You are on page 1of 25

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan.

Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

MEMPERKASAKAN ORGANISASI REKREASI LUAR: SUATU RENUNGAN


MD AMIN MD TAFF, PhD
Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris Jurulatih Rekreasi Kebangsaan (12/1990) Jurulatih Kebangsaan Pusat Kokurikulum (1995) Pengerusi, Lembaga Pendidikan Kanu Kebangsaan (1999) aminkenu@gmail.com http://freewebs.com/outdoorasia/

MAZUKI MOHD YASIM


Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris mazuki@fsskj.upsi.edu.my

JAFFRY ZAKARIA
Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris jaffry@fsskj.upsi.edu.my

BENDERI DASRIL
Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris benderi@fsskj.upsi.edu.my

PENGENALAN Dewasa ini, aktiviti rekreasi luar semakin mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia (Anonymous, 2006). Aktiviti yang dahulunya menjadi medium riadah dan mengisi masa senggang telah berkembang menjadi suatu industri yang berfokuskan pembangunan kemahiran rekreasi, medium pembentukan sahsiah, menjana pendapatan kewangan malah kini menjadi karier sesetengah penggiat. Semua ini didiorong oleh perkembangan sosio ekonomi dan globalisasi yang berkembang pesat di seluruh dunia. Selain itu, perkembangan pesat ini juga didorong oleh penubuhan pelbagai organisasi (NGO) rekreasi luar di seluruh dunia dan juga Malaysia.

Kertas ini bertujuan untuk membincangkan tentang perkembangan, isu dan langkah memperkasa NGO rekreasi luar di Malaysia. Bagi memudahkan pemahaman pembaca, kertas ini akan dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu: (1) Definisi dan falsafah NGO rekreasi luar, (2) Perkembangan rekreasi luar di Malaysia, (3) Isu dan cabaran, serta (4) Strategi memperkasakan NGO rekreasi luar di Malaysia.

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Matlamat utama kertas ini bukanlah untuk mengesyorkan jalan penyelesaian terhadap isu dan cabaran yang dihadapi kerana penulis percaya bahawa setiap NGO mempunyai isunya yang tersendiri. Sebaliknya, matlamat utama kertas ini ialah untuk membahaskan senario terkini NGO rekreasi luar di Malaysia. Perbahasan ini diharapkan dapat membuka minda pembaca tentang pelbagai isu yang dihadapi oleh NGO rekreasi luar di Malaysia seterusnya menyusun strategi tersendiri untuk mengatasinya. Penulis percaya bahawa keterbukaan pembaca dalam memperhalusi setiap isu yang dikupas mampu mencetuskan idea ke arah memperkasakan NGO rekreasi luar di Malaysia.

DEFINISI Unerman dan ODwyer (2010) menegaskan bahawa NGO rekreasi luar bukanlah suatu badan kerajaan mahu pun badan komersil. Organisasi ini adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan untuk merancang, melaksana dan memantau perlaksanaan aktiviti tersebut. Lambell, Ramia, Nylan dan Michelotti (2008) menyokong idea ini dan mencadangkan bahawa NGO juga dikenali sebagai the third sector (kerajaan, swasta, NGO) dan berfungsi untuk menunaikan aspirasi masyarakat sivil. Argandona (2009) pula memberikan definisi yang lebih terperinci tentang NGO rekreasi luar iaitu suatu badan sukarela yang tidak berasaskan keuntungan, ditadbir oleh undang-undang tersendiri, berdikari dan memperjuangkan kepentingan masyarakat. Berdasarkan tiga definisi di atas, kertas ini mendefinisikan NGO rekreasi luar sebagai sebuah badan sukarela yang tidak berasaskan keuntungan, bertanggungjawab mengendali serta memperjuangkan hak masyarakat dalam pelbagai aktiviti rekreasi luar.

NGO REKREASI LUAR & STRUKTUR MASYARAKAT NGO rekreasi luar adalah suatu organisasi yang unik kerana ia memainkan pelbagai peranan penting dalam masyarakat. Walau bagaimana pun, kepelbagaian ini juga merupakan cabaran utama kepada setiap NGO rekreasi luar terutamanya di Malaysia. Rajah 1 menjelaskan tentang cabaran kepelbagaian peranan NGO rekreasi luar dalam struktur masyarakat di Malaysia.

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Rajah 1:

Peranan NGO rekreasi luar di Malaysia

Antara peranan utama NGO rekreasi luar ialah untuk menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Aktiviti rekreasi luar yang berfokuskan cabaran lasak seperti berlari, mendaki, berenang dan meluncur dapat meningkatkan kecergasan fizikal sekali gus membina budaya hidup sihat.

Aktiviti rekreasi luar yang hampir keseluruhannya dilaksanakan di alam semulajadi juga menjadikan NGO rekreasi luar sebagai agen pemupukan semangat mesra alam. Fahaman deep ecology, amalan minimal impact camping dan pendidikan lestari alam dalam pelbagai aktiviti rekreasi luar membantu membina semangat kecintaan masyarakat terhadap alam sekitar.

Selain itu, NGO rekreasi luar juga memainkan peranan yang penting dalam membina sebuah negara bangsa. Aktiviti lasak yang disulami dengan nilai-nilai murni seperti kerjasama, keyakinan diri, hormat-menghormati dan bangga diri dapat membantu masyarakat mengimbangi isu-isu sosial semasa yang semakin menghimpit kehidupan seharian akibat pengaruh globalisasi.

NGO rekreasi luar juga memainkan peranan penting dalam perkembangan sosio politik negara melalui penglahiran pemimpin yang disegani masyarakat. Aktiviti rekreasi luar yang membina kemahiran pengurusan, komunikasi, penilaian risiko dan

pemprograman pastinya dapat melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber, serba boleh dan berkualiti.

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Keempat-empat peranan diatas iaitu: (1) Agen pembina gaya hidup sihat, (2) Agen pembendung gejala sosial, (3) Agen pencinta alam, dan (4) Agen sosio politik merupakan sumbangan penting NGO rekreasi luar dalam struktur masyarakat. Namun harus disedari bahawa keempat-empat peranan ini juga merupakan cabaran kerana ia merupakan agenda tersirat penubuhan sesebuah NGO rekreasi luar. Jika tidak dihayati, difahami dan dilaksanakan dengan betul maka pincanglah peranan murni sesebuah NGO rekreasi luar tersebut.

Apa yang lebih mencabar ialah NGO rekreasi luar tidak mempunyai kuasa kawalan mutlak terhadap keempat-empat peranan di atas. Akibatnya sumbangan NGO rekreasi luar kurang disedari oleh pihak masyarakat mahu pun kerajaan. Bagi mengatasi isu ini, setiap NGO rekreasi luar haruslah menggabung jalinkan keempat-empat peranan tersebut dalam setiap aktiviti agar impaknya dapat dirasai oleh masyarakat sekaligus menjamin survival aktiviti rekreasi luar di masa hadapan.

CIRI-CIRI NGO REKREASI Sebagai sebuah badan sukarela yang ditadbir oleh undang-undang tubuh yang tersendiri, NGO rekreasi luar mempunyai ciri tersendiri yang diperjelaskan melalui Rajah 2.

