You are on page 1of 29

Jenis-jenis Respiratori

Terdapat dua jenis pernafasan.


Jenis pertama adalah pernafasan melalui paru-paru

atau pernafasan eksternal. Jenis yang kedua pula adalah pernafasan tisu atau pernafasan internal

Pernafasan Eksternal
Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah

berlaku di paru-paru. Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari.

Pernafasan Eksternal
Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya

lapisan yang memisahkan oksigen dari darah. Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung. Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri. Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru mempunyai tekanan oksigen 100mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95% tepu oksigen.

Pernafasan Eksternal
Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari

dari kapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut. Pernafasan eksternal mempunyai empat proses. Proses-proses tersebut adalah: (i) Ventilasi pulmonari menggantikan udara dalam alveoli dengan udara luar (ii) Aliran darah melalui paru-paru (iii) Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh (iv) Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen

Pernafasan Eksternal
Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang

datang ke paru-paru mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Justeru itu, karbon dioksida itu tidak dapat dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri darah bertambah. Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk mempercepat dan memperdalamkan pernafasan. Dengan ini, karbon dioksida dapat dikumuh dan paruparu dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.

Pernafasan Internal
Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh.
Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan

lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen. Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambil oksigen dari hemoglobin dan hasilnya adalah karbon dioksida.

Komponen dan Fungsinya Sistem Respiratori


Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan

adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru.

Mekanisme dan Kawalan Pernafasan


Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal,

iaitu tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi). Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma.

Apabila kita menarik nafas, otot diafragma akan

menguncup sekali gus menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada masa ini, juga paru-paru akan mengembung dan menjadikan tekanan udara dalam paru-paru berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru.

Semasa menghembus nafas, ruang dada menjadi lebih

kecil. Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta dalam. Tekan udara menjadi lebih tinggi di dalam paru-paru dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari paruparu.

Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap

istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan biasa. Ia berlaku pada keadaan berikut: (i) Mengeluh dan menguap Gerakan menarik nafas yang panjang. (ii) Batuk dan bersin Gerakan menghembus nafas yang terpaksa. (iii) Tersedu Gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi tersedu terjadi kerana udara dihirup dengan segera melalui pita suara.

Kawalan Pernafasan
Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas

tanpa henti. Pada setiap satu minit, orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali. Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia.

Kawalan Saraf
Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan

menjadikannya gerakan automatik. Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendek sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medulla oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan menjadi gerakan automatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lainlain otot pernafasan.

Kawalan Kimia
Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap

kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakan pernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangan dan panjangnya sesuatu pernafasan.

You might also like