You are on page 1of 40

ANATOMI & FISIOLOGI SISTEM PENCERNAAN & METABOLISME BADAN & ASPEK- ASPEK PERKEMBANGAAN

Oleh: MUHAMMAD HANIF BIN HASAN BASRI AFFADHILLAH BIN ABDUL RAHMAN

Sistem Pencernaan

PENGENALAN
Satu proses penguraian molekul makanan yang besar dan kompleks menjadi molekul kecil dan ringkas yang dapat diserap ke dalam sistem saliran darah. Dua cara pencernaan:
Pencernaan fizikal: gigi,perut Pencernaan kimia: enzim

Enzim : bahan protein yang mempercepatkan proses pencernaan

Terdiri daripada:
Salur alimenteri Kelenjar pencernaan

Makanan ditolak di sepanjang salur pencernaan oleh otot dinding yang mengecut dan mengendur secara berganti- ganti melalui proses peristalsis.

Salur Alimentari
Mulut Lidah Gigi Esofagus Perut Usus kecil

Usus Besar
Dubur

MULUT
Kaviti bukal @ oral. Terbahagi kepada 2 bahagian:1. Ruang umum ruang tengah yang mengandungi lidah. 2. Ruang vestibule ruang di antara gigi dan pemukaan pipi.

LIDAH
Merupakan deri utama bagi rasa. Selaput mukosa melapisi permukaan lidah yang terdapat tompok-tompok yang dikenali sebagai papila. Papila mengandungi tunas deria rasa. Fungsi lidah: Organ deria rasa manis hujung hadapan lidah masin hujung dan tepi hadapan lidah masam bahagian kedua-dua tepi lidah pahit bahagian dekat dengan umbi lidah Pertuturan Kunyahan dan telanan Sentuhan

3 bahagian utama :Kepala yang membonjol keluar dari gusi. Umbi tertanam di dalam gusi dan terdiri dari 1 cabang atau lebih. Leher bahagian antara kepala gigi dengan umbi.

GIGI

Diliputi oleh enamel bahan yang paling keras dalam tubuh. Bentuk gigi :Gigi Taring Kacip menggigit dan memotong makanan. Gerham Taring mengoyak makanan. Kecil Geraham kecil mengoyak dan mengisar makanan. Geraham besar mengisar dan Gerham melumatkan makanan Besar

Gigi Kacip

ESOFAGUS
Tiub berotot yang terletak di belakang trakea. Menyambungkan farinks dengan perut. Dinding esofagus terbina daripada tisu lembut dan sentiasa terbuka melainkan apabila ada makanan di dalamnya. Berfungsi menghantar makanan dan minuman dari farinks ke perut.

PERUT
Menyimpan makanan selama 2-4 jam Bersambung terus dari kerongkong dan tergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam abdomen. ruang

Fungsi perut: Simpan bahan makanan buat sementara iaitu 2-4 jam untuk dilembutkan dan dihadamkan. Menghadamkan makanan melalui enzim (pepsin&renin). Asid hidroklorik yang terhasil dalam perut memusnahkan beberapa jenis kuman Perut menghasilkan faktor intrinsik yang perlu untuk pembentukan sel darah merah dan penyerapan vitamin B12.

Merupakan bahagian yang terpanjang dalam salur alimentari. Terbahagi kepada 2 :Duodenum tiub berotot yang hubungkan perut dengan jejunum. - berbentuk huruf C. - berukuran 25cm panjang. - melengkung mengelilingi kepala pankreas. Jejunum dan ileum - berukuran 6 meter - bahagian ileum tamat di dalam sekum sebagai injap ileum yang membenarkan kandungan ileum masuk ke dalam sekum tapi menahan sebarang kandungan sekum kembali ke dalam ileum.

USUS KECIL

Fungsi usus kecil : Menyelesaikan semua proses penghadaman. Serap bahan makanan yang terhadam, asid amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke salur limfatik. Hasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan kelenjar pankreas, hempedu dan kelenjarnya sendiri. Simpanan makanan 3-5 jam

USUS BESAR
Bermula dari sekum dan tamat sebagai rektum. Panjangnya 5 hingga 6 kaki dan pusatnya 2 inci. Bahagian usus besar : Sekum dan apendiks. Kolon menaik, melintang (transver), menurun, sigmoid dan rektum.

