You are on page 1of 17

Bahasa Dan Sempadan Etnik Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Sekolah Menengah Di Malaysia

Najeemah Mohd Yusof & Yasmin Ahmad Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang najineen@usm.my Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti pola interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan. Sampel kajian terdiri daripada 720 murid dari tingkatan 1,2 dan 4. Soal selidik yang mengandungi item-item bahasa dan sempadan etnik diaplikasikan untuk memungut data. Keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi setiap pemboleh ubah dengan murid pelbagai etnik. Murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan paling kurang bertutur dalam bahasa Melayu dan murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil paling ramai mengalami stereotaip. Berdasarkan keputusan kajian dikemukakan beberapa saranan yang berkaitan dengan interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan. Kata kunci: murid, bahasa, sempadan etnik, pelbagai etnik 1.0 Pendahuluan Penubuhan sesebuah negara yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik memerlukan satu kesatuan dan kerjasama politik, ekonomi dan sosial yang kukuh dan sepadu. Kesatuan etnik hanya dapat dicapai melalui interaksi sosial. Lebih erat pola interaksi sosial yang dibentuk antara etnik maka semakin kukuh perpaduan serta persefahaman rakyat di negara itu. Interaksi sosial dalam kalangan penduduk dapat menentukan kestabilan politik, sosial, ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Interaksi sosial merupakan satu aspek penting dalam pembinaan jati diri terutama dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Dalam kalangan negara-negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Amerika Syarikat, England, Switzerland, Belanda, India, Indonesia, Australia dan Malaysia menghadapi pelbagai cabaran serta kesulitan dalam usaha mengintegrasikan rakyatnya. Keadaan ini menjadi semakin sukar dan rumit jika setiap kumpulan etnik mahu mengekalkan identiti masing-masing dan tidak mahu menerima satu identiti nasional yang dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai kumpulan etnik. Masalah sosialisasi akan menjadi lebih rumit jika anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik tidak mengenali antara satu sama lain kerana terpisah oleh perbezaan ciri asas atau primordial, seperti agama, bahasa, budaya,dan ekonomi, politik, wilayah dan pengalaman sejarah. Ciri-ciri perbezaan yang ketidaksamaan ini menjadi penghalang utama dalam proses pembinaan pola integrasi sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Kenyataan ini ditegaskan oleh Rabuskha (1972:21) yang menyatakan: Dalam masyarakat pelbagai kumpulan etnik ciri-ciri perbezaan seperti bahasa, agama, dan budaya selalunya menghalang integrasi sosial dan perpaduan sukar dicapai . 1.1 Pernyataan Masalah Pendidikan formal merupakan satu keperluan asasi sosial yang disediakan oleh pihak pemerintah bagi memenuhi kehendak masyarakat. Mengikut Coleman (1963:3),

suatu ketika dahulu pendidikan dianggap sebagai konservatif, dan untuk pengekalan budaya, tetapi pendidikan sekarang dipandang sebagai penentu utama dalam semua aspek perubahan. Perubahan yang dimaksudkan mencangkupi hal-hal politik, sosial dan ekonomi. Perubahan politik, sosial dan ekonomi dapat dicapai sekiranya perpaduan dalam kalangan penduduk utuh dan erat. Perpaduan boleh dicapai melalui aktiviti yang dirancang untuk membentuk pola interaksi sosial pelbagai kumpulan etnik melalui sekolah. Di sekolah terdapat pelbagai program dan aktiviti kurikulum dani ko-kurikulum (badan beruniform sukan, permainan, lawatan sambil belajar) untuk memupuk sosialisasi dalam kalangan murid pelbagai etnik. Pratte (1980) menegaskan apabila murid berada dalam satu persekitaran sekolah yang sama terdapat ruang untuk murid berkongsi pengalaman dan dapat memupuk perasaan hormat menghormati antara satu sama lain. Apabila murid pelbagai etnik seperti Melayu, Cina dan India berada dalam satu persekitaran budaya sekolah yang sama ia dapat memberi peluang berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih luas dan bebas. 1.2 Objektif Kajian i. Mengenal pasti perbezaan sosialisasi iaitu sama etnik atau antara etnik dalam kalangan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan. ii. Mengenal pasti pemboleh ubah bahasa dan sempadan etnik yang menjadi pendorong dan penghalang sosialisasi dalam kalangan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan. 1.3 Persoalan Kajian Penyelidikan ini cuba menjawab persoalan dapatkah persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan. berupaya dalam membentuk sosialisasi antara murid pelbagai etnik. Oleh itu soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:

i. ii.

Adakah terdapat perbezaan faktor penyebab kepada pendorong dan penghalang dalam tahap sosialisasi dalam kalangan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan? Adakah terdapat perbezaan faktor bahasa dan sempadan etnik kepada pendorong dan penghalang secara signifikan menyumbang kepada tahap sosialisasi dalam kalangan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan?,

2.0

Metodologi Kajian Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam mengutip data dan analisis data. Satu model campuran iaitu Model Quan Qual (Gay, 2000) diaplikasikan dalam kajian. Perbincangan ditumpukan kepada pendekatan dan strategi kajian kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji menggunakan Desain Cross-Sectional dalam membuat inferens tentang kemajuan dengan membandingkan individu dari kumpulan yang berlainan umur dan tingkatan (Tuckman, 1999). Kajian ini bertujuan mendapatkan rumusan dan hubungkait antara pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ex post facto lebih sesuai diaplikasikan untuk mendapat hubungkait antara pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Dua andaian yang berkaitan metodologi ialah (a) kaedah interaksi lebih sesuai bagi mengkaji masalah pola interaksi sosial dan (b) tujuan kajian adalah untuk mencapai kefahaman tentang situasi interaksi. Berdasarkan andaian tersebut, pendekatan yang dipilih ialah kajian interpretif dalam situasi semulajadi. Kajian adalah berbentuk interaktif dengan menggunakan kaedah kualitatif seperti temu bual. 3.0 Dapatan Kajian Bahagian ini membincangkan tentang penganalisisan data secara diskriptif berhubung dengan latar belakang sampel kajian. Berikutnya dibincangkan dapatan yang diperoleh bagi menjawab permasalahan kajian. Data frekuensi dan peratusan serta min skor dimanipulasikan

