You are on page 1of 10

1.

JENIS - JENIS KEPERLUAN KHAS

1.1)

LEMBAM (SLOW LEARNER)

Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan Keperluan Khas (IDEA-1997) mendefinisikan Masalah Pembelajaran Khusus Kanak-kanak lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yang boleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Namun, masalah ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental. Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinisikan sebagai beberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna, seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanakkanak yang didefinisikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira serta adakalanya mempamerkan masalah/kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial (Rathus, 2004).

CARA MENGATASI Menurut Shaw (2002) dalam pengubahsuaian kurikulum, mencadangkan beberapa strategi pengajaran iaitu: Mengubah yang Abstrak kepada Konkrit Mengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam dapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat. Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan sebagainya.

Elakan daripada Membuat Generalisasi Kanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasikan konsep yang telah diajar kepada situasi yang baru kerana kurang upaya dari segi memproses maklumat, mengingat kembali dan kurang berkemahiran membuat penaakulan. Mereka biasanya memahami arahan yang khusus. Membolehkan Kemahiran Asas Membentuk Sub-Skill Lain Dengan kebolehan menguasai asas pembelajaran, kanak-kanak lembam boleh dilatih membentuk sub-skill lain melalui apa yang dipeljari. Contohnya apabila mereka telah menguasai kemahiran membaca secara kuat reading aloud, mereka akan dilatih untuk membaca secara senyap.

1.2)

Masalah Pendengaran

Terdapat dua kategori masalah pekak iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang hanya dikenalpasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Kanak-kanak yang menunjukkan masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyai nada suara yang tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar.

Semasa mendengar radio atau televisyen kanak-kanak ini akan meninggikan nadanya pada tahap yang agak kuat. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut. Punca masalah pendengaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu: Sebelum lahir a) Baka yang disebabkan oleh gen b) Bukan baka Jangkitan sebelum lahir seperti virus (rubella, demam glandular) Semasa hamil si ibu mengambil dadah atau bahan kimia seperti kuanin Toksemia pada peringkat kelahiran

Semasa lahir a) Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga b) Kelahiran tidak cukup bulan c) Kecederaan semasa dilahirkan terutama pada bahagian telinga Selepas lahir a) Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus b) Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga c) Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama

2. MASALAH SAMPINGAN 2.1) Lembam

Terdapat 3 kategori masalah bagi lembam iaitu : (a) Kognitif Kanak-kanak lembam menunjukkan keupayaan intelektual mereka berada di tahap sederhana atau melebihi tahap sederhana ini, iaitu IQ mereka pada tahap 85 atau lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan (Messe, 2001). Kanak-kanak lembam juga mengalami kepayahan memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

(b) Akademik Di antara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah yang paling ketara (Hallahan & Kaufman, 2006; Messe, 2001) yang mengatasi masalah-masalah lain seperti masalah tingkah laku. Dalam kemahiran matematik pula, kanak-kanak lembam sukar mengingat makna simbol-simbol yang digunakan atau menyelesaikan permasalahan matematik yang panjang dan menggunakan beberapa konsep seperti campur, tolak atau bahagi.

(c) Sosial-Emosi Ciri-ciri yang sedia ada seperti kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat, kecuaian, kepayahan melakukan beberapa turutan tugas sudah tentunya menyebabkan kanak-kanak ini lebih cenderung mengalami masalah sosial-emosi.

2.2) Masalah Pendengaran

Antara ciri-ciri masalah kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ialah: Tidak bertindak balas terhadap bunyi

Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri Tidak memahami atau silap memahami arahan Kelihatan tidak memberikan tumpuan dan sentiasa mengelamun Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain, sangat pasif dan menyendiri Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugas Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan bahasa Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan Telinga sering berair atau bernanah

3. PAKAR YANG TERLIBAT

3.1) Masalah Lembam Pakar yang terlibat dalam mengatasi masalah bagi murid lembam adalah Pegawai Perubatan. Pegawai perubatan juga dikenali sebagai doktor perubatan yang terlibat dengan penjagaan kesihatan yang mengamalkan profesion perubtan. Disiplin ini terlibat secara langsung dengan murid-murid pendidikan khas terutamanya dalam mengekalkan atau memulihkan kesihatan melalui kajian, diagnosis, rawatan penyakit, kecederaan dan lain-lain kecacatan fizikal dan mental. Dalam disiplin yang sama, pegawai perubatan dengan kepakaran khusus akan memberi tumpuan amalan mereka pada kategori penyakit tertentu., jenis pesakit atau kaedah rawatan dan bertanggungjawab bagi peruntukan yang berterusan termasuk rawatan perubatan yang komprehensif kepada inidividu, keluarga dan masyarakat. Pegawai perubatan mempunyai pengetahuan yang terperinci dalam disiplin akademik seperti anatomi dan fisiologi penyakit asas dan rawatan, sains perubatan dan juga kecekapan dalam amalan gunaan seni perubatan. Istilah doktor itu sendiri berbeza-bza di seluruh dunia, termasuk pelbagai kelayakan dan darjah, tetapi terdapat beberapa unsur yang sama. Dalam kebanyakan masalah kesihatan ringan, murid-murid keperluan khas akan dirujuk kepada pegawai perubatan ini untuk mendapatkn rawatan

dan konsultasi ringan. Bagi kes-kes kesihatan yang serius, individu akan dirujuk kepada pegawai perubatan pakar seperti pakar jantung, pakar neuro atau pakar kanak-kanak yang mana berkaitan.

