You are on page 1of 39

CONTOH SOALAN & SKEMA KERTAS 3 BAB 1

Tajuk Umum Tugasan Tajuk 7.1 : Tamadun Awal Manusia (Merujuk tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 1) Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut : i. ii. membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks,buku ilmiah,akhbar majalah,risalah,internet dan lain-lain. Pada hari peperiksaan ,calon dibenarkan membawa buku teks,buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan. iii. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan

TAJUK 7.1 Tema / tajuk : 7.1 Bab 1 Tingkatan 4 Soalan : Huraikan sejarah Tamadun Mesopotamia dan menghubungkaitkannya dengan kemakmuran Negara kita pada hari ini. Peringatan : Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. Format Aspek Perincian PENGENALAN Memahamilatar belakang 1. Pengenalan Tamadun awal manusia Nyatakan maksud tamadun menurut pandangan Islam dan Barat ISI dan HURAIAN Memahamiciri-ciri dan proses pembentukan Tamadun Mesopotamia 2.Ciri-ciri dan Proses Pembentukan Tamadun Mesopotamia a) Huraikan proses pembentukan tamadun Mesopotamia (10 markah) b) Jelaskan ciri-ciri Tamadun Mesopotamia (20 markah) 30

Markah

Menganalisisaspek

3. Aspek Sumbangan Tamadun

sumbangan Tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia

Mesopotamia Terangkan sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam aspek : i) perundangan (10 markah) ii) ilmu astronomi (5 markah) 15

Mengaplikasiperundangan 4. Perundangan yang adil yang adil dimanfaatkan demi keamanan dan kemakmuran negara 15 Bagaimanakah kita memanfaatkan perundangan yang adil bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara 5. Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan sistem perundangan yang adil 10 Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita sehingga hari ini melalui sistem perundangan yang adil Menjana ideauntuk menghadapi cabaran masa hadapan bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara 6. Cabaran Menjadikan Malaysia Sebagai Negara yang aman dan makmur. 10 Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam menjamin keamanan negara ( 5 markah ) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ( 5 markah ) 7. Penerapan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada kemakmuran Malaysia 10 Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme yang dapat diterapkan daripada kemakmuran negara Kesimpulan Merumussecara keseluruhan isi yang telah 8. Rumusan

Menilaikejayaan Malaysia sehingga kini

Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotismedaripada kemakmuran Malaysia

dibincangkan

Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri, bangsa dan negara Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

Skima Jawapan Soalan Isi dan Huraian 1 Pengenalan. Nyatakan maksud tamadun menurut pandangan Islam dan Barat: - Makna tamadun - Bahasa arab iaitu mudun dan madain - Madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar - Bahasa Inggeris iaitu civilization - bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar - peradaban - Konsep Barat iaitu pembangunan lahiriah -terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan/undangundang/kesenian/perbandaran -Gordon Childe, pencapaian lahiriah kayu ukur kemajuan tamadun -Darcy Riberio dan R.A. Buchanan menolak unsur kerohanian dan hanya menekankan pembangunan lahiriah -menurut Islam, merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah - Syed Naquib Al-Attas, pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur dalam sesebuah masyarakat -Richard Sullivan mengakui unsur rohaniah sangat penting (12 x1m=5 m) 2 i)Huraikan proses pembentukan Tamadun Mesopotamia a) Lokasi -terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates - yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi - Kawasan ini dielilingi oleg pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan Markah

b) Kerangka Masa Berkembang daripada petempatan awal zaman Neolitik antara tahun 7000 hingga 5000 SM Sekitar 3500 S.M berkembang menjadi pusat tamadun awal Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula tahun 3500 S.M Kerajaan terakhir ialah Chaldea yang jatuh 359 S.M Terdapat 7 zaman pemerintahan penting iaitu kerajaan Sumeria/Akkad/Ur/ Babylon/Kassites/Assyria/Chaldea Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga keruntuhan kerajaan

