You are on page 1of 56

Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya

Pengenalan Pendidikan merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan.

Kejayaan sistem pendidikan sebagai perkhidmatan kepada masyarakat dinilai berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati oleh kumpulan sasaran dan seterusnya untuk meningkatkan taraf kehidupan. Keupayaan KPM mengenal pasti dan memanfaatkan sepenuhnya jaminan kerjasama menentukan kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Masyarakat orang Asli, Indigenous dan pedalaman dikatakan agak ketinggalan dalam arus perdana sistem pendidikan. Mereka ini harus diberikan peluang untuk menerima perubahan yang segalanya bermula dengan menerima pendidikan yang dapat menjamin masa hadapan mereka. Sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur, peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamaan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai murid mendapat pendidikan yang berkualiti.

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan: Orang Asli


Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, fizikal, gender, bakat dan kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia. Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warganya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera (Chang Lee Hoon, 2004). Persamaan ini semua akan dapat dicapai apabila terdapat persamaan dalam peluang pendidikan kepada semua rakyat tanpa mengira lokasi mereka.

Melalui proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan mengikis segala prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya etnik yang lain (Alfred, Byram & Fleming, 2002; Swiniarski, Breitborde & Murphy). Jumlah etnik orang Asli adalah kira-kira 141,230 orang. Kumpulan masyarakat orang Asli di negara ini tidak pernah tercicir atau dinafikan hak dalam arus pembangunan perdana.

Bermula sejak Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7), ketika pembangunan fizikal masyarakat orang Asli diberikan tumpuan sepenuhnya terutama dalam usaha keselamatan dan mewujudkan integrasi kaum. Kumpulan ini semakin mendapat hak dan keselamatan dalam mewujudkan integrasi kaum. Dalam RMK-8, tumpuan pembangunan masyarakat orang Asli semakin sesuai dengan peningkatan peruntukan daripada kerajaan berjumlah kira-kira RM303.5 juta berbanding hanya RM 148.9 juta pada RMK-7.

Pelan tindakan pembangunan pendidikan masyarakat orang Asli di pinggir bandar telah diberi keutamaan oleh Kementerian. Perancangan Pelan ini dibuat oleh JHEOA dan Bahagian Perancagan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Antara objektif pelan ini adalah bertujuan menyediakan program dan aktiviti khusus berkaitan dengan keperluan peruntukan di kawasan orang Asli.

Kumpulan sasar untuk program ini terdiri daripada 4 kumpulan iaitu: i. Peringkat Prasekolah (5-6 tahun) ii. Peringkat Rendah (7-12 tahun) iii. Peringkat Menengah (13-18 tahun) iv. Peringkat Tertinggi. Pada Peringkat Prasekolah, tumpuan diberikan kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun.

Pada Peringkat Tadika, kanak-kanak orang Asli akan diberikan persediaan yang bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal. Kanak-kanak orang Asli akan diberikan persediaan dari segi emosi dan kemahiran sosial supaya mereka menerima perubahan yang bakal dihadapi ketika bersekolah nanti.

Pada peringkat kedua, tumpuan diberikan pula pada peringkat rendah yang melibatkan kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Tumpuan pendidikan pada peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Golongan ini juga didedahkan kepada aspek kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi, penerapan nilai murni pada peringkat pra-sekolah dan rendah adalah asas kepada pembangunan dan perkembangan domain, kognitif dan afektif.

Pada Peringkat Ketiga adalah peringkat menengah yang memberikan tumpuan kepada murid-murid yang berumur 13-18 tahun. Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara yang berumur antara 12 hingga 17 tahun. Pada peringkat ini, penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap murid mendapat pendedahan kepada pelbagai ilmu.

Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat tinggi. Pendidikan Tertiari harus berupaya membangunkan minda anak-anak Asli supaya menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dalam persaingan global.

Pihak kerajaan juga memberikan tumpuan kepada golongan yang tercicir. Latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan mendapat peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Tumpuan diberikan kepada belia yang tercicir dari sistem persekolahan dan ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan.

Kumpulan dewasa masyarakat orang Asli turut mendapat perhatian pihak kerajaan. Kumpulan wanita dewasa diberikan peluang untuk mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli. Mereka akan mengikuti program kesejahteraan keluarga, latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaam dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan.

