You are on page 1of 20

Amalan Melindungi Masa Instruksional di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib Kuantan, Pahang.

Abstrak

Melindungi Masa Instruksional menjadi cabaran yang hebat kepada pengurusan dan warga sekolah berikutan dinamisnya sifat pendidikan pada hari ini yang mempunyai kerangka merentasi semua aspek perkembangan diri murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang Sistem Pendidikan hari ini meletakkan keseimbangan pembangunan diri murid dari segi Intelek, Rohani, Jasmani, dan Emosi telah menyediakan panduan yang jelas tantang hala tuju pendidikan negara. Bagi pemimpin dan warga sekolah cabaran ini bukan sahaja yang bersifat mendatang tetapi terdapat juga aspek-aspek `status quo dan amalan sedia ada yang menghakis keutuhan masa instruksional. Kertas ini akan menghuraikan beberapa cabaran masa instruksional dan langkah-langkah untuk melindungi masa tersebut dengan fokus kepada faktor pengurusan sekolah, faktor Instruksional Guru dan kawalan para pelajar . Pengurusan masa instruksional ini bertujuan mewujudkan iklim pembelajaran yang positif untuk memastikan masa pembelajaran yang dilaksanakan adalah berkesan. Masa PDP 1 jam, Keluwesan Pengurusan Jadual Waktu, Program Perkembangan Profesional Guru,dan Penilaian Impak (Post Mortem) peperiksaan berfokus adalah empat variable pengurusan yang penting dan menjadi pengawal kepada pelaksanaan masa instruksinal yang berkesan. Pelaksanaan PDP berkesan, Bahan pembelajaran yang mencukupi dan efektif, Q-SMART (Senarai Semak Pembelajaran), dan Intergrasi ICT dalam PDP pula merupakan faktor guru yang menyumbang kepada peningkatan pengursan masa intsruksional. Kepada pelajar pula elemen yang diberi perhatian iaitau pengursan keluar masuk pelajar. Mengupayakan pemimpin sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan lokaliti dan memenuhi kehendak pihak yang

berkepetingan (stakeholder) serta meningkatkan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran penting untuk memastikan masa instruksional sentiasa dilindungi dan pendidikan di sekolah mencapai matlamat seperti yang dihasratkan.

1. Pengenalan. Melindungi Masa Instruksional (MMI) menjadi agenda penting kepada pengurusan sekolah. Keupayaan Kepimpinan sekolah mengesan gangguan masa

instruksional murid seterusnya mengambil tindakan yang cekap, kreatif dan berkesan untuk mengatasi masalah ini merupakan satu keputusan yang kritikal dan strategic. Faktor- faktor gangguan yang pelbagai dimensi menuntut keberanian dan kebijakan Pemimpin Sekolah mempertahankan `wilayah masa instruksional.

Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemn gangguan terhadap masa instrusksional di sekolah :

KPM/PPD Aktiviti kokurikulum Kebangsaan, Daerah, Negeri Guru Bermesyuarat. Di KPM, JPN dan PPD. Guru Berkursus di KPM, JPN dan PPD.

Pengurusan Aktiviti Sukantara

Guru Tidak masuk kelas / lewat masuk kelas

Pelajar Keluar kelas ke tandas

Fizikal Susun atur kelas

Peralatan Tiada peralatan yang sesuai

Lain-lain Pengumuman Pembesar Suara

Perhimpunan pagi panjang

CRK & Cuti Sakit

Kesediaan murid belajar

Bilik Darjah, Bengkel, makmal jauh.

Peralatan PDP Tidak mencukupi

Guru disiplin mengendalikan `spot check

Aktiviti Kokurikulum

Peperiksaan atau kelas PJJ

Guru / Pelajar di panggil ke pejabat Kepentingan aktiviti bercanggah Tiada guru ganti guru bersalin

Guru bertugas sebagai jurulatih utama Kesediaan guru melaksanakan pengajaran Guru bukan opsyen mengajar Guru disiplin terlibat mengendalikan kes disiplin. Keberkesanan Pengajaran guru

Sakit berpanjangan / mohon bercuti ikut keluarga Pengerakan ke makmal dan bengkel lambat.