c) Proses pembentukan - Dibahagi kepada dua bahagian/utara/selatan/bandar Baghdad - Bahagian Utara meliputi kawasan Sg Tigris hingga Sg Zab. - Bahagian selatan meliputi kawasan Sg Tigris dan Sg Euphrates d) Kegiatan - Orang Sumeria membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian - Kerja menebus guna tanah - Membina sistem pengairan/mengawal pengaliran air sungai - Lebihan penghasilan makanan mampu menampung keperluan penduduk - Perkampungan berkembang secara evolusi kepada bandar dan beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur dan Lagash, Uruk, Ur , Eridu, Assur dan Mari - Semua negara kota terletak di sepanjang sungai dan terusan ii) Jelaskan ciri-ciri tamadun Mesopotamia Setiap negara kota terbahagi kepada pusat kota/tembok kota/luar kota/pelabuhan Terdapat kubu pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang Lambang kekayaan sesebuah kota Di dalam kota terdapat istana/rumah kediaman/rumah ibadat/rumah kedai/pasar/jalan raya berkeadaan lurus dan lebar Pusat kota ialah rumah ibadat Setiap kota mempunyai unit politik dan agama Melalui jalan laut bandar atau negara kota mudah dihubungi Organisasi social terbahagi kepada dua golongan Golongan pemerintah dan golongan rakyat Golongan pemerintah ialah raja/ketua pendeta/ketua tentera/orang bangsawan Golongan rakyat terbahagi kepada dua iaitu rakyat bebas seperti petani/artisan/pedagang

30 m

Hamba iaitu tawanan perang Sistem pemerintahan beraja Berbentuk teokrasi Raja dianggap sebagai Tuhan/wakil Tuhan dan pemilik negara kota Masyarakat tidak menyembah raja sebagai Tuhan kecuali semasa Raja Naramsin Beliau menganggap dirinya terlalu agung Menggelar dirinya sebagai raja empat penjuru alam Raja menjadi ketua pentadbir/ketua tentera/ketua pendeta/berkuasa dalam hal keagamaan ketua agama/melantik ahli keluarga/ memegang jawatan di ziggurat/menentukan bentuk pentadbirannya ziggurat berfungsi sebagai pusat ibadat/pusat perdagangan/pusat penyimpanan khazanah negara berkuasa soal tanah/cukai/hasil pertanian/perniagaan raja dibantu golongan bangsawan dan mempunyai ikatan dengan keluarga diraja kegiatan ekonomi yang pelbagai/pengkhususan kerja wujudnya lebihan hasil pertanian perdagangan penting kerana tiada bahan mentah /kayukayan/logam/emas/perak dibawa masuk terdapat pengusaha /pembuat tekstil/barang tembikar/alat keperluan harian tukang rumah wujud kerana pertambahan penduduk tentera untuk mempertahankan negara daripada musuh ilmu pengetahuan berkembang wujud sistem tulisan yang bermula daripada tulisan bergambar berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah liat tulisan tanah liat berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform

3.

Sumbangan Tamadun Mesopotamia Terangkan sumbangan-sumbangan Mesopotamia dari aspek berikut Perundangan (10 markah) Astronomi (5 markah) Perundangan Dikenali sebagai kod undang-undang Hammurabbi. Digubal semasa pemerintahan Raja Hamurabbi Berteraskan hak rakyat dan keadilan Hukuman dan denda mestilah setimpal Mengandungi 282 undang-undang

i) ii)

1. 2. 3. 4. 5.

6. Dipahat di tembok serta tiang besar agar rakyat dapat membaca 7. Kod undang-undang ini menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia 8. Undang-undang ini berjaya mengekalkan keamanan 9. Undang-undang ini juga berjaya mewujudkan perpaduan 10. Membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Ilmu astronomi Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari Perkembangan kepada ilmu matematik Seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab dan membahagi. Perkembangan ilmu geomatri Membolehkan mereka menggunakan jalan laut Penciptaan kalender berasaskan sistem solar Mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.