3.2) Masalah Pendengaran Penglibatan Audiologis dalam pengendalian murid-murid pendidikan khas terutamanya yang diklasifikasikan sebagai pendidikan khas masalah pendengaran amat penting terutamanya penjagaan dan penyesuaian alat bantu mendengar. Seorang ahli audilogi professional penjagaan kesihatan yang khusus dalam mengenal pasti, mendiagnosis, merawat dan memantau masalah-masalah pendengaran dan bahagianbahagian system vestibular telinga. Audiologi dilatih untuk mendiagnosis, mengurus dan merawat masalah pendengaran atau kira-kira. Mereka menyesuaikan alat pendengaran dan mengesyorkan serta peta impaln koklea. Mereka juga membantu reka bentuk dan melaksanakan program-program keselamatan pendengaran peribadi industri,program saringan pendengaran bayi yang baru lahir, program saringan sekolah dan member pemasangan palam telinga khas dan lain-lain alat-alat perlindungan pendengaran untuk membantu mencegah kehilangan pendengaran. Di sampaing itu, audiologist banyak bekerja sebagai saintis auditori dalam kapasiti penyelidikan. Adioulogis mempunyai latihandalam anatomi dan fisiologi, alat pendengaran, implant koklea, elektrofisiologi, akustik, psikofizik, neorologi, kaunseling dan bahasa isyarat.

4. PELAN TINDAKAN Pelan tindakan bagi membantu dan mendidik kanak-kanank berkeperluan khas adalah dengan member kanak-kanak tersebut dengan memberi mereka ilmu akademik dan member peluang persekolahan kepada mereka. Prosuder kemasukan ke program pendidkan khas bermasalah pembelajaran terletak di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memasuki program ini, kanak-kanak haruslah mengikuti prosuder yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri. Jika ibu bapa mendapati anak mereka mangalami masalah atau kecacatan, doktor akan mendiagnosis dengan teliti dan membuat laporan serta pengesahan tentang kecacatan yang dialami. Berdasarkan kepada pengesahan ini, kanak-kanak ini akan dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk didaftarkan sebagai individu keperluan khas. Mereka akan diberi kad orang kurang upaya (OKU) sebagai dokumen rasmi seseorang itu telah berdaftar sebagai orang kurang upaya. Pemilik kad orang kurang upaya akan menerima pelbagai akses kemudahan yang disediakan seperti yang termaktub di dalam Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007. Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, kad orang kurang upaya (OKU) adalah berwarna kuning. Selepas itu, kanak-kanak ini akan didaftarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), PPD akan memanjangkan dokumen berkenaan kepada Ketua Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri. Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan akan

memanggil ibu bapa bagi menentukan sekolah program khas masalah pembelajaran atau program integrasi yang ingin dipilih. Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri akan menyalurkan senarai murid yang memilih sekolah program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) kepada Guru Besar berkenaan. Guru Besar sekolah berkenaan akan memaklumkan kepada ibu bapa yang anak mereka akan ditempatkan di sekolah tersebut. Ibu bapa hendaklah membuat pengesahan penerimaan atau persetujuan untuk mendaftar anak mereka di sekolah tersebut. Setelah itu, barulah ibu bapa boleh mendaftar anak mereka di sekolah tersebut. Secara umumnya, tempoh belajar bagi kanak-kanak berkeperluan khas adalah sama dengan tempoh belajar kanak-kanak biasa sama ada di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Tetapi mereka diberi sedikit kelonggaran dengan tambahan dua tahun jika difikirkan perlu. Hal ini selras dengan Akta Pelajaran 1996 di bawah seksyen 41(1) yang mana telah menyatakan bahawa tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. Selain itu, tertakluk di bawah seksyen 41(2) telah menyatakan bahawa tempoh yang ditetapkan oleh menteri di mana tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah mengikut mana-mana yang berkenaan. Oleh yang demikian, umur kanak-kanak pendidikan khas berkeperluan khas di sekolah rendah dan menengah adalah dalam lingkungan enam hingga dua belas tahun dan jika dilanjutkan menjadi empat belas tahun mengikut kepada keperluan mereka. Manakala umur bagi program pendidikan khas berkeperluan khas di sekolah menengah adalah tiga belas tahun hingga tujuh belas tahun dan boleh dilanjutkan sehingga Sembilan belas tahun mengikut kepada keperluan mereka atau mana-mana yang difikirkan perlu.

You might also like