You are on page 1of 4

UNIT 1 1. Apakah aras paling rendah dalam organisasi struktur manusia? A. Sel. B. Tisu. C. Kimia. D. Organ. 2.

Apakah jenis tisu yang melitupi semua permukaan tubuh? A. Tisu epitelium B. Tisu perantara C. Tisu otot D. Tisu saraf 3. Pada kedudukan anatomi, tapak tangan menghadap ke ___________. A. atas B. hadapan C. belakang D. sisi tubuh 4. Apakah fungsi neuron? A. Membawa impuls. B. Membantu menghantar impuls. C. Menyimpan lebihan lemak tubuh. D. Membekal nutrien kepada neuroglia. 5. Sistem yang manakah di antara berikut terlibat dalam pergerakan? A. Sistem rangka. B. Sistem respiratori. C. Sistem pencernaan. D. Sistem kardiovaskular. 6. Osteologi adalah kajian mengenai _________________. A. otot B. saraf C. tulang D. jantung 7. Mulut terletak ____________terhadap dagu. A. lateral B. inferior C. superior D. proksimal 8. Telinga terletak __________ terhadap mata. A. distal B. lateral C. posterior D. proksimal

9. Satah___________ membahagi tubuh kepada bahagian atas dan bawah. A. sagital B. frontal C. transversal D. sagital tengah 10. Penguncupan otot berlaku hasil daripada interaksi di antara aktin dan _____ dalam tisu otot. A. miosin B. neuron C. nukleus D. tisu perantara

UNIT 2 1. Fungsi yang manakah di antara berikut bukan fungsi tisu epithelium? A. Membentuk kelenjar. B. Melitupi permukaan tubuh. C. Melindungi dan menyokong tubuh. D. Melapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus. 2. Tisu yang manakah di antara berikut berperanan untuk mengesan perubahan dalaman dan luaran tubuh? A. Tisu otot. B. Tisu saraf. C. Tisu adiposa. D. Tisu perantara. 3. Sifat yang manakah di antara berikut bukan sifat matriks ekstrasel? A. Gel. B. Pepejal. C. Bendalir. D. Gabungan pepejal bersama serat protein. 4. Apakah peranan serat di dalam matriks ekstrasel? A. Menyatukan sel-sel tubuh. B. Menguatkan dan menyokong tisu perantara. C. Menyokong serta melindungi organ dalaman tubuh. D. Menentukan bagaimana tisu terbentuk dan berkembang. 5. Sel yang manakah di antara berikut tidak terdapat di dalam tisu perantara areolar? A. Adiposit. B. Fibroblas. C. Sel darah putih. D. Sel darah merah.

6. Tisu adiposa adalah tisu perantara ____________. A. elastik B. kendur C. padat teratur D. padat tidak teratur 7. Struktur yang manakah di antara berikut mengandungi tisu perantara padat teratur? A. Otot. B. Tulang. C. Tendon. D. Rawan berserat. 8. Telinga mengandungi rawan______________. A. hialin B. elastik C. berserat D. articular 9. Rawan lambat untuk dibaik pulih selepas mengalami kecederaan kerana ___________ A. mempunyai lemak B. mempunyai neuroglia C. tidak mempunyai salur darah D. mempunyai salur darah yang sempit 10. Struktur yang manakah di antara berikut merembeskan bendalir sinovia? A. Membran serosa. B. Membran mukus. C. Membran sinovium. D. Membran kutaneus.

3. Girdel pelvis terdiri daripada _________________. A. tulang koksa B. skapula dan klavikel C. humerus dan skapula D. tulang rusuk, sternum dan klavikel 4. Yang manakah di antara berikut terdapat pada plet epifisis? A. Kondrosit. B. Trabekula. C. Osteoklas. D. Endosteum 5. Tulang rangka bersifat fleksibel kerana mempunyai __________________.. A. fosfat B. kalsium C. kolagen D. Vitamin D 6. Sistem rangka berperanan untuk _____________. A. melindungi organ dalaman tubuh daripada kecederaan B. membantu dalam menghasilkan pergerakan C. menghasilkan sel darah D. semua jawapan di atas 7. Sel yang membina tulang adalah ______________. A. osteosit B. osteoblas C. osteoklas D. osteogenik 8. Apakah jenis rawan yang melitupi permukaan tulang yang membentuk sendi? A. Hialin B. Elastik C. Artikular D. Berserat 9. Tulang yang manakah di antara berikut dikategorikan sebagai tulang pendek?. A. Karpal B. Femur C. Skapula D. Vertebra toraks

UNIT 3 1. Pada tulang orang dewasa, plet efifisis digantikan dengan _______________. A. osteon B. periosteum C. endosteum D. garis epifisis 2. Ciri yang manakah di antara berikut terdapat pada tulang spongiosa? A. Mengandungi lakuna. B. Mengandungi osteon. C. Mempunyai system Havers. D. Mempunyai tulang trabekula.