PEGHADAMAN MENGIKUT KELASKELAS MAKANAN

KELAS MAKANAN
KARBOHIDRAT

MULUT
Kelenjar liur merembeskan air liur yang mengandungi amilase liur (enzim) yang bertindak atas karbohidrat (kanji) secara hidrolisis untuk menghasilkan maltosa
= KANJI (kehadiran amilase)
MALTOSA

PERUT
Tiada pencernaan karbohidrat

USUS KECIL
Di duodenum,enzim amilase dan pankreas menghidrolisis kanji yang belum dihidrolisis di rongga mulut kepada maltosa Jus usus mengandungi enzim maltase,sukrase, dan laktase Enzim akan bertindak ke substrat MALTASE-MALTOSA SUKRASE-SUKROSA LAKTASE-LUKTOSA Hasil akhir pencernaan karbohidrat MONOSAKARIDA (glukosa,fruktosa, galaktosa)

Makanan digaul dengan air liur selepas pencernaan kanji ,membentuk bolus dan ditelan ke esofagus

Asid hidroklorik cair menyediakan medium untuk memulakan hidrolisis sukrosa

KELAS MAKANAN
PROTEIN

MULUT
Tiada pencernaan protein di dalam mulut

PERUT
Enzim renin mengentalkan susu dengan menukarkan Kaseinogen(protein susu larut) kepada Kasein (protein susu tidak larut) yang kemudian diurai oleh pepsin Pepsin menghidrolisis protein menjadi pepton dan polipeptida Asid hidroklorik cair menyediakan pH yang sesuai untuk tindakan pepsin dan renin Asid Hidroklorik cair juga memecahkan nukleoprotein menjadi asid nukleik dan protein

USUS KECIL
Di duodenum,jus pankreas yang mengandungi enzim tripsin,memangkinkan protein kepada pepton dan polipeptida serta memangkinkan penguraian polipeptida kepada peptida ringkas. Di ileum,jus usus yang mengandungi enzim peptidase (erepsin) memangkinkan hidrolisis pepton dan polipeptida kepada asid amino Pencernaan protein berakhir di ileum

KELAS MAKANAN
LIPID

MULUT
Tiada pencernaan lipid di dalam mulut

PERUT
Tiada pencernaan lipid di dalam perut

USUS KECIL
Di duodenum,hempedu yang dirembeskan oleh hati mengalir masuk daripada pundi hempedu dan mengelmusikan lipid dengan merendahkan ketegangan lipid dan menguraikan menjadi titisan kecil Ini menambahkan luas permukaan lipid bagi memudahkan hidrolisis lipid oleh enzim lipase Jus pankreas yang mengalir ke duodenum melalui duktus pankreas mengandungi lipase yang menghidrolisis lipid(lemak @ minyak menjadi asid lemak dan gliserol

KELENJAR PENCERNAAN
Kelenjar air liur Pankreas Dinding gaster Usus kecil Hempedu

PROSES PENCERNAAN

RINGKASAN PROSES PENCERNAAN

TEMPAT PENCERNAAN BERLAKU

KALENJAR

REMBESAN/ JUS PENCERNAAN

pH sesuai

Enzim Pencernaan

Tindakan (Substrat+ Hasil)

Mulut

Air Liur

Air Liur

6.3-6.8 Amilase (ALKALI) air liur


1.5-2.0 (ASID) PEPSIN DAN RENIN

Kanji+ Air amilase

maltosa

Perut

Perut

Jus Perut Asid Hidroklorik

Pepsinogen HCL pepsin PROTEIN Pepsin pepton + polipeptida Kaseinogen Renin Kasein (Kasein kemudian diecernakan oleh pepsin)

RINGKASAN PROSES PENCERNAAN


TEMPAT KALENJAR PENCERNAAN BERLAKU

REMBESAN/ JUS PENCERNAAN

pH gala sesuai

Enzim Pencernaan

Tindakan (Substrat+ Hasil)

Duodenum

Pankreas Hati

Jus pankreas Hempedu

7.1-8.2 Amilase (ALKALI) Pankreas Tripin Lipase

Kanji+ Air amilase maltosa Protein Tripsin pepton (polipeptida) Lemak Lipase asid lemak +gliserol Rembesan hempedu(mengemulsikan lemak) Pepton+ polipeptida Erepsin/peptidase asid amino Maltosa maltase glukosa Sukrosa sukrase glukosa +fruktosa Laktosa Laktase glukosa+ galaktosa Lemak Lipase asid lemak +gliserol

Jujenum dan Ileum

Kalenjar usus

Jus Usus

7.6 Erepsin/ (ALKALI) Peptidase Maltase Sukrase Laktase Lipase

PROSES PENCERNAAN
Mulut
Makanan dikunyah menggunakan gigi menjadi butiran yang kecil Kelenjar air liur merembeskan air liur yang bersifat alkali dan mempunyai enzim amilase liur Penggulungan makanan menjadi bolus supaya senang ditelan Amilase liur mencernakan kanji kepada maltosa Amilase liur ( gula ) Kanji maltosa

Esofagus
Semasa penelanan makanan, lidah dinaikkan untuk menolak makanan masuk ke dalam esofagus Makanan bergerak melalui esofagus secara pengecutan dan pengenduran di sepanjang salur alimentari. Proses pengecutan dan pengenduran otot- otot ini disebut peristalisis Tiada pencernaan berlaku di sini kerana tiada enzim pencernaan dirembeskan

Perut
kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus gaster. Jus gaster mengandungi asid hidroklorik, enzim renin dan pepsin.

