You are on page 1of 26

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK : HARMONI

AHLI-AHLI KUMPULAN : DYG.NURHIDAYAH ABG.ADENAN ( NO.IC : 900201-13-5256 ) MERLINIE AHMAD ( NO. IC : 891124-12-5764 )
PENSYARAH : EN. OLIVER AJENG

Harmoni merujuk kepada tindak

balas tampak di dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang.

Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu.

Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian serta mengurangkan kejanggalan pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Harmoni tidak akan wujud sekiranya terdapat ciri- ciri yang bercanggah.

Harmoni dalam kraf tradisional, misalnya bukan sahaja untuk menarik perhatian manusia untuk menggunakan benda tersebut, tetapi juga untuk menimbulkan nilai-nilai estetika.

Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama lain juga dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan, umpamanya warna sejuk, warna panas, gubahan warna sewarna, gubahan warna harmoni dan campuran berbagai jenis warna yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain.

Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat

menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pada pandangan.

Unsur-unsur harmoni ini bukan sahaja wujud dalam alam semula jadi, malahan wujud dalam bahan buatan manusia.

HARMONI DALAM ALAM SEMULA JADI Harmoni pada Alam Tumbuh-tumbuhan


Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan yang sejenis adalah sama dan harmoni. Contohnya,bentuk daun bunga kertas adalah kecil dan daun lalang adalah panjang. Warna-warna daun pada pokok lebih kurang sama. Terdapat warna daun yang seakan-akan menjadi ton. Contohnya, daun muda berwarna kuning muda, hijau muda dan hijau tua kepada daun tua. Setiap daun dan batang pokok mempunyai jalinan. Jalinannya sama dan tersusun dalam satu-satu tumbuhan atau pokok. Susunan urat, daun dan ranting pada pokok adalah teratur dan menimbulkan irama yang berharmoni.

Harmoni pada Alam Haiwan


Bentuk setiap haiwan adalah harmoni kerana berimbangan simetri. Contohnya, seekor kucing berimbangan simetri kerana mempunyai dua pasang kaki, satu kepala dan satu ekor, sepasang mata serta sepasang telinga yang tersusun seimbang. Bagi setiap haiwan, warna bulu pada tubuh mereka adalah harmoni. Contohnya, warna bulu pada seekor kucing adalah coklat dan sedikit belang-belang coklat tua. Manakala, haiwan seperti ayam jantan pula mempunyai bulu yang cantik, iaitu hijau kehitam-hitaman. Jalinan pada susunan bulu-bulu adalah dalam satu arah yang sama. Ada juga haiwan yang boleh menukarkan warna badannya supaya harmoni dengan alam sekitar. Contohnya, sumpah-sumpah akan bertukar hijau apabila persekitarannya hijau dan akan bertukar coklat apabila persekitarannya coklat.

HARMONI DALAM ALAM BUATAN MANUSIA


Harmoni pada benda buatan manusia biasanya disesuaikan untuk kegunaan manusia. Contonya, peralatan pada dapur seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga berbentuk bulat. Rumah dan kenderaan kebiasaannya berbentuk segi empat. Kenderaan mempunyai harmoni kerana berimbangan simetri. Unsur-unsur ini merupakan ciriciri keselamatan kepada manusia. Alat perabot juga mempunyai bentuk yang harmoni dan berimbangan simetri. Selain itu, satu set perabot biasanya mempunyai warna yang sama. Ini adalah untuk menimbulkan keharmonian dan keselesaan pengguna.

HARMONI DALAM BARANGAN KRAF


Barang-barang kraf tradisional seperti songket, batik, labu sayong dan tikar mengkuang, dibentuk dengan harmoni untuk menimbulkan keindahan dan sesuai dengan kegunaannya. Tembikar mempunyai imbangan simetri. Corak-corak pada kain batik sarung disusun secara ulangan untuk menimbulkan harmoni. Corak-corak pada motif tenunan, kelarai dan tenunan hampir serupa. Contohnya, jika pencipta menggunakan motif bunga cengkih pada tenunannya, maka keseluruhan corak pada sehelai kain songket ialah corak bunga cengkih. Motif-motif pada ukiran tebukan adalah harmoni kerana menggunakan unsur-unsur alam. Susunan corak tumbuh-tumbuhan pada ukiran biasanya mempunyai arah yang sama dapat mewujudkan harmoni.

CONTOH-CONTOH GAMBAR RAJAH MENGGUNAKAN WARNA HARMONI

DALAM HASIL CATAN

DALAM CORAK

DALAM PEMANDANGAN

Dalam gambar animasi

RUJUKAN

Buku Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 2, oleh Rozitah Tapah dan Mazlan Osman terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5, oleh Zailani Yaacob dan Azimah A. Samah terbitan Oxford Fajar.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like