You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) KALI KE-63 BIL 2/2009

Tarikh Masa Tempat

: : :

6 Mac 2009 (Jumaat) 9.30 pagi Bilik Mesyuarat, Anjung UniMAP, Tingkat 26, Menara Tun Razak, Kuala Lumpur

Kehadiran : Y. Bhg. Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Pengerusi Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Encik Razli Ahmad Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof. Madya Dr. Salmah Hj. Ayob Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Puan Mashitoh Abu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Encik Mohd Izwan Izhar Haris Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Encik Noor Azrul Mohd Ariff Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Encik Mohd Rashid Abd Rahim Universiti Malaya (UM) Encik Zulkifli Che Hussin Universiti Sains Malaysia (USM) Puan Hazelina Ghazaly Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Encik Mohd Isnain Ali Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Madya Mohd Zahib Deraman Universiti Teknologi Malaysia (UTM) -

Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

Encik Jasrihanizan Badol Universiti Utara Malaysia (UUM) Cik Norliza Chek Hassan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Encik Nurfaizal Fariz Sahdan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Encik Mohd Ismail Mohd Zin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Encik Muhammad Khairul Azman Abdul Aziz Universiti Teknologi MARA (UiTM) Encik Ismail Ahmed Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Encik Badrul Hisham Darus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Cik Suriaty Khalid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Encik Ahmad Khirul Nizam Ali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Encik Muhammad Shahrin Haron Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Encik Amir Ali Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Encik Sahar Sadi Hashim Universiti Darul Iman Malaysia (UDIM) Encik Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Cik Shafinah Dzulkepli Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Puan Wan Andrina Osman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Cik Nurul Ashikin Abdul Halim Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Encik Mohd Hakam Hassan Setiausaha Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - Setiausaha -

Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

Turut Hadir : Encik Mohd Zein Md Sahid Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW) Cik Jamaliah Azman Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW) Tidak Hadir (Dengan Maaf) : Wakil dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Wakil dari Universiti Malaysia Pahang (UMP)

AGENDA: 1.0. ALUAN PENGERUSI. 1.1 Y. Bhg. Pengerusi terdahulu merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli MAKUM yang telah menghadiri Bengkel Perancangan Strategik MAKUM yang telah diadakan pada 4 dan 5 Mac 2009 di Anjung UniMAP, Menara Tun Razak, Kuala Lumpur. Y. Bhg. Pengerusi melahirkan harapan agar dengan permurnian Visi dan Misi MAKUM yang telah dihasilkan dan keperluan penghasilan nilai penunjuk Hasil Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah (LOKI) dalam penghasilan Kertas Cadangan Pelaksanaan Aktiviti MAKUM seperti yang telah dilaksanakan dalam bengkel tersebut akan dapat dijadikan sebagai usaha untuk memartabatkan hala tuju dan meningkatkan nilai dan mutu aktiviti-aktiviti MAKUM. Y. Bhg. Pengerusi seterusnya mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat kali ini. Makluman : 2.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT. Semua

1.2

1.3

Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

Mesyuarat bersetuju meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Kali Ke-62 Bil 1/2009 dengan pindaan berikut: Perkara 8.4 Hari Gamelan Sedunia dipinda kepada Perkara 8.4 Festival Gamelan IPTA Malaysia Makluman : 3.0. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT. 3.1 Slot Khas untuk MAKUM Mesyuarat dimaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan Slot Khas bagi MAKUM dalam pertandingan-pertandingan berbentuk kebudayaan dan kesenian peringkat kebangsaan anjuran Kementerian (KPKKW) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah dimaklumkan oleh Sekretariat kepada pihak JKKN dan perkara tersebut akan dibawa untuk pengetahuan dan persetujuan Y. Bhg. Dato Ketua Pengarah JKKN dan Kementerian. Makluman : 3.2 Konsert DiRaja 2008 i). Mesyuarat dimaklumkan oleh Encik Muhammad Khairul Azman Abdul Aziz dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku tuan rumah penganjuran konsert tersebut bahawa Y. Bhg. Dato Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) tidak bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Konsert DiRaja ini atas faktor kewangan. Makluman : ii). Semua Semua Semua

