You are on page 1of 28

AKHLAK DALAM SUKATAN

PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Oleh: sakina hidayah


Powerpoint Templates Page 1

Pengenalan
Menurut perspektif Islam, pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang berakhlak dan bermoral. Realitinya, kepentingan pendidikan akhlak dan moral telah diakui oleh semua masyarakat sepanjang sejarah sejak zaman Greek. Sebagaimana yang dijelaskan bahawa pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada pertimbangan nilai, malahan persekolahan itu sendiri merupakan pendidikan nilai. Justeru, sekolah dan pendidikan merupakan wadah yang boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai akhlak mulia dan membangunkan modal insan yang berakhlak . Ini kerana sekolah itu sendiri adalah sarat nilai atau value laden dan guru merupakan agen moral (Asmawati Powerpoint Templates Suhid 2005). Page 2

Greenland & Robinson (1980), misalnya, menyatakan bahawa pendidikan akhlak dan moral telah muncul sebagai satu disiplin dalam pengajian pendidikan atau sekolah.
Namun, kemerosotan akhlak yang berleluasa kini amat membimbangkan banyak pihak. Masing-masing pihak menuding jari menyalahkan pihak yang lain.

Keadaan ini perlu dicari jalan penyelesaian seberapa


segera sekiranya kita berhasrat membangunkan modal insan yang berakhlak dan meningkatkan

peradaban ummah dengan berkesan.

Powerpoint Templates

Page 3

Adab mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud:

1)tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan:

2)cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu termasuk budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan);
Powerpoint Templates

Page 4

PERBINCANGAN ADAB
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Powerpoint Templates

Page 5

sebut sahaja perkara seperti memakai pakaian yang sopan serta menutup aurat, membawa atau meletakkan kenderaan secara beradab, tidak membuang sampah merata-rata, menjauhi kekotoran, berdisiplin, bersabar ketika berurusan dengan orang lain, menggunakan air dengan berhemah sama ada di rumah sendiri atau di tempat awam, tenaga elektrik tidak dibazirkan dan lainlain urusan sama ada peribadi atau kemasyarakatan. ----->sudah dikira berakhlak!

Allah swt berfirman: "dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya,melainkan mereka umat seperti kamu.tidak kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-quran ini,kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)."(surah al-an'am,ayat 38)
Powerpoint Templates Page 6

CONTOH-CONTOH BERADAB DALAM KEHIDUPAN HARIAN.

Dalam kehidupan sehari-hari, memerlukan kita berurusan dengan ramai orang. Paling tidak pun, dengan jiran sebelah. Walaupun orang yang kita berurusan itu ialah adik-beradik atau kawan baik sendiri, perlu juga kita menjaga tatasusila dan adab kesopanan sebagai seorang muslim.

Powerpoint Templates

Page 7

1. SALAM Dahulukan pertemuan dengan ucapan salam. Begitulah yang diajar oleh Nabi s.a.w. Bertanya khabar dengan maksud ingin mengambil tahu keadaan dirinya. 2. BERBAHASA Bercakap secara bersahaja. Jangan terburu-buru hingga tidak jelas buah butirnya. Dan tidak pula teragak-agak sampai ternanti-nanti orang yang mendengarnya.

3. MEMBERI PELUANG Jadilah pendengar yang baik, sedia mendengar apa yang dicakapkan. Beri peluang yang sebaiknya untuk rakan kita itu bercerita. Jangan cepat memintas atau memotong cakapnya. 4. AWASI BERGURAU Berhati-hatilah apabila bergurau. Jangan keterlaluan. Dibimbangi ada kata-kata atau perbuatan yang boleh mengguris hati tanpa disedari. Menyakiti hati orang lain tetap dikira berdosa, walaupun tanpa disedari.
Powerpoint Templates Page 8