Pelaksanaan Pelan Tindakan ini dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding Swasta dan Para Akademik yang telibat dalam bidang berkenaan. Agensi kerajaan telah banyak terlibat dengan projek dan program yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan. Pihak NGO diperlukan untuk penglibatan mereka dengan memberikan lebih tumpuan kepada program dan projek. Pihak Juru perunding akan dilibatkan dengan program dan projek kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kajian program dan projek yang dilaksanakan secara outsourcing.

Antara yang dilaksanakan untuk membantu masyarakat orang Asli adalah Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA. Skim bantuan ini disediakan bagi membantu pelajar orang Asli di peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan beban masyarakat orang Asli dan membiayai persekolahan dan pengajian anakanak.

Antaranya meliputi setiap aspek yang berikut: i. Yuran Persekolahan ii. Kokurikulum iii. Kertas Ujian Bulanan iv. Sukan Tahunan Sekolah v. Kegiatan Pendidikan Islam dan Moral vi. MSSM vii. Bantuan Persekolahan viii. Buku tulis, buku kerja dan alat tulis ix. Pakaian Seragam Sekolah x. Barang Keperluan Diri xi. Tambang Pengangkutan ke Sekolah xii. Bantuan murid sekolah pedalaman (Sekolah Rendah)

Pihak sekolah telah berusaha mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M (Menulis, Membaca dan Mengira) kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, Makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Muzik-Tarian dan Kegiatan kebudayaan). Kehadiran dan minat anak orang Asli mendekati pelajaran dan terus dipertingkatkan seterusnya mengasuh mereka supaya sedar dan memahami peri pentingnya ilmu terhadap masa depan mereka.

Bilangan kanak-kanak orang Asli yang tercicir daripada sekolah rendah masih tinggi berbanding angka peringkat nasional dengan hanya 20-40% daripada kanak-kanak masyarakat ini mara ke peringkat menengah rendah. Kadar masyarakat celik huruf dalam kalangan masyarakat orang Asli pada tahun 2001 ialah 51 peratus. Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM 20 juta untuk program pembangunan masyarakat.

Sebanyak RM 13.4 juta untuk bantuan makanan tambahan, RM 2.7 juta bagi membiayai kos pengangkutan murid, bantuan wang saku murid RM 2 juta dan bantuan input pertanian sebanyak RM RM 1.9 juta. Bilangan kanak-kanak orang Asli yang tercicir daripada sekolah rendah masih tinggi berbanding angka peringkat nasional dengan hanya 20-40 peratus daripada kanak-kanak masyarakat dunia.

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan: Indigenous


Kementerian Pelajaran akan terus berusaha untuk mendemokrasikan pendidikan bagi merapatkan jurang dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosioekonomi di negara ini. Dalam konteks pembelajaran anak-anak orang asli dan indigenous, KPM telah memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan mendifinisikan semula persekolahan mereka.

Pendifinisian semula ini dilakukan untuk membantu anak-anak orang Asli dan Indigenous supaya tidak tercicir dalam arus pendidikan. Golongan ini boleh dikelompokkan dalam golongan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian agar tidak wujud jurang besar dalam pelbagai aspek antara murid di kawasan bandar dan di luar bandar.

Kemudahan infrastruktur yang sempurna meliputi kemudahan sekolah yang mempunyai asrama dan peralatan lengkap di dalam dan di luar bilik darjah, penggunaan bahan bantu mengajar yang terbaik oleh guru diharapkan dapat membantu golongan indigenous ini. Dengan ini, apa juga kemudahan yang terdapat di sekolah lain perlu disamaratakan secara optimum tanpa mengira sekolah kaum indigenous atau bukan kaum indigenous.

Kementerian Pelajaran telah melaksanakan tindakan kolektif dengan mengadakan Program Outreach Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani IsuIsu Pendidikan anak orang Asli dan Indigenous. Ada pegawai dan pihak yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak orang Asli dan Indigenous, memberi ceramah, menggalakkan tabungan, dll.