bagi mendapatkan gambaran diskriptif kajian. Pada bahagian berikutnya ujian-ujian hipotesis dijalankan bagi menjawab persoalan kajian dan disudahi dengan permodelan kajian dalam bentuk matematik dengan menggunakan kaedah Multivariat. Adalah diharapkan model-model yang dibina dapat mewakili kajian dengan lebih tepat dan jitu. 3.1 Maklumat Demografi Murid Seramai 240 murid dipilih bagi setiap tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 sebagai sampel kajian ini. Daripada jumlah itu didapati 13.8% daripada Sekolah Rendah Kebangsaan, 53.3 % daripada Sekolah Kebangsaan, 25.4% daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 7.5% daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bagi setiap tingkatan. Melalui dimensi sikap dan proses, setiap min diperoleh mengikut tingkatan masing-masing. Hasilnya Jadual 1 dibawah menunjukkan min keseluruhan bagi bahasa dan sempadan etnik. Jadual 4.1 : Min Keseluruhan Dan Sisihan Piawai Pemboleh Ubah Bahasa dan Sempadan Etnik Perkara (Keseluruhan) DIMENSI SIKAP Bahasa Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 4 T1 T2 T4 240 240 240 240 240 240 2.4733 2.4933 2.6533 1.8660 1.9392 2.0285 0.5043 0.4577 0.4461 0.3410 0.3447 0.3095 N Min Sisihan (SD)

Sempadan etnik

2.8 2.6 2.4 2.2 2 1.8 1.6 1.4 1.2 1 TINGKATAN 1


BAHASA

MIN SKOR

TINGKATAN 2
SEMPADAN PRASANGKA

TINGKATAN 4
STEREO

Rajah 4.1 : Profil Min Skor Bagi Semua Tingkatan Berkenaan

Dengan Bahasa dan Sempadan Etnik Daripada Rajah 4.1 menjelaskan, faktor bahasa memainkan peranan yang paling kuat dalam mewujudkan interaksi sosial diikuti oleh faktor sempadan etnik, prasangka dan akhir sekali stereotaip. Perbezaannya amat jelas dengan garisan-garisan yang berasingan sama sekali. Walau bagaimanapun diperoleh beberapa fakta berikut iaitu bagi faktor bahasa dan sempadan etnik semakin tinggi tingkatan semakin tinggi faktor bahasa memainkan peranan dalam pola interaksi sosial. Bagi faktor prasangka kedudukannya semakin menurun pada tingkatan 2 tetapi melonjak naik pada tingkatan 4 dan bagi faktor stereotaip ianya meningkat sedikit pada tingkatan 2 dan menjunam pada tingkatan 4. 3.2 Pengujian Hipotesis Kajian Berikut dikemukakan dapatan daripada hasil pemerosesan data bagi menjawab Ho 1 dan Ho 2 yang disediakan. 3.2.1 Pengujian Hipotesis pertama Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor berkomunikasi dalam bahasa Melayu di antara murid dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaan

Bagi menguji hipotesis pertama satu ujian Anova sehala dijalankan ke atas 720 responden dan mendapati nilai p ialah 0.000 iaitu lebih kecil sekiranya dibandingkan dengan aras keertian 0.05. Pada aras keertian 0.05 hipotesis nol ditolak. Dengan ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid daripada jenis sekolah yang berlainan dengan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Sila rujuk Jadual 4.38. Jadual 4.39 menunjukkan dapatan yang diperolehi menerusi ujian Post-Hoc dengan kiraan Benferroni. Menurut ujian tersebut terdapat perbezaan yang signifikan bagi ke semua jenis sekolah melainkan perbandingan di antara SJKC dengan SJKT (nilai p = 0.430). Perbezaan min paling besar di antara SRK dengan SJKC (0.59) diikuti oleh SRK dengan SJKT (perbezaan min = 0.47). Jadual 4.2 : Hasil ANOVA Ke Atas Jenis Sekolah Dan Bahasa Bagi Keseluruhan Murid Sekolah SRK SK SJKC SJKT Jumlah N 99 384 183 54 720 Mean 2.80 2.66 2.20 2.32 2.54 SD 0.32 0.44 0.43 0.38 0.48 F 66.70 Sig. 0.000**

nota: 1 = tidak pernah, 2 = jarang dan 3 = selalu * bermakna signifikan pada aras keertian 0.05 ** bermakna signifikan pada aras keertian 0.01 Jadual 4.3 : Ujian Post-Hoc Ke Atas Jenis Sekolah Dan Bahasa Bagi Keseluruhan Murid Sekolah Perbezaan min SE Sig.

SRK * SK SRK* SJKC SRK * SJKT SK * SJKC SK*SJKT SJKC*SJKT

0.13 0.59 0.47 0.46 0.34 -0.12

0.05 0.05 0.07 0.04 0.06 0.07

0.035* 0.000** 0.000** 0.000** 0.000** 0.430

nota: 1 = tidak pernah, 2 = jarang dan 3 = selalu * bermakna signifikan pada aras keertian 0.05 ** bermakna signifikan pada aras keertian 0.01 Seterusnya ujian Anova telah di jalankan bagi setiap 240 responden mengikut tingkatan masing-masing. Hasil ujian memperolehi nilai kebarangkalian (p) adalah 0.000 bagi tingkatan 1, 2 dan 4. Nilai ini ternyata lebih kecil sekiranya dibandingkan dengan nilai 0.05. Oleh itu pada aras keertian 0.05 terbukti menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara murid daripada sekolah yang berlainan bagi semua tingkatan dengan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun bagi tingkatan yang berlainan dengan jenis sekolah yang berlainan terdapat perbezaan yang ketara dalam hal berkomunikasi dalam bahasa Melayu dalam kalangan murid. Dengan merujuk kepada Jadual 4.5, dapatan bagi murid tingkatan 1 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil tidak pernah/jarang berkomunikasi dalam bahasa Melayu (min = 2.25 dan 1.96) berbanding dengan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan (min =2.74 dan 2.58). Mengikut Ujian Post Hoc kedua-dua buah sekolah tersebut amat berbeza jika dibandingkan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan. Dapatan terbukti dengan nilai p bagi SRK*SJKC = 0.000, SRK* SJKT = 0.000, SK*SJKC = 0.000 dan SK*SJKT = 0.000. Jadual 4.4 : Hasil ANOVA Ke Atas Jenis Sekolah Dan Bahasa Bagi Setiap Tingkatan Tingkatan Sekolah SRK SK Tingkatan 1 SJKC SJKT Jumlah SRK SK SJKC SJKT 33 128 61 18 240 SRK SK SJKC SJKT 33 128 61 18 240 N 33 61 18 240 Mean 128 SD 2.74 2.58 2.25 1.96 2.47 2.81 2.59 2.15 2.36 2.49 2.84 2.82 2.21 2.66 2.65 F 0.33 0.51 0.45 0.22 0.50 0.37 0.46 0.32 0.15 0.46 0.23 0.30 0.51 0.34 0.45 42.91 0.000** 24.71 0.000** Sig. 18.69 0.000**

