You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4

Tarikh Masa Kelas Bilangan murid Subjek Tajuk Sub-tajuk Objektif Umum Hasil Pembelajaran

: 14 April 2013 : 12.20 1.20 ( 60 minit ) : 4 Salam : 20 orang : Sains : Menyiasat Bahan : Sifat-sifat Bahan : Murid-murid perlu memahami sifat-sifat bahan. : Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : 1. menyatakan 5 daripada 6 bahan yang terapung di permukaan air dengan betul selepas menjalankan eksperimen. 2. menyenaraikan 5 daripada 6 bahan yang boleh menyerap air dengan betul selepas menjalankan eksperimen. 3. menjelaskan 2 ciri bahan yang terapung di permukaan air dengan betul secara lisan. 4. menerangkan 2 ciri bahan yang boleh menyerap air dengan betul secara lisan.

Pengetahuan sedia ada

: Murid-murid telah 1. mengetahui bahawa terdapat pelbagai objek yang berlainan jenis di sekeliling mereka. 2. mengetahui bahawa bahan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kayu, logam, kaca, getah, plastik, kulit dan tanah liat.

Kaedah Pengajaran

: 1. Eksperimen 2. Perbincangan

Kemahiran Saintifik Kemahiran Proses Sains

: : 1. Memerhati 2. Mengelas 3. Berkomunikasi

4. Meramal

Kemahiran Manipulatif

: : 1. Menjana idea 2. Menghubungkaitkan

Kemahiran Berfikir secara Kreatif

Kemahiran Berfikir secara Kritis

: 1. Membanding dan membezakan 2. Mengumpul dan mengelas 3. Mencirikan 4. Menganalisis

Sikap Saintifik dan Nilai Murni

: 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. 2. Rajin dan tabah dalam menjalankan sesuatu perkara. 3. Bekerjasama. 4. Berfikiran rasional. 5. Yakin dan berdikari. 6. Berani mencuba. 7. Bersyukur dengan nikmat Tuhan. 8. Bertanggungjawab atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

: 1. Laptop 2. Speaker 3. Pen Marker 4. Kertas majung 5. Pensel 6. Pemadam 7. Pembaris plastik 8. Epal 9. Botol plastik

10. Gelas kaca 11. Gelang getah 12. Penyepit baju 13. Span 14. Kain 15. Sarung tangan getah 16. Tisu 17. Belon 18. Buku 19. Kapas 20. Beg plastik 21. Plastik transparensi 22. Kertas 23. Besen 24. Air 25. Pelampung 26. Gambar Jaket keselamatan 27. Lembaran kerja

Fasa (Masa)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Orientasi (5 minit)

1. Sesuatu objek yang terapung di

1. Kelas dimulakan dengan bacaan doa (Senandung Al-

Kemahiran proses Sains : Memerhati Sumber p & p : 1. Laptop 2. Speaker 3. Kertas 4. Plastik transparensi 5. Besen 6. Air Sikap saintifik & nilai murni: 1. Yakin dan berdikari.

dalam air bergantung Fatihah). pada jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya. 2. Sesuatu objek yang menyerap air juga bergantung pada jenis bahan objek tersebut dihasilkan. 3. Kertas menyerap air. 4. Plastik kalis air. 2. Guru memberikan sehelai kertas setiap seorang kepada Ashraf dan Syafiq untuk membuat kapal kertas manakala guru pula membuat kapal dengan menggunakan plastik transparensi. 3. Guru dan murid tadi perlu berlumba menyiapkan kapal tersebut secepat yang mungkin. 4. Setelah siap, guru memanggil Aishah, Nasuha dan

Syabila untuk melayarkan kapal tersebut ke dalam besen yang berisi air. 5. Murid-murid diminta memerhatikan ketiga-tiga kapal tersebut. 6. Guru bertanya kepada murid sama ada kapal-kapal tersebut terapung atau tenggelam. 7. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran, Keapungan dan Penyerapan pada hari itu. Pencetusan idea (10 minit) 1. Kapal yang diperbuat daripada plastik kekal terapung di permukaan air kerana plastik bersifat kalis air. 2. Kapal yang diperbuat daripada kertas akan tenggelam kerana kertas bersifat menyerap air. 1. Berdasarkan kapal-kapal yang dihasilkan tadi, guru bertanyakan murid beberapa soalan. a) Kapal yang mana ditenggelami air? b) Kenapa kapal plastik yang cikgu buat masih terapung di permukaan air? c) Kenapa kapal kertas yang Syafiq dan Ashraf buat tenggelam?