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan: Pedalaman


Pengagihan peruntukan kewangan tanpa memilih bulu membolehkan para pelajar khususnya yang belajar di sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di bandar. Kerajaan mengakui terdapat keperluan untuk mengatasi kelemahan dalam capaian, ekuiti dan kualiti pendidikan. Ini membabitkan peningkatan dalam kapasiti institusi serta sumber manusia dalam melatih guru dan kaunselor sekolah, menambah baik penjagaan dan pembangunan awal kanak-kanak serta menggalakkan pendidikan berasaskan Kemahiran Hidup.

Program Pembacaan Tambahan, satu program akar umbi yang dimulakan pada tahun 2006 untuk menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan bagi murid sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. Kerajaan juga telah berusaha meningkatkan lagi Program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup (LSBE), yang memberi kapasiti kepada guru-guru untuk mengajar kanak-kanak dan warga dewasa mengenai pencegahan HIV.

Pada tahun 2005, 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Mulai tahun 2006, KPM telah memperkenalkan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi memastikan murid-murid Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas enam bulan mengikuti persekolahan. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran akan mengikuti Kelas Pemulihan.

Sehingga tahun 2005, KPM telah mengadakan pendidikan prasekolah kepada 92, 303 kanakkanak berumur 5+ tahun dengan menyediakan 3,868 kelas prasekolah. Agensi lain di luar KPM serta agensi swasta telah menyediakan sebanyak 13,130 prasekolah kepada 610, 714 orang kanak-kanak. Cabaran KPM adalah untuk memperluas pendidikan prasekolah ke semua SK terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Cabaran KPM adalah untuk mengurangkan masalah tidak menguasai 3M dan memastikan semua kanak-kanak 5+ tahun terutama kanak-kanak yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, kanak-kanak keperluan khas, anak orang asli dan suku minoriti di Sabah dan Sarawak mengikuti prasekolah sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.

Tumpuan diberikan terhadap kanak-kanak yang tinggal di luar bandar, pedalaman, kanak-kanak berkeperluan khas, anak orang Asli dan suku minoriti di Sabah dan Sarawak. KPM juga akan terus memperluas Program Pemulihan dengan menaik taraf 2,800 kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan secukupnya sejajar dengan Keputusan Kabinet tahun 2005 untuk memantapkan pagi program tersebut.

Kerajaaan telah membantu Kementerian Pelajaran dan Mercy Malaysia untuk meningkatkan pelaksanaan program-program kesiapsagaan kecemasan yang disasarkan kepada kanak-kanak luar bandar yang terdedah kepada bencana alam. Bagi UNICEF, pendidikan untuk semua bukan sekadar membina sekolah dan menghantar anak-anak ke sekolah tetapi setiap kanak-kanak dapat menghadiri sekolah mesra kanak-kanak yang mana mereka boleh membaca, menulis, menerima inspirasi, pendapat, pandangan mereka dihargai untuk menjana JERIS di sepanjang hayat mereka.

Bagi menarik minat murid pelbagai kaum belajar di SK serta memberi peluang kepada mereka mempelajari bahasa lain, KPM telah memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK), Bahasa Cina Komunikasi (BTK) dan Bahasa Tamil Komunikasi (BTK). BAK (Bahasa Arab Komunikasi) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 kepada 7,520 murid di 97 buah sekolah.

BCK telah diperkenalkan pada tahun 2005 kepada 14, 289 murid di 153 buah SK, BTK diperkenalkan kepada 6,973 murid di 76 buah SK. Mulai tahun 2007, KPM menggantikan BCK dan BTK dengan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Mata Pelajaran Bahasa Cina akan dirintis di 150 buah SK. Mata pelajaran Bahasa Tamil pula dirintis di 70 buah SK pilihan. BAK telah diserapkan sebagai satu bidang yang dipelajari dalam program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF).

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan peruntukan tambahan RM2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di kaasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negara. Ia merupakan tambahan kepada RM 9.7 billion yang diluluskan kepada KPM dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 2 juta murid sekolah luar bandar dan pedalaman.

Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, peruntukan menerusi Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar itu akan digunakan antara lainnya untuk menyempurnakan infrastruktur pendidikan luar bandar da pedalaman, penyediaan kemudahan ICT, insentif guru, program intervensi murid serta aspek sokongan dan bantuan untuk murid. Perkara yang diberi tumpuan ialah penyediaan bekalan elektrik 24 jam untuk 900 sekolah serta bekalan air bersih kepada 300 sekolah di bandar dan pedalaman.

Masih terdapat 300 sekolah tidak ada kemudahan air bersih. Dalam RMK-9, kerajaan akan menyediakan 2,436 kelas untuk 60,000 kanak-kanak prasekolah termasuk 41 unit untuk kanakkanak orang Asli selain penambahan 17, 500 komputer untuk pelajar bagi mencapai kadar satu komputer untuk 5 murid.

Peruntukan berkenaan juga akan digunakan untuk pembinaan 2 lagi sekolah pusat di Sabah serta pembinaan kemudahan yang sama untuk Sarawak dengan pengubahsuaian. Sebanyak 9,079 bilik darjah untuk sekolah rendah serta 6,039 bilik darjah untuk sekolah menengah akan dibina manakala 2,046 sekolah rendah dan 569 sekolah menengah akan dinaik taraf.

Kerajaan akan menyediakan 281 asrama baru selain menaik taraf 170 asrama sedia ada bagi kemudahan murid di kawasan luar bandar. Menurut Abdullah, sebanyak 1, 600 makmal komputer dan pusat akses akan disediakan sebagai tambahan kepada 2,000 kemudahan yang sedia ada manakala 5,869 sekolah luar bandar akan dlengkapi Web TV, menyediakan telepersidangan untuk 500 sekolah kurang murid, telefon satelit untuk 200 sekolah dan faks wayarless untuk 200 sekolah.

Sebagai menghormati pengorbanan guru, mereka yang sanggup berkhidmat di luar bandar dan pedalaman, kerajaan memberi elaun khas dengan kadar yang bergantung kepada tempat dan jarak guru itu mengajar. Bagi guru-guru semenanjung yang mengajar di Sabah dan Sarawak, mereka akan diberi tiket balik kampung setahun sekali. Sebanyak 406 projek rumah guru melibatkan 3,438 unit akan dilaksanakan selain 802 projek menaik taraf rumah guru yang sedia ada.

Bagi program intervensi pula, kerajaan menjelaskan bahawa bengkel-bengkel akan dibina untuk keperluan murid yang mengambil mata pelajaran vokasional manakala jumlah kelas pemulihan pula akan ditambah kepada 5,077. Peruntukan makanan asrama ditambah daripada RM8 kepada RM 12 seorang sehari untuk 280,000 murid sekolah rendah dan menengah.

KPM sentiasa berusaha mengatasi setiap kepincangan dan kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan negara. PIPP yang dirancang oleh kementerian diharapkan akan dapat memberikan peluang yang sama kepada setiap warganegara untuk mendapatkan pendidikan. Dalam PIPP, kementerian merancang membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar.

Antara strategi yang dirancang adalah dengan menambahbaik Program Pembangunan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak. Pelan tindakan yang dirancang adalah dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas melalui projek seperti berikut: i. Bilik Darjah- 805 sekolah dan 5,138 bilik ii. Asrama 2, 800 kapasiti penghuni iii. Rumah Guru- 414 projek, 841 unit iv. Menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke 664 sekolah rendah. v. Menyediakan bekalan air ke 193 sekolah

KPM sentiasa melibatkan pelbagai pihak dalam perancangan dan pelaksanaan program dan projek pendidikan. Bagi menjayakan PIPP, KPM perlu meningkatkan kefahaman pihak-pihak berkepentingan tentang dasar, fokus, strategi dan pelan tindakan supaya dapat disinergikan dengan kuasa, kepakaran dan keupayaan mereka. Sepanjang tempoh RMKe-9, KPM akan meningkatkan komunikasi, hubungan serta kerjasama dengan semua pihak berkepentingan.

Agensi pusat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perbendaharaan Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi (UPE), dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan dibantu oleh KPM untuk memperoleh sumber kewangan serta tenaga yang mencukupi. Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, Pejabat Daerah serta Pejabat tanah diberikan tapak-tapak sesuai bagi pembangunan institusi pendidikan.