Mesyuarat bersetuju untuk meneruskan usaha untuk melaksanakan Konsert DiRaja ini dan meminta pihak UiTM bagi meneruskan proses perancangan dan kerja-kerja melaksanakan konsert tersebut. Tindakan : UiTM dan Sekretariat

3.3

Baju Batik MAKUM Mesyuarat meminta sekretariat untuk menempah dan mengedarkan baju batik tambahan kepada ahli-ahli MAKUM terutamanya ahli baru yang masih belum mendapat Baju Batik MAKUM Tindakan : Sekretariat

Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

3.4

Peruntukan Kewangan Daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW) Mesyuarat dimaklumkan bahawa dalam satu perbincangan yang telah diadakan oleh Sekretariat dengan pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) telah bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada empat buah program berikut : i). ii). iii). iv). Nama Program Pertandingan Kuda Kepang MAKUM. Kursus Pengacara MAKUM Pertandingan Zapin Festival Nasyid MAKUM Anjuran USM UUM UPM UniMAP

dan masih lagi dalam proses mempertimbangkan tiga buah lagi program MAKUM untuk diberikan peruntukan. Program-program tersebut adalah: i). ii). iii). Nama Program Pertandingan Lagu Asli MAKUM Pertandingan Teater MAKUM Pertandingan Lagu Keroncong MAKUM Makluman : 3.5 Rancangan Realiti Akademi MAKUM i). Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu mesyuarat bagi perancangan dan pelaksanaan Rancangan Realiti MAKUM ini telah diadakan 3 Mac 2009 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selaku pengerusi pelaksana rancangan dan melibatkan wakil-wakil dari UniMAP, USIM, UUM dan UPM. Dalam mesyuarat MAKUM kali ini, draf awal kertas cadangan bagi rancangan tersebut telah dibawa untuk makluman awal ahli mesyuarat. Mesyuarat bersetuju untuk menggunakan cadangan konsep program - IPT TO COMMUNITY dengan melibatkan gabungan ketiga-tiga konsep program yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelaksanan. Makluman : iii). Semua Anjuran UNIMAS UUM UKM Semua

ii).

Mesyuarat memohon kepada jawatankuasa pelaksana Rancangan Realiti Akademik MAKUM untuk memperkemaskan dan memurnikan lagi kertas cadangan program untuk dibentangkan dalam mesyuarat yang akan datang. Tindakan : UKM

Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

iv).

Mesyuarat mencadangkan agar Kertas Cadangan bagi pelaksanaan Rancangan Realiti ini turut dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan memohon peruntukan kewangan selepas dikemaskinikan dan dimurnikan. Tindakan : Sekretariat Dan UKM

3.6

Peruntukan Kewangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) Mesyuarat dimaklumkan bahawa Sekretariat kini dalam proses untuk mengemukakan permohonan peruntukan kewangan daripada KPT. Makluman : Semua

3.7

Segmen Rancangan Spektrum U. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Penerangan tidak bercadang untuk meneruskan lagi Rancangan Spektrum U. Makluman : Semua

3.8

Festival Gamelan IPTA Malaysia i). Mesyuarat dimaklumkan mengenai pembetulan kepada nama program Hari Gamelan Sedunia yang dinyatakan dalam Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009 sebenarnya adalah program Festival Gamelan IPTA Malaysia. Tarikh perlaksanaan bagi festival ini adalah pada 14 hingga 17 Ogos 2009. Makluman : ii). Semua

Pengerusi meminta agar UDM selaku Pengerusi pelaksana festival tersebut untuk mengaturkan satu pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Besar Terengganu dan Naib Canselor UDM berkenaan penganjuran dan peruntukan bagi festival tersebut. Tindakan : UDM

3.9

Wakil Tetap Universiti-Universiti ke Sekretariat MAKUM Mesyuarat dimaklumkan bahawa Sekretariat telah menghantar surat berkenaan wakil tetap ke Mesyuarat MAKUM ke semua universiti.

Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

Makluman : 4.0. LAPORAN KEWANGAN Mesyuarat dimaklumkan bahawa i).