Rajah 2:

Ciri-ciri utama NGO rekreasi luar

Demokrasi Demokrasi merupakan salah satu ciri terpenting dalam NGO rekreasi luar di Malaysia. Aplikasi demokrasi ini acap kali diamalkan sepenuhnya dalam proses pemilihan kepimpinan, perancangan dan pemantauan aktiviti serta proses membuat keputusan. Amalan keterbukaan ini memberikan hak yang sama kepada semua ahli NGO tersebut.

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Non Profit Sebagai sebuah badan sukarela yang memperjuangkan hak masyarakat, kebanyakan NGO rekreasi luar adalah badan yang tidak berfokuskan keuntungan. Sumber kewangan utama datangnya dari sumbangan ahli, tajaan dan geran bantuan kerajaan. Sumber ini kemudiannya disalurkan kepada masyarakat perancangan, perlaksanaan dan pemantauan pelbagai aktiviti rekreasi luar di peringkat akar umbi. Namun, akibat pengaruh globalisasi dan krisis ekonomi, amalan non profit ini semakin menjadi isu dalam kalangan NGO rekreasi luar di Malaysia.

Transparensi Transparensi atau ketelusan merupakan salah satu amalan terpenting dalam NGO rekreasi luar di Malaysia. Setiap ahli merupakan pemegang taruh utama setiap NGO. Sehubungan itu, mereka mempnuyai hak yang sama untuk mendapatkan maklumat tentang perancangan program, bajet dan juga proses pemilihan. Sering kali isu transparensi muncul sebagai cabaran utama NGO rekreasi luar di Malaysia. Jika tidak diamalkan dengan sempurna, ahli akan merasa tidak puas hati seterusnya mewujudkan krisis yang berpanjangan dalam keboleh tadbiran NGO tersebut.

Empowerment Empowerment atau proses perkongsian kuasa merupakan amalan sedia ada dalam kebanyakan NGO rekreasi di Malaysia. Selain jawatan kuasa induk (pengerusi, setiausaha dan bendahari) NGO rekreasi luar di Malaysia juga membentuk jawatan kuasa kecil yang diperuntukkan kuasa untuk merancang, melaksana dan memantau aktiviti di bawah bidang kuasa mereka. Proses perkongsian kuasa pintar ini amat penting bagi membangunkan sumber guna tenaga di dalam sesebuah organisasi sekali gus membolehkan pencapaian matlamat NGO tersebut.

Keterlibatan NGO rekreasi luar haruslah fokus kepada matlamat utamanya iaitu untuk membantu membangunkan kepentingan masyarakat. NGO rekreasi luar yang perkasa pastinya melibatkan ahli, badan kerajaan dan swasta serta masyarakat umum dalam setiap aktivitinya. Melalui cara ini, fungsi dan peranan NGO tersebut dapat dirasai oleh masyarakat sekaligus membantu perkembangan rekreasi luar di Malaysia. NGO rekreasi luar yang terlalu eksklusif dan tidak membantu proses pembangunan masyarakat pastinya akan tersisih dan dianggap tidak relevan oleh masyarakat masa kini.

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Saksama Setiap NGO rekreasi luar haruslah memperuntukkan hak yang saksama kepada setiap ahlinya. Kesaksamaan ini akan mengelakkan dominasi yang merupakan ancaman utama kepada setiap NGO. Kesaksamaan hak dan keistimewaan ini akan mewujudkan suasana pentadbiran NGO yang harmoni, lancar dan berdaya saing. Budaya berpersatuan yang negatif dapat dielakkan sekali gus membantu NGO mencapai matlamat yang telah ditetapkannya.

PERANAN NGO Agyemang, Awumbila, Unerman dan ODwyer (2009) menegaskan bahawa terdapat lima peranan utama NGO yang utama. Kelima-lima peranan ini diperincikan dalam Rajah 3.

Rajah 3: Peranan NGO rekreasi luar

Penyelidikan dan Inovasi NGO rekreasi luar berperanan penting dalam menyelongkar pelbagai isu rekreasi luar seterusnya mengatasi masalah tersebut. Inovasi terbaru seperti penciptaan alatan, teknik kemahiran dan pengurusan dalam bidang rekreasi luar akan menambah baik amalan sedia ada sekali gus mewujudkan suasana aktiviti yang sistematik, selamat dan seronok (3S).

Kebajikan NGO rekreasi luar juga bertanggung jawab menjaga dan mempertahankan kebajikan setiap ahli, penggerak dan masyarakat yang terlibat dalam ruang lingkup organisasi mereka.

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Melalui peranan ini, NGO rekreasi luar memainkan peranan penting dalam merancang strategi, menguat kuasa polisi dan mendapatkan dana bagi memelihara kejaikan setiap penggiatnya. Pemeliharaan kebajikan ini pastinya akan memastikan peranan NGO rekreasi luar terus relevan.

Pembangunan Antara peranan utama NGO rekreasi luar ialah merancang, melaksana dan memantau pembangunan rekreasi luar di Malaysia. Semenjak awal 1980an, peranan ini telah dimainkan dengan baik oleh seluruh NGO rekreasi luar di Malaysia. Bermula dengan aktiviti perkhemahan dan mendaki gunung, aktiviti rekreasi luar telah membangun dengan pesat dan mewujudkan pelbagai disiplin baharu seperti berkayak arus deras, whitewater rafting, paintball, mendaki tembok tiruan dan lain-lain lagi. Selain itu, aktiviti yang hanya terhad kepada golongan belia kini telah menjadi amalan seluruh masyarakat Malaysia dari golongan kanak-kanak hingga ke warga emas. Pendidikan Mantan Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Allahyarham Tun Abdul Razak (1970-76) telah menegaskan bahawa pendidikan merupakan senjata yang paling ampuh dalam alaf baru. Sehubungan itu, pendidikan boleh dijadikan salah satu senjata utama NGO rekreasi luar dalam memperkembangkan bidang ini di Malaysia. Pengenalan skim persijilan yang bermatlamatkan pendidikan pasti membolehkan masyarakat mengamalkan teknik dan kaedah rekreasi luar yang sistematik, seronok dan selamat.

Konsultansi NGO rekreasi luar juga merupakan pakar di dalam bidang masing-masing. Sehubungan itu, mereka memikul peranan konsultansi yang amat penting kepada sektor kerajaan, swasta dan juga masyarakat. Khidmat konsultansi ini mencakupi pelbagai aspek sama ada dari sudut perancangan, pendidikan, perundangan mahu pun pembangunan. Khidmat kepakaran inilah yang amat ditagih oleh semua sektor bagi memastikan kesinambungan pembangunan rekreasi luar di Malaysia.

PEMBANGUNAN REKREASI LUAR DI MALAYSIA Bidang Rekreasi Luar telah bermula seawal peradaban manusia di Tanah Melayu. Masyarakat pada masa itu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah seperti bermain wau, sepak raga, menyabung ayam dan mendengar ceritera penglipur lara bagi mengisi masa lapang mereka (Jasiman, 2004).

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Perkembangan pesat dalam bidang rekreasi luar moden pula bermula di Malaysia sewaktu penjajahan British. Pada masa itu, penubuhan stesen bukit seperti Tanah Tinggi Cameron, Bukit Frasers, Bukit Bendera dan Bukit Larut telah membangunkan budaya pelancongan dan rekreasi di tanah tinggi (Shahidah, 1997). Ini diikuti pula dengan perisytiharan Taman Negara Pahang yang telah menjadi katalis terhadap perlaksanaan aktiviti rekreasi dan pelancongan yang berasaskan cabaran (Bowden, 2000).

