imunisasi Menjaga dan membina kesihatan tulang dan gigi

terbantut, rabun malam, kulit bersisik, dan gigi mudah rosak

muntah dan sukar tidur (insomnia)

Minyak ikan, minyak sayur, dan cahaya matahari

Penyakit riket dan osteoporosis Kelahiran tidak cukup bulan dan kecacatan sistem saraf Darah lambat membeku

Anoreksia nervosa dan cirit-birit Tekanan darah meningkat

Minyak sayuran Membina sel kekacang dan darah merah bijirin dan membantu fungsi sperma dan ovum Sayuran hijau dan brokoli Membantu proses pembekuan darah

Muntah

c. Garam Mineral Garam mineral seperti kalsium, natrium, zat besi, iodin, zink dan florida merupakan bahan tak organik yang terdapat dalam kuantiit yang rendah dalam badan. Bahan tak organik diperlukan unutk pembentukan tulang dan gigi serta membolehkan organ badan berfungsi dengan sempurna.

Sumber dan kepentingan garam mineral Jenis Kalsium Sumber Susu, dadih, keju, ikan bilis dan sayuran Fungsi Pembentukan tulang, gigi dan meningkatkan Kesan kekurangan Riket, osteoporosis dan Kesan berlebihan Fungsi saraf terjejas dan

hijau Natrium Garam

fungsi otot Membantu pengecutan otot dan membina plasma darah Pembentukan hemoglobin

osteomalasia Kejang otot, loya, muntah dan kurang selera makan Anemia

penyakit karang Tekanan darah tinggi

Ferum

Hati, daging, kuning telur dan sayuran hijau Makanan laut Bijirin, ikan dan daging Makanan laut seperti tiram dan kerang

Kerosakan hati

Iodin Zink

Komponen hormone tiroid Membantu tumbesaran Pembentukan gigi

Beguk (goiter) Tumbesaran terbantut Kerosakan gigi

Ulser mulut Sistem imunisasi terjejas Warna kekuningan pada gigi

Florida

You might also like