You are on page 1of 2

AGENSI KERAJAAN

1) Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. 2) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online. 3) Biro Pengaduan Awam (BPA) Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan 4) Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat 5) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA) Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air, sila kemukakan maklumatmaklumat yang diperlukan di laman in 6) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital 7) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) 1) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan . Ia turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian. 2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

KAEDAH DAN UNDANG-UNDANG KEPENGGUNAAN DI MALAYSIA

You might also like