Tingkatan 2 Jumlah

Tingkatan 4 Jumlah

Jadual 4.5 : Ujian Post-Hoc Ke Atas Jenis Sekolah Dan Bahasa Bagi Setiap Tingkatan Tingkatan Sekolah SRK * SK SRK* SKC SRK * SKT SK * SJKC SK*SJKT SJKC*SJKT SRK * SK SRK* SJKC SRK * SJKT SK * SJKC SK*SJKT SJKC*SJKT SRK * SK SRK* SJKC SRK * SJKT SK * SJKC SK*SJKT SJKC*SJKT Perbezaan min 0.16 0.49 0.78 0.33 0.63 0.30 0.22 0.66 0.46 0.44 0.24 -0.20 0.02 0.63 0.18 0.61 0.16 -0.45 0.11 SE Sig. 0.09 0.10 0.13 0.07 0.11 0.12 0.08 0.09 0.12 0.06 0.10 0.11 0.07 0.08 0.533 0.06 0.09 0.10 0.480 0.000** 0.000** 0.000** 0.000** 0.096 0.033* 0.000** 0.001** 0.000** 0.121 0.377 1.000 0.000** 0.000** 0.443 0.000**

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 4

nota: 1 = tidak pernah, 2 = jarang dan 3 = selalu * bermakna signifikan pada aras keertian 0.05 ** bermakna signifikan pada aras keertian 0.01 Dapatan bagi murid tingkatan 2 pula menunjukkan bahawa murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil tidak pernah/jarang berkomunikasi dalam bahasa Melayu (min = 2.15 dan 2.36) berbanding dengan Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan (min = 2.81 dan 2.59). Mengikut Ujian Post Hoc Sekolah Rendah Kebangsaan amat berbeza dengan ketiga-tiga jenis sekolah lain dan Sekolah Kebangsaan berbeza dengan dua jenis sekolah lain iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (p = 0.033) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (p = 0.000). Dapatan membuktikan bahawa berkomunikasi dalam bahasa Melayu banyak berlaku dalam kalangan murid-murid tingkatan 2 yang berasal daripada Sekolah Rendah Kebangsaan. Dapatan bagi tingkatan 4 pula menunjukkan bahawa murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina masih tidak pernah/jarang berkomunikasi dalam bahasa Melayu (min = 2.2). Mengikut Ujian Post Hoc murid dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil amat berbeza jika dibandingkan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.Dapatan membuktikan bahwa penggunaan bahasa Melayu semakin meningkat dalam kalangan murid dari tingkatan 1 ke tingkatan 4. 3.2.2 Pengujian Hipotesis Kedua Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor sempadan etnik di antara murid dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Sekolah Menengah

Dengan menggunakan ujian Anova sehala bagi 720 murid, dapatan menunjukkan nilai p yang diperolehi ialah 0.000 iaitu lebih kecil sekiranya dibandingkan dengan nilai 0.05. Oleh itu pada aras keertian 0.05 hipotesis nol yang ke dua ditolak. Kesimpulannya terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid daripada jenis sekolah yang berlainan dengan faktor sempadan etnik. Sila lihat Jadual 4.6. Menerusi Jadual 4.7 iaitu melalui Ujian Post-Hoc dengan kiraan Benferroni mendapati bagi 720 murid, dua pertalian langsung tiada perbezaan iaitu SRK dengan SK dan SJKC dengan SJKT (p = 1.000). Begitu juga bagi hubungan murid dari SK dengan SJKT yang tiada perbezaan signifikan di antara masing-masing (p = 0.051). Sementara itu terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid dari SRK dengan SJKC (p = 0.000, perbezaan min = 0.19), SK dengan SJKC (p = 0.000, perbezaan min = 0.17) dan SRK dengan SJKT (p = 0.000, perbezaan min = 0.15). Jadual 4.6 : Hasil ANOVA Ke Atas Jenis Sekolah Dan Sempadan Etnik Bagi Keseluruhan Murid Sekolah SRK SK SJKC SJKT Jumlah N 99 384 183 54 720 Min 1.87 1.90 2.06 2.02 1.94 SD F 0.24 0.31 0.39 0.34 0.34 Sig. 13.30 0.000**

nota: 1 = tidak pernah, 2 = jarang dan 3 = selalu * bermakna signifikan pada aras keertian 0.05 ** bermakna signifikan pada aras keertian 0.01 Jadual 4.7 : Ujian Post-Hoc Ke Atas Jenis Sekolah Dan Sempadan Etnik Bagi Keseluruhan Murid Sekolah SRK * SK SRK* SJKC SRK * SJKT SK * SJKC SK*SJKT SJKC*SJKT Perbezaan min - 0.03 - 0.19 - 0.15 - 0.17 - 0.13 - 0.04 SE Sig. 0.04 0.04 0.06 0.03 0.05 0.05 1.000 0.000** 0.035* 0.000** 0.051 1.000

nota: 1 = tidak pernah, 2 = jarang dan 3 = selalu * bermakna signifikan pada aras keertian 0.05 ** bermakna signifikan pada aras keertian 0.01 Seterusnya hasil analisis menerusi tingkatan seperti ditunjukkan pada Jadual 4.8 mendapati nilai kebarangkalian bagi tingkatan 1 ialah 0.768. Nilai ini lebih besar berbanding dengan nilai 0.05. Oleh itu pada aras keertian 0.05 tiada bukti untuk mengatakan terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara h murid dari SK,SRK,SJKC dan SJKT dengan sempadan etnik bagi tingkatan 1. Bagi murid tingkatan 2 dan tingkatan 4 nilai-nilai p ialah 0.000 masingmasing. Dapatan ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid dari SK, SRK, SJKC dan SJKT dengan sempadan etnik bagi murid tingkatan 2 dan tingkatan 4.