Selain itu, pertubuhan badan beruniform seperti Pengakap Malaysia, Pandu Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah juga telah memainkan peranan signifikan dalam

memperkembangkan bidang rekreasi luar di Malaysia. Aktiviti perkhemahan dan khidmat masyarakat telah mendedahkan masyarakat umum terhadap asas kemahiran rekreasi luar.

Sekolah Membina Semangat (OBS) Lumut boleh dianggap sebagai pelopor kepada amalan rekreasi dan pendidikan luar yang dilaksanakan di Malaysia sekarang. Ditubuhkan pada tahun 1952, OBS Lumut merupakan cawangan Outward Bound International1 yang kedua tertua di dunia2 (Outward Bound Malaysia Lumut, 2008). Aktiviti OBS banyak berfokuskan kepada aktiviti lasak seperti merentas halangan, berlayar dan mengembara. Aktiviti ini dilaksanakan dalam ekspedisi rekreasi luar yang agak panjang (hingga mencakupi 21 hari) di kawasan sekitar Lumut dan Pulau Pangkor (Scholer & Teik Lee, 1980). Sinonimnya, aktiviti cabaran lasak sebeginilah yang menunjangi program rekreasi Luar di seluruh negara masa kini.

Pada tahun 1984, mantan Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan program Malaysia Cergas yang bermatlamatkan amalan gaya hidup cergas dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelancaran program ini telah memberikan suntikan baru terhadap perkembangan bidang rekreasi luar di Malaysia. Peruntukan kewangan yang besar telah disalurkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti rekreasi luar.

Outward Bound International merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang menjadi pengasas dan badan induk aktiviti pendidikan luar di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1941 oleh Kurt Hahn, OBI kini mempunyai lebih 41 cawangan diseluruh dunia. Outward Bound yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1941 di Aberdovey, Wales.

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Hasilnya lahirlah pelbagai program rekreasi luar bersifat massa dan berimpak tinggi seperti KemBARA3, Kursus Kejurulatihan Rekreasi Luar dan Ekspedisi Kayak Nusantara4. Tidak dapat dinafikan bahawa perlaksanaan program Malaysia Cergas merupakan katalis utama terhadap pembangunan bidang rekreasi luar di Malaysia. Perlaksanaan program Malaysia Cergas juga telah mendorong penubuhan beberapa persatuan rekreasi luar yang spesifik seperti Persatuan Mendaki Malaysia, Persatuan Kanu Malaysia, dan Persatuan Orienteering Malaysia yang bertanggung jawab membangunkan bidang masing-masing di seluruh negara.

Malahan, pentadbiran pelbagai NGO rekreasi luar ini turut diperkukuhkan dengan penubuhan badan gabungan seperti Persatuan Rekreasi Malaysia5 (PRIMA), MARFIRMA6 dan Majlis Sukan Air Malaysia7. Kesemua organisasi ini telah memainkan peranan yang relevan terhadap perkembangan bidang rekreasi luar yang dilaksanakan oleh masyarakat Malaysia masa kini.

Pelancaran program Rakan Muda oleh YB Dato Abdul Ghani bin Hj Othman selaku Menteri Belia dan Sukan juga telah memberikan impak yang signifikan terhadap pembangunan dan penubuhan NGO rekreasi luar di Malaysia. Selain peruntukan kewangan Malaysia Cergas, NGO rekreasi luar pada waktu itu turut dilimpahi dana dari pelbagai program Rakan Muda. Hasilnya pengurusan, perlaksanaan program dan kantung NGO rekreasi luar di seluruh Malaysia semakin mantap hingga mampu melaksanakan pelbagai aktiviti di peringkat antara bangsa. Salah satu contohnya ialah Ekspedisi Everest 1997.

Institusi pendidikan juga telah memainkan peranan yang penting terhadap proses perkembangan bidang rekreasi luar di Malaysia. Kementerian Pelajaran contohnya telah menubuhkan Pusat Kokurikulum8 bagi pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara. Institut Pendidikan Guru (IPG) pula telah memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Luar, Kursus

3 KemBARA merupakan jamboree tahunan penggerak dan penggiat rekreasi negara. Lokasi aktiviti ini berubah mengikut giliran penganjuran. 4 Ekspedisi Kayak Nusantara telah dilaksanakan pada tahun 1989. Ia merupakan ekspedisi kayak antarabangsa yang pertama dari Desaru ke Riau Indonesia. Saharuddin Hashim dan Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) merupakan antara pencetus idea hebat ini. 5 PRIMA merupakan badan yang menggabungkan semua NGO rekreasi luar di Malaysia. Namun, NGO ini tidak lagi aktif akibat pelbagai isu yang melandanya. 6 MARFIRMA merupakan badan gabungan NGO rekreasi dan kesenggangan di Malaysia. Ia telah bertanggung jawab dalam menganjurkan beberapa siri pameran dan konferens yang berfokuskan rekreasi dan kesenggangan di Malaysia. 7 Majlis Sukan Air Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1996 bagi menaungi pelbagai NGO sukan air di Malaysia. Malangnya majlis ini tidak dapat memainkan peranan yang signifikan akibat Krisis Ekonomi Global yang berlaku pada tahun 1997. 8 Pusat Kokurikulum merupakan sebuah pusat kegiatan dan rekreasi luar yang ditubuhkan oleh pihak Kementerian Pelajaran semenjak tahun 1991 lagi. Kini pusat yang terdapat diseluruh negeri ini dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur, peralatan dan kejurulatihan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti rekreasi luar dalam kalangan pelajar sekolah Malaysia.

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Membina Semangat dan program Bina Insan Guru yang kesemuanya berorientasikan cabaran rekreasi luar di alam semulajadi (Bahagian Pendidikan Guru, 2005).

Kementerian Pengajian Tinggi

juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan

subjek Rekreasi dan Pendidikan Luar dalam mata pelajaran formal dan aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar di institut pengajian tinggi. Malahan beberapa IPT seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Komuniti dan Politeknik telah dan sedang mewujudkan pengajian khusus diperingkat diploma dan ijazah dalam bidang rekreasi luar (Md. Amin, 2011).

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga merupakan salah satu katalis utama terhadap pembangunan bidang rekreasi luar di Malaysia. Selama lebih tiga minggu, peserta PLKN yang terdiri dari golongan belia berusia 17-35 tahun didedahkan dengan pelbagai kemahiran rekreasi luar seperti cabaran tali tinggi, survival dan asas perkhemahan. Program ini sedikit sebanyak telah menimbulkan minat generasi muda terhadap pelbagai bidang rekreasi luar di Malaysia.

Akibat terhadnya penawaran peluang aktiviti rekreasi luar dalam kalangan NGO di Malaysia, syarikat swasta mula menapakkan diri dalam bidang perniagaan rekreasi luar. Program yang ditawarkan melibatkan kos yang tinggi berbanding NGO. Namun kekerapan perlaksanaan, kualiti aktiviti dan pengiktirafan antara bangsa menarik minat banyak pihak untuk menggunakan khidmat syarikat ini. Antara syarikat ternama di Malaysia ialah Banseke, Wilderness Malaysia, Nomad Adventure, Dolidias dan William Associates.

