You are on page 1of 3

LAMPIRAN 2

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU SEMESTER 2, SESI 2012/2013 SENARAI TUGASAN BIL TUGASAN ARAHAN 1. Kerja kursus perlu bersifat ilmiah dari segi persembahan isi, rujukan, kupasan isi atau hujah, pemaparan idea, dan format penulisan. 2. Kerja kursus tidak melebihi 25 halaman, dan sekurangkurangnya 20 halaman (tidak termasuk kulit). 3. Anda perlu mengambil 3 buah buku sebagai sumber/rujukan untuk dibuat perbandingan. 4. Buku ulang kaji atau buku kerja pada peringkat PMR, SPM dan STPM tidak boleh dijadikan sumber rujukan bagi menghasilkan kerja kursus. 5. Anda perlu memberikan pendapat/pemahaman anda sendiri tentang tajuk tugasan anda. 6. Anda TIDAK DIBENARKAN menyalin bulat-bulat artikel/tulisan daripada sumber yang anda rujuk tanpa menyatakan sumbernya. 7. Plagiatrisme adalah dilarang sama sekali. Jika didapati, anda perlu membuat tugasan semula atau digagalkan kerja kursus tersebut. 8. Kandungan kerja kursus: 1. Konsep/definisi 2. Ciri (jika berkaitan, jika ada) 3. Jenis/Bentuk/Golongan (jika berkaitan) 4. Perbandingan/Dapatan/Perbincangan 5. Kesimpulan 6. Rujukan 7. Lampiran (jika ada) PERATUS MARKAH

50

LAMPIRAN 2

9. Kerja kursus hendaklah ditaip langkau 1.5. 10. Tarikh menghantar kerja kursus pada atau sebelum: MINGGU 10 (29 APRIP 2013 HINGGA 5 MEI 2013) 11. Kerja kursus MESTI dihantar dengan dua cara, iaitu melalui (i) MyGuru 3 (tapak assignment) (ii) Secara pos laju, berdaftar, atau kurier kepada pensyarah/tutor masing-masing. 10. Penghantaran kerja kursus melalui e-mel peribadi pensyarah/tutor tidak dibenarkan. 11. Kulit kerja kursus adalah seperti format yang diberikan. Untuk makluman anda, kerja kursus tidak perlu dihantar dalam bentuk CD. TAJUK: rename fazilah due 3.5 Pilih mana-mana satu tajuk daripada yang berikut: 1. Perbandingan bentuk awalan meN-. 2. Perbandingan bentuk awalan peN-. 3. Perbandingan kata majmuk. 4. Perbandingan kata ganda. 5. Perbandingan kata nama. 6. Perbandingan kata kerja. 7. Perbandingan kata adjektif. 8. Perbandingan kata adverba. Tajuk yang disenaraikan di atas tidak dinyatakan buku yang dirujuk. Andalah yang memilih buku-buku tersebut untuk dibuat perbandingan. Contoh tajuk kerja kursus. Perbandingan bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan, Nahu Melayu Mutakhir, dan Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. buat tajuk camnilah..mkna banding pendapat antara 2 buku Perbandingan kata adjektif dalam Morfologi, Tatabahasa Bahasa Malaysia, dan Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III. Buku yang boleh dijadikan perbandingan (Cadangan): 1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. 2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.

LAMPIRAN 2

3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu . Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. 5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. 7. Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjojo, Hans Lapoliwa dan Anton M.Moeliono, 2000. Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka. 8. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9. Zainal Abidin Ahmad (Zaba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like