4.

Perundangan yang adil dapat dimanfaatkan demi kemajuan Negara -Bagaimanakah kita boleh manfaatkan undang-undang yang adil bagi menjamin kemajuan negara - mengelakkan perpecahan kaum - mengekalkan perpaduan - penduduk berbilang kaum - mengekalkan perpaduan - menjamin keamanan - menjaga hak kebebasan bersuara - menjaga hak asasi manusia - mengukuhkan sistem organisasi - menjaga keseimbangan ekonomi - Menjamin kestabilan politik - menjamin keharmonian hidup masyarakat - perlaksanaan undang-undang yang adil dan saksama

15m

5.

Kejayaan negara setelah memanfaatkan perundangan yang adil. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai melalui sistem perundangan yang adil.

-kebebasan asasi -rakyat boleh mengundi calon yang di;ilh me;alui pilihanraya -disegani oleh negara luar -tiada campur tangan kuasa asing -tumpuan pelabur -tumpuan para pelancong -tiada pertumpahan darah -hubungan antarabangsa berkembang -perindustrian berkembang -kemajuan ekonomi (Mana-mana jawapn yang munasabah)

10 m

6.

Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan makmur : Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin keamanan negara

Pelajar : -kerap ponteng sekolah -langgar disiplin -membuli Masyarakat ; -lumba haram -pembunuhan -pelacuran -penculikan -Keruntuhan akhlak -merompak/mencuri Negara : -rasuah -keldai dadah -dadah -demonstrasi jalanan

10 m

Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas: Langkah-langkah ; -pendidikan sepanjang hayat -kasih saying daripada ibu bapa -memberi didikan agama secukupnya

-memartabatkan pendidikan Moral dan PSK -kempen -motivasi -ceramah -memperketatkan undang-undang juvana (mana-mana yang munasabah)

7.

Nilai murni : Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme yang dapat diterapkan daripada kemakmuran negara -kerjasama -perpaduan -jatidiri -kasih sayang -bersyukur -keadilan -memanfaatkan keamanan -berdikari -berwawasan -sikap tolenrasi -mengekalkan kemananan (mana-mana jawapan yang munasabah)

10m

8.

Iktibar: -pengetahuan yang diperoleh -kepada diri,bangsa dan Negara -harapan untuk masa depan agar Malayasia tetap aman dan makmur - rakyat akan mematuhi undang-undang - tidak terlibat dalam anasir-anasir negative yang menggugat kestabilan politik (mana-mana yang munasabah)

5m

CONTOH SOALAN & SKEMA KERTAS 3 BAB 2


TAJUK UMUM TUGASAN Tajuk 7.1 Tamadun Awal Dunia

(Merujuk tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 2)

i. ii. iii.

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks,buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

TAJUK 7.1 Peningkatan Tamadun Tema/Tajuk Soalan: Huraikan peningkatan dan sumbangan tamadun awal dunia dalam aspek politik dan hubungkaitnya dengan kemajuan negara Malaysia pada hari ini. Peringatan; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. : Bab 2 Tingkatan 4

Format

Aspek

Perincian

Markah penuh

Pengenalan Memahami latar 1. Pengenalan 5 markah belakang tamadun awal Jelaskan secara ringkas tentang; dunia. -Latar belakang peningkatan tamadun awal dunia.