Selaras dengan perkembangan semasa, laman sosial seperti Facebook, Yahoo Groups, Twitter dan Blog juga telah merancakkan aktiviti rekreasi luar di Malaysia. Bagi mereka yang tidak berpersatuan atau kurang berkemampuan, aktiviti rekreasi luar berbentuk peribadi melalui laman sosial mulai menjadi ikutan semasa. Program sebegini lebih santai, bersifat one off dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Acap kali individu yang berkongsi minat sama akan merancang secara maya dan melaksanakan aktiviti tersebut dalam kumpulan yang lebih kecil berbanding NGO mahupun syarikat swasta.

Melalui penerangan di atas, penulis telah mengupas tentang senario perkembangan bidang rekreasi luar di Malaysia. Dicetuskan oleh badan kerajaan seperti KBS (melalui program Malaysia Cergas dan Rakan Muda), KPM (Pusat Kokurikulum dan BIG), KPT (mata pelajaran dan bidang pengajian), Kementerian Pertahanan (PLKN), aktiviti rekreasi luar

10

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

telah berkembang melalui NGO sama ada di peringkat kebangsaan, negeri mahu pun daerah. Seterusnya perkembangan ini turut disokong oleh syarikat swasta yang

berorientasikan keuntungan. Akibat globalisasi dan keterhadan penganjuran program, aktiviti rekreasi luar secara individu semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia. Senario ini sedikit sebanyak telah mendatangkan cabaran kepada NGO rekreasi luar yang berperanan sebagai badan induk perkembangan rekreasi luar di Malaysia. Jika tidak diremajakan semula, mungkin suatu hari nanti fungsi dan peranan NGO rekreasi luar di Malaysia akan diambil oleh lain-lain pihak yang mampu menawarkan program yang lebih menarik dan terkini.

MEMPERKASAKAN NGO REKREASI LUAR DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN Isu memperkasakan NGO bukan sahaja wujud di Malaysia malah telah berlaku di seluruh dunia. Argandona (2008) menegaskan bahawa terdapat empat faktor utama mengapa NGO rekreasi luar dihimpit pelbagai isu dan cabaran (Rajah 4)

Rajah 4: Model isu dan cabaran NGO rekreasi luar (Argandona, 2008)

Cabaran utama yang mengakibatkan sesebuah NGO rekreasi luar itu tidak relevan lagi ialah apabila ia tersasar dari matlamat utama penubuhannya. Akibatnya penggiat dan masyarakat umum akan hilang kebergantungan matlamat terhadap NGO tersebut. Efisiensi merujuk kepada keberkesanan sesebuah NGO dalam memperjuangkan kebajikan ahli yang bernaung dibawahnya. Argandona (2008) menegaskan bahawa sesebuah NGO rekreasi luar itu tidak lagi efisien apabila ia gagal merancang, tidak sistematik serta melibatkan pembaziran guna tenaga kerja atau dana. Akibatnya NGO tersebut akan kehilangan arah tuju, terlibat serius dalam pembaziran lantas mengurangkan sokongan dan kepercayaan akar umbi terhadapnya. Masalah kepimpinan juga merupakan isu pokok yang sering kali melanda NGO rekreasi luar. Amalan budaya kepimpinan yang tertutup serta tiadanya pelan peralihan kuasa yang sistematik akan mengakibatkan sesebuah NGO tersebut menghadapi krisis kepimpinan . Selain itu, isu transparensi atau ketelusan juga merupakan cabaran 11

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

hebat sesebuah NGO. Jika tidak dilaksanakan secara telus dan meluas, isu transparensi boleh mewujudkan krisis yang menghakis kepercayaan penggiat dan masyarakat terhadap sesebuah NGO tersebut.

ISU DI MALAYSIA Seperti yang telah dibincangkan dalam bahagian terdahulu, tahun 1990an merupakan zaman kegemilangan NGO rekreasi luar di Malaysia. Program Malaysia Cergas dan Rakan Muda merupakan katalis kepada kerancakan aktiviti ini. Melaluinya, pelbagai peruntukan program disalurkan bagi menggalakkan pembangunan rekreasi luar di Malaysia. Malangnya kerancakan ini agak terbantut disekitar tahun 2000. Melalui poengamatan penulis, beberapa faktor dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kemerosotan ini. Dalam bahagian seterusnya, penulis akan cuba mengupas setiap faktor tersebut. Namun, suatu kajian yang lebih terperinci perlulah dilaksanakan kerana isu yang diketengahkan ini hanyalah bersandarkan pengalaman dan pengamatan penulis yang telah berkecimpung aktif lebih 23 tahun dalam NGO rekreasi luar di Malaysia.

Krisis Global Krisis global seperti globalisasi, keruntuhan sistem ekonomi, reformasi sosial, penglahiran minda baru remaja mungkin telah mendatangkan kesan terhadap prestasi NGO rekreasi luar di Malaysia. Proses ini juga telah mendedahkan para remaja dan belia terhadap pelbagai aktiviti riadah lain yang bersesuaian dengan jiwa mereka. Antaranya ialah inline skating, X-games, computer gaming dan lain-lain lagi. Pada tahun ini, akhbar Berita Harian telah mendedahkan bahawa lebih 80 peratus remaja di Malaysia menghabiskan kebanyakan masa mereka melayari laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Kesemua aktiviti baru ini boleh dilaksanakan di sekitar kawasan perumahan berbanding aktiviti rekreasi luar yang memerlukan kos pengangkutan, kepakaran serta kecergasan fizikal yang tinggi.

Globalisasi juga telah mewujudkan golongan remaja alaf baru yang juga dikenali sebagai Gen X dan Y. Golongan ini terdedah kepada pelbagai akses maklumat terkini. Akibatnya, generasi ini lebih vokal berbanding generasi terdahulu. Mereka mementingkan kebebasan dan tidak suka dikongkong dalam hampir semua bidang. Selain itu, mereka juga cenderung untuk bergiat dalam kumpulan-kumpulan kecil yang berkongsi minat yang sama. Anutan ini amat berbeza dengan nilai yang diterapkan oleh falsafah rekreasi luar yang menitik beratkan disiplin, dilaksanakan dalam kumpulan besar dan menerapkan nilai-nilai murni. Lantaran itu, golongan Gen X dan Y ini mula menjauhi aktiviti rekreasi luar yang

12

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

dianjurkan oleh NGO malah lebih selesa merancang dan melaksanakan aktiviti mereka sendiri.

Bagi mengatasi isu ini, setiap NGO rekreasi luar di Malaysia dicadangkan agar kembali proaktif dengan memahami proses globalisasi sekarang ini. Seterusnya setiap NGO haruslah melaksanakan pelbagai strategi untuk kembali memenangi hati generasi baru ini. Media sosial boleh digunakan untuk menarik minat mereka menceburi bidang rekreasi luar manakala bendungan kepimpinan berdasarkan senioriti perlu diubah bagi membolehkan generasi ini berkongsi tanggung jawab memimpin.

