You are on page 1of 2

Laporan aktiviti Kanak-kanak merupakan asset penting bagi ibu bapa dan masyarakat dan Negara.

Kanak-kanak harus dididik dan dilatih sewaktu masih dalam proses perkembangan terutamanya dari segi kognitif dan sosial, bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perkembangan kognitif kanak-kanak penting untuk dididik kerana kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia juga melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan

masalah, mencipta, dan berimaginasi . Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu bagi meningkatkan perkembangan hidupnya. Perkembangan sosial pula dilihat dari segi

perkembangan dalam persekitaran dan pergaulan di dalam masyarakat. Pada peringkat umur kanak-kanak, mereka ini sepatutnya di beri kebebasan dalam bersosial dan bergaul dengan persekitaran. Ibu bapa tidak boleh menghalang dan menyekat mereka daripada bersosial, sebaliknya memberi galakan yang positif kepada mereka supaya mereka lebih berani untuk ke hadapan dan secara tidak langsung akan menggalakan juga perkembangan kognitif kanak-kanak. Tugasan pada kali ini, kami telah membuat aktiviti untuk melihat tahap perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Objektif aktiviti ini lebih berfokuskan kepada aspek yang di kaji iaitu aspek kognitif dan sosial kanak-kanak. Melalui hasil pemerhatian yang dilakukan, terdapat dua aspek yang dinilai, iaitu perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Melalui pemerhatian latar belakang murid yang diambil menunjukkan, kedua- dua murid tersebut mempunyai tahap kognitif yang sama kerana mereka berada dari kelas yang sama iaitu tahun 5 Zuhal. Dari segi tahap sosial pula murid tersebut boleh diklasifikasikan mempunyai stratfikasi sosial yang berbeza dimana murid A datang dari keluarga yang sederhana kerana ibu bapanya merupakan petani sahaja. Manakala murid B datang dari keluarga yang mempunyai tahap hidup yang lebih baik kerana kedua-dua ibu bapanya adalah penjawat awam iaitu Guru. Oleh itu melalui maklumat latar belakang kedua-dua murid tersebut menunjukkan kehidupan sosial mereka sangat jauh berbeza. Berdasarkan pemerhatian bagi aktiviti yang dilaksanakan, jelas menunjukkan terdapat perbezaan antara kedua-dua murid tersebut. Dari segi kognitifnya, murid B lebih aktif dari murid A, ini disebabkan murid B lebih cepat dan aktif kerana ia lebih terdedah kepada dunia meluas selaras dengan hobinya iaitu melayari internet, ini membolehkan

murid tersebut mengaplikasikan pengalamannya di dalam kelas sewaktu melakukan tugasan yang diarahkan oleh cikgunya. Berbanding pula dengan murid A yang kurang menggunakan teknologi di mana murid tersebut hanya mengharapkan pembelajaran di sekolah untuk menambah pengetahuannya. Ini menyebabkan perkembangan kognitifnya tidak secepat dengan murid B. Dari segi sosial pula, amat berbeza dimana perkara sebaliknya berlaku. Murid B lebih mempunyai tahap perkembangan sosial yang lebih aktif dimana semasa melakukan aktiviti murid A memberikan komitmen yang sangat baik kerana kerjasamanya antara ahli kumpulan yang lain. Murid A lebih bersosial dengan kawan-kawannya yang lain kerana ia dipengaruh oleh kehidupan sosialnya. Sebagaimana hobinya iaitu bermain basikal dengan kawan-kawan, murid A lebih berinteraksi dengan kawannya ini mungkin disebabkan semasa di kampung, ia meluangkan masa lapang bermain basikal dengan kawan-kawannya. Berbeza pula dengan murid B, dimana kehidupan sosialnya dikongkong oleh ibu bapanya, contohnya ia hanya dibenarkan bermain dengan kawan sekeliling yang sangat terhad berbanding dengan murid A yang lebih luas. Selain daripada itu, tahap sosial murid B kurang berkembang mungkin disebabkan kurangnya merasai keadaan yang sebenar iaitu dunia reality. Murid B mungkin bersosial tetapi hanya di laman sesawang sahaja seperti melayari internet iaitu Facebook. Kesimpulannya, kedua-dua murid tersebut mempunyai berbezaan yang ketara dari segi kognitif dan sosial. Oleh itu, sejak dari awal kanak-kanak lagi perkembangan kognitif dan sosial harus dididik untuk mengelakkan ketidakseimbangan kanak-kanak apabila perkembangan mereka meningkat. Oleh itu ibu bapa dan guru harus mengambil alternatif bagi memastikan perkembangan kanak-kanak berlaku dengan sempurna.

You might also like