You are on page 1of 46

Pengintegrasian Kandungan Bahan-bahan Berasaskan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran PENDIDIKAN ISLAM

2007 MDeC

JADUAL KANDUNGAN
Pengenalan Matlamat kursus Hasil pembelajaran Strategi pembelajaran Aktiviti 1 Taaruf Aktiviti 2 Asas-asas penggunaan ICT: Isu-isu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Aktiviti 3 Integrasi ICT dan penilaian bahan sumber Pendidikan Islam Aktiviti 4 Amali: Membina rancangan pengajaran Pendidikan Islam Aktiviti 5 Amali: Pembentangan rancangan pengajaran Aktiviti 6 Amali: Pemurnian rancangan pengajaran Aktiviti 7 Simulasi pengajaran Lampiran Borang Penilaian Pengajaran Lampiran 1: Rancangan Mengajar (Sekolah Menengah) Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah Lampiran 2: Rancangan Mengajar (Sekolah Menengah) Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi makmal Lampiran 3: Rancangan Mengajar (Sekolah Rendah) Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah Lampiran 4: Rancangan Mengajar (Sekolah Rendah) Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi makmal Borang Tinjauan Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 1 3 4 4

6 13

15

17

18

19

20 21 25 30 34 39 41 42

PENGENALAN
Penggunaan komputer khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mula mendapat perhatian yang serius di sekolah-sekolah di Malaysia selepas kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC) oleh kerajaan Malaysia. Sekolah Bestari yang merupakan salah satu aplikasi perdana MSC merupakan pembolehubah kritikal dalam transformasi secara radikal dalam sistem persekolahan di Malaysia. Pendidikan Islam yang merupakan salah satu mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan negara turut menerima perubahan yang positif khususnya daripada segi kaedah pengajaran dan pembelajaran, yang dahulunya lebih menggunakan kaedah konvensional kepada kaedah yang berorentasikan kepada multimedia dan komputer. Dalam perkembangan ICT masa kini, tidak dapat dinafikan, komputer mempunyai kesan yang besar kepada pelaksanaan sistem pendidikan sesebuah negara. Perkembangan yang berlaku ini tidak harus disiasiakan oleh para pendidik dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Malaysia sebagai salah satu negara yang sedang membangun turut memainkan peranan yang aktif dalam membudayakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dasar-dasar pembangunannya. Malah, bidang pendidikan turut diberi keutamaan dalam merancang pembangunan sumber manusianya. Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke Tiga 20012010 (RRJP3) kerajaan telah meletakkan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai media yang penting bagi membantu menyingkap pengetahuan baru dalam era ledakan maklumat dan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi). Di masa hadapan, sistem persekolahan dijangka dilengkapi dengan kemudahan komputer rangkaian networking untuk membolehkan mata pelajaran diajar menggunakan teknologi interaktif multimedia dan pengajaran menerusi laman web. Kaedah pengajaran dan pembelajaran akan berubah bagi memupuk kemahiran berfikir, pembelajaran kendiri, pembelajaran kontektual, berdaya cipta dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan keperluan semasa. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ICT, komputer khususnya, dalam pendidikan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih cepat berkembang. Justeru, guru perlulah dilatih menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu untuk menjayakan program pengintegrasian ICT di kalangan guru Pendidikan Islam, guru-guru Pendidikan Islam perlu diberi latihan bagi meningkatkan ketrampilan mereka untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan kepada asas-asas pengintegrasian ICT akan dapat menarik minat guru-guru Pendidikan Islam untuk menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Umumnya, fungsi komputer dalam Pendidikan Islam juga hampir sama peranannya dalam mata pelajaran yang lain iaitu bahan bantu pengajaran, sumber maklumat, tutor pengganti, penyimpan pelbagai maklumat dan juga sebagai perangsang seperti program simulasi untuk pelajar mempraktikkan sesuatu pelajaran. Jika proses pengintegrasian ini

dapat dilaksanakan dengan berkesan, ia akan dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, meningkatkan keberkesanan pengajaran di samping menarik minat pelajar. Maka, kesediaan guru dalam penggunaan komputer bagi proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang dapat membantu bagi menjayakan proses pendidikan yang berasaskan kepada teknologi khususnya bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Malahan dengan penguasaan ICT, ianya juga dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar untuk meneroka ilmu mengikut kehendak dan tahap pencapaian masing-masing (Jamaluddin, Muhammad & Abd. Rashid 2000). Para pendidik terutamanya guru Pendidikan Islam harus bersedia, mempersiapkan diri, inovatif dan kreatif untuk mengeksploitasi segala bentuk media pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan. Penggunaan ICT secara berkesan akan dapat membantu guru kerana terdapat peristiwa atau fenomena yang sebenarnya berlaku tidak dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. Fenomena yang sebenarnya terlalu kompleks, merbahaya, mahal atau mengambil masa yang panjang untuk ditunjukkan. Penggunaan bahan-bahan berasaskan multimedia amat sesuai untuk digunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam terutamanya bagi menunjukkan cara ibadat seperti haji, wudu dan solat. Dengan menggunakan teknik ini pelajar dapat melihat dengan jelas fenomena yang dipaparkan oleh komputer dengan jelas dan berulang-ulang kali. Begitu juga dengan pengajaran subjek Pendidikan Islam bukan sahaja melibatkan penyampaiaan fakta atau pengetahuan dalam disiplin ilmu tetapi lebih banyak menekankan aspek amalan sebagai penghayatan kepada ilmu yang dipelajari (Hasbullah & Yusni 2003). Bagi memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan berjaya merubah serta membentuk peribadi pelajar menjadi insan yang soleh dan solehah, guru-guru Pendidikan Islam perlu memanfaatkan kaedah pengajaran akses kendiri dengan penggunaan alat teknologi bagi merangsang minda pelajar untuk belajar sendiri. Menurut Tajul Ariffin (1993), penggunaan teknologi canggih seperti komputer akan mempengaruhi perkembangan Pendidikan Islam dalam lima tahap: 1. Penggunaan komputer dapat berperanan sebagai mangkin untuk membolehkan Pendidikan Islam meluaskan cakupan paradigma ilmunya. 2. Penggunaan teknologi canggih dapat digunakan untuk tujuan mewujudkan kesepaduan di antara Pendidikan Islam dengan pendidikan moden juga dengan bidang-bidang lain seperti sains, kemanusiaan, ekonomi dan bidang-bidang professional yang lain. Kesepaduan ini akan membolehkan kita memahami Pendidikan Islam secara praktik dalam semua aspek kehidupan dan kemajuan. 3. Penggunaan teknologi boleh digunakan untuk menjadikan Pendidikan Islam sebagai teras pengajian ilmu pendidikan atau teras ilmu-ilmu lain. Menggunakan teknologi tinggi seperti penggunaan komputer ini kita dapat menunjukkan dengan jelas dan cepat bahawa semua ilmu bukan wahyu.