5. MEMBERI NASIHAT Jangan ragu-ragu memberi nasihat apabila dirasakan perlu. Nasihatlah dengan hikmah dan bijaksana, tanpa dipengaruhi emosi marah atau benci. Mudah-mudahan nasihat itu boleh memberi ingat bagi yang terlupa dan boleh menyedarkan bagi yang terlalai 6. KURANGKAN KETAWA Sepertimana juga bergurau, ketawa pun harus dibatasi. Elakkan daripada keterlaluan kerana boleh mengeraskan hati. Bahkan mungkin boleh menyinggung hati orang lain pula. 7. SALING MENDOAKAN Bertemu dalam keadaan ceria, berpisah pun dalam keadaan yang sama. Saling doa-mendoakan untuk kesejahteraan bersama. Ucapan salam tetap menjadi lafaz yang terbaik sama ada memulakan pertemuan mahupun mengakhirinya.

8. JUJURKAN HATI Jika pertemuan berlangsung atas urusan rasmi (urusan tugas misalnya), jangan cuba mengambil peluang untuk kepentingan peribadi. Umpamanya lebih menonjolkan misi peribadi daripada misi tugasan rasmi. Powerpoint Templates Page 9

CIRI-CIRI MUMIN YANG BERADAB

Setiap sesuatu yang hendak dibina mestilah ada asasnya.Maka asas kepada pembentukan adab dan kelakuan seorang muslim ialah empat buah hadis nabi sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Qairawani, seorang Ulama besar dalam mazhab Maliki.

Powerpoint Templates

Page 10

1.Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya.

Powerpoint Templates

Page 11

Asas pertama ialah kita hendaklah meninggalkan perkaraperkara yang tiada kena mengena dengan kita sebagai muslim. perkara yang tiada kena mengena dengan kita ialah segala perkara yang haram dan makruh di sisi agama. Manakala segala perkara yang berkaitan dengan kita ialah perkara yang menjadi suruhan Allah baik berupa perkara wajib mahupun sunat. Perkara harus itu hendaklah kita berhati-hati dengannya kerana boleh jadi ia berkaitan dengan kita dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan kita. Umpamanya, hiburan nyanyian itu harus hukumnya di sisi Islam tetapi ia boleh membawa makruh dan haram sekiranya tidak penuhi syarat-syaratnya. Malah, ulama' berpendapat bahawa orang yang sudah terbiasa dengan nyanyian itu tidaklah boleh diterima penyaksiannya di mahkamah syari'ah. Maka kesimpulannya, Al Qur'an dan As Sunnahlah yang menjadi kayu ukur sama ada sesuatu itu ada kena mengena Powerpoint dengan kita atau tidak. Templates Page 12

2.Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.

Powerpoint Templates

Page 13

Asas kedua yang hendak dibincangkan ialah berkenaan cara berkasih sayang dan bercinta sesama manusia dalam Islam. Hadis di atas menekankan bahawa tanda kesempurnaan iman seseorang Muslim itu ialah dia menyayangi sesuatu yang ada pada saudaranya sebagaimana ia menyayangi sesuatu yang ada pada dirinya sendiri.

Dalam hadis yang lain ada menyebut maksudnya,"seorang muslim itu kepada seorang muslim yang lain, bagaikan binaan bangunan, saling memerlukan antara satu sama lain." Begitu juga dengan hadis yang membuat perumpamaan orang muslim itu seumpama satu badan, sekiranya satu anggota sakit, maka anggota lain turut merasakan kesakitan itu.
Namun begitu, cinta dan sayang kita kepada apa yang ada pada diri kita ataupun yang ada pada saudara kita haruslah tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulnya.
Powerpoint Templates Page 14

3.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... .

Powerpoint Templates

Page 15

Asas yang ketiga ialah bercakap dengan perkataan yang baik ataupun diam sahaja. Seorang muslim sejati hendaklah sentiasa menjaga kata-katanya agar tidak terkeluar daripada batas-batas syari'at. Ini kerana katakata yang terkeluar daripada batas syara' boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kemurkaan Allah dan lebih teruk lagi, boleh menyebabkan aqidah tergadai. Itu yang melibatkan dosa besar, sedangkan dosa kecil yang melibatkan perkataan pun Nabi larang.