Isi dan Memahami peningkatan 2. Peningkatan politik tamadun awal Huraian tamadun dalam aspek 30 markah politik Terangkan aspek peningkatan politik dalam tamadun Yunani dan Rom berkaitan: - Pentadbiran (15m) - Perundangan(15m)

Menganalisis 3. Sumbangan tamadun awal dunia dalam sumbangan tamadun bidang politik. 15markah awal kepada dunia dalam bidang politik Jelaskan sumbangan tamadun awal kepada dunia dalam bidang politik.(15m)

Mengaplikasi: 4. Demokrasi berparlimen dimanfaatkan 15 markah Demokrasi berparlimen demi kestabilan negara. dimanfaatkan demi Bagaimanakah kita memanfaatkan kestabilan negara. demokrasi berparlimen untuk mewujudkan kestabilan politik di Malaysia. (15 m)

Format

Aspek

Perincian

Markah penuh

Menilai kejayaan yang 5. Kejayaan yang dicapai oleh Negara 10 markah dicapai oleh Negara kesan daripada kestbilan politik. kesan daripada kestabilan politik. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Negara kesan daripada kestabilan politik.

Mencipta/ menjana idea 6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai menjadikan Malaysia sebuah Negara maju . 10 markah sebagai sebuah negara yang maju menjelang -Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh tahun 2020. Malaysia dalam memantapkan kestabilan politik demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.(5m) -Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m)

Menghayati nilai-nilai 7. Penerapan nilai-nilai murni murni/iktibar/patriotism iktibar/patriotism daripada kerajaan 10markah daripada tamadun awal awal demi memajukan negara kita dunia demi memajukan Negara kita Nyatakan nilai-nilai murni/ iktibar/ patriotism daripada sumbangan dalam aspek politik yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita.

Kesimpulan Merumus secara 8. keseluruhan isi yang telah dibincangkan. -

Rumusan 5 markah Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara Harapan untuk masa depan politik Malaysia yang lebih mantap.

SKEMA JAWAPAN Soalan: Huraikan peningkatan dan sumbangan tamadun awal dunia dan hubungkaitkannya dengan kemajuan Negara Malaysia.

Soalan Isi huraian 1 Jawapan Pengenalan - Lokasi kewujudan - Bentuk/jenis - Contoh tamadun - Bukti kewujudan - Jangka masa - Maksud - Proses peningkatan - Peranan 2 Pentadbiran Tamadun Yunani: Pemerintahan: -bentuk pemerintahan mengalami perubahan daripada Monarki/Oligarki/Aristokrasi/Diktator kepada demokrasi - Orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran Negara kota. - Athens mengamalkan system beraja. - Raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsol - Raja berperanan sebagai ketua tentera, ketua hakim dan ketua agama - Apabila kuasa konsol menjadi kuat peranan raja merosot - Pemerintahan dikuasai oleh konsol yang terdiri daripada golongan kaya - Pemerintahan oleh beberapa orang konsul dinamakan Oligarki - daripada kalangan konsul lahir golongan Aristokrat yang kuat dinamakan Aristokrasi - Rasa tidak puashati rakyat terhadap pemerintahan Aristokrasi - Golongan yang menuntut hak /berlaku rampasan kuasa

Markah 5

15

- wujud pemerintahan bentuk Tirani oleh Diktator/golongan kaya atau tentera - rakyat biasa menyokong rampasan kuasa/ditentang oleh golongan Aristokrat. - Lahir system demokrasi - terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis - semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan perhimpunan antara 6 bulan hingga setahun - Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali dalam sebulan dan setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. - segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis. - Ahli Majlis, Majestrit dan Juri dilantik oleh Dewan, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya. - Di Sparta system pemerintahan tentera diamalkan - Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan system ini melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotic yang tinggi/handal. Tamadun Rom: Pemerintahan mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat latin tempatan. Pemerintahan ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin Masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan dikenali sebagai patrician memberontak. Mewujudkan system Republik Tiada pemerintah berkuasa mutlak, kuasa tertinggi terletak pada dua orang Konsul yang dilantik oleh Dewan Senat.Antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan. Dewan Senat dilantik sebagai konsul iaitu pemerintah tentera. Dewan Senat ialah Dewan perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom Segala Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan. 15 Perundangan Tamadun Yunani.Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato/Republic Negara harus diperintah oleh ahli falsafah Mereka cekap/terbaik/berupaya menggubal undang-undang