Kementerian, Agensi dan badan-badan lain seperti KPTM, KeKKWa, KBS, KKM, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, PDRM, Jabatan Bomba, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Alam Sekitar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan menjayakan program yang dirancang secara bersama.

Kejayaan PIPP amat bergantung kepada keupayaan sitem pengurusan, pentadbiran, penyampaian dan penilaian yang cekap dan berkesan dalam KPM. Faktor-faktor ini termasuklah: i. Kerjasama dan komitmen semua warga KPM dari peringkat Jabatan, Bahagian KPM, JPN, PPD, PSPN, PKG sehingga ke peringkat sekolah, sama ada di bandar, luar bandar atau kawasan pedalaman.

ii. Kefahaman warga KPM yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta fokus, strategi dan pelan tindakan yang hendak dilaksanakan. iii. Kepimpinan yang mantap pada semua peringkat untuk memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancang menepati sasaran. Pemimpin yang diperlukan hendaklah memiliki pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan serta mempunyai sikap dan nilai positif.

Kerajaan telah berusaha dengan memberi perhatian khusus kepada usaha melonjakkan pendidikan luar bandar bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Projek-projek berimpak tinggi ini meliputi aspek infrastruktur, peralatan, guru, kurikulum, program bantuan serta khidmat sokongan iaitu:-

i. Memperluas program pendidikan prasekolah KPM dengan menyediakan lebih 2,400 kelas prasekolah di luar bandar bagi hampir 61,000 kanak-kanak berumur 5-6 tahun termasuk menyediakan latihan guru prasekolah dan kemudahan komputer serta perisian. ii. Memperbaiki penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik sepanjang 24 jam bagi 900 buah sekolah dan bekalan air bersih bagi 300 buah sekolah.

iii. Meningkatkan kemudahan bilik darjah luar bandar supaya mencukupi dan berkualiti dengan menyediakan sekolah baru. . Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, bangunan tambahan dan gantian serta mengubahsuai dan menaiktaraf lebih 2, 600 sekolah rendah dan menengah; i. Menyediakan asrama sekolah baru dan memperbaiki asrama sedia ada bagi menampung keperluan 65,000 penghuni dengan menyediakan peruntukan makanan untuk 280,000 penghuni.

ii. Mempertingkatkan kelas pemulihan di luar bandar sebanyak 5,000 kelas bagi memperkukuh penguasaan kemahiran 3 M. iii. Memperluas penawaran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) kepada 480 sekolah luar bandar bagi meningkatkan peluang murid kurang cenderung akademik mengikutinya. iv. Membestarikan sekolah luar bandar dengan memberi tumpuan khusus kepada sistem P&P, penyediaan komputer, pusat akses, kelengkapan teleconferencing, web-TV, telefon satelit dan faks wireless.

V. Menyediakan tambahan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan untuk keperluan 550,000 murid luar bandar. Vi. Menyediakan insentif bagi guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar seperti elaun khas mengikut lokasi dan tatap kesusahan, elaun balik kampung, insuran guru dan penyediaan serta penambahbaikan rumah guru dan bekalan perabot.

Melalui PIPP yang menekankan kepada pembangunan pendidikan luar bandar, projekprojek ini dijangkakan mempunyai impak besar yang meliputi: i. Murid Tahap I yang dapat menguasai 3 M meningkat daripada 92.3% kepada lebih 95%. ii. Murid yang perlu pemulihan berkurangan daripada 7.7% kepada 5%.

iii. Keperluan Skim Baucer Tuisyen berkurangan daripada 100% kepada 80%. iv. Jurang pencapaian pelajar berkurangan daripada 114% mengikut mata pelajaran kepada kurang 20% percapaian. v. Pelajar sekolah menengah luar bandar yang mengambil MPV meningkat daripada 5% kepada 8%. vi. Kadar keciciran luar bandar berkurangan daripada 1.2 peratus kepada 1% pada peringkat sekolah rendah dan daripada 16.7% kepada 10% pada peringkat sekolah menengah.

vii. Taraf kesihatan murid luar bandar bertambah baik dan ketidakhadiran murid berkurangan. viii. Guru berkualiti dan berpengalaman lebih bersedia berkhidmat di pedalaman.

You might also like