Krisis ekonomi 1997 Penulis merasakan bahawa kelesuan NGO rekreasi luar masa kini didorong hebat oleh krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada tahun 1997. Akibat krisis ini, dana yang disalurkan oleh pihak KBS melalui program Malaysia Cergas dan Rakan Muda telah berkurangan. Lantaran kebanyakan NGO rekreasi luar terpaksa mengehadkan program mereka. Keterbatasan program ini telah mengecilkan peluang masyarakat umum untuk terlibat aktif dalam program rekreasi luar. Akhirnya, rata-rata NGO ketandusan program, pemimpin dan dana. Krisis ekonomi ini juga telah menyebabkan beberapa persatuan berpecah menjadi serpihan kecil manakala sesetengahnya terus terkubur.

Krisis ekonomi 1997 telah mengajar banyak NGO, penggerak dan penggiat rekreasi tentang risiko kebergantungan terhadap dana kerajaan sahaja. Sehubungan itu, suatu langkah drastik perlu diambil bagi mengatasi isu ini. Setiap NGO rekreasi luar di Malaysia haruslah aktif dan kreatif dalam menjana pendapatan sendiri agar tidak terlalu bergantung kepada pihak kerajaan. Salah satu inisiatifnya ialah dengan mewujudkan sistem persijilan berdasarkan skop NGO rekreasi luar itu sendiri. Sistem persijilan boleh menjana pendapatan yang baik untuk NGO. Ini kerana masyarakat masa kini menitik beratkan persijilan dalam segala urusan kehidupan mereka sama ada untuk melanjutkan pelajaran, memohon pekerjaan mahu pun kepuasan kendiri. Sehubungan itu, wang yang dijana melalui sistem persijilan ini boleh digunakan oleh NGO untuk dicurahkan semula kepada masyarakat melalui program anjuran mereka.

Krisis the missing link Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa aktiviti rekreasi luar merupakan antara komponen penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Dari sekolah rendah, kanakkanak di Malaysia telah didedahkan dengan pelbagai asas aktiviti rekreasi luar melalui

13

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

keterlibatan dalam badan beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri dan lain-lain lagi. Pengalaman ini diperkukuhkan pula melalui pelbagai aktiviti seperti perkhemahan dan outdoor pursuits yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dan Pusat Kokurikulum. Apabila mereka meninggalkan alam persekolahan, sekali lagi mereka didedahkan kepada pelbagai kemahiran rekreasi luar dalam kursus PLKN. Seterusnya mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran akan terdedah kepada pelbagai program rekreasi luar di universiti, politeknik mahu pun kolej komuniti. Manakala yang selebihnya mungkin menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti rekreasi luar yang dilaksanakan sebagai hobi, berpersatuan mahu pun karier.

Rajah 5: The missing link

Susur perjalanan remaja Malaysia seperti yang diterangkan di atas membuktikan bahawa mereka mempunyai pengalaman yang kukuh dalam aktiviti rekreasi luar. Malangnya intipati ini tidak meresapi jiwa akibat tiadanya kesinambungan dalam setiap tahap keterlibatan mereka. Contohnya, tiada suatu badan induk yang membantu menghubungkan pengalaman rekreasi luar setiap remaja di Malaysia. Akibatnya pengalaman rekreasi luar mereka terputus dan terkubur begitu sahaja. Lebih buruk lagi apabila setiap link rekreasi luar yang dilalui oleh remaja tersebut bertelagah sesama sendiri dan merasakan bahawa setiap mereka adalah lebih baik dari pihak yang lain. Setiap entiti bergerak berdasarkan cita rasa dan semangat Assabiyah mereka. Lantaran, road map untuk melahirkan pemimpin pelapis rekreasi luar yang gemilang terhenti begitu sahaja.

Suatu langkah drastik perlu diambil agar jutaan ringgit yang dilaburkan oleh Kerajaan Malaysia terhadap pembangunan kualiti rekreasi luar dalam kalangan remaja Malaysia tidak terbazir begitu sahaja. Penulis mencadangkan agar ditubuhkan suatu badan penasihatan dan perundangan kebangsaan yang bertanggungjawab memantau

pembangunan rekreasi luar di Malaysia. Badan ini haruslah melibatkan semua key player 14

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

yang terdapat dalam the missing link tadi. Matlamat utamanya ialah menyatukan usaha semua pihak yang terlibat agar rekreasi luar boleh mencapai kegemilangan seterusnya menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia masa kini.

Krisis Struktur Sesebuah NGO yang perkasa mestilah mendapat sokongan yang padu di peringkat akar umbi. Persatuan kebangsaan mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan pihak KBS, seterusnya mempunyai cawangan yang aktif di peringkat negeri, yang disokong oleh persatuan di peringkat daerah dan mukim. Malangnya senario ini kurang diamalkan di Malaysia. Beberapa persatuan kebangsaan tidak mempunyai cawangan atau ahli gabungan di peringkat akar umbi. Malah ketiadaan jaringan persatuan ini mengakibatkan aktiviti yang dianjurkan oleh NGO tersebut hanya tertumpu kepada suatu kelompok atau lokasi sahaja.

Sebaliknya, sebahagian NGO rekreasi luar kebangsaan yang mempunyai jaringan yang baik diperingkat akar umbi pula dihimpit masalah kekurangan dana. Akibat isu ini mereka tidak dapat menyalurkan dana kepada ahli gabungan yang dinaungi. Ahli gabungan pula akan merasa tidak berpuas hati dan mula mempersoalkan faedah penggabungan. Krisis ini diburukkan lagi apabila ahli gabungan mengambil langkah untuk bergerak sendiri dan keluar dari gabungan persatuan kebangsaan.

Krisis struktur ini juga merupakan suatu penyebab yang boleh melemahkan NGO rekreasi luar di Malaysia. Sehubungan itu, persatuan induk haruslah memainkan peranan yang proaktif dalam membantu kesinambungan kewujudan mereka di peringkat akar umbi. Ini boleh dilaksanakan melalui penyediaan peruntukan mahu pun program tahunan kepada ahli gabungan. Sekiranya kekurangan dana, NGO kebangsaan boleh memberikan bantuan kepada ahli gabungan mereka melalui khidmat nasihat dan kepakaran. Langkah ini secara tidak langsung akan mewujudkan hubungan baik di antara NGO induk dan ahli gabungan sekali gus menambahkan sokongan akar umbi terhadap NGO tersebut.

Krisis Identiti Matlamat utama penubuhan sesebuah NGO ialah untuk menjadi badan sukarela yang menyebar luaskan aktiviti rekreasi luar kepada masyarakat Malaysia. Sebagai sebuah badan sukarela, NGO rekreasi luar tidak berfokuskan keuntungan. Dana yang diterima disalurkan semula kepada masyarakat dalam pelbagai program yang dilaksanakan. Namun, akibat aktiviti rekreasi luar masih kurang popular berbanding sukan, tidak banyak penaja yang

15

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

sudi tampil untuk memberikan dana kepada NGO rekreasi luar. Akibatnya, majoriti NGO terpaksa bergantung kepada ihsan KBS dan yuran ahli.