Jadual 4.9 menunjukkan bagi murid dari tingkatan 1 tiada terdapat langsung perbezaan sekolah dengan faktor tersebut. Bagi murid dari tingkatan 2 dapatan menunjukkan bahawa Sekolah Kebangsaan (min = 1.85) dan Sekolah Rendah Kebangsaan (min = 1.93) paling berbeza dari segi sempadan etnik yang telah disenaraikan kepada murid berbanding dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (min = 2.12). Sempadan etnik selalu berlaku pada para murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berbanding dengan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan (p = 0.000 dan 0.040). Jadual 4.8 : Hasil ANOVA Ke Atas Jenis Sekolah Dan Sempadan Etnik Bagi Setiap Tingkatan Tingkatan Sekolah SRK SK Tingkatan 1 SJKC SJKT Jumlah SRK SK Tingkatan 2 SJKC SJKT Jumlah SRK SK Tingkatan 4 SJKC SJKT Jumlah 33 61 18 240 N 33 61 18 240 33 128 61 18 240 1.85 128 Min 128 SD 1.82 1.87 1.89 1.82 1.87 1.93 1.85 2.12 1.96 1.94 0.17 1.97 2.17 2.28 2.03 F 0.16 0.30 0.49 0.23 0.34 0.33 0.30 0.34 0.42 0.34 16.36 0.33 0.25 0.13 0.31 Sig. 0.38 0.768

9.68

0.000**

0.000**

nota: 1 = tidak pernah, 2 = jarang dan 3 = selalu * bermakna signifikan pada aras keertian 0.05 ** bermakna signifikan pada aras keertian 0.01 Jadual 4.9 : Ujian Post-Hoc Ke Atas Jenis Sekolah Dan Sempadan Etnik Bagi Setiap Tingkatan Tingkatan Sekolah SRK * SK SRK* SJKC SRK * SJKT SK * SJKC SK*SJKT SJKC*SJKT SRK * SK SRK* SJKC SRK * SJKT SK * SJKC SK*SRJKT SJKC*SJKT Perbezaan min -0.05 -0.07 0.00 -0.02 0.05 0.07 0.08 -0.19 -0.03 -0.27 -0.11 0.16 SE Sig. 0.07 0.07 0.10 0.05 0.09 0.09 0.06 0.07 0.10 0.05 0.08 0.09 1.000 1.000 1.000 1.000 1.000 1.000 1.000 0.040* 1.000 0.000** 1.000 0.419

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 4

SRK * SK SRK* SJKC SRK * SJKT SK * SJKC SK*SJKT SJKC*SJKT

-0.12 -0.32 -0.43 -0.20 -0.31 -0.11 0.08

0.06 0.06 0.000** 0.04 0.07 0.08

0.207 0.000** 0.000** 0.000** 0.905

nota: 1 = tidak pernah, 2 = jarang dan 3 = selalu * bermakna signifikan pada aras keertian 0.05 ** bermakna signifikan pada aras keertian 0.01 Dapatan bagi murid dari tingkatan 4 pula menunjukkan bahawa sempadan etnik selalu berlaku kepada murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (min = 2.17) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (min = 2.28) berbanding dengan Sekolah Kebangsaan (min = 1.97) dan Sekolah Rendah Kebangsaan (min = 1.85). Mengikut Ujian Post Hoc murid dari kedua-dua jenis sekolah tersebut amat berbeza jika dibandingkan dengan murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Dapatan membuktikan bahawa sempadan etnik adalah tebal dalam kalangan murid dengan meningkatnya murid dari tingkatan 1 ke tingkatan 4 terutamanya bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Hasil dapatan menunjukkan berkomunikasi dalam bahasa Melayu di sekolah ialah 2.54 iaitu jatuh hampir pada keadan selalu . Majoriti daripada kalangan murid berpendapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan interaksi sosial dalam kalangan pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan. Seterusnya bagi sempadan etnik pula, min yang diperolehi ialah 1.94 iaitu menghampiri 2.00 yang membawa maksud jarang. 4.0 Dapatan Temu Bual Kumpulan Fokus Murid Kumpulan Fokus Murid terdiri daripada: Tingkatan 1 : SK (3), SRK (3,) SJKC (3), SJKT (2) 10 Tingkatan 2 : SK (3), SRK (3), SJKC (3), SJKT (2) - 10 Tingkatan 4 : SK (3), SRK (3), SJKC (3), SJKT (2) - 10 Terdapat 30 kumpulan Fokus Murid yang yang di temu bual. Sesi temubual adalah selama 2 jam. Setiap kumpulan mengandungi 6/8 orang murid. Bagi kumpulan Sekolah Rendah Kebangsaan, ada 1 kumpulan murid Melayu, 1 kumpulan murid Cina dam 1 kumpulan murid India bagi setiap tingkatan. Hanya jawapan murid yang signifikan dipetik dan ditulis dalam bab ini untuk dibincangkan. 4.1 Bahasa Hasil temu bual membuktikan interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik dipengaruhi oleh bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Hasil temu bual membuktikan bahasa Melayu menjadi penghalang untuk berinteraksi di antara murid daripada kumpulan etnik yang berlainan. [P [ Pj [P [ Pj [P : : : : : Suka cakap bahasa Malaysia? ] Tidak suka. ] Mengapa? ] Susah, saya dari sekolah Cina. Saya cakap bahasa Cina, senang. Kawan saya semua Cina. ] (PLC/SJKC//T1/B) Ada masalah bercakap bahasa Malaysia. ]

