You are on page 1of 11

RANCANGAN P&P PENDIDIKAN KHAS

Mata Pelajaran : Matematik Kelas : Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Bilangan Murid : 6 orang Tarikh : 24 Oktober 2011 Masa : 8.00 8.45 pagi (45 minit) Tajuk : Operasi tambah Dalam Lingkungan Sepuluh Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat; i) Mengenal nombor 1 hingga 9. ii) Menyatakan kuantiti bilangan mengikut nombor yang diberi. Nilai : Bekerjasama, kesungguhan, kreativiti KBKK : Penggabungan, penyesuaian, penyelesaian masalah secara relatif dan menjana idea Pengetahuan sedia ada : Mengenal dan menulis angka 1 hingga 9 Alat bantu mengajar : Kad nombor,magnet,benda maujud dan lembaran kerja. Pelaksanaan P&P : Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran Strategi/Kaedah/Nilai/KBKK ABM Aktiviti Guru Aktiviti Murid Langkah 1 Set Induksi (7 minit) Pengetahuan sedia ada tentang nombor 1 hingga 9 Guru menunjukkan kad nombor kepada murid dan menyuruh murid menyebut nombor yang ditunjukkan. Guru menulis nombor 1 hingga 9 di papan putih. Guru meminta murid menyebut nombor 1 hingga 9. Guru menyuruh murid mewakilkan setiap nombor yang ditulis mengikut urutan tadi dengan magnet mengikut bilangan. Murid menyebut nombor secara urutan menaik.

Murid memerhatikan nombor 1 hingga 9 . Murid menyebut nombor 1 hingga 9 secara beramai-ramai. Murid mewakilkan setiap nombor yang ditulis mengikut urutan tadi dengan magnet mengikut bilangan. Strategi: Pemusatan Murid Nilai: Teliti KBKK: Membuat urutan Kad nombor Magnet Langkah 2 (8 minit) Memperkenal konsep tambah. Guru memberikan 3 jenis benda maujud kepada murid mengikut kumpulan. Guru menyuruh murid menyatakan tiga kumpulan pembilang dan menyatakan bilangan benda kesemuanya. Murid mengira bilangan benda dalam kumpulan. Murid menyatakan tiga kumpulan pembilang dan menyatakan bilangan benda kesemuanya. Strategi: Soalan Berstruktur

Kaedah : Eksposisi Nilai: Teliti, tekun KBKK: Menjana idea dan menghubungkait Benda Maujud : Pensil, Pemadam, Pengasah pensil Langkah 3 (10 minit) Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan. Guru menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan. Guru menerangkan cara menulis ayat matematik dengan betul menggunakan magnet. Guru menulis beberapa soalan dan meminta murid menulis ayat matematik di papan putih. Murid melihat guru menulis di papan putih. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. Murid menulis ayat matematik berdasarkan soalan yang diberi menggunakan magnet. magnet Langkah 4 (15 minit) Penilaian Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Guru menerangkan arahan soalan kepada murid. Guru memantau murid secara individu ketika aktiviti dijalankan. Murid menerima lembaran kerja yang diberikan. Murid mendengar arahan soalan dengan teliti. Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru. Strategi: Perbincangan

Kaedah : Pembelajaran koperatif Nilai: Bekerjasama Lembaran Kerja Langkah 4 Penutup (5 minit) Latihan Kerja Rumah Guru menyediakan latihan kerja rumah untuk semua murid Murid menerima latihan kerja rumah yang telah disediakan oleh guru. Nilai : Bertanggungjawab Lembaran kerja Perincian Pelaksanaan P&P: Masa Pelaksanaan aktiviti Minit 1-7 - Guru menunjukkan kad nombor satu persatu mengikut urutan menaik. - Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan kad nombor tersebut. - Guru meminta murid menyebut nilai nombor yang ditunjukkan. - Guru menulis nombor 1-9 mengikut urutan di papan putih. - Guru meminta murid untuk meletakkan bilangan magnet mengikut nombor yang diberikan. Minit 8-15 - Guru memberikan 3 jenis benda maujud kepada murid mengikut kumpulan. - Guru meminta murid mengira jumlah benda maujud tersebut dalam kumpulan. - Guru meminta murid menyatakan jumlah 3 jenis benda maujud tersebut dan jumlah keseluruhan apabila dicampurkan. - Guru menulis jumlah yang dinyatakan oleh murid di papan putih. Minit 15-25 - Guru menerangkan kepada murid cara menulis ayat matematik dengan betul menggunakan magnet. - Guru menulis beberapa soalan di papan putih dan meminta murid menulis ayat matematik dengan betul secara individu. Minit 25-40 - Guru membuat proses penilaian dengan memberikan lembaran kerja kepada murid. - Guru menerangkan setiap arahan soalan dan sentiasa memantau murid ketika aktiviti