Menyedari isu ini, sesetengah penggerak rekreasi merasakan sudah tiba masanya untuk NGO rekreasi luar menjana kewangan bagi menampung program anjuran mereka. Malangnya idea ini kurang dipersetujui oleh sesetengah golongan lain yang bertanggapan bahawa etika kesukarelaan merupakan falsafah utama NGO rekreasi luar di Malaysia. Pertelagahan ini diburukkan lagi oleh sesetengah sikap penggerak yang menjadikan NGO mereka sebagai lubuk perniagaan. Akibatnya krisis ini, ramai penggerak yang muak dan meninggalkan NGO mereka. Sebaliknya sesetengah golongan yang gemar mengambil kesempatan terus bermaharaja lela. Dalam situasi masa kini, penulis merasakan tidak salah jika NGO rekreasi luar di Malaysia mula terlibat aktif dalam menjana kewangan mereka sendiri. Ini adalah selaras dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang cenderung dalam mengindustrikan rekreasi luar dan sukan. Inisiatif ini pastinya dapat meredakan kebergantungan terhadap dana KBS. Dana yang kukuh pastinya membolehkan NGO berdikari dalam merancang program. Namun penulis berpegang teguh bahawa dana ini mestilah disalurkan semula kepada masyarakat melalui penjagaan kebajikan ahli, bantuan tahunan cawangan dan penganjuran program. Melalui langkah ini, NGO tersebut akan disegani dan mendapat sokongan yang kuat di peringkat akar umbi.

Krisis Penggerak Padaki (2007) menegaskan bahawa penggerak dan jurulatih rekreasi dihimpit oleh pelbagai dilema hasil dari keterlibatan mereka dalam NGO rekreasi luar. Dilema ini diterangkan dengan lebih jelas melalui Rajah 6.

16

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Rajah 6: Dilema penggerak NGO rekreasi luar (Padaki, 2007)

Mereka yang bergiat aktif dalam NGO rekreasi luar kerap mengalami maslaah pengasingan (alienation). Ini kerana mereka menghabiskan hampir keseluruhan masa senggang dalam merancang, melaksana dan memantau program NGO mereka. Akibatnya masa bersama keluarga, rakan-rakan dan masyarakat setempat terpaksa dikorbankan demi memastikan kelangsungan matlamat NGO dapat dicapai.

Penggerak dan jurulatih NGO rekreasi luar juga diselubungi dengan tekanan emosi dan tanggung jawab (emotional dan responsibility) yang tinggi. Tanggapan dan harapan masyarakat mewajibkan mereka mencurahkan yang terbaik dalam setiap program kendalian mereka. Bagi melaksanakan tanggung jawab tersebut, mereka kerap tertekan dari sudut emosi, fizikal dan juga ekonomi.

Acap kali golongan penggerak

dan jurulatih NGO terpaksa mengorbankan

sebahagian besar proses pembangunan karier (work-life balance) mereka dek semata-mata minat yang mendalam terhadap bidang rekreasi luar. Akibatnya, tidak kurang yang tercicir dalam pembangunan karier berbanding dengan rakan lain yang tidak aktif dan boleh menumpukan sepenuh masa terhadap pembangunan karier mereka.

Jika tidak diimbangi dengan segera, krisis ini boleh mengakibatkan isu burn out dalam kalangan penggerak dan jurulatih rekreasi di Malaysia. Mereka mungkin akan meninggalkan NGO yang mereka cintai untuk memfokuskan tenaga terhadap pembangunan karier mereka. Manakala NGO akan mengalami krisis kepimpinan dan kepakaran.

Selain itu krisis voluntarism vs professionalism juga turut melanda kebanyakan NGO rekreasi luar di Malaysia. Krisis ekonomi yang semakin menghimpit kehidupan seharian mengakibatkan voluntarism menjadi antara pilihan terakhir masyarakat hari ini. Kebanyakan penggerak dan jurulatih merasakan bahawa kepakaran mereka perlu diiktiraf dan mendapat wajaran yang setimpal. Malangnya, sesetengah NGO tidak dapat menghidu isu perkembangan ini. Lantaran, penggerak dan jurulatih tersebut mula beralih arah ke bidang komersil yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.

Isu di atas boleh diatasi dengan kebijaksanaan pihak pengurusan NGO. Para pentadbir seharusnya menetapkan jumlah wajaran yang standard agar penggerak dan jurulatih merasakan pengorbanan mereka setimpal dengan kepakaran yang dicurahkan.

17

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Sebagai contoh, Lembaga Pendidikan Kanu dan Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia telah menetapkan suatu kadar bayaran kejurulatihan yang standard dan diguna pakai di seluruh negara. Langkah ini sedikit sebanyak dapat menghalang penghijrahan jurulatih ke sektor komersil. Pada masa yang sama langkah ini juga menjadi suatu pengiktirafan kepada kepakaran yang dicurahkan oleh golongan jurulatih tersebut.

Krisis kepimpinan NGO rekreasi luar di Malaysia juga kerap dihantui oleh krisis kepimpinan. Selain didorong oleh masalah krisis identiti dan burn out dalam kalangan penggerak, krisis kepimpinan NGO rekreasi luar juga turut didorong oleh pertelagahan oleh puak-puak tertentu. Pemerhatian penulis mendapati bahawa sesetengah NGO masih dipimpin aktif oleh mukamuka lama tanpa sebarang kelibat pemimpin baru.

Adakah isu ini wujud akibat ketandusan bakat kepimpinan atau akibat dominasi golongan tertentu yang berkepentingan? Penulis tidak dapat menyuarakan sebarang jawapan kerana setiap NGO rekreasi luar lebih memahami isu mereka sendiri. Namun penulis berpendapat bahawa krisis ini perlu diatasi segera atau NGO tersebut akan tersisih dari arus pembangunan rekreasi luar di Malaysia.

Setiap NGO haruslah membina saf kepimpinannya dengan memberikan peluang yang setara kepada golongan muda untuk mengasah bakat mereka. Pembangunan bakat kepimpinan yang baik pastinya akan mencemerlangkan lagi fungsi dan matlamat NGO tersebut.

Golongan kepimpinan muda pula haruslah memainkan tanggung jawab mereka dengan amanah dan cemerlang. Dalam masa yang sama mereka juga haruslah menghargai peluang yang diberikan dan jasa yang telah dicurahkan oleh pemimpin terdahulu. Malam penghargaan dan anugerah tokoh penggerak boleh dilaksanakan bagi menghargai khidmat jasa yang telah dicurahkan oleh pemimpin terdahulu. Melalui pendekatan ini, dua golongan pemimpin tersebut (pemimpin lama dan baru) akan saling menghargai lantas menjamin kesinambungan NGO rekreasi luar tersebut.

Krisis Audien Proses globalisasi telah melahirkan golongan masyarakat yang lebih terbuka, vokal dan kritikal. Klien kini mula ghairah dengan konsep value for money. Kerap mereka mempersoalkan apakah yang akan diperolehi dari setiap ringgit yang disalurkan kepada

18

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

NGO rekreasi luar mereka? Jika pulangannya dirasakan setimpal, klien pasti akan menyokong serta terlibat aktif dalam NGO tersebut. Namun jika merugikan, mereka akan memencil dan menjauhkan diri. Para penaja pula taksub dengan konsep return of investment (ROI). Apakah pulangan kepada syarikat mereka setimpal berbanding dengan jumlah yang telah dilaburkan? Jika setimpal, pasti mereka akan mejadikan NGO tersebut sebagai rakan karib mereka dan begitulah sebaliknya.