4. Teknologi canggih khususnya teknologi maklumat seperti penggunaan komputer, internet dan sebagainya untuk mewujudkan suatu rangkaian Pendidikan Islam di seluruh dunia. Kemudahan teknologi boleh digunakan untuk merangka dan membina satu paradigma dan kurikulum Pendidikan Islam yang sama untuk negara-negara Islam. 5. Teknologi terkini boleh digunakan untuk menghuraikan ilmu dengan lebih jelas dan seterusnya memantapkan konsep ketauhidan dalam ilmu. Sekiranya Pendidikan Islam dapat menerajui bidang ICT, maka Pendidikan Islam mampu menerajui bidang pendidikan dunia dan mendapat tempat yang tinggi di dalam tamadun kemanusiaan. Walaupun kajian-kajian menunjukkan penggunaan multimedia dan komputer dapat meningkatkan minat, motivasi dan keseronokan pelajar, ia masih tidak dapat menjamin sepenuh keberkesanan P&P Pendidikan Islam, atau menjadi satusatunya strategi yang ampuh untuk menarik minat pelajar terhadap P&P. Ini disebabkan komputer atau bahan media lain hanyalah satu alat yang dapat membantu guru dan ia tidak dapat menggantikan sepenuhnya tugas guru mendidik manusia. Matlamat Kursus 1. Meningkatkan tahap kualiti amalan pengajaran guru-guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, khususnya di sekolah-sekolah Bestari. 2. Memberikan ruang perkongsian pengalaman, idea dan pandangan di kalangan guru-guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, khususnya yang berkaitan dengan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT. 3. Membimbing guru-guru Pendidikan Islam memahami konsep pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 4. Mendedahkan guru-guru tentang prinsip-prinsip asas pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Meningkatkan kesedaran guru Pendidikan Islam tentang kepentingan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 6. Membantu guru-guru menilai kesesuaian kandungan perisian-perisian dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan makmal komputer. 7. Membantu guru membina rancangan pengajaran yang berasaskan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, khususnya penggunaan perisian-perisian yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3

Hasil Pembelajaran Hasil daripada mengikuti bengkel ini, para peserta akan dapat: 1. Memahami peranan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 2. Mengenal pasti isu-isu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan kepentingan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT. 3. Memahami pendekatan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di dalam bilik darjah dan makmal komputer. 4. Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada dalam melaksanakan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 5. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang sesuai dalam perisian dalam melaksanakan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 6. Membina satu rancangan pengajaran ringkas bagi melaksanakan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di dalam bilik darjah dan makmal komputer. 7. Membuat persembahan/contoh pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT. Strategi Pembelajaran Sepanjang kursus ini, peserta-peserta diharap akan: 1. Mendengar secara aktif dalam kuliah ringkas yang berkaitan dengan konsep pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 2. Terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan yang diadakan sepanjang kursus. 3. Menilai perisian yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada. 4. Memberi maklum balas dan pandangan terhadap rancangan pengajaran yang dibina dalam bengkel yang diadakan. 5. Berkongsi pengalaman dan idea dalam bengkel-bengkel yang diadakan. 6. Mengenal pasti bahan-bahan yang bersesuai untuk pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 7. Membina rancangan pengajaran bagi proses pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di dalam bilik darjah dan makmal komputer. 8. Melaksanakan satu simulasi pengajaran di dalam bilik darjah dan makmal komputer berasaskan pengintegrasian ICT.

AKTIVITI 1
TAARUF

Arahan Kepada Peserta 1. Peserta diminta untuk berkumpul mengikut bulan lahir masing-masing. Contoh: (Kumpulan A: Januari dan Februari) (Kumpulan B: Mac dan April) 2. Peserta diminta mendapatkan maklumat dari setiap ahli kumpulan (Nama, nama sekolah dan bidang pengkhususan, nombor telefon tangan). 3. Peserta diminta untuk berkumpul mengikut tempat/daerah kelahiran. 4. Peserta diminta mendapatkan maklumat dari setiap ahli yang baru ditemui (Nama, nama sekolah dan bidang pengkhususan, nombor telefon tangan). 5. Peserta akan dipanggil secara rawak untuk memperkenalkan salah seorang rakan baru mereka. 6. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan perbincangan. 7. Setiap kumpulan mempunyai seramai 56 orang ahli. 8. Seorang ketua perlu dipilih dari setiap kumpulan.
5

AKTIVITI 2
ASAS-ASAS PENGGUNAAN ICT: ISU-ISU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.

Hasil Pembelajaran Di akhir aktiviti ini peserta akan dapat: 1. Mengenal pasti isu-isu yang wujud dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Islam di sekolah. 2. Menerangkan prinsip dan konsep ada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 3. Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang pada guru dalam melaksanakan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Islam. Pendahuluan Pada masa ini, pelbagai isu dan masalah tentang pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam bilik darjah khas. Keberkesanan pengajaran dan pem belajaran Pendidikan Islam di sekolah bergantung kepada keupayaan dan peranan guru Pendidikan Islam di dalam bilik darjah dalam mencapai matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Islam yang telah digubal. Penggunaan ICT Dalam Pendidikan Islam Pendidikan Islam adalah antara elemen penting ke arah pembentukan diri insan tersebut. Tidak dinafikan bahawa perubahan pesat dalam pendidikan negara melalui reformasi teknologi maklumat dan komunikasi telah memberikan impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan peralatan teknologi pendidikan seperti komputer dan internet oleh guru-guru Pendidikan Islam merupakan salah satu cara yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, minat dan tumpuan pelajar dapat ditarik menerusi perancangan penggunaan komputer yang rapi serta sistematik. Adalah menjadi satu tanggungjawab setiap guru Pendidikan Islam untuk menjadikan Pendidikan Islam sebagai satu mata

pelajaran yang menarik dan diminati pelajar. Mereka perlu memperbanyakkan alat bantu mengajar bagi menarik minat pelajar mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, guru-guru Pendidikan Islam perlu mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi. Mereka hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan memperbaharuinya sepanjang masa kerana bidang ilmu pengetahuan bertambah luas. Sumbangan komputer terhadap pembelajaran sangat ketara sejak kebelakangan ini khususunya di sekolah-sekolah Bestari. Dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), teknologi pendidikan adalah penyokong utama untuk mencapai matlamatnya di samping fungsi guru sebagai pemudahcara. Malahan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia begitu komited dan menekankan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai dengan perkembangan pesat era teknologi maklumat dan komunikasi yang berlaku di Malaysia. Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu adalah sumber teknologi yang mampu memberikan kemungkinan munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea-idea baru. Ini adalah kerana teknologi muncul dari aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam hasil nyata yang lebih canggih serta dapat mendorong manusia untuk mengembangkan ilmu teknologi dengan lebih maju lagi. Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan teknologi serta ciptaan-ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan di dalam sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama ataupun yang baru. Di dalam Islam tidak ada hukumnya haram kecuali jika terdapat nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu haram. Namun, penggunaan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kepentingan sejagat dan bukannya untuk kerosakkan. Kegunaan alat-alat teknologi itu juga adalah tertakluk kepada syariah dan hukum Islam. Tujuan ciptaan dan kegunaan alat-alat material mestilah berasas dan mengikut hadarah (idea) serta objektif Islam untuk men capai kegemilangan tamadun Islam. Penemuan-penemuan teknologi seperti komputer, alat-alat komunikasi dan yang terkini ledakan teknologi maklumat menuntut masyarakat berpegang kepada nilai dan etika murni serta tidak terpesong dari ajaran Islam. Contohnya, komputer dan internet yang mempunyai manfaat yang besar dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak seharusnya dicemari dengan perkara-perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang seperti pornography dan kebebasan hidup tanpa agama tajaan barat. Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuanpenemuan baru dalam bidang-bidang teknologi serta menggunakannya dalam