10. Tulang yang manakah di antara berikut terbentuk menerusi osifikasi intramembranus? Tulang leper pada tengkorak, mandibel, sebahagian daripada klavikel dan ubun-ubun bayi semasa dilahirkan terbentuk menerusi osifikasi intramembranus A. Femur B. Radius C. Mandibel D. Metatarsal

6. Apakah peranan bursa pada sendi sinovial? A. Menyingkirkan sisa metabolik. B. Merembeskan bendalir sinovial. C. Membekalkan nutrien kepada kondrosit. D. Mengurangkan geseran di antara tulang-tulang sendi. 7. Sendi bahu adalah sendi jenis ________________. A. engsel B. pangsi C. lesung D. kompaun 8. Sirkumduksi boleh dilakukan di sendi __________. A. gesel B. kondil C. pelana D. engsel 9. Pergerakan yang manakah di antara berikut bukan berupa pergerakan angular? A. Fleksi. B. Elevasi. C. Abduksi. D. Ekstensi. 10. Perbuatan menguap adalah pergerakan jenis ______________. A. depresi B. pronasi C. retraksi D. pendorsifleksan

UNIT 4 1. Menggelengkan kepala adalah pergerakan jenis __________________. A. fleksi B. retraksi C. putaran D. abduksi 2. Pergerakan yang manakah di antara berikut tidak boleh dilakukan pada mandibel? A. Depresi. B. Elevasi. C. Eversi D. Protraksi 3. Fungsi yang manakah di antara berikut bukan fungsi bendalir sinovial? A. Melincirkan sendi. B. Menguatkan sendi. C. Menyingkirkan bahan sisa metabolik. D. Mengurangkan geseran di antara tulang. 4. Sendi jenis yang manakah di antara berikut mempunyai tisu perantara berserat tetapi tiada rongga sinovial? A. Simfisis. B. Sinovial. C. Berserat. D. Sinkondrosis. 5. Permukaan tulang-tulang sendi ini dilitupi rawan ________________________. A. tulang B. elastik C. artikular D. berserat

UNIT 5 1. Sifat yang manakah di antara berikut bukan sifat otot? A. Kefleksibelan. B. Kebolehujaan. C. Kebolehkuncupan. D. Kebolehpanjangan. 2. Tisu perantara paling luar yang melitupi otot rangka adalah ____________________. A. Epimisium B. Perimisium C. Endomisium D. Retikulum sarkoplasma

3. Penyatan yang manakah di antara berikut tidak benar mengenai tisu otot rangka? A. Tisu otot rangka mempunyai banyak nukleus. B. Tisu otot rangka mempunyai banyak cabang. C. Tisu otot rangka mempunyai banyak mitokondria. D. Susunan aktin dan myosin menghasilkan jalur pada tisu otot rangka. 4. Penguncupan otot dicetuskan oleh impuls yang dibawa oleh ________________. A. neuroglia B. neuron motor C. neuron aferen D. neuron sensori 5. Molekul yang manakah di antara berikut menyimpan tenaga untuk membina kembali molekul tambahan ATP? A. miosin B. troponin C. mioglobin D. tropomiosin 6. Apakah yang akan berlaku sekiranya ATP tiada selepas sarkomer mula memendek? A. Troponin akan terikat pada kepala miosin. B. Penguncupan berlangsung secara normal. C. Kepala miosin tidak dapat berpisah daripada aktin D. Aktin dan miosin akan terpisah dan kekal dalam kedudukan ini 7. Apakah bahan kimia yang meransang perubahan kedudukan kompleks troponintropomiosin untuk membolehkan kepala miosin melekat pada tapak aktif di aktin? A. ATP B. aktin C. kalsium D. asetilkolin 8. Otot _________________ bertindak bersama agonis untuk mengurangkan pergerakan yang tidak diperlukan. A. sinergis B. penetap C. antagonis D. penggerak utama

9. Otot rangka menghasilkan pergerakan dengan menarik _______________ yang melekat pada tulang. A. saraf B. tendon C. ligamen D. rawan articular 10. Apakah serat otot yang digunakan secara dominan dalam aktiviti bercorak anerob singkat? A. Jenis I. B. Glikolitik pantas. C. Oksidatif perlahan. D. Oksidatif-glikotik pantas.

You might also like