Bagi melahirkan NGO rekreasi luar yang perkasa, langkah proaktif perlulah diambil bagi memenangi hati kedua-dua klien utama ini. Di pihak masyarakat umum, NGO rekreasi luar perlulah kreatif dalam mewujudkan program yang boleh menambat perhatian mereka. Antaranya ialah dengan menyediakan program yang berkualiti dan diiktiraf. Selain itu, kebajikan ahli juga perlu dieratkan melalui edaran newsletter, ucapan selamat hari jadi, perjumpaan mingguan atau bulanan dan lain-lain lagi. Melalui kaedah ini, NGO rekreasi luar dapat memenangi heart and mind masyarakat umum lantas membolehkannya mencapai matlamat yang telah difokuskan.

Bagi memenangi hati klien di sektor korporat, NGO rekreasi luar haruslah melaksanakan aktiviti yang berimpak besar atau melibatkan penyertaan massa. Hubungan baik dengan media harus dijalinkan bagi membolehkan program tersebut dipromosi ke pelusuk masyarakat. Melalui kaedah sebegini, sektor korporat dapat mempromosikan jenama sekali gus memberikan pulangan setimpal dengan tajaan yang telah disalurkan.

Krisis Pelaksana Proses globalisasi juga telah melahirkan dunia industri yang rencam. Jika suatu masa dahulu sektor pembuatan mendonimasi industri, kini sektor servis muncul sebagai suatu kuasa baharu. Perkembangan ini sedikit sebanyak telah mendatangkan tempias terhadap proses perlaksanaan program rekreasi luar di Malaysia.

Kini, penganjuran program bukan sahaja didominasi oleh pihak kerajaan dan NGO sebaliknya telah muncul pemain-pemain baru dalam industri rekreasi luar di Malaysia. Pulangan lumayan yang dijana oleh industri rekreasi luar di Malaysia telah menarik perhatian pelbagai syarikat swasta untuk mula menawarkan program rekreasi luar kepada masyarakat umum. Selain itu, peluang perniagaan rekreasi luar ini turut didorong oleh ketidak mampuan NGO dalam menampung permintaan yang semakin besar. Lebih menarik lagi apabila terdapat sesetengah syarikat yang mula mengambil alih peranan NGO dengan menawaran pelbagai kursus persijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

19

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Pengalaman yang diperolehi masyarakay Malaysia dari sekolah rendah hingga dewasa telah mendedahkan mereka terhadap pelbagai kemahiran rekreasi luar. Golongan yang tidak minat berpersatuan atau kurang berkemampuan lebih gemar mengatur program rekreasi luar mereka sendiri. Hasilnya tertubuhlah pelbagai kelab rekreasi luar persendirian yang menganjurkan pelbagai program yang bersifat peribadi.

Dari sudut positif, perkembangan ini merupakan indikator utama bahawa KBS dan NGO telah berjaya dalam wawasan mereka untuk menyebar luaskan aktiviti rekreasi luar dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pasti keterlibatan ramai dalam aktiviti rekreasi luar akan melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas sebagaimana matlamat asal program Malaysia Cergas.

Namun, kepelbagaian pelaksana program rekreasi luar ini juga mengundang permasalahan baru terutamanya dari sudut piawai keselamatan aktiviti. Akibat kekurangan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan piawai keselamatan aktiviti rekreasi luar, sesetengah program rekreasi luar kelolaan syarikat swasta dan individu berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa.

Senario ini haruslah diambil serius oleh KBS dan NGO rekreasi luar yang bertanggung jawab memantau perkembangan rekreasi luar di Malaysia. Telah tiba masanya agar sebuah akta diwujudkan untuk memastikan kualiti dan tahap keselamatan aktiviti rekreasi luar dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Skim Persijilan Kejurulatihan Rekreasi Luar Kebangsaan pula perlu diseragamkan dan diterima pakai oleh semua pihak. Manamana pihak NGO, swasta dan persendirian yang berminat untuk menawarkan program rekreasi luar pula haruslah mematuhi piawai yang telah ditetapkan. Jika isu ini tidak diatasi segera, tidak mustahil suatu hari nanti bidang rekreasi luar akan dianggap merbahaya dan tidak sesuai dilaksanakan oleh masyarakat umum akibat kadar kemalangan yang tinggi.

Krisis Sumber Rujukan Proses globalisasi telah melahirkan golongan masyarakat yang dahagakan maklumat. Internet dan media sosial telah pantas mengambil alih peranan yang dimainkan oleh akhbar dan televisyen sebelum ini. Masyarakat pula semakin menagih sumber maklumat yang selaras dengan selera mereka. Perkembangan pesat dunia maya ini juga telah menjadikan alam siber bukan sahaja sebagai medium penyalur maklumat malah medium sosial yang penting.

20

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

Tinjauan ringkas penulis mendapati bahawa tidak banyak NGO rekreasi luar yang terkehadapan dalam perkembangan ini. Carian ringkas penulis dalam laman Yahoo, Google, MSN dan laman sosial Facebook tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan. Penulis mendapati bahawa tidak banyak NGO rekreasi yang mempunyai laman web atau sosial sendiri. Perkara ini jika tidak dibendung segera pasti akan terus menjauhkan generasi X dan Y dari NGO tersebut. Sehubungan itu, penulis mencadangkan agar setiap NGO menubuhkan unit media sosialnya bagi menarik minat golongan muda menyertai pelbagai program yang dianjurkan. Selain menjadi medium promosi dan interaksi, media sosial ini juga boleh digunakan sebagai sumber rujukan utama bagi penggiat yang sememangnya dahagakan pengetahuan terkini.

Tinjauan penulis di laman carian Perpustakaan Negara pula membuktikan bahawa industri rekreasi luar di di Malaysia masih ketandusan bahan rujukan dalam Bahasa Melayu. Malah pencarian di atas talian juga membuahkan jawapan yang serupa. Lantas senario ini menimbulkan beberapa persoalan dibenak penulis. Mengapakah rujukan rekreasi luar dalam Bahasa Melayu masih ketandusan sedangkan bidang ini telah ditawarkan diperingkat pengajian tinggi? Kemanakah perginya kajian ilmiah dalam bidang rekreasi luar walhal ia telah ditawarkan di universiti semenjak tahun 1989 lagi? Adakah ianya tidak disebar luas dan hanya terperuk di perpustakaan sahaja? Jika betul andaian ini, persoalan penulis yang seterusnya ialah bagaimana bidang rekreasi luar dapat diperkembangkan kepada masyarakat umum jika rujukannya hanya hidangan eksklusif buat sesetengah golongan tertentu sahaja?

Krisis ini boleh diatasi melalui kerjasama erat NGO dan institusi akademik yang dinaungi oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Bahan rujukan (buku, jurnal dan lain-lain lagi) yang diterbitkan oleh kedua-dua kementerian ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan utama dalam bidang rekreasi luar di Malaysia. Selain itu, pihak NGO dan KBS boleh menyediakan geran penyelidikan, penerbitan dan bekerjasama dengan kedua-dua kementerian tersebut untuk memperbanyakkan lagi sumber rujukan dan penyeldiikan dalam bidang rekreasi luar.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran pula boleh membantu memperkasakan NGO dengan menawarkan peluang melanjutkan pelajaran buat penggerak dan jurulatih rekreasi luar yang berminat. Langkah ini pastinya akan membolehkan para penggerak dan jurulatih membangunkan karier profesional mereka

21

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

dalam bidang rekreasi luar. Penulis percaya bahawa hubungan erat dan win win situation ini bukan sahaja akan memperkasakan NGO rekreasi luar malah akan turut melahirkan golongan masyarakat Malaysia yang lasak, berdisiplin dan berdaya saing.