Peralatan untuk PDP Rosak

Jadual 1 : Gangguan Masa Instruksional Murid Mengikut Dimensi.

2.

Isi Kandungan

i.

Penyataan /Cadangan

Di SMK Abdul Rahman Talib tumpuan diberikan kepada 3 strategi utama iaitu masa PDP yang mencukupi dan berkesan, proses PDP yang berkesan dan Bahan PDP yang mencukupi dan berkesan. Pelaksanaan strategi ini bertujuan untuk mengurangkan

pelbagai jenis gangguan masa instruksional yang berada dalam kawalan pengurusan sekolah dan pengurusan masa instruksional guru.

ii.

Cadangan Tindakan / Penyelesaian

Tindakan dalam Kawalan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah

a.

Pengurusan Kehadiran Guru, Pengerakan Guru. (Masa)

PDP yang berkesan hanya boleh dicapai jika guru dan murid hadir ke sekolah tepat pada waktu . Membudayakan disiplin hadir ke sekolah dan berada di sekolah adalah kunci utama melindungi masa instruksional. Menggunakan sistem perakam waktu biometrik dengan perisian khusus memberi banyak kelebihan kepada pengurusan sekolah untuk memantau kehadiran guru. Analisis kehadiran secara harian dan bulanan membolehkan pengurusan sekolah mengesan pola (`trend) kehadiran guru dan seterusnya memberikan ingatan supaya guru dapat hadir ke sekolah lebih awal agar waktu pertama pengajaran berjalan dengan lancar.

Isu pergerakan keluar masuk guru semasa bertugas juga adalah perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius. Sebahagian guru memohon keluar semasa waktu

bertugas untuk ke klinik, temu janji di hospital, urusan persekolahan anak dan urusanurusan lain yang perlu dilaksanakan kerana waktu lapang selepas waktu persekolahan adalah pendek untuk mereka melakukan urusan harian mereka. Oleh sebab setiap guru tidak mempunyai waktu rehat yang ditetapkan maka perkara ini menjadi aspek penting untuk diberi perhatian kerana sebahagian guru melihat bahawa kebenaran pihak pengurusan sekolah untuk mereka berurusan pada waktu lapang sebagai satu elemen kebajikan yang terletak di bawah budi bicara pengursan sekolah. Instrumen yang digunakan untuk mengesan dan mengawal pergerakan keluar masuk ini adalah slip keluar yang mesti diisi oleh guru dan diberi kebenaran dengan tandatangan oleh Pengetua atau ahli pengurusan sekolah yang lain jika pengetua tiada di sekolah. Slip ini mestilah

ditinggalkan di pondok pengawal semasa guru hendak meninggalkan kawasan sekolah dan akan diserahkan ke pejabat oleh pengawal keselamatan untuk tujuan rekod. Proses ini dilaksanakan agar pengurusan keluar masuk guru lebih teratur dan masa instruksional di

bilik darjah dapat di kawal dengan baik agar tiada guru yang meninggalkan kelas semasa waktu PDP sepatutnya berlangsung.

b.

Pengurusan Jadual Waktu dan Jadual Waktu Relif. (Masa)

Pengurusan Jadual waktu yang cekap dan berkesan adalah kunci utama kepada pengurusan pembelajaran. SMK Abdul Rahman Talib telah menggunakan sistem jadual waktu ASC sejak tahun 2007 dan telah mendapat manfaat yang banyak dari sistem tersebut. Sistem yang mudah dioperasi dan luwes ini memberi ruang kepada

Jawatankuasa jadual waktu merombak semula jadual dan membuat penugasan baru kepada guru-guru apabila ada keperluan. Cabaran utama kepada sekolah ini adalah apabila terdapat guru-guru yang bersalin sehingga pada satu tahun boleh mencecah kepada 3 hingga 4 orang guru tiada di sekolah selama tiga bulan kerana cuti bersalin dan guru penggantinya pula sukar hendak diperolehi.