Powerpoint Templates

Page 16

4.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "

Powerpoint Templates

Page 17

Asas yang keempat ialah menahan diri daripada perasaan marah. Suka marah adalah salah satu sifat mazmumah (terkeji). Ia merupakan ajaran syaitan kerana marah itu sifatnya panas dan panas itu sifat api. Maka cara untuk memadamkan api ialah dengan air. Apabila seseorang itu terasa ingin marah, maka nabi mengajar kita agar berwudhu' supaya hati yang ingin atau sedang marah disejukkan oleh air wudhu'. seorang muslim sejati hendaklah mengawal emosinya agar tidak mudah marah dan menggantikannya dengan sifat sabar, salah satu sifat mahmudah(terpuji). Selain itu, marah kerana agama adalah dituntut. Contohnya, kita marahkan anak kita kerana tidak menunaikan solat. Maka perbuatan itu adalah bertujuan untuk mendidik. Hendaklah kita membezakan antara marah kerana emosi dengan marah Powerpoint Templates kerana mendidik. Page 18

TAJUK-TAJUK YANG TERDAPAT DALAM


SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH

Powerpoint Templates

Page 19

AKHLAK TAHUN 1(KBSR)


Adab makan dan minum Adab qada hajat Adab tidur Adab mandi dan bersugi Adab berwuduk Adab bercakap dengan ibu bapa Adab bergaul dengan rakan Adab bercakap dengan guru

Powerpoint Templates

Page 20

AKHLAK TAHUN 1(KSSR)


Saya di meja makan Sayangi ibu bapa Saya dan rakan Guru pelita hidupku

Powerpoint Templates

Page 21

AKHLAK TAHUN 2 (KBSR)


Adab berpakaian Adab berkenderaan Adab masuk dan keluar rumah Adab pergaulan adik beradik Adab di masjid dan surau Adad ke sekolah Adab belajar Adab membawa dan menyimpan AlQuran Adab membaca Al-Quran
Powerpoint Templates Page 22

AKHLAK TAHUN 2 (KSSR)

Memahami dan mengamalkan adab tidur


Memahami dan mengamalkan adab masuk dan keluar rumah Memahami dan mengamalkan adab di sekolah

Powerpoint Templates

Page 23

AKHLAK TAHUN 2
Adab berpakaian Adab berkenderaan Adab masuk dan keluar rumah Adab pergaulan adik beradik Adab di masjid dan surau Adad ke sekolah Adab belajar Adab membawa dan menyimpan AlQuran Adab membaca Al-Quran
Powerpoint Templates Page 24

AKHLAK TAHUN 3 Adab menghidang makanan dan minuman Adab bercakap dengan rakan Adab melayan tetamu Adab menziarahi pesakit Adab menziarahi rakan Adab menziarahi orang tua
Powerpoint Templates Page 25

AKHLAK TAHUN 4

Adab berjalan Adab bertanya Adab dengan orang tua Adab menziarahi jenazah dan kubur Adab makan di majlis keramaian Adab berjiran Adab berkumpul Adab semasa di sekolah Adab berhujah
Powerpoint Templates Page 26

AKHLAK TAHUN 5 Adab mengurus diri Adab menolong ibu bapa Adab berjual beli Adab bekerja Adab menziarahi jiran Adab ketika bermain Adab dengan pemimpin Adab menolong guru Powerpoint Templates

Page 27

AKHLAK TAHUN 6

Adab terhadap tempat dan harta benda awam Adab kecintaan kepada negara Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar Adab rehlah Adab dengan manusia dan makhluk lain Adab menjaga harta benda sekolah Adab menjaga kebersihan sekolah
Powerpoint Templates Page 28

You might also like