[Pj [P [ PJ

: : :

Bukan begitu pandai. Tidak begitu lancar kerana semasa bercakap masih terdapat bunyi macam bahasa Cina. Susah bercakap dengan orang Melayu dan India. ] (PPC/SJKC/T2) Adakah anda selalu cakap bahasa Malaysia. ] Jarang. Saya kurang pandai cakap bahasa Malaysia. Saya dari Sekolah Tamil. Tetapi kalau cakap dengan murid Melayu dan Cina saya cakap Melayu sikit.] (PLI/SJKT/T1)

Hasil temu bual mendapati bahasa menjadi penghalang dalam pola interaksi sosial khususnya kepada murid Cina. Murid berbangsa Cina menggunakan bahasa ibunda semasa berkomunukasi dan ini menggalakkan murid berbangsa Cina berkawan dengan kumpulan etnik yang sama. Murid dari Sekolah Rendah Kebangsaan membuktikan bahasa Melayu bukan menjadi penghalang untuk pola interaksi sosial. [P [ Pj [P [ PJ [P [ Pj [P [ Pj [P [ Pj : : : : : : : : : : Bila cakap dalam bahasa Malaysia? ] Selalu, dengan kawan. Saya cakap bahasa Melayu dengan kawan Melayu dan India.] (PLC/SRK/T1) Bolehkah anda bertutur dalam bahasa Malaysia? ] Boleh. ] Adakah anda selalu bertutur dalam bahasa Malaysia. ] Ya, sebab kebanyakan masa saya adalah di sekolah. Jadi, saya selalu bertutur bahasa Malaysia. ] Di manakah anda bertutur dalam bahasa Malaysia .] Kebiasaannya di sekolah ataupun di luar sekolah, tetapi tidak di rumah. ] Mengapa anda bertutur dalam bahasa Malaysia. ] Kerana ramai kawan Melayu dan Cina. Selain itu saya bangga dapat mengetahui dan mempelajari bahasa kaum lain. ] (PLI/SRK/T2)

Walaupun murid dari SRJKC dab SRJKT berada di Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan, masih terdapat bukti kurang penggunaan bahasa Malaysia dalam komunikasi. [P [ Pj : : Selama 4 tahun di sekolah Menengah Kebangsaan, bagaimana pertuturan anda dalam bahasa Malaysia. ] Saya jarang guna bahasa Malaysia. Hanya bila cakap dengan guru dan kawan bangsa lain. Saya suka cakap bahasa Inggeris dengan kawan Melayu dan Cina. Saya kerap cakap bahasa Tamil dan Inggeris. Kadang-kadang sebutan saya kurang baik dalam bahasa Malaysia. ]

4..2

Sempadan Etnik Hasil temu bual kumpulan fokus pelajar mendapati sempadan etnik adalah tinggi/tebal dalam kalangan murid dari sekolah mono-etnik. [P [ Pj [P [ Pj : : : : Kamu suka kepada makanan dan pakaian bangsa lain? ] Saya suka tengok tarian Cina dan India, pakaian saya kurang minat. Makanan mereka tidak halal. ] Kalau makanan mereka halal macamana? ] Saya kurang gemar. ] (PPM/SK/T2/SE)

Soalan yang sama ditanya kepada murid dari Sekolah Rendah Kebangsaan dan jawapannya ialah:

10

[ Pj

[P [ PJ [ PJ

: : :

Saya suka pakaian baju Punjabi dan makan kuih kapit, murukku dan semua yang halal. Saya sudah biasa pergi ke rumah kawan bangsa lain. Ayah selalu bawa saya ke rumah kawan bangsa lain.] (PPM/SK/T1/SE) Kamu suka kepada makanan kaum lain? ] Saya tidak suka. Saya hanya makan roti orang Melayu. Nasi orang Melayu sangat pedas. Orang India punya langsung saya tak makan. ] (PLC/SRJKC/T2/SE) Saya suka makan nasi orang Melayu danCina. Selalu ayah saya bawa ke rumah orang Melayu semasa Hari Raya dan orang Cina semasa Tahun Baru Cina. Kawan saya semua bangsa. ] (PLI/SRKT/T4/SE)

Walaupun murid tinggal di kawasan persekitaran yang berbangsa Melayu, Cina dan India mereka kurang berkunjung ke rumah jiran bangsa lain. [P : Jiran kaum bangsa apa? ] [ PJ : Jiran sebelah saya bangsa Cina. Ada jiran Melayu dan India tetapi jauh sikit. Saya tidak pernah pergi rumah mereka. ] [P : Mengapa? ] [ Pj : Tidak penting. Tak tau.] (PLC/SRJKC/T2/SE) Ada murid yang kurang bergaul dengan bangsa lain disebabkan rakan ibu bapa mereka adalah dari bangsa yang sama. [P [ Pj [P [ Pj [P [ PJ [P [ Pj [P [Pj [P [ Pj [P [ Pj : : : : : : : : : : : : : : Ibu bapa anda berkawan dengan bangsa lain? ] Mereka tidak berkawan dengan bangsa lain. ] (PLC/SRJKC/T1/SE) Ada pergi ke rumah bangsa lain? ] Jarang, kerana saya tidak ada ramai kawan dari bangsa lain.] (PLI/SRJKT/T2/SE) Ada pergi ke rumah rakan bangsa lain? ] Saya ramai kawan Melayu. ] (PLM/SK/T4/SE) Bagaimana dengan perayaan bangsa lain? ] Berasa seronok kerana ada cuti. ] (PLISRJKT/T1/SE) Bagaimana dengan perayaan bangsa lain? ] Saya akan melawat mereka dan sama-sama menyambut perayaan mereka. ] (PLC/SRK/T4/SE) Bagaimana perasaan anda dengan perayaan bangsa lain? ] Seronok ada cuti. Saya jarang melawat kaum bangsa lain semasa perayaan. ] (PLM/SK/T4/SE) Bagaimana perasaan anda dengan perayaan bangsa lain? ] Melawat ke rumah kawan bangsa lain. Seronok! Tetapi makan yang halal sahaja. ] (PPM/SRK/T2/SE)

