You are on page 1of 48

OBJEKTIF UTAMA

MEMBERI PENGAJARAN TENTANG OLAHRAGA MELALUI ICT. MENGAJAR TENTANG ASAS-ASAS TEKNIK LARI PECUT. MENYATAKAN LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL DALAM ACARA LARI PECUT. MEMBERI PENGAJARAN YANG BERKESAN USAHA UNTUK MEMPERKENALKAN ACARA INI MELALUI ICT MERANCANG MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK MEMBANGUNKAN APLIKASI PERISIAN BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Merupakan acara terawal dalam pertandingan olahraga


Sukan Olimpik di Greek mempertandingkan hampir semua acara pecut.

Pertandingan berlari pecut diadakan di kalangan pekerja serta orang suruhan golongan bangsawan(1754 di Kent, England)

Pada abad ke-19, lari pecut menjadi popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.
Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.

Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.
Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki.

Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza.

Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturanperaturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun, persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Sebelum tahun 1921, kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0 saat, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. Dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat.

Trek larian atau balapan

Blok permulaan atau starting block

Kasut berpaku atau spike

Terdapat dua teknik: Gaya berdiri Gaya dekam

Gaya Berdiri Biasa diperaktikkan dan paling berkesan serta digemari di sekolah rendah. Ia tidak digunakan dalam pertandingan rasmi.

Rajah 3.1 Gaya berdiri

Gaya Dekam
Sejak sukan Olimpik Moden 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada perinsipnya. Gaya ini sangat rumit. Gaya ini boleh dibahagikan kepada 3: o Gaya pendek atau peluru o Gaya sederhana o Gaya panjang

Gaya Dekam

A)Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan B)Memulakan Larian dengan Blok Permulaan

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

Gaya Pendek

Gaya Sederhana

Gaya Panjang

ARAHAN PERMULAAN ke garisan, sedia, bang

Keadaan sedia Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari paras bahu. Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan. Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan.

Berlepas dari blok mulaan


Ini merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia dilakukan keduadua belah kaki pelari menolak blok dengan kuat dan pantas Tangan pelari dihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok tadi.

Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempurna, dia mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yang berikut : o bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta merta. o Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek.

Contoh berlepas yang baik dari blok mulaan

1. Kedudukan tangan - tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula. 2. Kedudukan kepala dan leher - kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.

FASA PECUTAN

3. Pergerakan tangan dan kaki -selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. - tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. - Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

4. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan - fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. - pecutan berlaku pada awal larian -95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. - Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

5. Teknik Larian di selekoh - Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. - Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa 'centrifugal'. - tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

MULAAN DI BAHAGIAN SELEKOH LORONG LARIAN Sekiranya pelari harus melakukan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini akan membolehkan pelari tersebut bergerak dengan lebih lurus ke bahagian dalam lorong larian.

Kedudukan blok mulaan untuk larian dari bahagian selekoh

FASA PENAMAT
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. - Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. - Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

MENAMATKAN PERLUMBAAN LARI PECUT


Semasa menuju kegaris penamat, seseorang pelari tidak digalakkan melompat kegarisan tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasanya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru supaya murid-murid paham dengan maksud lari terus melintasi garis tamat . Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di garis tamat, pelari akan mendepakan tangannya ke belakang dan badannya pula (bahagian torso) digerakkan ke hadapan.

Ada juga setengah-setengah pelari yang menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan kepalanya apabila tiba di garisan penamat. Satu lagi gaya menamatkan larian pecut yang biasa kelihatan dalam persaingan yang hebat ialah pelari akan memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir apabila tiba di garis tamat.

Sejauh mana gaya ini memberi faedah kepada pelari masih dipersoalkan. Penting bagi seseorang pelari itu mengekalkan postur mekanis yang baik. Sekiranya tidak kepantasan dan imbangan badan pelari mungkin terjejas.
Lakuan di garis tamat

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PESERTA SEMASA BERLARI PECUT


Rajah-rajah berikut menunjukkan kesalahan-kesalahan tersebut:

(a) Berlari di atas tapak kaki

(b)kedua-dua tangan dihayun menyilang badan.

(c) Memandang ke atas semasa berlari

(d) kedua-dua tangan diluruskan semasa menghayun

PERATURAN
Permulaan Memulakan perlumbaan dengan serentak mengikut acara serta berada di tempat yang ber lainan Belakang garisan permulaan para peserta berkumpul mengikut susunan saringan Perlepasan dilakukan dengan tembakan pegawai pelepas ataupun clapboard Arahan Ke Garisan, sebagai persediaan dan para peserta ke tempat perlepasan mengikut lorong

PERATURAN
Permulaan Arahan Sedia memerlukan psertamengangkat badan dan mendongakkan kepala Mereka berlepas selepas bunti tembakan Jika peseta menyentuh garisan,angkat kepala dan bergerak sebelum bunyi tembakan perlumbaan akan dibatalkan Mana mana pesrta melakukan keslahan sebanyak dua kali akan disingkirkan

Semasa perlumbaan Berlari mengikut lorong Meneruskan larian hingga garisan penamat Akhir perlumbaan Pemenag adalah orang pertama yang mencecah garisan penamat dengan dada(torso) Pengambilan masa Mengunakan jam randik(peringat antarabangsa menggunakan 20-30 orang penjaga masa) Tiga penjaga masa mengmbil keatas seorang peserta(paling laju dan paling lambat)

LATIHAN ANSUR MAJU


A.Latihan mendorong Berlari dalam kawasan terhad dan menyentu objek yang dimaklumkan. Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan Larian bayang-bayang; secara berpasangan, seorang mengejar dan lagi seorang berlari untuk mengelakkan diri disentuh. Lari berganti-ganti ulang-alik; larian 20meter berkumpulan.

B.Larian teknik pecut

1. Larian dengan melangkah panjang

2.Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan mengangkat lutut.

3.berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

4.Berlari skip dengan bawah kaki diluruskan

5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

6. Berlari menyepak ke belakang

7. berlari dengan lutut tinggi dan memecut

8. Latihan pergerakan tangan: berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

C. Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan


1. melonjak untuk jarak

2. Melangkah panjang (bounding)

3. melonjak dan melangkah melepasi halangan

4. melompat, memusing, mendekam dan memecut

5. berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan

You might also like