Asid hidroklorik : membunuh kuman dalam makanan. Enzim renin: mengentalkan susu dengan menukarkan kaseinogen kepada kasein. Enzim pepsin: menghidrolisikan protein menjadi pepton dan polipeptida.

pengecutan dan pengenduran perut membantu memecahkan makanan secara fizikal. Duodenum
Bahagian pertama usus kecil Duodenum menerima hempedu dan jus pankreas Hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Hempedu berfungsi mengemulsikan lemak menjadi titisan kecil untuk tindakan enzim Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum melalui duktus pankreas. Jus pankreas mengandungi 3 enzim iaitu amilase pankreas , protease & lipase.

Usus Kecil
Kelenjar usus menghasilkan jus usus yang bersifat alkali. Gula ringkas, asid amino, gliserol dan asid lemak merupakan hasil akhir pencernaan. Semua hasil pencernaan diserap ke usus kecil. Makanan yang tercerna diserap melalui dinding usus kecil ke dalam aliran darah.

Usus Besar
Makanan yang tidak tercerna akan disalurkan ke usus besar. Berlaku penyerapan air. Akibatnya, sisa makanan tersebut mengeras menjadi tinja. Tinja disimpan di dalam rektum buat sementara waktu. Apabila penuh, dinding berotot rektum akan mengecut untuk mengeluarkan tinja melalui dubur. Proses ini dinamakan penyahtinjaan. Sesetengah bakteria yang hidup di dalam usus besar bertindak ke atas sisa makanan dan menghasilkan vitamin B12 dan K.

Penyerapan ialah proses hasil- hasil akhir pencernaan dibawa masuk ke dalam sistem pengaliran darah melalui dinding usus kecil. Permukaan usus kecil diliputi oleh berjuta- juta unjuran halus yang panjangnya 1mm. Unjuran ini dikenali sebagai vilus.

PROSES PENYERAPAN HASIL PENCERNAAN

Makanan tercernan dalam bentuk yang ringkas diserap oleh vilus- vilus pada dinding usus kecil ke dalam pengaliran darah.

GIZI SEIMBANG

Nutrisi yang baik bermaksud gizi seimbang yang ditakrifkan sebagai gizi yang mengandungi semua kelas makanan dalam perkadaran yang betul untuk keperluan harian badan Gizi seimbang membekalkan badan dengan semua nutrien yang diperlukan untuk a) Pertumbuhan,permbaikan dan penggantian sel b) bekalan tenaga daripada pengoksidaan makanan c) Penyenggaraan kesihatan Kadar matabolisme (BMR) ialah kadar minimum tenaga yang digunakan untuk hidup tanpa melakukan sebarang aktiviti

Keperluan harian tenaga seseorang diperolehi daripada gizinya dan bergantung kepada

TABIAT PEMAKANAN

MASALAH KESIHATAN

TABIAT PEMAKANAN

AKIBAT

GASTRITIS- Suatu keadaan di Tabiat pemakanan yang mana lapisan eptilium perut tidak mengikut waktu mengalami keradangan Tabiat suka minum kopi,teh ,dan minuman berkafien Tabiat minum alkohol dan merokok
OBESITI- Suatu keadaan di mana jumlah lemak terkumpul di dalam badan secara berlebihan.Hal ini disebabkan ketidakseimbangan antara pengambilan makanan dan penggunaan tenaga Makan melebihi keperluan tenaga badan,makanan berlebihan disimpan sebagai lemak dalam tisu adipos Makan makanan bermiyak Kurang bersenam

Ulser perut apabila perut menjadi berlubang

Mudah mendapat diabetis melitus Tekanan darah tinggi Penyakit kardiovaskular

ANEROKSIA NERVOSA Keadaan di mana seseorang mengelak daripada penyakit psikologi yang kerap berlaku dalam kalangan perempuan dewasa

Tidak makan kerana hendak menguruskan badan Hilang selera makan atau tidak mahu makan langsung Pengambilan makanan yang tidak seimbang

Malnutrisi Terlalu kurus kerana kehilangan lemak dan otot secara berlebihan Mengganggu fungsi jantung,sistem endokrin ,dan sistem pembiakan

MASALAH KESIHATAN
BULLIMIA- Pengambilan makanan secara berulang kali dan memaksa untuk muntah

TABIAT PEMAKANAN
Makan mengikut selera tetapi memaksa diri untuk memuntahkan semula apa yang dimakan Mengambil julap dan ubat ubat diuretik dan membuat senaman fizikal secara keterlaluan kerana hendak menguruskan badan

AKIBAT
Perbuatan memuntahkan semula menyebabkan kecederaan serius kepada salur alimentari dan mewujudkan ketidakseimbangan mineral di dalam badan Individu ini akan mengalami penyahidratan,ketidaksei mbangan hormon,haid yang tidak tetap ,kerosakan ginjal dan penyakit kardiovaskular

Sekian Terima Kasih

You might also like