You are on page 1of 9

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara berketrampilan,

Malaysia berakhlak

yang mulia,

berilmu

pengetahuan, dan

bertanggungjawab

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

menyanjung

warisan

kebudayaan

negara,

menjamin

pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan berterusan Khas di Malaysia insan adalah yang satu usaha

untuk

melahirkan

berkemahiran,

berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Visi Pendidikan Khas Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Pendidikan Khas Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada muridmurid dengan keperluan khas untuk menjadkan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Visi Sekolah SKTAM akan menjadi antara 5 sekolah cemerlang dalam daerah Kulim Bandar Baharu 2013

Misi Sekolah

Memantapkan perancangan, pentadbiran, pimpinan, pemantauan dalam pengurusan. Meningkatkan kecemerlangan prestasi pelajar dalam kurikulum. Membina individu yang sihat dan hebat dalam bidang kokurikulum. Memebentuk disiplin dan akhlak yang tinggi dengan penerapan nilai-nilai murni. Mewujudkan suasana yang kondusif, selamat dan sihat. Mewujudkan iklim sekolah sebagai sebuah institusi masyarakat.

17 Nilai Murni
NILAI CONTOH

Baik hati

1. Belas kasihan 2. Bertimbang rasa 3. Murah hati 4. Saling memahami 5. Sedia memaafkan

Berdikari

1. Bertanggungjawab 2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain 3. Jaya diri 4. Yakin kepada diri sendiri

Berhemah tinggi

1. Kesopanan 2. Mengaku kesalahan sendiri 3. Ramah mesra

Hormat-menghormati

1. Hormat kepada ibu bapa 2. Hormat kepada orang yang lebih tua 3. Taat kepada raja dan Negara 4. Hormat kepadda hak asasi 5. Hormat kepada undang-undang 6. Menghargai maruah diri

Kasih sayang

1. Sayang kepada nyawa 2. Sayang kepada alam sekeliling 3. Cinta kepada Negara 4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian

Keadilan

1. Bertindak adil

2. Sentiasa saksama

Kebebasan

1. Kebebasan di sisi undangundang 2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

Keberanian

1. Berani dengan tidak membuta tuli 2. Berani kerana benar 3. Berani mempertahankan kebenaran 4. Berani bertanggungjawab

Kebersihan fizikal dan mental

1. Kebersihan diri 2. Kebersihan persekitaran 3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Kejujuran

1. Bersifat amanah 2. Bercakap benar 3. Sentiasa ikhlas

Kerajinan

1. Cekal 2. Daya usaha 3. Dedikasi 4. Gigih 5. Tekun

Kerjasama

1. Persaudaraan 2. Tanggungjawab bersama 3. Gotong-royong 4. Toleransi 5. Kebaikan bersama

6. Perpaduan

Kesederhanaan

1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain 2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

Kesyukuran

1. Berterima kasih 2. Mengenang budi 3. Menghargai

Rasional

1. Boleh membuat pertimbangan 2. Boleh membuat penaakulan 3. Berfikiran logik dan terbuka

Semangat bermasyarakat

1. Bermuafakat 2. Kejiranan 3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat

Semangat kewarganegaraan

1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia 2. Bersemangat patriotik 3. Berusaha ddan produktif

Unsur Terapi

Terapi Seni Terapi Pertuturan Terapi Hidro Terapi Bermain Terapi Cara Kerja Unsur Terapi

Terapi Fisio
Terapi Aroma Terapi Muzik

Terapi Pergerakan Kreatif

You might also like