You are on page 1of 1

Intergriti - jujur dan ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan tidak kira secara individu atau berkumpulan.

Kes pelajar yang berhasrat keluar sistem MRSM kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di MRSM. Mengikut kaedah kaunseling, guru yang berintegriti perlu member peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan yang tepat pada masa yang tepat tanpa melibatkan emosi yang tidak stabil. Guru perlu berjumpa dengan pelajar tersebut secara personal untuk membincangkan (bukan menyarankan atau memujuk), kelebihan dan kekurangan belajar di MRSM, serta kelebihan dan kekurangan belajar di sekolah-sekolah kementerian yang lain. Satu senarai yang panjang perlu disediakan oleh pelajar itu sendiri dengan bimbingan guru mengenai perkara di atas perlu disediakan secara bertulis. Segala gangguan, pengaruh dan emosi yang tidak stabil mesti diketepikan semasa keputusan dibuat selepas pertimbangan dibuat terhadap senarai yang panjang di atas. Guru terlibat mesti bersifat tidak menghakimi (non-judgement) setiap keputusan yang dibuat oleh pelajar tersebut. Jujur dan ikhlas perlu dipegang oleh guru tersebut semasa membimbing pelajar terlibat tanpa sebarang syak wasangka dan prejedis.

You might also like