RUMUSAN Berdasarkan perbahasan di atas, penulis merumuskan bahawa langkah utama dalam memperkasakan NGO rekreasi luar di Malaysia ialah dengan memahami isu dan krisis yang dihadapi. Berdasarkan krisis yang telah dikupas, penulis menyimpulkan bahawa NGO rekreasi luar yang perkasa haruslah memberikan tumpuan terhadap tiga faktor utama yang digambarkan dalam Rajah 7 iaitu: (1) Struktur, (2) Penggerak, dan (3) Klien.

Krisis Global Krisis 1997 The Missing Link Krisis Fungsi

Krisis Identiti Krisis Kepimpinan Krisis Pengiktirafan

Krisis Audien Krisis Pelaksana Krisis Rujukan

Rajah 7 : Tiga Faktor Utama Dalam Memperkasa NGO Rekreasi Luar Di Malaysia

Setiap NGO rekreasi luar haruslah memperkasakan struktur masing-masing dengan memperjelaskan matlamat dan halatuju NGO tersebut. Di samping itu setiap NGO haruslah menjalinkan hubungan baik dengan setiap badan agar isu the missing link tidak timbul. NGO juga perlu jelas tentang fungsi dan peranan masing-masing dalam memartabatkan bidang rekreasi luar di Malaysia.

Untuk lahir sebagai sebuah NGO rekreasi luar yang perkasa, barisan kepimpinan haruslah diperkukuhkan dengan penyediaan pelan peralihan kuasa yang sistematik dan berterusan. Kebajikan dan pembangunan karier setiap ahli dalam NGO tersebut haruslah dipulihara agar organisasi dapat berfungsi dengan baik. Insiatif penghargaan dan

22

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

pengiktirafan boleh dilaksanakan bagi menarik minat lebih ramai lagi penggiat untuk menceburkan diri dalam aktiviti kesukarelaan yang amat mencabar ini.

NGO rekreasi luar yang perkasa haruslah mendapat sokongan audien yang ramai dan berkualiti. Sehubungan itu kefahaman mendalam terhadap konsep value for money dan return of investment amatlah penting buat semua NGO rekreasi masa kini. Hasilnya semua pihak akan berpuas hati dan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap proses memperkasa NGO tersebut.

Perkongsian program dan keuntungan (profit sharing) juga harus menjadi salah satu tumpuan utama NGO rekreasi luar di Malaysia. Pendekatan ini akan mengharmonikan hubungan erat di antara audien yang terdiri dari badan kerajaan, pihak swasta dan juga individu. Bahan rujukan dalam pelbagai media terkini juga perlu dicambahkan agar ia bukan sahaja mampu menjadi sumber rujukan utama malah mendatangkan pulangan pendapatan kepada NGO tersebut. Ahli yang berpengetahuan tinggi dan terkini pastinya menjadi aset yang amat penting bagi sesebuah NGO yang perkasa.

KESIMPULAN Penulis amat berharap agar kupasan idea melalui kertas ini telah berjaya membuka minda semua pihak sama ada KBS, NGO, syarikat swasta dan penggiat tentang senario dan isu terkini yang dihadapi oleh NGO rekreasi luar di Malaysia. Sekali lagi ingin penulis tegaskan bahawa matlamat utama kertas ini bukanlah untuk memberikan jawapan sebaliknya berhasrat membuka minda pembaca tentang pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam mewujudkan sesebuah Organisasi Rekreasi Luar yang perkasa. Kefahaman mendalam terhadap setiap isu yang dikupas diharap dapat memberikan idea kepada pembaca untuk merancang strategi tersendiri dalam memperkasakan organisasi masingmasing. Sebagai kesimpulan, penulis ingin mengutarakan 10 persoalan untuk renungan peribadi penulis dan semua penggerak NGO rekreasi luar di seluruh negara. Persoalan tersebut ialah: 1. 2. Di manakah pejabat, kelab atau pusat operasi NGO anda? Berapakah jumlah keterlibatan peserta program anda jika dibandingkan dengan Jamboree MTB yang mendapat sambutan hangat masa kini? 3. 4. Apalah alamat laman sosial, laman web atau blog NGO anda? Apakah impak aktiviti anjuran anda terhadap matlamat NGO dan masyarakat massa?

23

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

5.

Adakah anda melaksanakan jalinan industri (internship) dengan badan lain (kerajaan, swasta, pendidikan, antarabangsa) ?

6. 7. 8. 9. 10.

Siapakah staf sepenuh masa NGO anda? Sejauhmanakah NGO anda mesra media dan politik? Apakah jenama NGO anda? Berapa ringgitkah yang masih tinggal dalam kantung NGO anda? Kemanakah hala tuju NGO anda dalam jangka masa 10 tahun lagi?

Semoga persoalan ini akan terus membuka minda penulis dan penggerak semua dalam MEMPERKASAKAN ORGANISASI REKREASI LUAR DI MALAYSIA, Insyallah.

24

Md Amin, M.T., Mazuki, M.Y., Jaffry, Z., & Benderi, D. (2011). Memperkasakan organisasi rekreasi luar: Suatu renungan. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar dan Bengkel Rekreasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang (21 Disember 2011).

RUJUKAN Agyemang, G., Awumbila, M., Unerman, J. & ODwyer, B. (2009). NGO accountability and aid delivery, London: ACCA Research Report no.110. Anonymous (2006). Outdoor recreation an economic powerhouse. Parks and Recreation, 10 (1), 25. Argandona, A. (2009). Ethical management system for Non-for-profit Organizations. Zeitschrift fuer Wirtschafts- und Unternehmensethik (ZFWU), 10 (1), 132-146. Bahagian Pendidikan Guru (2005). Panduan dan modul program Bina Insan Guru (BIG). Manuskrip yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur. Bowden, D. (2000). Taman Negara: Malaysia's premier national park. London: New Holland Publishers. Jasiman, A. (2004). Permainan rakyat. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise. Lambell, R., Ramia, G., Nyland, C. & Michelotti, M. (2007). NGOs and international business research: Progress, prospects and problems. International Journal of Management Reviews, 10 (1), 75-92. Md. Amin, M.T. (2011). Definisi, falsafah dan aplikasi dalam bidang rekreasi dan pendidikan luar. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Outward Bound Malaysia (2008). History of Outward Bound Malaysia, Lumut. Dimuatturun pada 23th Augusts 2008, dari http://outwardbound.my/about/history.html Padaki, V. (2007). The human organisation: Challenges in NGOs and development programmes. Development in Practice, 17 (1), 65-77. Scholer, E.A. & Teoh Teik Lee (1980). Teacher training in physical education in Malaysia. Journal of Physical Education and Recreation. pp. 74 76. Shahidah, S. (1997). Pusat-pusat peranginan tanah tinggi. Petaling Jaya: Penerbit Setiamas Sdn Bhd. Unerman, J. & ODwyer, B. (2010). NGO accountability and sustainability issues in the changing global environment. Public Management Review, 12 (4), 475-486.

NGOs Image & Reputation = Legitimacy & Survival

25

You might also like