Semua

Status Kewangan Semasa bagi Sekretariat MAKUM sehingga tarikh 31 Disember 2008 dengan jumlah baki wang yang ada di dalam Akaun Amanah Sekretariat MAKUM adalah berjumlah RM 125, 228.87 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Dua Puluh Lima Ribu, Dua Ratus Dua Puluh Lapan dan Lapan Puluh Tujuh Sen Sahaja). Akaun Amanah Sekretariat MAKUM masih lagi dalam proses dikemaskini. Sekretariat telah menghantar surat makluman berkenaan pembayaran Yuran Tahunan MAKUM kepada semua universiti anggota MAKUM. Makluman : Semua

ii). iii).

5.0

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA AKTIVITI MAKUM 5.1 Festival Seni Budaya MAKUM (FESKUM) 2009 i). Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan Kertas Cadangan perlaksanaan festival tersebut. Pelaksanaan festival ini dicadangkan adalah bertujuan sebagai satu pendekatan alternatif kepada aktiviti-aktiviti dan programprogram MAKUM yang telah dirancangkan sepanjang tahun 2009. Aktiviti-aktiviti dan program-program utama anjuran MAKUM yang telah dikenalpasti akan digabungkan dan dilaksanakan secara serentak pada tarikh yang akan diputuskan nanti. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa sekiranya festival ini dilaksanakan kelak, program-program lain yang berbentuk bengkel dan lain masih boleh dilaksanakan di peringkat zonzon oleh universiti-universiti yang terbabit. Wakil daripada JKKN, KPKKW memaklumkan bahawa pelaksanaan festival ini dilihat sebagai satu langkah yang baik dalam melaksanakan aktiviti seni dan budaya di universiti dan akan mendapat sokongan penuh daripada JKKN, KPPKW. Sebagai langkah awal, pihak JKKN, KPKKW amat

ii).

iii).

Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

menggalakan dan menyokong MAKUM untuk mengadakan satu bengkel khas mengenai festival ini. Makluman : iv). Semua

Mesyuarat mencadangkan agar diadakan satu bengkel khas bagi membuat perbincangan, perancangan dan memperkemaskan lagi kaedah pelaksanaan Festival Seni Budaya MAKUM (FESKUM) 2009 pada 10 hingga 12 April 2009 bertempat di Langkawi. Untuk bengkel ini, sekretariat juga dicadangkan untuk menjemput wakil dari JKKN, KPKKW dan KPT untuk hadir bersama dalam bengkel tersebut. Tindakan :Sekretariat dan USIM

5.2

Kursus Kepimpinan Budaya dan Seni MAKUM 2009 i). Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan Kertas Cadangan perlaksanaan kursus tersebut yang dijadualkan akan diadakan pada 10 hingga 13 Mei 2009 bertempat di Kem Bina Negara, Balik Pulau, Pulau Pinang oleh Universiti Utara Malaysia (UUM). Makluman : ii). Semua

Mesyuarat memohon kepada pengajur untuk memasukan sedikit slot yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan dalam tentatif kursus tersebut. Tindakan : UUM

iii). iii).

Mesyuarat mencadangkan agar yuran penyertaan bagi kursus ini diselaraskan kepada RM 600.00 Mesyuarat bersetuju untuk memberikan sumbangan dari Sekretariat MAKUM sebanyak RM 1,000.00 bagi penganjuran program kursus ini. Makluman : Semua

5.3

Bengkel Tarian RampaianAsli i). Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan Kertas Cadangan perlaksanaan Bengkel Tarian Rampaian Asli pada 9 hingga 11 Mei 2009 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

ii).

Mesyuarat bersetuju untuk memberikan sumbangan daripada Sekretariat MAKUM sebanyak RM 1,000.00 bagi penganjuran program bengkel ini. Makluman : Semua

5.4

Pertandingan Kuda Kepang i). Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan perlaksanaan Pertandingan Kuda Kepang yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Mac 2009 di Universiti Sains Malaysia (USM). Mesyuarat dimaklumkan bahawa 13 buah universiti akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Makluman : Semua

ii).

6.0.

Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh: Setiausaha Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Tarikh : 9 Mac 2009

Minit Mesyuarat MAKUM Kali Ke-62 Bil 2/2009

You might also like