5.0 Perbincangan Faktor Bahasa Bahasa menjadi syarat utama perpaduan kaum di Malaysia. Konflik yang tercetus di Switzerland dan Belgium berpunca dari masalah bahasa. Di Switzerland terdapat tiga bahasa iaitu Perancis, Jerman dan Itali. Penduduk berkonflik dan berpindah ke wilayah baru yang dinamakan Canton untuk mengelak perselisihan (Bab 2). Hasil kajian tinjauan dan temu bual membuktikan bahasa sebagai alat komunikasi mempengaruhi pola interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik di SMK. Berdasarkan data kuantitatif, bahasa Melayu selalu digunakan dalam pertuturan dalam kalangan murid pelbagai etnik dalam bilik darjah, kegiatan

11

kokurikulum dan menjadi bahasa komunikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan. Berdasarkan temu bual, murid dari SJKC dan SJKT jarang bertutur dalam Bahasa Melayu di SMK berbanding murid dari SK dan SRK. Walaupun murid dari SJKC dan SJKT berada dalam Tingkatan 4 di SMK, masih jarang bertutur dalam Bahasa Melayu. Hasil temu bual mendapati murid Cina dan India dari SJKC dan SJKT lebih gemar bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing. Ramai murid Cina dan India menyatakan mereka takut diejek bila tersalah sebutan atau menggunakan ayat dan gaya bahasa intonasi yang salah sebab murid-murid ini sudah biasa bertutur dalam bahasa ibunda selama enam tahun di sekolah rendah mono-etnik. Faktor ini menghalang murid Cina dan India berkomunikasi dengan murid daripada kumpulan etnik yang berlainan. Dalam situasi di Malaysia bahasa Melayu bukanlah ancestral language yang mempunyai nilai simbolik dan komunikatif. Mengikut Edwards (1985 : 17) sesuatu bahasa berupaya menjadi satu lambang kepada perasaan kumpulan, satu simbol dan titik perjuangan. Dalam konteks kajian, murid SJKC dan SRJKT berada dalam satu kumpulan mono-etnik selama 6 tahun. Dalam situasi sedemikian bahasa ibunda mempunyai nilai ambilalih komunikatif. Satu persoalan yang timbul ialah; Di mana letaknya bahasa Melayu? Bahasa Melayu bukan satu alat komunikasi bagi murid. Mengikut De Vos (1975) jika bahasa tersebut tidak ada hak yang tersendiri sebagai satu simbol, nilai penonjolannya sebagai alat integrasi tidak wujud. Dalam kajian ini Bahasa Melayu jarang digunakan dalam perbualan harian walaupun di SMK. Mengikut Jacob dan Beer (1986 : 1) bahasa adalah alat untuk menyampaikan idea, nilai, sikap, kemahiran dan aspirasi di antara manusia dan dapat mengeratkan perhubungan antara manusia. Berdasarkan analisis kualitatif, bahasa Melayu kurang digunakan sebagai alat seperti yang dinyatakan kerana penggunaannya kurang menyeluruh. Murid menggunakan bahasa ibunda untuk menyampaikan idea, sikap, kemahiran dan aspirasi dalam kumpulan etnik masing-masing. Perkembangan idea, nilai dan sikap kurang berlaku walaupun murid telah berada selama 4 tahun di SMK. Berdasarkan Teori Interaksi Sosial (Valk, 2003), satu bahasa pengantar dapat menolong dalam pemupukan satu identiti nasional demi mewujudkan perpaduan negara. Daripada kajian terbukti walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar, penggunaannya tidak menyeluruh. Bahasa Melayu kurang ditonjolkan sebagai satu simbol unifikasi. Apabila murid lebih gemar berkomunikasi dalam bahasa ibunda murid tidak dapat berkongsi beberapa elemen asas budaya dan kurang dapat mewujudkan satu kesamaan minda dan jiwa. Oleh itu slogan Bahasa Jiwa Bangsa dan Cintailah Bahasa Kita, hanya dapat diguna pakai untuk bahasa ibunda murid sahaja. Murid dapat ekspresikan apa yang terdapat dalam jiwa melalui bahasa ibunda dan bukan bahasa Melayu. Keadaan menjiwai bahasa Melayu kurang terbentuk sebab pola interaksi sosial adalah antara kumpulan etnik yang sama. Berkomunikasi dalam bahasa Melayu nampaknya adalah satu kerperluan yang dipaksa dan bukan satu kehendak. Mengikut De Vos (1975) murid memerlukan 5 tahun untuk mahir dalam bahasa lain selain daripada bahasa ibunda. Dalam kajian yang dijalankan, murid berada dalam satu persekitaran mono-etnik dan bahasa pengantar ialah bahasa ibunda (murid SJKC & SJKT). Walaupun murid mendapat pangkat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tidak semestinya pertuturan Bahasa Melayu adalah baik. Semasa di SMK, kecenderungan berkawan dengan rakan sebangsa menyekat penggunaan Bahasa Melayu. Lima tahun yang diperlukan dalam menguasai Bahasa Melayu memang kurang wujud. Murid tidak didedahkan kepada satu situasi yang benar-benar memberi mereka peluang untuk mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. 5.1 Perbincangan Faktor Sempadan Etnik Dapatan analisis kuantitatif membuktikan bahawa Sempadan Etnik murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 adalah signifikan dan jarang berlaku pada keseluruhannya (1.94). Apabila jarang, maka sempadan etnik adalah tebal. Mengikut Light (1994), Sanders (2000), Gold (2000), Sempadan Etnik murid yang berada dalam persekitaran mono-etnik mungkin tebal. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kenyataan Sanders, (2000), Gold (2000), dan Light (1994) boleh dinafikan kebenarannya kerana Sempadan Etnik murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 4