Jawatankuasa jadual waktu biasanya akan melaraskan semula jadual guru dan menggabungkan tiga kelas untuk diajar oleh dua orang guru ataupun menukar kaedah pembelajaran supaya lebih berbentuk kuliah dengan merombak Rancangan Pelajaran Tahunan supaya topik-topik yang lebih mudah dan ringkas dapat diajar kepada pelajar pada masa tersebut. Secara puratanya sejak tahun 2007 SMART mempunyai 7 hingga 8 kali perubahan jadual waktu dalam satu tahun persekolahan. Perubahan jadual waktu yang kerap ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua kelas dan mata pelajaran mempunyai guru dengan asas bahawa guru mengajar dan murid belajar. Bagi melaksanakan kelas gabungan seperti ini SMART telah beruasaha supaya infrastuktur tersedia untuk tujuan penggabungan kelas seperti ini. Oleh itu sebuah dewan besar, satu bilik kuliah yang boleh memuatkan 120 pelajar dan sebuah dewan makan asrama dengan kapasiti 160 pelajar berfungsi seperti bilik seminar yang lengkap dengan kemudahan pembesar suara dan LCD boleh dimanfaatkan pada

bila-bila masa untuk tujuan ini. Kesediaan guru untuk meggambil tanggungjawab mengajar pelajar dalam kuantiti yang besar ini adalah berasaskan konsep PKKP (Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan ) yang menggariskan prinsip CPO (Collaborative, Participative dan Ownership) iaitu semua pelajar di SMART ini adalah anak murid kepada semua guru dan semua guru harus berpakat dan bekerja bersama-sama unutuk memastikan pembelajaran berlaku dan masa instruksional pelajar yang dilindungi.

Pengurusan Jadual waktu relif

ataupun proses menyediakan guru ganti bagi

kelas-kelas yang ketiadaan guru pada setiap hariperlu lebih kreatif. Proses penyediaan guru ganti ini berasaskan prinsip cepat dan tepat, iaitu menyediakan jadual secepat mungkin dan diedar/disebarkan sesegera mungkin untuk pengetahuan guru dan murid serta menyediakan guru ganti yang tepat supaya boleh membantu pelajar di dalam kelas kelas tersebut. Kriteria pemilihan guru ganti tersebut adalah mengikut keutamaan seperti berikut :

i.

Guru yang mengajar mata pelajaran yang sama bagi tingkatan yang sama

ii.

Guru yang mengajar mata pelajaran yang sama walaupun tingkatan yang berlainan tetapi pada tahap yang sama (MR/MA).

iii.

Guru yang mengajar mata pelajaran yang berlainan tetapi mengajar kelas tersebut.

iv. v.

Guru Kanuselor. Mana-mana guru yang difikirkan sesuai.

Kriteria ini bertujuan supaya guru yang mengganti dapat memberi manfaat yang paling besar apabila berlaku penggantian dengan memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sepatutnya berlaku proses pembelajaran kerana pada kebiasaannya guru yang tidak hadir kerana urusan CRK atau bertugas di luar sekolah akan meninggalkan tugasan kepada pelajar untuk diselia oleh guru ganti.

Oleh itu guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sama amat penting bagi menjayakan proses relif ini.

Sistem Relif ASC memudahkan guru jadual waktu mengesan guru-guru yang diperlukan serta blok-blok waktu lapang bagi setiap guru untuk memenuhi kriteria dan tuntutan relif ini. Bagi kelas-kelas tertentu biasanya akan terdapat tempahan-tempahan awal daripada guru-guru tertentu terutamanya kelas-kelas peperiksaanjika kelas tersebut ketiadaan guru dan blok waktu itu serasi pula dengan blok waktu guru yang menenpah itu.

c.