kehidupan seharian. Islam juga menuntut supaya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di bumi. Firman Allah: Lakukanlah pengkajian (penelitian dengan menggunakan metode ilmiah) mengenai apa-apa yang ada di langit dan di bumi. (Surah Yunus: 101) Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? (Surah Luqman: 20) Nama-nama seperti Ibn Sina, Ibn Rusyd, al-Khawarizmi, al-Biruni dan ramai lagi antara tokoh-tokoh yang tidak asing lagi sama ada di dunia Timur dan Barat. Penghormatan yang diterima ini adalah melalui pencapaian mereka di bidang sains dan teknologi serta pegangan yang kukuh terhadap al-Quran dan hadis. Selain itu, al-Quran juga telah menceritakan beberapa peristiwa berkaitan kaedah dan penggunaan bahan pengajaran untuk digunakan bagi memastikan sesuatu pengajaran itu kekal dalam ingatan pelajar. Contohnya dalam proses tarbiyyah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., kaedah pengajaran menggunakan kaedah pandang dengar (audio visual) digunakan dalam peristiwa Israk dan Mikraj, seperti firman Allah: Maha suci Tuhan yang memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya. Supaya Kami perhatikan keterangan-keterangan Kami kepadanya. Sesungguhnya Dia mendengar dan melihat. (Surah al-Isra: 1) Ayat tersebut menceritakan kisah Rasulullah S.A.W. yang telah dibawa berjalan dari Makkah ke Baitul Maqdis pada suatu malam dan diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa dan kejadian di sepanjang pengembaraan itu. Peristiwa-peristiwa yang diperlihatkan itu berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan yang boleh melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa. Baginda bukan sahaja diisrak dan dimikrajkan bahkan diperlihatkan pelbagai peristiwa melalui penyaksian pancainderanya yang diinterpretasikan semula oleh Jibril. Menerusi kisah ini menunjukkan pentingnya penyaksian pancaindera untuk menguatkan ingatan terhadap sesuatu perkara. Jadi, kaedah pandang dengar ini boleh didapati daripada penggunaan pelbagai jenis peralatan teknologi dalam pendidikan. Kesimpulannya, Islam telah menetapkan bahawa sesuatu perkara itu adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan tidak terkecuali juga ilmu dan teknologi. Oleh itu, Islam tidak pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan pekembangan teknologi dan tidak anti kepada peralatan teknologi. Apa yang penting, kemajuan teknologi dalam bidang pendidikan tersebut dapat dimanfaatkan dan bertepatan dengan teori-teori dan objektif tamadun Islam.

Isu-isu Dalam P&P Pendidikan Islam Secara umumnya terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Sebagai contoh, terdapat ketidak selarasan antara amalan sebenar pengajaran guru dengan persepsi mereka terhadap kaedah yang berkesan dalam pengajaran beberapa bidang Pendidikan Islam (Ab. Halim et. al. 2004). Berikut adalah sebahagian daripada dapatan kajian tersebut: (a) Tilawah al-Quran
Bil 1 2 3 Kaedah Berkesan Tasmi dan Tashih Latih Tubi Talaqqi dan Musyafahah Min 3.50 3.38 3.33 Amalan Kuliah/Penerangan Tasmi dan Tashih Bacaan beramai-ramai Min 3.04 3.03 2.99

(b) Ayat Kefahaman


Bil 1 2 3 Kaedah Berkesan Bersoal Jawab Membacakan terjemahan ayat Kuliah/Penerangan Min 3.46 3.32 3.30 Amalan Bersoal Jawab Membacakan terjemahan ayat Kuliah/Penerangan Min 3.48 3.43 3.41

(c) Ayat Hafazan


Bil 1 2 3 Kaedah Berkesan Latih Tubi menghafaz Memperdengarkan bacaan Talaqqi dan Musyafahah Min 3.60 3.45 3.43 Amalan Memperdengarkan bacaan Menghafaz secara individu Murid membaca beramai-ramai Min 3.40 3.40 3.28

(d) Hadith
Bil 1 2 3 Kaedah Berkesan Latih Tubi Kuliah/Penerangan Perbincangan kumpulan Min 3.34 3.28 3.22 Amalan Kuliah/Penerangan Perbincangan Latih Tubi Min 3.41 3.17 2.94

(e) Aqidah
Bil 1 2 3 Kaedah Berkesan Bersoal Jawab Kuliah/Penerangan/Syarahan Perbincangan Min 3.38 3.35 3.21 Amalan Kuliah/Penerangan/Syarahan Bersoal Jawab Perbincangan Min 3.51 3.36 3.12

(f) Ibadah
Bil 1 2 3 Kaedah Berkesan Tunjuk Cara/Demonstrasi Amali Soal Jawab Min 3.70 3.70 3.52 Amalan Kuliah/Penerangan Soal Jawab Tunjuk Cara/Demonstrasi Min 3.57 3.53 3.27

(g) Sirah dan Tamadun


Bil 1 2 3 Kaedah Berkesan Bercerita Latih Tubi Perbincangan kumpulan Min 3.35 3.33 3.31 Amalan Kuliah/Penerangan Bercerita Latih Tubi Min 3.44 3.15 3.05

(h) Adab dan Akhlak


Bil 1 Kaedah Berkesan Soal Jawab Kuliah/Penerangan Tunjuk Cara/Demonstrasi Min 3.33 3.25 3.25 Amalan Kuliah/Penerangan Soal Jawab Latih Tubi Min 3.46 3.46 3.01

10

2 3

Berdasarkan daripada dapatan di atas, didapati guru-guru pendidikan Islam mengakui bahawa kaedah yang mereka sering gunakan adalah kuliah/penerangan dalam peng ajaran Tilawah, Hadith, Akidah, Ibadah, Sirah dan Tamadun, serta Adab dan Akhlak. Jika dianalisa secara perbandingan, umumnya terdapat percanggahan antara apa yang mereka amalkan dalam pengajaran dengan apa yang sepatutnya dilakukan dalam pengajaran Pendidikan Islam. Jadual di bawah ini pula menunjukkan 10 aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang paling diminati oleh pelajar-pelajar.
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Aktiviti Membuat lawatan Penggunaan komputer Kuiz Tayangan filem/video Permainan (teka silang kata) Melayari laman web Bercerita Projek secara berkumpulan Perbincangan kumpulan Menghafal doa dan ayat al-Quran Jumlah Pelajar 1212 915 749 700 604 568 528 493 428 423 Peratusan (100%) 56.60 42.76 35.00 32.7 28.22 26.54 24.67 23.04 20.00 19.77

Jadual berikut pula menunjukkan 10 aktiviti dalam pengajaran Pendidikan Islam yang paling kurang diminati oleh pelajar-pelajar.
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Aktiviti Penerangan secara syarahan/ kuliah Mengemukakan idea-idea Membuat buku skrap Forum Kajian perpustakaan Menyalin ayat Perbahasan Lembaran kerja Menjalankan projek secara individu Lain-lain Jumlah Pelajar 178 159 133 123 97 89 64 53 36 15 Peratusan (100%) 8.32 7.43 6.21 5.75 4.53 4.16 3.00 2.48 1.68 0.70

