Professional Documents
Culture Documents
.
Yang bermaksud : Dua nikmat yang kebanyakkan manusia rugi (kecewa) dalam menerima
keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.
(Hadith riwayat Bukhari, Imam Ahmad, al-Tarmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
4.4 Perubahan Minda.
Reformasi minda perlu dijadikan pendorong kepada ummah agar tidak merelakan diri
diperlekeh. Satu isyarat yang jelas kepada dunia bahawa umat Islam tidak miskin idea,
bahkan tetap cekal merealisasikan aspirasi Negara melalui kejayaan bertaraf dunia. Namun,
11
pada waktu yang sama gejala-gejala keruntuhan akhlak yang melanda sejak kebelakangan ini
semakin menjurus kepada generasi masa depan yang pincang.
Situasi yang sedemikian mendesak diwujudkan masyarakat yang berfikir dan dapat
meneruskan usaha pemerintah melahirkan generasi muda ummah yang bukan sahaja inovatif
tetapi berakhlak. Ini memandangkan kemajuan Negara yang berteraskan kemajuan material
perlu selari dengan kemajuan rohani. Pembangunan insan dengan penhayatan nilai-nilai
murni ialah agenda penting dalam membentuk ummah maju, dinamik dan progresif pada
abad ke-21. . (Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2007 : 40).
4.5 Tekun dan Dedikasi.
Allah S.W.T telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil
kerja tekun dan dedikasi. Istilah Islam untuk maksud ini ialah ijtihad. Petunjuk dan hidayah
Allah itu sendiri adalah hasil daripada jihad. Allah S.W.T berfirman :
=}Cg~-.-4 W-E_E_ 4L1g
gE+4Cgg+ 4LU+lc _ Ep)4
-.- E7E 4-gLO^- ^g_
Yang bermaksud : Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-
jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan
sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya.
(Al-Qurn, al-Ankabut 29 :
69)
Orang-orang yang hebat selalu memberi perhatian mereka pada usaha yang mereka
sedang jalankan. Mereka selalunya bertindak dengan cepat dan tepat kerana sebelum
memulakan sesuatu pekerjaan mereka telah menimbangkan semasak-masaknya. Oleh itu,
mereka telah berjaya dalam banyak keadaan, ini kerana tumpuan dan perhatian pada
pekerjaan yang sedang dihadapi boleh menyelesaikan segala masalah yang rumit dan sukar.
(Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2007 : 43).
12
4.5 Berilmu.
Ilmu pengetahuan adalah kawan yang paling setia ketika sepi, pembimbing ke jalan yang
lurus dan juga modal dalam perjuangan untuk mendapat kejayaan dan kemulian di dunia dan
akhirat. Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu
kehabisan minyak dan dia akan hidup dalam kegelapan. Hidup akan cemerlang jika dibekali
dengan ilmu pengetahuan.
Ilmu adalah lebih utama daripada amal kerana amal ibadah tidak akan diterima
kecuali dengan berilmu. Ilmu juga merupakan cahaya dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan
mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah ilmu merupakan warisan daripada para Nabi
sedangkan harta adalah warisan daripada Firaun dan Qarun. Selain itu, ilmu lebih mulia
daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta prlu dijaga oleh manusia.
Antara kelebihan ilmu pengetahuan lagi ialah orang yang berilmu mempunyai ramai kawan
sedangkan orang yang mempunyai harta dikelilingi oleh musuh. Ilmu juga, apabila diberikan
semakin bertambah tapi sebaliknya dengan harta, jika diberikan semakin berkurang. (Zulkifli
bin Mohammad al-Bakri 2007 : 55).
5. PENUTUP.
Keperluan terhadap integriti dan akauntabiliti merupakan salah satu cabang nilai dalam
kehidupan manusia bermula selaras dengan martabat manusia diutuskan oleh Allah S.W.T.
sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu manusia dijadikan dengan sifat-sifat semulajadi
yang mulia sesuai dalam malaksanakan konsep ini dalam kehidupan.
Sebagai kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa integriti dan akauntabiliti merupakan
aspek yang penting dalam menjalani kehidupan untuk mendapat kecermerlangan diri.
Integriti dan akuntabiliti merupakan nilai akhlak yang mulia. Ramai orang yang gagal
memperbaiki akhlak mereka kerana mereka tidak mengenali kelemahan diri sendiri. Mereka
sering terpedaya dengan diri sendiri dengan merasakan akhlak mereka sudah cukup baik.
13