Masa Pembelajaran dan Pengajaran 1 jam. (Masa) Memperuntukkan masa pembelajaran selama satu jam adalah satu cabaran yang agak hebat tetapi menguntungkan kepada sekolah yang melaksanakan aliran sains. SMK Abdul Rahman Talib melaksanakan aliran sains sepenuhnya di tingkatan empat dan lima serta empat kelas sains dari 10 kelas di tingkatan enam. Bagi sekolah yang mengoptimumkan penggunaan makmal, PDP selama satu jam amat bermanfaat dan meningkatkan masa tugasan (`Task Time) kepada guru dan pelajar. Pembelajaran selama satu jam atau 50 minit masa tugasan dengan mengambil kira waktu pergerakan pelajar selama 10 minit.

Masa P&P selama 60 minit contohnya 4 kali seminggu iaitu 240 minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dapat memberikan pembelajaran yang optima berbanding kombinasi masa berkembar 80 minit dengan tiga kali seminggu atau 5 kali perjumpaan dengan pelajar dengan kombinasi 2+2+1+1. Penggunan peruntukkan waktu tunggal 40 minit yang akan hilang 5 hingga 10 minit waktu menunggu `waiting time yang akhirnya meninggalkan hanya 30 minit waktu tugasan `task time. Perbezaan dan manfaat pembelajaran menggunakan waktu satu jam berbanding 40 minit dapat diperhatikan pada jadual di bawah :

Masa Pembelajaran (ALT) 40 minit x 6 waktu = 240 minit

Pembahagian Kek Waktu erap an 2+2+1+1 4

Masa Menunggu (10 minit) 40 (4 x10)

Masa Tugasan 200 minit

Ulasan

2+2+2

30 (3 x 10)

210 minit

60 minit x 4 kali = 240 minit

1 + 1+ 1+ 1

40 (4x10)

200 minit

Masa tugasan sama dengan waktu 1 jam (200 minit ). Jika guru tidak hadir pada waktu berkembar (80 minit) hanya 130 minit masa tugasan yang tinggal dan jika pada waktu tunggal pula waktu tugasan adalah 170 minit. Risiko tinggi jika guru tidak hadir 1 hari . Hanya tinggal 140 minit waktu tugasan dapat dilaksanakan. Risiko P&P tidak berlangsung dilebarkan. Jika 1 hari guru tiada P&P tidak dapat dilaksanakan masih ada 150 minit waktu P&P dapat diselamatkan.

Jadual 2 : Perbandingan waktu PDP 1 jam dan 40 minit. Kesimpulannya jadual waktu dengan 1 jam (ALT) adalah lebih luwes, selamat dan kurang berisiko kerana kita sedia maklum pada hari ini kekerapan guru tidak berada dalam bilik darjah adalah tinggi. d. Program Perkembangan Profesional berterusan(CPD). (Proses PDP ) Program perkembangan professional guru yang berterusan adalah salah satu pemangkin utama untuk memastikan guru sentiasa mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini dalam pengajaran serta sikap yang betul untuk melaksanakan proses pengajaran yang berkesan. Program ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu : i. ii. iii. Program Perkembangan Profesional berasaskan ICT Program Perkembangan Profesional Umum Program Perkembangan Profesional Khusus dalam Panitia mata pelajaran.

Tujuan utama program perkembangan professional guru ini adalah untuk meningkatkan keupayaan guru dari segi penyampaian pengajaran dan pengurusan pedagogi pembelajaran yang berkesan supaya pembelajaran di bilik darjah mencapai objektifnya.

Program perkembangan profesional guru dalam bidang ICT menjadi keutamaan terutamanya dalam usaha meningkatkan bilangan guru dan jumlah proses

pembelajaran yang dilaksanakan dengan intergrasi ICT yang tinggi. Keupayaan guru memanfaatkan kemudahan ICT semasa proses pembelajaran akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pembelajaran terutamanya ketika proses penyampaian dan aktiviti bersemuka secara maya dengan pelajar. Penggunaan Oracle Thinkquest sebagai platform pengurusan pembelajaran diterapkan di kalangan guru dan pelajar melalui aktiviti CPD.