Secara keseluruhannya, paparan data dalam jadual di atas menunjukkan bahawa aktiviti lawatan merupakan aktiviti yang paling menarik menurut perspektif pelajar, di mana 56.6% orang pelajar memilih aktiviti tersebut. Selaras dengan kepesatan industri teknologi maklumat masa kini, pelajar turut cenderung untuk memilih pendekatan pengajaran menggunakan komputer sebagai salah satu aktiviti yang menarik minat (42.76%) dan 26.5% sukakan pengajaran yang melibatkan mereka melayari laman web. Kuiz dan tayangan video turut menjadi pilihan utama pelajar, di mana 35% pelajar dan 32.7% daripada pelajar memilih pendekatan pengajaran tersebut. Dapatan juga menunjukkan bahawa beberapa aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berbentuk penerangan secara syarahan, membuat buku skrap, menyalin ayat, lembaran kerja, tugasan secara individu kurang diminati oleh pelajar. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru masih memberikan tumpuan kepada pengajaran yang berpusatkan guru dimana daripada aspek pelaksanaan dan juga tanggapan kaedah yang berkesan menunjukkan pendekatan, kaedah serta strategi pengajaran guru kurang memberi tumpuan kepada pusatan pelajar. Kebanyakan guru lebih suka menggunakan kaedah kuliah, syarahan, perbincangan dan penerangan. Aktiviti yang berpusatkan pelajar seperti pembelajaran berasaskan komputer, laman web, projek, simulasi, perlu diberikan tumpuan oleh guru. Malah, minat pelajar yang tinggi terhadap penggunaan komputer serta pengajaran berasas web perlu dilihat sebagai satu kelebihan dalam melaksanakan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Penutup Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Maka, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah

11

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terutamanya pengintegrasian perisian-perisian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlu diberikan tumpuan. Keupayaannya yang lebih dalam memberikan maklumat berbanding dengan peralatan teknologi pendidikan yang lain adalah kelebihan yang perlu digunakan secara maksimum oleh guru-guru Pendidikan Islam.

Rujukan 1. Ab. Halim Tamuri et. al. 2004. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Kajian Fakulti Pendidikan, UKM dan JAPIM, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Arahan Kepada Peserta


12

1. Peserta diminta untuk memberikan pandangan terhadap isu-isu yang wujud dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. 2. Peserta diminta berkongsi maklumat dan pengalaman dalam melaksanakan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 3. Berdasarkan jadual berikut, peserta diminta mengenal pasti kelemahan dan kekuatan guru dalam melaksanakan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
KELEMAHAN 1 2 3 KEKUATAN 1 2 3

AKTIVITI 3
Integrasi Ict Dan Penilaian Bahan Sumber Pendidikan Islam Fikirkanlah! Guru sebagai pintu ilmu, namun demikian pelajarlah yang membukanya.

Hasil Pembelajaran Di akhir aktiviti ini, peserta akan dapat: 1. Membincangkan dapatan laporan penyelidikan yang dijalankan di awal kursus berkaitan dengan ICT dalam Pendidkan Islam. 2. Menilai dan mengenal pasti bahagian dan kandungan perisian yang sesuai dengan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 3. Membincangkan prinsip-prinsip asas yang berkaitan dengan pembinaan rancangan pengajaran pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT bagi peng ajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Arahan Kepada Peserta 1. Peserta akan membincangkan dapatan daripada soal selidik yang diedarkan di awal bengkel. 2. Contoh-contoh bahan-bahan pengajaran pendidikan seperti e-bahan dan CDRI akan dikongsi bersama-sama peserta. 3. Setiap kumpulan diminta memilih satu e-bahan atau CDRI Pendidikan Islam. 4. Para peserta diminta menjawab soalan-soalan berikut: a. Bahagian manakah yang sesuai untuk pengajaran bilik darjah dan berikan sebabnya?
Topik Sebab

13

b. Bahagian manakah yang sesuai untuk pengajaran dalam makmal dan berikan sebabnya?
Topik Sebab

c. Apakah kekuatan bahan tersebut?


Topik Kekuatan

14

d. Apakah kelemahannya?
Topik Kelemahan

e. Apakah cadangan anda untuk memperbaiki bahan ini.

5. Satu contoh rancangan pengajaran yang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dalam bilik darjah dan makmal komputer akan dibincangkan.

AKTIVITI 4
Amali: Membina Rancangan Pengajaran Pendidikan Islam Kejayaan bermula dengan impian di fikiran. Menulisnya adalah langkah kedua. Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga.
Hasil Pembelajaran Para peserta akan dapat: 1. Membincangkan prinsip-prinsip asas dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 2. Mengenal pasti tajuk pengajaran dan kandungan perisian yang sesuai untuk rancangan pengajaran yang dibina. 3. Membina satu rancangan pengajaran Pendidikan Islam di dalam bilik darjah. 4. Membina satu rancangan pengajaran Pendidikan Islam di dalam makmal komputer. Prinsip Asas Pengintegrasian Kandungan Bahan-bahan Berasaskan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam 1. Rangka asas pengajaran dalam bilik darjah (1 masa atau 2 masa) a. Guru menyampaikan konsep asas bagi sesuatu topik (Contoh: PowerPoint, e-bahan). b. Guru membimbing pelajar untuk memahami konsep melalui aktiviti yang sesuai (Contoh: e-bahan, CDRI). c. Guru melatih tubi pelajar konsep yang dipelajari. d. Guru akan menguji kefahaman pelajar dengan menggunakan bahan yang dibekalkan (Contoh: PowerPoint, e-bahan, CDRI). 2. Rangka asas pengajaran dalam makmal (2 masa) a. Pelajar akan menggunakan bahan yang telah ditentukan oleh guru secara individu atau pasangan (Contoh: e-bahan, CDRI, laman web). b. Guru berperanan sebagai fasilitator di makmal bagi mengurus proses pembelajaran (Contoh: e-bahan, CDRI). c. Pelajar akan menjawab set soalan bagi perisian yang digunakan (Contoh: e-bahan, CDRI).
15

d. Pelajar diminta menghantar set soalan yang dijawab kepada guru e. Pelajar diminta untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada internet (Contoh: pelajar mendapatkan nama-nama masjid negeri dan gambar dari laman web). f. Pelajar diminta menyimpan maklumat diatas dalam bentuk soft-copy (PowerPoint, Word) dan menghantar kepada guru melalui e-mail. Arahan Kepada Peserta 1. Setiap kumpulan perlu memilih satu tajuk (Tilawah al-Quran, Fiqh, Akidah, Sirah dan Akhlak) daripada sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSM. 2. Setiap kumpulan perlu memastikan tajuk yang dipilih mempunyai perisian yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (e-bahan atau CDRI). 3. Berdasarkan panduan serta format rancangan yang ditetapkan, setiap kumpulan perlu membina dua rancangan pengajaran Pendidikan Islam yang berteraskan konsep intergrasi ICT-isi kandungan.
16

4. Rancangan Pengajaran A adalah berfokus kepada pengajaran di bilik darjah manakala Rancangan Pengajaran B untuk pengajaran di dalam makmal komputer. 5. Para peserta juga boleh memberikan cadangan lain atau kaedah pilihan yang bersesuaian semasa membina kedua-dua rancangan pengajaran tersebut.

