You are on page 1of 1

Rumah Kutai merupakan rumah tradisional di Negeri Perak.

Rumah ini banyak terletak di daerah Tengah Perak, Hilir Perak dan Kuala Kangsar. Rumah ini terdiri daripada dua jenis iaitu Rumah Kutai Tiang 12 dan Rumah Kutai Tiang 16. Rumah Kutai Tiang 12 mempunyai enam batang tiang panjang dan enam batang tiang serambi naik manakala Rumah Kutai Tiang 16 mempunyai 8 batang tiang panjang dan 8 batang tiang serambi naik. Keistimewaan Rumah Kutai ialah rumah ini telah wujud lebih dari 100 tahun, ragam yang digunakannya ialah ragam hias lebah bergantung, menggunakan daun tepas sebagai atap, pintunya berbentuk gelangsar, menggunakan lantai jeria dan tingkapnya berbentuk bulat.

Sebagai konklusi, warisan seni bina tradisional perlulah dipelihara dan dipulihara oleh semua golongan masyarakat. Kita perlulah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memelihara bangunan-bangunan ini. Antara langkah yang perlu diambil ialah menghargai seni bina tradisional, menyokong usaha positif kerajaan ke arah pengekalan warisan seni bina tradisional manakala pihak kerajaan perlulah membaik pulih kerosakan yang berlaku ke atas bangunan tradisional ini dan mempromosikannya sebagai salah satu produk perlancongan negara. Oleh itu, marilah kita sebagai rakyat negara Malaysia berganding bahu memperlihara warisan seni bina tradisional.

You might also like