ini dijalankan. Minit 40-45 - Guru memberikan latihan kerja rumah kepada murid. - Guru menerangkan arahan soalan dengan jelas kepada murid. REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO 1. Kekuatan Sepanjang pengajaran makro dijalankan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan kekuatan didalamnya.Faktor pertama yang penting untuk menarik minat dan perhatian murid ketika belajar ialah set induksi.Jika set induksi menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik maka ia akan membuatkan murid teruja untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.Ini akan membuatkan murid menumpukan perhatian terhadap langkah demi langkah yang telah di susun oleh guru di dalam rancangan pengajaran harian.Justeru,murid akan dapat memahami satu-satu pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.Faktor kedua pula ialah suara yang lantang dan cara penyampaian yang jelas.Bagi memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar,suara guru mestilah lantang,jelas dan sebutan mudah difahami.Jika murid tidak dapat mendengar suara guru dengan jelas maka mereka akan mudah merasa bosan dan tidak memahami pelajaran yang ingin disampaikan.Ini menyebabkan objektif P&P yang dirancang oleh guru tidak tercapai.Seterusnya cara penyampaian seseorang guru itu juga penting bagi memastikan murid benar-benar memahami pelajaran yang diajar dan seterusnya dapat mengawal murid dengan baik.Dengan adanya kawalan murid yang baik maka suasana pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan harmoni.Selain itu,proses penilaian yang dilakukan oleh guru selepas mengajar juga penting bagi menilai murid sama ada mereka memahami atau tidak pelajaran yang disampaikan.Proses penilaian ini boleh dilakukan dengan cara memberikan lembaran kerja dan latihan kerja rumah.Guru hendaklah memeriksa hasil kerja murid tadi dan di situ guru dapat menilai sama ada murid tersebut faham atau tidak pelajaran yang telah disampaikan.Jika guru mendapati murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberikan maka guru hendaklah mengadakan proses pemulihan.Murid tersebut hendaklah dibimbing di luar bilik darjah secara berterusan sehingga mereka dapat mencapai sasaran atau objektif yang dirancang.Kekuatan lain yang terdapat di dalam pengajaran makro ini ialah murid

diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti yakin diri,berani, dan bekerjasama.Ini dapat dilihat semasa aktiviti P&P dijalankan,murid berani untuk ke hadapan dan yakin dengan kebolehan diri untuk menjawab soalan yang diberikan.Selain itu sikap bekerjasama juga dapat dilihat ketika mereka menjalankan aktiviti berkumpulan.Nilainilai murni ini penting bagi membentuk sahsiah diri murid agar menjadi manusia yang bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi juga berakhlak mulia.Kelebihan yang seterusnya ialah guru dapat mengawal suasana dan keadaan kelas dengan baik.Guru juga sentiasa memantau dan membimbing muridnya terutama ketika aktiviti penilaian dilakukan. 2. Kelemahan Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah guru tidak dapat menepati masa yang telah ditetapkan mengikut langkahlangkah yang telah disusun didalam rancangan pengajaran harian (RPH).Ini kerana kadang kala terdapat masalah atau gangguan berlaku di luar jangkauan atau kawalan kita.Namun begitu,ia tidak menjejaskan keseluruhan pengajaran guru tersebut. 3. Langkah Mengatasi Guru hendaklah peka terhadap setiap kelemahan dan kekurangan yang terdapat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Ini penting untuk membuat penambah baikan bagi meningkatkan mutu pengajaran pada masa hadapan.Ia juga bagi memastikan agar kelemahan dan kekurangan tersebut tidak berulang lagi pada masa hadapan..Di dalam pengajaran makro yang telah dijalankan,penambah baikan yang perlu dilakukan ialah guru hendaklah memastikan agar masa yang telah ditetapkan mengikut langkah-langkah yang disusun dalam rancangan pengajaran harian (RPH) dapat dijalankan dengan betul dan teratur.Ini bagi memastikan proses P&P yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar.