AKTIVITI 5
Amali: Pembentangan Rancangan Pengajaran Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata; Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan; Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Hasil Pembelajaran Daripada aktiviti yang dijalankan para peserta akan dapat: 1. Berkongsi pandangan terhadap amalan pengajaran yang sesuai dan perkaedahan terbaik bagi pengajaran dan pembelajaran berteraskan pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dalam Pendidikan Islam. 2. Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada rancangan pengajaran yang telah dibina. 3. Memberikan cadangan dan penambaikan terhadap rancangan pengajaran yang telah dibina. 4. Memperbaiki dan memantapkan bersama rancangan pengajaran pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT yang dibina. Arahan Kepada Peserta 1. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap (bilik darjah/makmal) untuk simulasi. 2. Setiap kumpulan akan berkongsi rancangan pengajaran dengan kumpulan bagi mendapat maklum balas. 3. Setiap kumpulan akan diberikan masa selama 10 minit untuk membentangkan rancangan pengajaran. 4. Kumpulan-kumpulan lain perlu memberikan maklum balas kepada kumpulan yang membuat persembahan. 5. Kumpulan yang mendapat maklum balas mencatit pandangan yang diberikan bagi tujuan pemurnian rancangan pengajaran.
17

AKTIVITI 6
AMALI: PEMURNIAN RANCANGAN PENGAJARAN Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.

Hasil Pembelajaran Peserta-peserta diharapkan akan dapat: 1. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam rancangan pengajaran yang dibina. 2. Memurnikan dan memantapkan rancangan pengajaran. 3. Menghasilkan satu rancangan pengajaran yang sesuai bagi simulasi yang akan dilakukan.
18

Arahan Kepada Peserta 1. Setiap kumpulan memperbaiki dan memantapkan rancangan pengajaran dengan mengambil kira maklum balas daripada kumpulan lain. 2. Setiap kumpulan perlu memastikan bahan-bahan pengajaran disediakan mengikut keperluan semasa simulasi. 3. Setiap kumpulan perlu melakukan latihan simulasi dalam kumpulan masingmasing. 4. Setiap kumpulan hendaklah menentukan seorang wakil untuk membuat simulasi berdasarkan rancangan pengajaran yang telah dibina.

AKTIVITI 7
SIMULASI PENGAJARAN Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata.

Hasil Pembelajaran Di akhir sesi aktiviti ini, para peserta akan dapat: 1. Melakukan satu sesi pengajaran Pendidikan Islam yang berasaskan kepada konsep pengintegrasian kandungan bahan-bahan berasaskan ICT dengan berkesan. 2. Menilai proses simulasi pengajaran yang dilakukan oleh setiap kumpulan. 3. Memberikan cadangan untuk menambah baik rancangan pengajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. 4. Berkongsi pengalaman daripada proses simulasi pengajaran yang telah diadakan.
19

Arahan Kepada Peserta 1. Setiap kumpulan akan membuat simulasi pengajaran dengan menggunakan rancangan pengajaran yang telah disediakan. 2. Setiap kumpulan akan diberikan 15 minit untuk membuat simulasi pengajaran dan 5 minit untuk maklum balas. 3. Empat kumpulan akan membuat simulasi pengajaran bilik darjah manakala empat kumpulan lain akan membuat simulasi pengajaran makmal. 4. Ketika simulasi sedang dijalankan, kumpulan-kumpulan akan diminta membuat penilaian ke atas pengajaran guru menggunakan borang Penilaian Pengajaran yang disediakan. 5. Selepas tamat pengajaran, kesemua Borang Penilaian Pengajaran daripada setiap kumpulan perlu diserahkan kepada kumpulan yang dinilai.

Lampiran BORANG PENILAIAN PENGAJARAN


Nama kumpulan: Pembentang: Darjah/Tingkatan: Nama Perisian: Tarikh:

SKALA PENILAIAN 1. Lemah KRITERIA a) Pendekatan integrasi ICT yang digunakan b) Pengintegrasian sistematik 2. Sederhana 1 2 3 4 3. Baik 4. Amat Baik CADANGAN

20

c) Merangsang minat

d) Menarik tumpuan

e) Mudah pengguna

f) Praktikal digunakan

g) Jangka masa yang sesuai

h) Masalah teknikal yang minima i) Pendekatan intergasi yang komprehensif

Lampiran 1 RANCANGAN MENGAJAR (Sekolah Menengah)


Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah
Mata Pelajaran Tahun Masa Tajuk Pelajaran : Pendidikan Islam : 2 : 80 minit : Unit 1: Pembinaan Masjid dan Kepentingannya (e-bahan disertakan)

Bilangan Pelajar : 30

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: 1. Menerangkan sifat kepimpinan Rasulullah S.A.W. 2. Menjelaskan tentang masjid pertama di dalam Islam 3. Menghuraikan mengenai pembinaan dan pengurusan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W. 4. Menerangkan peranan masjid dalam Islam 5. Merumuskan tamadun hasil kepimpinan Rasulullah S.A.W. dalam pembinaan masjid. Kandungan 1. Sifat kepimpinan Rasulullah S.A.W. 2. Masjid pertama dalam Islam 3. Pembinaan dan pengurusan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W. 4. Peranan masjid dalam Islam 5. Tamadun hasil kepimpinan Rasulullah S.A.W. Pengetahuan Lepas Pelajar 1. Pelajar telah mengenali masjid dan surau sebagai tempat dan pusat untuk menunaikan ibadat. Nilai Murni 1. Mencontohi sifat kepimpinan dan pengurusan masjid oleh Rasulullah S.A.W. 2. Melihara kebersihan dan kesucian masjid serta surau. Bahan/Sumber 1. e-bahan (Pembinaan Masjid dan Kepentingannya) 2. Komputer dan LCD.
21

Peringkat Pembelajaran Set Induksi (5 minit)

Aktiviti Guru 1. Guru memaparkan Gambar Masjid.

Aktiviti Pelajar 1. Pelajar melihat gambar masjid.

Alat Bantuan Mengajar Komputer LCD.

Rasional Dapat mendekatkan pelajar kepada tajuk yang akan dipelajari.

2. Guru memperkenalkan tajuk yang akan dipelajari: Pembinaan Masjid dan Kepentingannya. 3. Guru bertanya pelajar tentang masjid.

Pelajar memberi perhatian kepada penerangan. Pelajar memberi respon kepada soalan guru.

Dapat membuka minda dan menarik pelajar.

22
Langkah 1 (20 minit)

4. Guru meminta pelajar menyebut tiga masjid yang termulia di dalam Islam. 1. Guru menerangkan tentang salah satu cara kepimpinan Rasulullah S.A.W. dalam mentadbir negara melalui pembinaan masjid sebagai asas. 2. Guru mempamerkan gambar contoh masjid pada zaman Rasulullah S.A.W.

Pelajar memberi perhatian.

Memastikan pelajar dapat memahami kepimpinan.

LCD, Komputer & e-bahan

Penggunaan visual memberi kesan pemahaman yang lebih baik.

3. Guru menyoal pelajar: a. Apakah nama masjid yang pertama dibina di dalam Islam. b. Apakah bahan yang digunakan dalam pembinaan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W.

Pelajar memberi respon terhadap soalan guru.

Peringkat Pembelajaran

Aktiviti Guru 4. Guru menayangkan e-bahan berkenaan bahan-bahan pembinaan dan pengurusan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W.

Aktiviti Pelajar

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

Langkah 2 (20 minit)

1. Guru menayangkan e-bahan berkenaan fungsi pembinaan masjid di dalam Islam. (Konsep 2/5)

Pelajar memberi perhatian kepada audio visual yang ditayangkan sambil membuat catatan.