Kecekapan penyampaian guru juga dibantu melalui program perkembangan profesional dalam panitia masing-masing dengan memberi keutamaan kepada perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta maklumat-maklumat terkini. Panitia sentiasa meletakkan agenda perkembangan staf sebagai elemen penting setiap kali ada mesyuarat dan perjumpaan panitia.

Pengurusan sekolah secara umumnya telah menggariskan beberapa sasaran utama dari segi program perkembangan profesional guru dengan memberi fokus kepada isu peranan pendidik pada abad ke 21, pekerjaan sebagai ibadah dan program pembentukan pasukan kerja yang berkesan. Program yang lebih menjurus kepada pembentukan budaya dan sikap ini bertujuan untuk memberi motivasi dan panduan kepada guru untuk berperanan dalam organisasi pendidikan dengan matlamat dan hala tuju yang jelas seterusnya dapat memupuk nilai mengutamakan kerja dan melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh.

e.

Post Mortem (Penilaian Impak) peperiksaan/ ujian yang berfokus. (Proses PDP)

Aktiviti `Post Mortem peperiksaan atau lebih di kenali sebagai Penilaian Impak (IMPAK) yang berfokus adalah alat pengurusan yang penting untuk mengesan, mengawal dan memantau proses pembelajaran yang berkesan di bilik darjah dan seterusnya menjadi sebahagian dari indikator bahawa masa instruksional terutamanya masa pembelajaran bersemuka antara guru dan pelajar dilaksanakan dengan berkesanan.

Melalui aktiviti `post mortem berfokus ini guru-guru akan membuat analisis item bagi setiap mata pelajaran, setiap kelas dan setiap pelajar. Pengurusan dapat mengesan defisit pembelajaran sama ada disebabkan oleh pelajar, guru, bahan pembelajaran dan masa pembelajaran yang tidak mencukupi. Kerap kali juga dikenal pasti bahawa defisit pembelajaran wujud kerana masa bersemuka secara berkesan antara guru dan pelajar tidak mencukupi atau sesetengah topik tidak dikuasai dengan baik kerana waktu yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk memastikan pelajar benar-benar menguasai topik tesebut.

Tindakan pemulihan / remedial akan segera dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini, guru-guru yang terlibat juga sering mengambil peluang untuk mengadakan kelas dan bengkel tambahan bagi tujuan ini. Apa yang penting di sini adalah guru dan pelajar telah diberi ingatan bahawa masa PDP adalah amat penting dan segala aktiviti PDP mesti disempurnakan. Jika pekara ini tidak berlaku dengan sempurna maka kita akan menerima akibatnya dan aktiviti pemulihan / remedial yang dilakukan adalah tindakan membaiki apa yang telah tidak kita sempurnakan dahulu . Proses remedial ini bukan sahaja memerlukan masa tambahan tetapi juga akan mengurangkan peluang kita untuk melonjak pencapaian pelajar dengan aktiviti-aktiviti intervensi. Refleksi sebegini kepada kepada semua pihak supaya sedar bahawa masa instruksional mestilah dimanfaatkan sebaik mungkin.

Kesimpulannya aktiviti IMPAK selama 3 kali setahun ini menjadi satu fasa penting kepada semua pihak membuat refleksi terhadap semua aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Nasihat dan bimbingan pengurusan kepada semua guru akan menjadi panduan supaya semua pihak dapat mengurus masa instruksional masing-masing dengan lebih berkesan.

Tindakan dalan Kawalan Pengurusan Masa Instruksional guru

a. Pelaksanaan PDP berkesan. (Proses PDP)

Pelaksanaan PDP yang berkesan adalah agenda utama setiap guru SMART yang masuk ke bilik darjah. Berkesan di sini membawa maksud guru mengajar dan murid belajar, produktiviti proses ini diukur dengan penguasaan pelajar terhadap ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang menjadi matlamat pembelajaran pada hari tersebut.