Tamadun Rom Undang-undang bertulis Undang-undang pertama Hukum Kanun 12/dikenali Papan Dua Belas Dipahat pada kayu Diletak di tempat awam/tatapan rakyat Maharaja Justinian mengumpulkan/menyatukan/membukukan undang-undang tersebut. Lahir Kod Undang-undang Rom pada tahun 527M/Dikenali sebagai Undang-Undang Justinian

Sumbangan Tamadun Tamadun Yunani -Sistem pemerintahan berbentuk demokrasi -Rakyat terlibat membuat keputusan politik -Rakyat terlibat secara langsung dalam pemerintahan -Kerajaan demokrasi ialah kerajaan rakyat -Diamalkan kebanyakan Negara 15 Tamadun Rom -sistem republic -dikuasai dua orang konsul -Konsul dibantu oleh dua orang Dewan Senat -Dua orang konsul untuk imbang kuasa -Dewan senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan -diwakili oleh rakyat

Demokrasi berparlimen dimanfaatkan demi kestabilan Negara -Terdapat tiga komponen utama -Badan pemerintah / eksekutif -Badan perundangan -Dewan Negara -Dewan Rakyat -Badan kehakiman -Sistem pilihanraya

-Rakyat mempunyai kuasa mengundi -Rakyat memilih ahli dewan rakyat -Keamanan dapat diwujudkan -Undang-undang Negara terpelira -Rakyat berpeluang membentuk kerajaan -Rakyat bebas memilih perwakilan -Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan -mengekalkan kerajaan yang adil dan stabil -Raja menjadi lambang taat setia rakyat -saluran yang sah 5 Kejayaan Negara -kemajuan ekonomi -perindustriaan berkembang -tumpuan pelancong -hubungan antarabangsa berkembang -mendapat sanjungan Negara luar -pemimpin diiktiraf masyarakat antarabangsa -perpaduan kaum -kehidupan rakyat makmur -perkembangan pendidikan -pertambahan pelaburan asing

cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memantapkan kestabilan politik demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.(5m) (a)Kewangan: -Kekurangan modal - Nilai matawang turun naik/spekulasi Pelaburan -kejatuhan pasaran malam -masalah menarik pelabur asing Teknologi -perkembangan bidang ICT -bergantung kepada teknologi luar Tenaga kerja -kurang mahir -bergantung kepada Negara luar -ramai tenaga mahir berkhidmat di luar Negara

-kurang pengetahuan Gejala social -keruntuhan akhlak -dadah -buang bayi -jenayah -nilai-nilai kemanusiaan pudar (jawapan munasabah) b)Langkah-langkah mengatasi cabaran di atas Kewangan -penggabungan bank - memperkenalkan dinar emas Memperluas perbankan Islam Pasaran Meningkatkan kualiti barangan e-dagang Kemahiran Penguasaan ICT Menambah bilangan tenaga professional Modal insan Memperkukuh jati diri Menerapkan integriti Konsep 1Malaysia Merealisasikan Wawasan 2020 Dasar kerajaan Menjayakan dasar-dasar kerajaan

Nilai murni/ Iktibar / Patriotisme -Memiliki sikap bertoleransi -Sedia menerima perubahan -Kepentingan memelihara perpaduan -Kepentingan ilmu pengetahuan -Mengekalkan keamanan -Patuh kepada undang-undang -Hormat kepada pemerintah/ Taat -Bekerjasama memajukan Negara -Berusaha memastikan negara sentiasa aman -Berbangga kepada negara -Belajar bersungguh-sungguh

Rumusan -Harapan agar Malaysia kekal aman dan makmur -Pengetahuan yang diperoleh -Iktibar kepada diri, bangsa dan negara