LCD, Komputer & e-bahan.

23

2. Guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan mengenai fungsi-fungsi masjid. 3. Guru menyoal setiap kumpulan mengenai hasil perbincangan. 4. Guru meminta wakil pelajar menekan butang e-bahan mengenai fungsi masjid.

Pelajar berbincang dalam kumpulan.

Percambahan minda pelajar.

Wakil kumpulan memberi respon.

Secara lisan.

Memupuk keberanian untuk mengutarakan pendapat. Membiasakan pelajar penggunaan ICT.

5. Guru membuat ulasan mengenai fungsi masjid dalam Islam.

Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan.

Peringkat Pembelajaran Langkah 3 (30 minit)

Aktiviti Guru 1. Guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan mengenai tajuk berikut: Langkah-langkah untuk menarik minat remaja ke masjid. 2. Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan. 3. Guru membuat ulasan dengan menayangkan e-bahan.

Aktiviti Pelajar Pelajar berbincang dalam kumpulan. (Sumbangsaran)

Alat Bantuan Mengajar

Rasional Percambahan pemikiran pelajar.

Pelajar membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan. Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan.

LCD, Komputer & e-bahan.

24
4. Guru memberi peluang untuk pelajar bertanya tentang pelajaran pada hari ini. 5. Guru memberi peluang kepada pelajar lain untuk memberi pandangan dan jawapan. 6. Guru mengemukakan pandangan dan jawapan. 7. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada pelajar. Pelajar menjawab lembaran kerja dan menyerahkan kepada guru. Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan. Menilai kefahaman pelajar terhadap pelajaran. Pelajar mengemukakan soalan. Mengasah pemikiran kritikal.

Penutup (5 minit)

Guru menyimpulkan pelajaran pada hari ini dengan memberitahu pelajar bahawa masjid adalah suatu institusi yang amat penting dan mempunyai peranan yang besar dalam Islam bagi menjamin kesejahteraan dan kemajuan masyarakat Islam.

Lampiran 2 RANCANGAN MENGAJAR (Sekolah Menengah)


Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi makmal
Mata Pelajaran Tahun Masa Tajuk Pelajaran : Pendidikan Islam : 2 : 80 minit (2 masa) : Unit 1: Pembinaan Masjid dan Kepentingannya

Bilangan Pelajar : 30

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: 1. Menyatakan fungsi pembinaan masjid di dalam Islam. 2. Menjelaskan tentang masjid pertama di dalam Islam. 3. Menghuraikan peranan masjid dan kepentingannya dalam pembangunan umat Islam. 4. Menjelaskan langkah-langkah untuk menarik ramai remaja ke masjid. Kandungan 1. Masjid pertama dalam Islam. 2. Pembinaan dan pengurusan masjid pada zaman Rasulullah S.A.W. 3. Peranan masjid dalam Islam. 4. Tamadun hasil kepimpinan Rasulullah S.A.W. Pengetahuan Lepas Pelajar 1. Pelajar telah mengenali masjid dan surau sebagai tempat dan pusat untuk menunaikan ibadat. Nilai Murni 1. Mencontohi sifat kepimpinan dan pengurusan masjid oleh Rasulullah S.A.W. 2. Melihara kebersihan dan kesucian masjid serta surau. Bahan/Sumber 1. e-bahan (Pembinaan Masjid dan Kepentingannya). 2. Komputer dan LCD.
25

Peringkat Pembelajaran Set Induksi (5 minit)

Aktiviti Guru 1. Guru memulakan pelajaran dengan bertanyakan pelajar: Di manakah kebiasaannya orang Islam menunaikan solat secara berjamaah? 2. Guru membuat ulasan seterusnya memperkenal tajuk pelajaran pada hari ini iaitu Pembinaan Masjid dan Kepentingannya. 3. Guru mengarahkan pelajar menggunakan perisian e-bahan untuk memahami tujuan P&P pada hari ini dengan menekan butang menu Aras 1 butang pengenalan.

Aktiviti Pelajar 1. Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan. 2. Pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Alat Bantuan Mengajar Komputer & e-bahan.

Rasional Dapat membuka minda dan menarik perhatian pelajar.

Pelajar meneroka menu pengenalan e-bahan.

Melatih dan membiasakan pelajar dengan ICT.

26

4. Guru meminta pelajar membuat catatan. Langkah 1 (20 minit) 1. Guru meminta pelajar menya ta kan dapatan daripada menu Pengenalan. 2. Guru melontarkan soalan kepada pelajar sebagaimana berikut: 2.1 Apakah nama masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W.? 2.2 Bagaimanakah masjid pertama dibina? 2.3 Apakah fungsi masjid kepada umat Islam? 2.4 Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa pembinaan masjid Quba oleh Rasulullah S.A.W. Pelajar mengemuka kan dapatan dari pada menu pengenalan e-bahan. Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan. Komputer & e-bahan. Penggunaan visual memberi kesan pemahaman yang lebih baik.

Peringkat Pembelajaran

Aktiviti Guru 3. Guru mengarahkan pelajar meng gunakan perisian e-bahan dengan menekan butang menu aras 1 Konsep untuk meneroka jawapan bagi soalan di atas. 4. Pelajar dikehendaki mencatat jawapan di dalam buku nota masing-masing.

Aktiviti Pelajar Pelajar mengguna kan perisian e-bahan sebagaimana diarah kan untuk meneroka jawapan bagi soalan yang diberikan. Pelajar mencatat jawapan yang diperolehi dalam buku nota masing-masing.

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

5. Guru meminta beberapa pelajar menjawab persoalan di atas. 6. Guru membuat ulasan terhadap jawapan pelajar. Langkah 2 (15 minit) 1. Guru mengarahkan pelajar menggunakan perisian e-bahan dengan menekan butang menu aras 2 Konsep. serta membuat catatan dapatan.

Beberapa pelajar memberi respon terhadap soalan guru. Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan.

27

Pelajar mencatat soalan yang dilontar kan oleh guru.

LCD, Komputer & e-bahan.

2. Pelajar dikehendaki mencatat dapatan di dalam buku nota masing-masing. 3. Guru meminta beberapa pelajar membentangkan dapatan daripada perisian e-bahan. 4. Guru membuat ulasan kepada pembentangan pelajar.

Pelajar mendapat kan jawapan daripada e-bahan yang disediakan: Kandungan Forum Perdana. Wakil pelajar membentangkan dapatan secara lisan. Pelajar lain membuat catat.

Peringkat Pembelajaran Langkah 3 (15 minit)

Aktiviti Guru 1. Guru mengemukakan soalan berikut kepada pelajar: 1.1 Apakah peranan masjid dan kepentingannya dalam pembangunan umat Islam? 2. Guru mengarahkan pelajar membincangkan persoalan di atas secara berkumpulan. 3. Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan serta membuat catatan. 4. Guru mengarahkan pelajar menggunakan perisian e-bahan dengan menekan butang menu aras 3 Konsep untuk mendapatkan penjelasan dan membuat perbandingan dengan hasil perbincangan pelajar.

Aktiviti Pelajar Pelajar mencatat soalan yang dilontar kan oleh guru.

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

Pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing. Beberapa orang pelajar diminta membentang secara lisan. Pelajar memban dingkan jawapan mereka dengan jawapan di dalam e-bahan yang disediakan.

28

5. Pelajar dikehendaki mencatat dapatan di dalam buku nota masing-masing.

Pelajar membuat catatan.