12

adalah tebal jika dibandingkan dengan murid Tingkatan 1. Murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 telah pun berada dalam persekitaran multi etnik selama 2 dan 4 tahun, tetapi sempadan etnik masih tebal, khususnya dari SRJKC dan SRJKT. Murid memahami perbezaan bahasa, budaya dan agama antara pelbagai etnik dan mengelakkan diri daripada mengetahui perbezaan yang terdapat. Berdasarkan Kesedaran Silang Budaya (Hanvey, 1979, Bab 2 : 89) murid di SMK seharusnya berada dalam tahap II hingga IV. Berdasarkan kajian, murid SMK berada di tahap II, iaitu sedar tentang sifat budaya yang berlainan daripada budaya sendiri tetapi konotasinya adalah tidak rasional (Bab 2 : 89). Jika kesedaran silang budaya mencapai tahap III dan IV, murid mempunyai Sempadan Etnik yang nipis. Pada tahap ini murid daripada etnik yang berlainan akan cuba mendalami budaya orang lain. Hasil kajian membuktikan murid di SMK walaupun berada dalam persekitaran multi-etnik kurang cuba mendalami budaya kumpulan etnik yang lain. Jika sempadan etnik tebal dalam kalangan murid pelbagai etnik matlamat negara untuk mencapai perpaduan kaum melalui Dasar Pendidikan Malaysia mungkin sukar. Mengikut Clark dan Goodman (1974) perkukuhan sikap etnik berlaku dalam lingkungan umur 8 - 10 tahun. Pada peringkat umur ini murid SK, SJKC dan SJKT berada dalam persekitaran mono-etnik. Pra-tanggapan tentang sikap etnik telah menebal dalam diri murid sebelum mereka melangkah ke SMK. Mengikut Clark dan Goodman (1974) lagi, kesedaran etnik berkembang lebih awal dalam kalangan kanak-kanak kumpulan minoriti. Murid Cina dan India merupakan kumpulan minoriti di SMK yang dikaji, oleh itu dapatan kajian membuktikan Sempadan Etnik murid SJKC dan SJKT adalah tinggi. Mengikut Modul Perkembangan Sikap Etnik murid dari persekitaran mono-etnik tidak sedar perbezaan pada peringkat awal di SMK. Selepas sedar tentang perbezaan, baru sikap awalan terbentuk. Semasa murid berada dalam Tingkatan 2, sikap awalan yang terbentuk adalah negatif sebab sempadan etnik adalah tebal dan seterusnya hingga ke tingkatan 4 tidak ada perubahan. Berdasarkan kajian dapat dirumuskan bahawa walaupun SMK mempunyai persekitaran multi-etnik tetapi kurang berjaya dalam menipiskan sempadan etnik murid pelbagai kumpulan etnik, khususnya murid dari SK, SJKC dan SJKT. Kesimpulan Perpaduan yang jitu masih lagi dicari dan pembentukan Bangsa Malaysia tetap menjadi satu agenda utama negara. Idea Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia) merealisasikan konsep Negara Bangsa masih belum tercapai berdasarkan dapatan kajian. Malah dalam sembilan cabaran strategik yang dimuatkan dalam wawasan 2020, pembentukan bangsa Malaysia dianggap sebagai cabaran yang paling rumit. Integrasi nasional secara umumnya boleh dicapai melalui integrasi pendidikan melalui satu sistem pendidikan yang bersifat nasional untuk membina rakyat yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Selain itu pola interaksi sosial di antara individu pelbagai etnik hanya akan berlaku sekiranya individu berkenaan berada dalan satu persekitaran multi-etnik seperti di SMK. Berjayakah Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Melanau dan etnik yang lain yang terdapat di Malaysia dibawa ke satu ruang fizikal yang sama oleh pelbagai dasar dan program perpaduan? Sekiranya ada di antara etnik itu tercicir, maka pola interaksi sosial yang berlaku hanya relevan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan individu etnik yang telah berjaya dibawa ke satu ruang fizikal yang sama. Etnik yang tercicir kurang mempunyai peluang untuk berinteraksi sosial antara pelbagai etnik. Berdasarkan kajian terbukti murid dari SRK dapat berinteraksi antara etnik jika dibanding dengan murid dari SK, SJKC dan SJKT. Bagi mengatasi masalah interaksi sosial dalam persekitaran fizikal yang berlainan penerapan pendidikan pelbagai budaya perlu seperti dinyatakan dalam perbincangan di atas. Kejayaan meningkatkan pola interaksi sosial antara murid pelbagai etnik bergantung kepada skop dasar dan program yang diperkenalkan dan kejayaan perlaksanaannya oleh pelbagai peringkat agensi-agensi kerajaan. Jika tidak dapat dilaksanakan pola interaksi sosial antara pelbagai etnik, maka Satu Negara Satu Bangsa hanya akan tinggal sebagai slogan tanpa penghayatan semua rakyat Malaysia.

13

Bibliografi: Akerman, W & Lee, S (1988). Lives and Social Change. Weinhelm: Verlag. Alba, C. (1992). The Politics Of The Minority. London: Redwood Press. Allport, G.W. (1978). The Nature Of Prejudice. Cambridge. M.A.: AddisonWesley. Ashmore, R. O. (1998). Comparing the Effects of Information, Role Playing And Value Discrepancy Treatments on Racial Attitudes, Journal of Applied Social Psychology5 (3), pp.262-281 Bennett, R. (1999). Patterns Of Culture. New York: Pergamon Press Bernard, R (2000). Race Relations. London: Oxford Univeristy Press Berry, J.W. (1979). Acculturation As Varieties Of Adaption. In A.M. Padilla (Ed), Acculturation: Theory, Models And Some New Findings. Boulder & Co.: Westview. Berry, J.W. (1996). Acculturation As Varieties Of Adaption. Boulder & Co.: Westview Blau, M.(1987). Racism And Education. The Open University Bogardus, E.S. (1968). A Race Relations Cycle, American Journal Of Sociology, 68, No.6. Bois, L. H. (1993). Ethnic Conflic within Nations. Bronfenbrenner, U. (1979). The Ecology Of Cambridge, Ma: Harvard University Press. Baverly Hills: Sage. Human Development.