Ting 5

SOLAN KERTAS 3 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA (KELAS 5 A/T)
TEMA /TAJUK :10.2 Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Soalan :Penjajahan British di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan. Pada pendapat anda mengapakah semangat patriotisme menjadi tonggak dalam mengekalkan kedaulatan negara.? Peringatan Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah

Format Pengenalan

Aspek Memahami latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehimgga Perang Dunia Kedua

Isi dan Huraian

Memahami sebabsebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British

Perincian 1 Pengenalan Jelaskan latar belakang nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. 2 Sebab-sebab penentangan Bincangkan sebabsebab penentangan masyarakat terhadap British di tanah Melayu. 3 Peristiwa penentangan pemimpin tempatan Terangkan peristiwa penentangan pemimpin tempatan

Markah Penuh 5 markah

30 markah

Menganalisis peristiwa penentangan pemimpin tempatan

15 markah

terhadap British di (a) Naning (b) Kelantan Mengaplikasi kepentingan semangat patriotisme dalam mengekalkan kedaulatan negara. 15 markah 4 Semangat patriotisme mampu mengekalkan kedaulatan negara Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara? 10 markah

Menilai kejayaan Malaysia dalam pelbagai aspek. 5 Kemakmuran negara hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Pada pendapat anda,apakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Mencipta/menjana idea dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemakmuran Malaysia.

10 markah

6 Cabaran dan langkah mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. (a) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara[5 markah]

(b) Nyatakan langkahMenghayati nilai-nilai langkah untuk murni/iktibar/patriotism mengatasi cabaran di dalam usaha atas.[5 markah] mengekalkan kedaulatan negara. 7 Nilai-nilai murni /iktibar/patriotism daripada usaha mengekalkan kedaulatan negara Nyatakan nilai-nilai murni yang perlu ada pada setiap warganegara Malaysia dalam usaha mengekalkan kedulatan negara. Kesimpulan Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan 8 Rumusan Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri,bangsa dan negara Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

10 markah

5 mark

Cadangan Peraturan Pemarkahan (Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang dunia Kedua) 1. Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah. Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20 Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.

Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja Lela/Rentap /Mat Salleh. [7x1m][Maksimum:5 markah] 2. Sebab-sebab penentangan Dasar penaklukan British Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan Britishdi daerah mereka. Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya. Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti. Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan. Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan ...British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai. Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai. Campurtangan British dalam adat resam tempatan

Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan . Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan. Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka. Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. .Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya. Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial. Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British. Kesulitan penduduk tempatan Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British. yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British. [29x1m][Maksimum:30 markah]

3. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan a) Naning Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833 merupakan penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu. Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan British. Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada Melaka sebagai ufti. Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk menakluki Naning. Dol Said menentang pasukan british.

Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali daripada Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/DatoKelana Sungai Ujong/Penghulu Gemencheh. Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah 150 orang di bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh,daerah Naning. Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang menyerang Naning. Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said. Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana. b) Kelantan Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut. Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada tahun 1910 apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British. British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan. Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan membayar cukai. Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang telah mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu Adam,Haji Said,Che Ishak,dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya menawannya. Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai Raja,Tok Janggut sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai daerah. Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat. Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring. Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih moden berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas. Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British. [23x1 m][Maksimum:15 markah] 4. Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara

...Mempunyai semangat setia negara yang tinggi Sanggup berkorban untuk bangsa Mempunyai sifat kerjasama. Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna. Menguasai pelbagai kemahiran. Mengekalkan perpaduan kaum. Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia. Menguasai kepakaran sains dan teknologi. Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar. Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative. Menjaga keamanan negara. Patuh pada ajaran agama. Hormat-menghormati sesame individu [16x1m][Maksimum:15 markah] 5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum Membina Menara Berkembar Petronas Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) program Angkasawan Negara. Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) Pelaksanaan K-ekonomi. Sistem perbankan elektronik Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail. Pembinaan Jambatan Pulau Pinang Pembinaan Menara Kuala Lumpur. Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak. [13x1m][Maksimum 10 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 6. (a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara . Mengukuhkan perpaduan kaum Pelbagai bahasa Pelbagai budaya Pelbagai kepercayaan/agama Pelbagai fahaman politik Pendudukan yang berbeza