Rancangan Pengajaran Harian


Tarikh Masa Kelas Bilangan Pelajar Mata Pelajaran Kebolehan: Bercampur Topik : Wang hingga RM10 : 4 Oktober 2012 : 7.45 pagi 8.15 pagi ( 30 minit ) : 1 Bestari : 32 orang : Matematik

lajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mengenal pasti ringgit dan sen. Hasil Pembelajaran : (i) Murid-murid dapat mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. (ii) Mewakilkan nilai wang: (a) Sen hingga RM1. (a) Murid-murid telah mempelajari nombor semasa prasekolah. (b) Murid-murid telah menambah nombor dalam lingkungan 100. Nilai Murni : Rasional, bekerjasama, ketelitian, menumpukan perhatian, berjimat cermat, toleransi, jujur. Kemahiran Berfikir Bahan Bantu Mengajar (b) Komputer riba dan LCD : Membuat perkaitan. : (a) Duit mainan RM0.05 RM 1 Pengetahuan Sedia Ada :

Langkah /Masa

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan Nilai murni : Rasional, bekerjasama Kemahiran Berfikir : Membanding beza, menilai Bahan Bantu Mengajar : LCD, komputer riba. Nilai murni : Ketelitian, Menumpukan perhatian Kemahiran Berfikir : Menilai mengira

1. Guru memaparkan beberapa gambar barang seperti pensel, pemadam, puding dan lolipop kepada murid dengan menggunakan komputer riba dan LCD. 2. Selepas itu, guru menanyakan murid bahawa apakah yang mereka guna apabila hendak Set Induksi membeli sesuatu barang yang diingini. ( 5 minit ) 3. Apabila murid berjaya menjawab soalan guru (iaitu menggunakan wang untuk membeli barang), guru menyuruh murid menyatakan mata wang dalam bentuk syiling dan wang kertas yang terdapat di pasaran. Aktiviti Kelas: 1. Guru menunjukkan gambar duit dan menyuruh murid-murid menyebut nilai wang tersebut. 2. Kemudian, guru menunjukkan cara untuk mewakilkan nilai wang dari sen hingga RM 1. Contoh 80 sen boleh diwakilkan Satu 10 sen, satu 20 sen dan satu 50 sen boleh menjadikan 80 sen. ATAU Perkembangan Empat 10 sen dan dua 20 sen boleh menjadikan 80 sen. pengajaran ATAU mana-mana jawapan yang munasabah. ( 20 minit ) 3. Selepas itu, guru menyuruh murid-murid mewakilkan wang dari sen hingga RM 1 mengikut kumpulan masing-masing. Arahan: i. Setiap kumpulan diberi masa 30 saat untuk menjawab setiap soalan pertandingan. ii. Selepas itu, setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk keluar dan menjawab soalan.

dan

Bahan Bantu Mengajar : Gambar duit dan duit mainan

Nilai murni : Bekerjasama, toleransi, berjimat cermat

Kemahiran iii. Kumpulan yang paling cepat keluar dan Berfikir : menjawab dengan betul akan mendapat 1 Menilai dan mata. mengira iv. Pada akhir pertandingan, kumpulan yang mendapat jumlah mata yang paling banyak Bahan Bantu akan menjadi pemenang. Mengajar : Aktiviti Kumpulan ( 10 minit ): Kertas soalan 1. Murid-murid diberikan kepada 4 kumpulan dan duit mainan (mengikut 4 warna, iaitu merah, kuning, hijau dan biru) untuk menjalankan pertandingan.

Cara membahagi kumpulan: i. Guru memberi setiap murid sekeping kad yang berlainan warna. ii. Guru memberi masa 1 minit 30 saat kepada semua murid untuk mencari ahli kumpulan masing-masing. iii. Selepas berjaya mencari ahli kumpulan masing-masing, setiap kumpulan duduk dalam bentuk kumpulan. 2. Selepas membahagi kumpulan, guru akan memberikan arahan mengenai aktiviti yang dijalankan. 3. Guru memberi soalan pertandingan kepada setiap kumpulan. (a) 90 sen (b) 70 sen (c) RM 1 4. Murid-murid akan bekerjasama membincangkan cara penyelesaian soalan tersebut.

1. Guru membuat ulangkaji dengan murid-murid dengan menjalankan permainan mengira jumlah kepingan mata wang dalam gambar sebuah pokok pada alat bantu mengajar (kad manila) yang disediakan oleh guru.

Nilai murni : Ketelitian

Penutup ( 5 minit)

Kemahiran Berfikir : Menilai dan 2. Guru memberikan kertas latihan kepada mengira murid-murid untuk memperkukuhkan pemahaman. Bahan Bantu Mengajar : Kad manila (Lampiran 1) dan kertas latihan ( Lampiran 2)

You might also like