2. Berani mencuba. 3. Bersyukur dengan nikmat Tuhan.

Kemahiran proses Sains : Berkomunikasi Sumber p & p : 1. Kapal kertas 2. Kapal plastik 3. Besen 4. Air Sikap saintifik : 1.Berfikiran rasional 2.Berani mencuba

Penstrukturan semula idea (30 minit)

a) Bahan yang terapung di permukaan air ialah 1. Pensel 2. Pembaris plastik 3. Epal 4. Botol plastik 5. Gelang getah 6. Penyepit baju

1. Murid duduk dalam kumpulan masing-masing. 2. Guru menyediakan bahan untuk diuji sama ada terapung atau tenggelam (sampul A) dan bahan untuk diuji sama ada menyerap air atau tidak menyerap air (sampul B). 3. Setiap kumpulan menerima kedua-dua sampul A dan

Kemahiran proses Sains : 1.Memerhati 2.Berkomunikasi 3. Mengelas Sumber p & p : 1. Pen marker 2. Kertas majung 3. Pensel 4. Pemadam

b) Bahan yang boleh menyerap air ialah 1. Span 2. Kain 3. Tisu 4. Buku 5. Kapas 6. Kertas

sampul B. 4. Guru membekalkan kepada setiap kumpulan dengan besen yang berisi air dan sehelai kertas majung untuk diisi hasil eksperimen yang akan dijalankan. 5. Guru meminta murid mengeluarkan semua bahan

5. Pembaris plastik 6. Epal 7. Botol plastik 8. Gelas kaca 9. Gelang getah 10. Penyepit baju 11. Span 12. Kain 13. Sarung tangan plastik 14. Tisu 15. Belon 16. Buku 17. Kapas 19. Kertas 20. Besen 21. Air Sikap saintifik & nilai murni : 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. 2. Rajin dan tabah dalam menjalankan sesuatu perkara. 3. Bekerjasama 4. Berfikiran rasional.

Ciri-ciri bahan yang boleh terapung ialah a) Ringan b) Ada ruang udara

dari sampul A terlebih dahulu. 6. Kemudian, guru meminta murid menguji bahan-bahan dengan memasukkannya ke dalam air.

Ciri-ciri bahan yang boleh menyerap air ialah a) Permukaan kesat b) Lembut c) Permukaan berongga (ada ruang udara)

7. Bahan yang telah diuji dicatatkan dalam jadual hasil eksperimen pada kertas majung yang telah disediakan. 8. Seterusnya, murid mengeluarkan bahan dari sampul B untuk diuji. 9. Bahan yang telah diuji itu juga dicatatkan pada jadual hasil eksperimen yang disediakan pada kertas majung. 10. Hasil eksperimen akan disemak guru bersama-sama murid.

Aplikasi (12 minit)

1. Jaket keselamatan Situasi A dan pelampung merupakan alat keselamatan ketika di air. 1. Guru menyediakan jaket keselamatan (Buoyancy Aid) dan pelampung. 2. Guru memanggil Aiqa dan

Kemahiran proses Sains : 1. Memerhati 2. Meramal 3. Berkomunikasi

2. Kedua-duanya dapat menyelamatkan seseorang jika berada di dalam air. 3. Namun begitu, ketahanan jaket keselamatan terhadap air lebih rendah berbanding pelampung. Jaket keselamatan dapat bertahan untuk beberapa jam sahaja ketika berada di dalam air kerana bahan utama pembuatannya ialah span. Span merupakan objek yang boleh menyerap air. Tidak seperti pelampung yang diperbuat daripada getah yang bersifat kalis air.

memintanya memakai jaket keselamatan manakala Raiffudin pula memakai pelampung. 3. Guru meminta pandangan murid mengenai a) Antara Aiqa dan Raiffudin, siapakah yang akan terselamat jika terjatuh ke dalam air? b) Kenapa dia terselamat? Nyatakan ciri-ciri bahan yang terdapat pada kedua-dua objek tersebut (jaket keselamatan dan pelampung). Situasi B 1. Guru menyediakan beg plastik dan beg kertas. 2. Guru memanggil Jublie ke hadapan dan memintanya memegang beg plastik sementara Aidil pula memegang beg kertas. 3. Seterusnya guru meminta Nasuha untuk menuangkan air ke dalam beg plastik dan Adam menuangkan air ke dalam beg kertas. 4. Guru meminta pandangan murid mengenai a) Antara beg plastik dan beg kertas, beg yang mana satu sesuai digunakan untuk membungkus sup ayam yang dijual di restoran? Mengapa?

Sumber p & p : 1. Jaket keselamatan 2. Pelampung 3. Beg plastik 4. Beg kertas Sikap saintifik & nilai murni : 1. Berani mencuba 2. Bertanggungjawab atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.

Refleksi (8 minit)

Ciri-ciri bahan yang boleh terapung ialah a) Ringan b) Ada ruang udara Contoh : 1. Pensel 2. Pembaris plastik 3. Epal 4. Botol plastik 5. Gelang getah 6. Penyepit baju Ciri-ciri bahan yang boleh menyerap air ialah a) Permukaan kesat b) Lembut c) Permukaan berongga (ada ruang udara) Contoh : 1. Span 2. Kain 3. Tisu 4. Buku 5. Kapas 6. Kertas

1. Guru membantu murid mengingat kembali topik yang dipelajari pada hari ini. 2. Murid diberi nota dalam bentuk pengurusan grafik tentang Keapungan dan Penyerapan untuk ditampal di dalam buku. 3. Murid dibekalkan dengan lembaran kerja untuk disiapkan di rumah.

Kemahiran proses Sains : 1. Berkomunikasi

Sumber p & p : 1. Nota Keapungan dan Penyerapan 2. Lembaran kerja Sikap saintifik & nilai murni : 1. Yakin dan berdikari. 2. Berani mencuba

You might also like