Polarisasi kaum Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi Merapatkan jurang perbezaan pendidikan Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Mudah terpengaruh dengan anasir luar [12x1m][Maksimum:5 markah] (b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah Menjayakan konsep 1 Malaysia. Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pengamalan Prinsip Rukun Negara. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan. Program latihan Khidmat Negara(PLKN) Pengagihan ekonomi secara seimbang [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 7. Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara. Cinta akan negara. Kerjasama antara pelbagai kaum. Bertolak ansur. Kebijaksanaan pemerintah. Keadilan. Berani mempertahankan negara. Berakhlak mulia. Menghormati hak asasi manusia. Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat. Sanggup berkorban untuk negara. [10x1m][[Maksimum:10 markah] 8. Rumusan Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri bangsa dan negara. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

SOALAN KERTAS 3 BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


Tema/Tajuk:11.1 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

Soalan:Pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu 1946 telah membangkitkanpenentangan masyarakat terhadap penjajahan British. Pada pendapat anda,sejauh manakah perpaduan rakyat dapat menjamin keharmonian negara kita? Peringatan Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. Format Aspek Perincian Markah Penuh 5 markah

Pengenalan Memahami latar 1. Pengenalan belakang/sebab-sebab Jelaskan latar pengenalan Malayan belakang/sebab-sebab Union pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu. Isi dan Memahami reaksi 2. Reaksi terhadap Malayan Huraian masyarakat terhadap Union . pengenalan Malayan Terangkan reaksi penduduk Union Tanah Melayu terhadap Malayan Union Menganalisis tindakan 3. Tindakan orang Melayu orang Melayu menentang Malayan Union . menentang Malayan Bincangkan tindakan orang Union Melayu menentang Malayan Union. Mengaplikasi 4. Perpaduan bangsa Malaysia perpaduan bangsa dalam menjamin kemakmuran Malaysia dalam negara. menjamin kemakmuran Bagaimanakah perpaduan negara. bangsa Malaysia dapat dipertingkatkan? Menilai kejayaan 5. Kejayaan Malaysia hasil Malaysia dalam daripada perpaduan bangsa menjamin kemakmuran Malaysia. negara Berdasarkan pemerhatian anda jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara menerusi perpaduan bangsa Malaysia. Mencipta/menjana idea 6. Cabaran dan langkah untuk mengekalkan mengekalkan keamanan dan keamanan dan kemakmuran negara. kemakmuran negara. (a) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran [5 markah] (b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di

30 markah

15 markah

15 markah.

10 markah

10 markah

atas.[5markah] Menghayati nilai-nilai 7. murni/iktibar/patriotisme dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum. Nilai-nilai 10 murni/iktibar/patriotisme dalam markah usaha memperkukuh perpaduan kaum. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme/dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia. Merumus secara 8. Rumusan 5m keseluruhan isi yang Pengetahuan yang telah dibincangkan. diperoleh. Iktibar kepada diri,bangsa dan negara. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

Kesimpulan

Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 :Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia 1. Pengenalan/Latar belakang sebab-sebab pengenalan Malayan Union di tanah Melayu Latar belakang Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupaka usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selama ini British menjalankan dasar menerima negeri Melayu sebagai pemilik tanah Melayu,adat iatiadat Melayu,agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai budaya Melayu. Sebab-sebab pengenalan Malayan Union Persediaan membentuk kerajaan sendiri Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union sebagai langkah persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri. Melahirkan pentadbiran yang licin Malayan Union dibentuk untuk melicinkan pentadbiran Tanah Melayu. Sebelum perang dunia kedua,tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit politik pentadbiran yang berbeza iaitu Negeri-negeri Selat (NNS),Negeri-negri Melayu Bersekutu (NNMB),dan NegeriNegeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) Menjimatkan kos pentadbiran Pengenalan Malayan Union juga bertujuan untuk menjimatkan kos pentadbiran. Kepelbagaian sistem pentadbiran di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua telah menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