Peringkat Pembelajaran Langkah 4 (20 minit)

Aktiviti Guru Guru mengarahkan pelajar membuat latihan kendiri dan aktiviti pengayaan untuk setiap aras dengan menekan butang menu latihan dan pengayaan.

Aktiviti Pelajar Pelajar meneroka dan menjawab semua soalan dalam aktiviti latihan dan pengayaan.

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

29
Penutup (5 minit) Guru menyimpulkan pelajaran pada hari ini dengan memberitahu pelajar bahawa masjid adalah suatu institusi yang amat penting dan mempunyai peranan yang besar dalam Islam bagi menjamin kesejahteraan dan kemajuan masyarakat Islam. Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan.

Lampiran 3 RANCANGAN MENGAJAR (Sekolah Rendah)


Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi bilik darjah
Mata Pelajaran Tahun Masa Tajuk Pelajaran : Pendidikan Islam : 4 : 60 minit (2 masa) : Unit 1: Beriman Kepada Qada Dan Qadar (e-bahan disertakan)

Bilangan Pelajar : 30

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: 1. Menyatakan pengertian Qada dan Qadar. 2. Menyatakan contoh-contoh Qada dan Qadar.
30

3. Menjelaskan kesan mempercayai Qada dan Qadar kepada seseorang. 4. Menjelaskan faedah beriman dengan Qada dan Qadar. 5. Sabar menghadapi dugaan. Kandungan 1. Pengertian Qada dan Qadar serta contoh-contohnya. 2. Kesan mempercayai Qada dan Qadar. 3. Faedah beriman dengan Qada dan Qadar. Pengetahuan Lepas Pelajar 1. Pelajar telah mempunyai pengetahuan mengenai rukun Iman. Nilai Murni 1. Sabar dan redha menerima taqdir Allah. 2. Beriman dan bertawakkal kepada Allah. Bahan/Sumber 1. e-bahan (Beriman kepada Qada dan Qadar). 2. Komputer & LCD. 3. Gambar kemalangan jalanraya.

Peringkat Pembelajaran Set Induksi (5 minit)

Aktiviti Guru 1. Guru memaparkan kemalangan jalanraya.

Aktiviti Pelajar 1. Pelajar melihat paparan yang ditunjukkan oleh guru.

Alat Bantuan Mengajar Komputer & LCD

Rasional Dapat mendekatkan pelajar kepada tajuk yang akan dipelajari.

2. Guru bertanya adakah ada orang yang ingin terlibat dengan kemalangan. 3. Guru memperkenalkan tajuk yang akan dipelajari iaitu Beriman kepada Qada dan Qadar. 4. Guru memaparkan objektif P&P hari ini melalui perisian e-bahan.

Pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru. Pelajar memberi perhatian kepada penerangan dan paparan e-bahan.

Dapat membuka minda dan menarik pelajar.

31

Langkah 1 (20 minit)

1. Guru memaparkan perisian e-bahan yang menjelaskan pengertian Qada dan Qadar.

Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan.

LCD, Komputer & e-bahan.

Memastikan pelajar dapat memahami kepimpinan. Penggunsan visual memberi kesan pemahaman yang lebih baik.

2. Guru membuat ulasan dan huraian tentang pengertian Qada dan Qadar.

Beberapa pelajar memberi respon terhadap soalan guru.

Peringkat Pembelajaran

Aktiviti Guru 3. Guru meminta beberapa pelajar menyebut semula pengertian Qada dan Qadar. 4. Guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan beberapa peristiwa atau contoh kejadian berkaitan dengan Qada dan Qadar. 5. Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

Aktiviti Pelajar

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

Pelajar berbincang dalam kumpulan.

Wakil kumpulan membuat perbentangan. Pelajar memberi perhatian kepada audio visual yang ditayangkan sambil membuat catatan LCD, Komputer & e-bahan.

Langkah 2 (30 minit)

1. Guru menayangkan e-bahan bertajuk Kesan dan Faedah Beriman dengan Qada dan Qadar.

32

2. Guru membuat sedikit ulasan dan seterusnya meminta pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan kesan dan faedah beriman kepada Qada dan Qadar. 3. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. 4. Guru membuat ulasan hasil pembentangan pelajar. 5. Guru membuka ruang kepada pelajar tentang pelajaran hari ini. 6. Guru memberi pandangan dan jawapan terhadap persoalan pelajar. 7. Guru mengagehkan lembaran kerja kepada pelajar. (Lampiran A)

Pelajar berbincang dalam kumpulan.

Percambahan minda pelajar.

Wakil kumpulan memberi respon.

Secara lisan.

Mengasah pemikiran kritikal. Menilai kefahaman pelajar terhadap pelajaran.

Peringkat Pembelajaran Penutup (5 minit)

Aktiviti Guru Guru menyimpulkan pelajaran pada hari ini dengan memberitahu pelajar bahawa beriman kepada Qada dan Qadar merupakan salah satu daripada rukun Iman yang wajid dipercayai dan memandu manusia untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Aktiviti Pelajar Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan.

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

33

Lampiran 4 RANCANGAN MENGAJAR (Sekolah Rendah)


Pengintegrasian perisian kursus dalam situasi makmal
Mata Pelajaran Tahun Masa Tajuk Pelajaran : Pendidikan Islam : 4 : 60 minit (2 masa) : Unit 1: Beriman Kepada Qada Dan Qadar (e-bahan disertakan)

Bilangan Pelajar : 30

Hasil Pembelajaran Yang Dijangkakan Di akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: 1. Menyatakan pengertian Qada dan Qadar. 2. Menjelaskan kesan mempercayai Qada dan Qadar kepada seseorang.
34

3. Menjelaskan faedah beriman dengan Qada dan Qadar. Kandungan 1. Pengertian Qada dan Qadar serta contoh-contohnya. 2. Kesan mempercayai Qada dan Qadar. 3. Faedah beriman dengan Qada dan Qadar. Pengetahuan Lepas Pelajar 1. Pelajar telah mempunyai pengetahuan mengenai rukun Iman. Nilai Murni 1. Sabar dan redha menerima taqdir Allah. 2. Beriman dan bertawakkal kepada Allah. Bahan/Sumber 1. e-bahan (Beriman kepada Qada dan Qadar) 2. Komputer dan LCD. 3. Gambar kemalangan jalanraya.

Peringkat Pembelajaran Set Induksi (5 minit)

Aktiviti Guru 1. Guru memulakan pelajaran dengan melontarkan pertanyaan kepada pelajar: Siapa di antara anda yang pernah menyaksikan kejadian kemalangan atau musibah yang berlaku. 2. Seterusnya guru memperkenal dan membincangkan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu Beriman Kepada Qada dan Qadar.

Aktiviti Pelajar 1. Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan. 2. Pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Alat Bantuan Mengajar Komputer & e-bahan.

Rasional Dapat membuka minda dan menarik perhatian pelajar.

3. Guru mengarahkan pelajar menggunakan perisian e-bahan untuk memahami tujuan P&P pada hari ini pada butang menu pengenalan.

Pelajar meneroka menu pengenalan e-bahan.

Melatih dan membiasakan pelajar dengan ICT.