Dalam proses PDP yang berkesan lima aspek penting yang diberi fokus iaitu : i) ii) iii) iv) Penguasaan isi kandungan mata pelajaran (Content) Penguasaan Kemahiran Mengurus Pembelajaran (Instruction) Penguasaan Pedagogi yang tepat dan berkesan (Pedagogy) Pengawalan tumpuan / fokus pelajar terhadap pembelajaran (Attention)

Melalui keempat-empat elemen ini `task time dan `engage time dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan pembelajaran menjadi lebih bermakna serta mencapai objektif yang diharapkan. Elemen kemahiran mengurus Pembelajaran ini agak unik kerana setiap guru mempunyai kaedah yang berbeza walaupun secara umum semua guru mempunyai teknik dan kaedah yang generic tetapi kelainan dan keunikan yang kecil sekalipun member perbezaan yang besar. Pemerhatian dan pencerapan di bilik darjah akan menonjolkan variasi ini, variasi ini kerap kali dikongsikan oleh guru dalam pertemuan-pertemuan mereka dan mesyuarat penilaian impak.

Semua aspek ini akan member sumbangan yang besar kepada uasaha-uasaha untuk memastikan masa instruksional dapat dilindungi sepenuhnya seperti yang dihasratkan.

b. Bahan PDP yang mencukupi dan berkesan. (Bahan PDP).

Menyediakan bahan PDP yang mencukupi dan berkesan sentiasa menjadi matlamat pengurusan sekolah bagi melengkapkan keperluan guru dan pelajar melaksanakan PDP yang berkesan di bilik darjah. Kita sedia maklum dengan PDP yang berkesan dan `Task Time dan `Engage Time yang berkualiti maka masa instruksional dapat dilindungi dengan sebaik mungkin. Strategi pengurusan sekolah yang tidak membenarkan sebarang alasan bahawa tiada bahan PDP , bahan tidak mencukupi dan tidak sesuai telah menunjukkan impak yang positif. Pengurusan sekolah dengan sokongan kuat PIBG telah menyediakan dana yang mencukupi untuk cetakan bahan pembelajaran yang siap dicetak, disusun, diklip dan dihantar ke setiap bilik guru dengan tempoh kerja selama tiga hari. Ini memberikan peluang sepenuhnya guru menggunakan helaian bercetak sebagai bahan pdp dalam kelas. Masa yang dibazirkan `waste time seperti menulis di papan putih dan membaca soalan untuk murid menyalin tidak lagi wujud kerana bahan pembelajaran telah dapat disediakan sepenuhnya.

Dalam aspek ini apa yang yang lebih penting bukanlah kecekapan penyediaan bahan itu sahaja tetapi usaha menganjak minda guru supaya dapat menyediakan bahan yang lebih berkualiti untuk pelajar dengan mengambil kira (`self pace) kadar kendiri bagi setiap pelajar yang dengan menyediakan bahan dan modul yang sesuai mengikut tahap pelajar.

Kesimpulannya `waste time dapat dikurangkan, `engage time dapat ditingkatkan dan bahan ini amat berguna sekiranya guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana guru ganti akan menggunakan bahan ini untuk mentadbir kelas yang digantinya nanti.

c. Q-SMART (Senarai Semak Pelaksanaan Pembelajaran). (Proses PDP)

Q-SMART adalah ringkasan kepada Rancangan Pelajaran Tahunan guru bagi setiap mata pelajaran yang diajar. Senarai semak ini disediakan secara kolaboratif dalam mesyuarat panitia dengan menentukan susunan bab dan topik yang perlu diajar serta menentukan bilangan latihan, ujian dan bahan pembelajaran yang harus disediakan untuk pelajar. Dalam senarai semak ini juga ditentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar.