Chiam, H.K. (2002). A Profile Of Adolescent In Malaysia; Socio-Psychological Perspectives: Vol 6 : pp 322- 345. Clark, K. B., & Goodman, M.E. (1974). Race Awareness In Young Children. New York: Collier. Cleaver, M. (1972). Culture and Interaction. New York: Ellen Cole, R. (1986). The Political Life Of Children. Boston : Houghton Mifflin Co. Coleman, J.S. (1963). Youth: Transition to Adulthood. Chicago: University of Chicago Press. De Vos, G. (1975). Ethnic Adaptation and Minority Status. Journal Of CrossCultural Psychology, 11, 101 124 Espiritu, S. (1992). Ethnic Relation. New York: Academic Press. Gay, L. R. (2000). Educational Research. Upper Saddle River, New Jersey: Merrill Prentice Hall.

14

Gold, M. (2000). Ethnic Minorities. New York; Praeger. Grant, N. (1988). The Education Of Minority And Peripheral Cultures: Introduction In Comparative Education, Vol. 24, No. 2. Gudmund R.& Iversen,N (1976). Analysis of Variance. Sage Publications, Inc. Diterjemahkan oleh Mohamad Haji Yusuf (1986), Hak cipta edisi Bahasa Malaysia, UKM. Haji Ibrahim Ismail (1995). Kepuasan Kerja di Kalangan Guru-guru Matematik di Pendidikan Daerah Kota Bharu. Tesis : Msc. (mgmt): Universiti Utara Malaysia Herrington, S., & Curtis, N. T. (1990). Will They Fight. International Journal Of Social Psychiatry, 142, 153 156. Hogg. V & Graig. T (1978). Introduction to the Mathematical Statistics. Macmillan Publishing Co. Inc. USA. Jacob, J. H., & Beer, S.K. (1986). Black - White Interracial Families. Dissertation Abstracts International, 38, 5023. Johnson, D., A Davila, R. (1983). Racial Attitudes and Biculturality In Interracial School Children. Cornell University. Johnson, D & Johnson, R. (1996). Effects of Cooperative and Individualistic Learning Experiences On Interethnic Interaction. Journal of Educational Psychology, 73, 444 - 449. Katz, P.A. (1983). Development Of Racial and Sex-Role Attitudes. In R. Leathy (Ed.) The Childs Construction Of Social Inequality, New York: Academic Press. Keele, F., & Padilla, A. (1987). Acculturation : Theory, Models And Some New Findings. Boulder, Co : Westview Press.Kegan, S. A. (1997). Ethnicity. New York: Pergamon. Kenneth, L. M (1995). School and Society. New Jersey: University Press. Lewin, K. (1975). Resolving Social Conflict. New York: Harper & Row. Light, B. (1994). Minorities. London: Academic Press. Mansor, M. N. (2001). Fluidity Of Malay Group Identity, Malaysia. Center Of Policy Research, University Sains Malaysia Mayhew, B., & Levinger, R. (1986). Size And The Density Of Interaction In Human Aggregates. American Journal Of Sociology, 92, 86 110 Miller, N. (1995). Groups In Contact. The Psychology Of Desegregation New York: Academic Press. Mohd Firdaus Shari (1996). Hubungan di antara Kajian di Majlis Bandaran Kota Setar. Tesis: Universiti Utara Malaysia Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja. Tumpuan Kawasan Pejabat

Mood,S & Graybill,R (1963). Introduction to the theory of statistics. . London: Mcgraw- Hill Book Company

15

Murad Md. Noor (2003). Educational Planning In Malaysia, Times, 14, Feb. 2003 : Kuala Lumpur.

New Straits and statistics. Schaums outline series.

Murray R. Spiegel (1975). Theory and problems of probability Singapore:McGraws-Hill Book and Co

Nagel, L. (1994). Communities. Harvard Educational Review, 35, 67 - 79. Nungsari Ahmad Radzi (2002). Is Malaysia Going Supply - Side? Kertas Kerja Pada Seminar Ekonomi Di Universiti Utara Malaysia Pada 22 23 Ogos 2002 Orando, F.L. (1993). Competitive Ethnic Relations Orlando, Fl: Academic. Philips, S. U. (1993). Communication In Classroom And Community. New York : Longman. Phinney, J. (1992). Ethnic Behavior Patterns. Paper Presented At A Meeting Of The American Psychological Association, Los Angeles. Pratte, R. (1980). Pluralism In Education Conflict, Clarity and Commitment. Springfield. K: Charles C. Thomas. Rabuskha, A. (1972). Ethnic Socialization Paper presented at the Bienial Meeting of the Society for Research in Child Development,Vol 9,PP 78-93 Toronto. Romo, G., & Falbo, S. (1996). Ethnic Relations Among Mexican Children. School Library Journal, Vol. 49, 132 143. Rotterdam, M.J. & Phinney, J. (1987). Ethnic Behavior Patterns As An Aspect Of Identitiy. Paper Presented At A meeting Of The Society For Research In Child Development, Toronto. Ross. A. M. (1989). Social Cognitive Development. New Work : Cambridge University Press. Sabitha Marican (2005), :Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Malaysia: Pearson Prentice Hall Sanders, M. (1976). Blacks and high self-esteem in Social Psychology,Vol 41, pp 54 57. Sanusi Osman (1988). Ethnicity and National Unity in Malaysia in Ilmu Masyarakat, Vol 2. Schermerhorn, R. (1970). Comparative Ethnic Relations : A Framework For Theory And Research. New York : Random House Smith, D. J. (1986). The School Effects: A study of Children, London, Policy Studies Institute. Swift, M. G. (1997). Social Organization . London: Cass Tan Chee Beng (1987). Acculturation, Assimilation, Integration: The Case Of The Chinese, In Ethnicity, Class And Development In Malaysia, Edited By Syed Husin Ali, Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia. Multi-racial

16

Uma Sekaran (1984), Research Methods For Business: A Skill Building Approach, London: John Wiley and Son Inc.

Second Edition.

Valk, V. (2003). Environmental Contributions To Stability And Change In Childrens Internalizing And Externalizing Problems. Journal Of Child And Adolescent, 2003, Vol. 42, 1212 - 1222. Vander, Zanden (1989): American Minority Relations. New York: Ronald Press. Vasil, L. (1980). Conflict and Collective Identity in Class, Ethnic and Nation, Vol.12, pp.63 - 84

17

You might also like