35

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru melontarkan beberapa persoalan kepada pelajar sebagaimana berikut: 1.1 Apakah pengertian Qada dan Qadar? 2.2 Apakah erti beriman kepada Qada dan Qadar? 2. Guru mengarahkan pelajar menggunakan perisian e-bahan dengan menekan butang menu aras 1 (Kandungan) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan di atas.

Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan.

Komputer & e-bahan.

Penggunaan visual memberi kesan pemahaman yang lebih baik.

Peringkat Pembelajaran

Aktiviti Guru 3. Pelajar dikehendaki mencatat jawapan di dalam buku nota masing-masing.

Aktiviti Pelajar

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

4. Guru meminta beberapa orang pelajar memberi pengertian Qada dan Qadar. 5. Guru meminta beberapa pelajar menghuraikan pengertian beriman kepada Qada dan Qadar. 6. Guru membuat ulasan terhadap jawapan pelajar.

Beberapa pelajar memberi respon terhadap soalan guru. Beberapa pelajar memberi respon terhadap soalan guru. Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan. Pelajar mencatat soalan yang dilontarkan oleh guru LCD, Komputer & e-bahan.

36

Langkah 2 (15 minit)

1. Guru mengemukakan beberapa persoalan lagi kepada pelajar: 1.1 Apakah kesan daripada mempercayai Qada dan Qadar kepada seseorang? 1.2 Apakah faedah beriman dengan Qada dan Qadar? 2. Guru mengarahkan pelajar menggunakan perisian e-bahan dengan menekan butang menu aras 2 (Kandungan: Forum Perdana) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan di atas.

Pelajar mendapatkan jawapan daripada e-bahan yang disediakan: Kandungan Forum Perdana.

Peringkat Pembelajaran

Aktiviti Guru 3. Pelajar dikehendaki mencatat jawapan di dalam buku nota masing-masing. 4. Guru meminta pelajar membentangkan jawapan kepada persoalan di atas. 5. Guru membuat ulasan kepada jawapan pelajar.

Aktiviti Pelajar Wakil pelajar memberi respon terhadap soalan guru.

Alat Bantuan Mengajar Secara lisan.

Rasional

Langkah 3 (15 minit)

1. Guru mengemukakan soalan berikut kepada pelajar: 1.1 Apakah akibat tidak beriman dengan Qada dan Qadar? 1.2 Apakah ganjaran dan balasan kepada orang yang beriman dan tidak beriman dengan Qada dan Qadar? 2. Guru mengarahkan pelajar menggunakan perisian e-bahan dengan menekan butang menu aras 3 (Kandungan) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan di atas.

Pelajar mencatat soalan yang dilontarkan oleh guru.

37
Pelajar mendapatkan jawapan daripada e-bahan yang disediakan: Kandungan Dialog dalam KL Monorail.

3. Pelajar dikehendaki mencatat jawapan di dalam buku nota masing-masing. 4. Guru meminta pelajar membentangkan jawapan kepada persoalan di atas. 5. Guru membuat ulasan kepada jawapan pelajar. Wakil pelajar memberi respon terhadap soalan guru.

Peringkat Pembelajaran Langkah 4 (10 minit)

Aktiviti Guru Guru mengarahkan pelajar membuat latihan kendiri dan aktiviti pengayaan untuk setiap aras dengan menekan butang menu latihan dan pengayaan.

Aktiviti Pelajar Pelajar meneroka dan menjawab semua soalan dalam aktiviti latihan dan pengayaan.

Alat Bantuan Mengajar

Rasional

38

Penutup (5 minit)

Guru menyimpulkan pelajaran pada hari ini dengan memberitahu pelajar bahawa beriman kepada Qada dan Qadar merupakan salah satu daripada rukun Iman yang wajid dipercayai dan memandu manusia untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Pelajar memberi perhatian dan membuat catatan.

BORANG TINJAUAN
Tuan/Puan yang dihormati, Keikhlasan tuan/puan amat diharapkan untuk menjawab soalan kaji selidik bagi melancarkan perjalanan dan pengendalian kursus ini. Sila kembalikan borang ini seberapa segera kepada pihak urusetia kursus. BAHAGIAN A: Maklumat Responden Sila tandakan [ 3 ] pada kenyataan yang berkenaan. 1. Jantina 2. Kelulusan Akademik 3. Institusi Pengajian [ [ [ [ [ [ [ ] 1 Lelaki ] 2 Perempuan ] 1 Diploma perguruan ] 2 Ijazah pertama ] 3 Ijazah sarjana ] 1 Dalam negeri ] 2 Luar negeri: Nyatakan
39

4. Pengalaman mengajar 5. Tempat bertugas sekarang 6. Sekolah Rendah/Menengah 7. Negeri bertugas 8. Saya memiliki komputer sendiri [ ] Ya [ ] Tidak [ ] Rendah [ ] Menengah [ [ [ ] 1 1 tahun 3 tahun ] 2 4 tahun 6 tahun ] 3 7 tahun ke atas

Nama sekolah

9. Berapakah bilangan CD e-bahan Pendidikan Islam yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran kepada sekolah anda? [ ] Bilangan ______________ [ ] Tiada/Tak pasti

BAHAGIAN B: Sila tanda [ 3 ] pada semua soalan berdasarkan skala di bawah.


(1) Tidak pernah Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 (2) Pernah (sekali) (3) Kadang-kadang Item Saya menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar Saya menggunakan e-bahan Pendidikan Islam dalam P&P dalam kelas Saya menggunakan e-bahan Pendidikan Islam dalam P&P dalam makmal Saya menggunakan PowerPoint dalam P&P Saya menggunakan kaset audio dalam P&P Saya menggunakan Video CD/Video kaset dalam P&P Saya mendapatkan bahan-bahan P&P daripada Internet Saya sering melaksanakan P&P dalam makmal komputer Saya menggalakkan pelajar menyiapkan tugasan dan menghantarnya menerusi e-mel Saya mengikuti kursus asas perisian komputer (Contoh: Microsoft Office) (4) Kerap (1) (2) (5) Amat Kerap (3) (4) (5)

40

9 10

BAHAGIAN C 1. Saya tidak ada masalah untuk menggunakan komputer. 2. Saya takut menggunakan komputer ketika P&P. 3. Saya mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer. [ [ [ ] Ya ] Ya ] Ya [ [ [ ] Tidak ] Tidak ] Tidak

4. Apakah pengurusan sekolah anda memudahkan penggunaan komputer untuk P&P? [ ] Mudah [ ] Sederhana [ ] Rumit [ [ ] Ya ] Ya [ [ ] Tidak ] Tidak

5. Peralatan ICT di makmal komputer sekolah saya lengkap. 6. Saya mempunyai talian Internet di rumah.

7. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh anda dalam mengintegrasikan ICT dalam P&P? 8. Apakah harapan anda setelah menghadiri kursus ini?

Lembaran Kerja 1
!"# $"% & '"# ( )& *+,-. &/0)1 232345'%)-&+1 &+6%+ 6%+7. 23)&+&-. . $9"&%: " "''%8- ;<&'+=3+)>"< )3<?3@9" ;<)&-'< 34A>; &-%B ' )!9 %&79&.A <?3$9" ) ) ) ) )C&.$!.&-4 3)&E<$9"&%FG &-D )D'.
41

Lembaran Kerja 2
1. Jelaskan pengertian Qada dan Qadar. 2. Nyatakan kesan daripada beriman kepada Qada dan Qadar.
42

3. Nyatakan faedah beriman kepada Qada dan Qadar.

You might also like