Tujuan Q-SMART ini pada peringakat awalnya adalah untuk menyelaras proses PDP supaya lebih seragam dan memenuhi keperluan menentukan takat atau had sesuatu topik yang perlu diuji dalam ujian dan peperiksaan. Namun begitu instrumen ini telah berfungsi dengan baik untuk memberi satu piawai kepada guru untuk membuat refleksi kendiri terhadap keupayaan diri masing-maing melaksanakan PDP mengikut jadual yang sepaptutnya. Q-SMART adalah instrumen pemantauan yang paling mudah melalui pengubahsuai RPT untuk Ketua Panitia, Ketua Bidang dan Pengetua untuk mengesan tahap pelaksaan PDP guru.

Penggunaan Q-SMARt sebagai alat ukur dan senarai semak penyampaian PDP di bilik darjah telah menjadi alat pengesanan dan kawalan utama mengawal masa instruksional bagi setiap guru. Q-SMART yang disimpan di dalam buku Rekod Persediaan Mengajar guru boleh disemak pada bila-bila masa sahaja. Formatnya yang ringkas dan padat memudahkan pemantau untuk mengesan prestasi pelaksanaan PDP guru.

Sejak kebelakangan ini telah diperkenalkan Q-SMART versi Pelajar atau dikenali sebagai SQ-SMART yang mempunyai ciri yang sama dengan Q-SMART guru tetapi mempunyai kolum tambahan yang membenarkan pelajar menanda di ruangan tersebut sama ada mereka telah menguasai atau belum setiap topik dan kemahiran yang di ajar. SQ-SMART ini bukan sahaja menjadi panduan kepada pelajar tentang topik-topik yang akan diajar sepanjang tahun tetapi mejadi alat refleksi kendiri pelajar

dan guru. Bagi pengurusan pula SQ-SMART adalah satu instrumen semak silang `cross check pelaksanaan PDP yang berkesan dan informatif.

Tindakan mengawal pembelajaran Peringkat Murid melalui Alat Pengurusan Bilik Darjah

a.

Buku Rekod Pengesanan Pelajar

Buku Rekod Pengesanan Pelajar (BRPP) adalah adalah borang yang merekod kehadiran pelajar dan guru semasa sesi PDP berlangsung di kelas. Dalam BRPP

dicatatkan nama pelajar yang tidak hadir, pelajar yang tiada dalam kelas semasa PDP berlangsung dan akhirnya guru menurunkan tandatangan di ruangan yang betul

mengikut waktu pembelajaran berlaku. Guru Kelas, guru disiplin, guru Penyelaras

Tingkatan akan menyemak buku ini untuk mengesan pelajar yang tidak hadir ke sekolah dan tiada semasa proses PDP berlangsung.

Instrumen ini bertujuan mencegah dan mengelak pelajar daripada ponteng kelas atau meninggalkan kelas dengan sewenang-wenangnya semasa PDP berlaku. Buku ini juga menjad indikator penting mengesan kehadiran guru ke bilik darjah.

b. Borang Pengesanan Kendiri Pelajar (BPKP)

Borang Pengesanan Kendiri Pelajar (BPKP) pula dikeluarkan oleh Penolong Kanan kepada pelajar-pelajar tertentu dalam tempoh masa yang tertentu bertujuan untuk

memastikan pelajar yang terlibat dengan kes ponteng kelas, lewat masuk ke makmal, tidak memberi tumpuan dan perhatian semasa PDP. Pelajar tersebut perlu perhatian serius dan terus diperhatikan oleh guru yang mengajar di bilik darjah. diberi

Pelajar yang terlibat perlu mengambil borang ini pada setiap pagi di kaunter pejabat sekolah dan mesti mendapat tandatangan setiap guru yang mengajar selepas sesi pembelajaran selesai. Guru boleh memberi komen dan membuat catatan yang berkaitan tentang pelajar tersebut. Borang ini akan disemak oleh Penolong Kanan pada setiap hari dan akan menentukan tempoh yang sesuai bagi pelajar tersebut melengkapkan borang tersebut. Dapatan yang diperolehi adalah pelajar yang terlibat akan sentiasa berada dalam kelas tepat pada masanya dan lebih fokus dalam kelas semasa PDP kerana adanya perhatian sebegini terhadap mereka.

