You are on page 1of 2

LAPORAN POST-MORTEM SPM TAHUN 2011 MATA PELAJARAN PERDAGANGAN Peratus kelulusan SPM untuk matapelajaran perdagangan pada

tahun 2011 adalah sebanyak 75.68% iaitu peningkatan sebanyak 8.67% jika dibandingkan pada tahun 2010. Selain itu, gred purata yang dicapai pada tahun 2011 ialah 7.54 iaitu penurunan sebanyak 0.22 berbanding tahun 2010. Daripada 75 calon yang mendaftar untuk matapelajaran ini, seramai 74 calon telah hadir dan hanya seorang calon tidak hadir untuk kertas perdagangan. Seramai 2 (2.7%) calon telah mendapat gred yang cemerlang (A+, A dan A-), 8 (10.81%) calon mendapat keputusan kepujian (B+, B, C+, dan C), manakala seramai 46 (62.16%) calon mendapat keputusan lulus (D dan E), seramai 18 (24.32%) calon gagal dan matapelajaran dan mereka yang gagal adalah : 1. Ahmad Faiz Bin Anuar (5C) 2. Douglas Yii Yang Seng (5C) 3. Alistair Prestley Ak Nyuim (5D) 4. Dennie Kumol (5D) 5. Eddy Ak Chaing (5D) 6. Gerald Ak Griffin (5D) 7. YasminBt Rahman (5D) 8. Devlin Ak Gani (5E) 9. Johaifaa Aizat Bin Johan (5E) 10. Kam Poh Soon (5E) KELEBIHAN 1. Program-program yang dirancang oleh panitia perdagangan pada awal tahun dapat dijalankan dengan berkesan. 2. Kebanyakan pelajar yang terpilih untuk menghadiri kelas tambahan SPM telah menunjukkan kehadiran yang menggalakkan. 3. Pendedahan teknik menjawab soalan SPM semasa membuat latihan esei telah membolehkan pelajar menguasai teknik menjawab yang betul dan diaplikasikan dalam setiap peperiksaan. 11. Karol Ak Yekebus (5E) 12. Lee Huong Ling (5E) 13. Maxwell Bantin Ak Benang (5E) 14. Mohd Hazwan Bin Raminu (5E) 15. Mohd Ramdan Bin Mohd Firdaus (5E) 16. Nur Alfazerra Bt Mohd Teruna (5E) 17. Ronny Ak Rumpa (5E) 18. Winston Ak Aldren (5E)

KELEMAHAN : 1. Pelajar yang gagal dalam matapelajaran perdagangan yang tersenarai merupakan pelajar yang tersenarai merupakan pelajar yang tidak mempunyai keinginan untuk cuba menjawab soalan esei dalam kertas 2. 2. Soalan Bahagian B dalam kertas 2 terlalu panjang dan rumit menyebabkan pelajar keliru dengan kehendak soalan. 3. Ahmad Faiz selalu berkhayal dalam kelas, ditegur tetapi tidak diendahkan. Douglas Yii Yang Seng amat lemah dan lambat untuk memahami teks yang diajar. 4. Yasmin (5D) baru mengambil matapelajaran perdagangan pada Tingkatan 5, jadi dia tidak dapat mengajar topik-topik yang tertinggal. Eddy Chaing pula suka tidor waktu kelas, ditegur tetapi masih berbuat demikian. 5. Pelajar 5E terlalu lemah dalam kertas 2 iaitu penulisan esei.

You might also like