You are on page 1of 3

EDP 5401 ACTION RESEARCH

Reflection:
THE EFFECT OF SOCRATIC QUESTIONING USED BEFORE CONDUCTING EXPERIMENTS ON FORM TWO MRSM STUDENTS

1) RAFIQ RASYIDI BIN RUSMAN

G1028579

SECTION : 5

Refleksi Tajuk kajian tindakan kumpulan kami adalah The Effect of Socratic Questioning Used Before Conducting Experiments on Form Two MRSM Students. Kaedah Socratic Questioning (SQ) ini mula didedahkan kepada guru-guru sains MRSM pada kursus pemantapan sepanjang tahun 2011. SQ membolehkan pemikiran kritikal pelajar dipupuk dan dalam konteks kajian ini pelajar akan lebih bersedia sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang kajian ini dijalankan kami berhadapan dengan beberapa masalah seperti guru sains yang tidak berpeluang menghadiri sesi penerangan SQ oleh Ketua Penolong Pengarah Sains ketika kursus pemantapan memerlukan banyak pertolongan dari guru. Guruguru yang berpeluang juga hanya diberikan penerangan dan taklimat ringkas dalam sesi yang hanya berlangsung lebih kurang 2 jam. Oleh yang demikian kami perlu saling bantu membantu dalam memahami cara dan keperluan supaya teknik SQ ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Setelah memilih teknik SQ kami kemudiannya mula membina kertas cadangan kajian tindakan yang akan dijalankan. Kami akhirnya memilih pre-test dan post-test sebagai penanda aras keberkesanan teknik SQ ini digunakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kami telah memilih saudara Ainor Faiz untuk menjalankan kajian tindakan ini dimaktabnya, saya telah mencuba menjalankan teknik ini di maktab saya. Saya mendapati pelajar pada mulanya agak kurang senang dengan soalan yang bertalu diutarakan, mereka merasakan tidak senang duduk kerana perlu sentiasa bersedia memberikan tindak balas. Setelah beberapa kali teknik ini dijalankan, barulah ada peningkatan dalam tindak balas pelajar terhadap penyoalan guru.

Dari sudut persediaan guru pula, saya mendapati guru perlu bersedia dengan bentukbentuk soalan yang terbuka. Hal ini supaya pelajar tidak hanya perlu menjawab dengan jawapan yang pendek seperti ya atau tidak. Kali pertama saya ke kelas tanpa persediaan yang khusus, saya mendapati teknik penyoalan berterusan ini tidak dapat dijalankan dengan lancar. Dalam kelas berikutnya, dengan persediaan senarai soalan yang telah dirancang barulah teknik SQ ini dapat berjalan dengan agak baik. Dari sudut pandangan peribadi, teknik SQ ini dapat membantu bukan sahaja pelajar dalam pembelajaran malahan guru-guru dari sudut pengajaran. Soalan pre- dan post-test menggunakan bentuk soalan yang biasa terdapat dalam kertas dua Peperiksaan Menengah Rendah. Kami membina soalan seperti ini supaya pelajar bukan sahaja diuji malahan dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan PMR. Setelah kajian tindakan ini dijalankan di MRSM Balik Pulau, segala maklumat dari pre-test dan post-test dikumpulkan ketika sesi pengajian Disember 2011. Apa yang menggembirakan saya adalah dapat mempelajari cara memproses data yang dikumpul daripada rakan kumpulan yang lebih mahir menggunakan perisian komputer. Keseluruhannya saya mendapati kajian tindakan yang kami pelajari banyak member pendedahan baru dalam menyelesaikan pelbagai perkara dalam pendidikan. Kerjasama dalam kumpulan yang baik nyata dapat membantu menyelesaikan tugasan ini dengan sebaiknya.

You might also like