Sehubungan dengan ini masa tugasan bagi pelajar tersebut akan dapat dimanfaatkan dengan baik dan ALT (Academic Learning Time) dapat dkawal supaya berlangsung dengan sempurna.

c.

Pas Keluar

Pas keluar adalah instrumen sokongan kepada Buku BRPP. Hanya dua orang pelajar sahaja yang dibenarkan keluar pada satu-satu masa kecuali pada waktu pergerakan kelas. Pas ini hanya boleh digunakan dengan keizinan guru

dan pergerakan pelajar tadi direkod. Penggunaan PAS ini memudahkan guru mengesan palajar yang berada di luar bilik darjah semasa proses pembelajaran berlaku.

iii.

Kesimpulan

Amalan melindungi masa instruksional mestilah menjadi pegangan utama pemimpin sekolah, guru-guru dan pelajar. Semua pihak haruslah

bertanggungjawab dan jujur dengan peranan masing-masing. Masa instruksional yang diurus dengan baik akan menatijahkan proses pembelajaran yang berkesan dan prestasi yang cemerlang kepada pelajar.

Pelbagai amalan dan alat pengurusan boleh digunakan untuk melindungi masa instruksional dari peringkat ALT (Academic Learning Time) hinggalah ke peringkat `Task time dan `Engage Time, namun apa yang paling penting adalah semua pihak hariuslah bersikap jujur dan bergerak ke arah memperkasakan unsur kepercayaan terhadap satu sama lain dalam uruasan masa ini. Kepercayaan (trust) adalah nilai dan norma yang perlu diberi perhatian khusus jika kita hendak terus memperjuangkan masa instruksional ini.

3. Syor

Berikut adalah beberapa syor yang dicadangkan supaya pengurusan masa instruksional dapat diurus dengan berkesan.

i. Membentuk kefahaman yang jelas terhadap warga sekolah tentang masa instruksional dan kepentingannya. ii. Membina kerangka strategi yang jelas dan holistik dari segi pengurusan masa instruksional dari aspek : a. Pengurusan dan kepimpinan di KPM, JPN dan PPD

b. Pengurusan / pemimpin sekolah c. Guru-guru d. Ibu bapa dan penjaga e. Para Pelajar Kerangka ini harus tampil dengan instrumen atau alat pengurusan yang mudah dan boleh diaplikasi serta berupaya meningkatkan kualiti pengurusan masa. iii. Pengurusan sekolah sering membuat refleksi terhadap pengurusan masa instruksional dengan membandingkan aspek kualiti dan kuantiti pengurusan masa dan impak tehadap pencapaian matlamat sekolah. iv. Memberi penekanan kepada konsep kepercayaan dan kejujuran tarhadap masa itu sendiri, kerana kepercayaan (trust) adalah elemen yang boleh mengatasi atau melebihi semua instumen dan alat pengurusan yang sedia ada.

4. Rujukan

1. James Ang Jit Eng,Ed.D & Balasandran Ramiah,DBA (2009).Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal.PTS Profesional, Kuala Lumpur. 2. Edward De Bono (1998). Simplicity; Be a sharper, faster, clearer thinker. Penguins Book. London. 3. Stephen M.R. Covey & Rebecca R. Merill (2008). The SPEED of TRUST, the one thing that changes everything. Pocket Books. UK. 4. Robert L. DeBruyn and Jack L. Larson (1984). You Can Handle Them All. A Discipline model for handling over one hundred different misbehaviors at school and at home.The MASTER Teacher.Inc Publisher. Manhattan, Kansas U.S.A 5. James W. Stigler & James Hiebert.(1999).The Teaching Gap, Best Idea from the Worlds Teacher for Improving Education in the Classroom

You might also like