Membentuk Bangsa Malayan Union British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union. supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka. Menumpukan taat setia kepada Malayan Union. British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut. Mengawal Kuasa Politik Melayu Pengenalan Malayan Union membolehkan British dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu. Menjamin penguasaan yang berterusan British ke atas sumber ekonomi Tanah Melayu. [13x1m][Maksimum:5 markah]

2. Reaksi Penduduk tanah Melayu terhadap Malayan union Lahir pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu apabila Malayan Union diperkenalkan dan kebanyakan daripada mereka menentang Malayan Union. Penentangan Orang Melayu Cara MacMicheal mendapatkan persetujuan Sir Harold MacMicheal mengugut raja-raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan takhta sekirangya enggan menerima Malayan Union. seperti yang terjadi pada Sultan Badlishah,Kedah Kebanyakan Sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada sultan Perak. Terdapat Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor. Raja-raja Melayu Kehilangan Kuasa bagi orang Melayu,keadaan selepas perang dunia kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik . Orang Melayu secara prinsipnya menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union. Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Raja-Raja Melayu juga kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.

Waaupun Raja-Raja Melayu masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union. Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan Sultan sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam. Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar. Kerakyatan Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang melayu sebagai penduduk peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang. menyebabkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu bertambah mundur. Kehilangan Warisan Tamadun. Orang melayu turut bimbang yang mereka akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka. bagi orang Melayu,pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut. Golongan Menyokong. Terdapat sebahagian kecil yang menyokong Malayan Union,antaranya termasuklah orang dagang,dan golongan radikal Melayu. Golongan Radikal Melayu. Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-Negeri Melayu menjadi sebuah unit politik. untuk melicinkan pentadbiran. Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union. yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu. Mereka menyokong kerakyatan terbuka Malayan Union. boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing. Mereka juga mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Janji ini merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union. Mereka percaya British perlu menjajah Tanah Melayu terlebih dahulu sebelum proses berkerajaan sendiri dilaksana dan kemerdekaan diberikan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong Malayan Union. kerana pemerintahannya bessifat Barat menghapuskan sistem feudal Melayu. tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu. PKMM percaya konsep republic seperti Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya Konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan. PKMM menyokong penyatuan pentadbiran agama Islam dapat dipermudahkan.

Parti-parti radikal lain. Seperti PKMM,Angkatan pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam,Angkatan wanita Sedar (AWAS) dan Barisan tani Malaysia (BATAS) menyokong Malayan union kerana konsep republik. Pegawai Tadbir Melayu Terdapat pegawai tadbir Melayu yang menyokong Malayan union dengan alasan British merupakan kuasa besar dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu. [40x1m][Maksimum:30 markah] 3. Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu,majlis dan Warta Negara. telah menyuarakan bantahan secara berterusan. Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai. semasa Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu Demonstrasi berlaku di Khota Bharu,Kelantan,dan di Alor Setar Kedah. Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat tanah Jajahan di London. Pada 23 Januari 1946,Dato Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres. dan menubuhkan United Malays Organizations (UMO) sebagai benteng menentang Malayan Union. Kongres Melayu 1946 diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab sultan Sulaiman,Kampun Baru,Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri seramai 163 orang dan 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Kongres Melayu 1946 bersetuju menubuhkan United Malays National Organization(UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union. Kongres Melayu kedua telah diadakan dari 30-31 Mac 1946. Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar. untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union kepada ahli-ahli Parlimen British iaitu L.D Gammand dan David Reese Williams. Raja-Raja Malayu telah berkumpul di Kuala kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut. langkah tegas orang Melayu mendorong British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO. Hasil daripada perundingan ini membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu [19x1m][maksimum:15 markah] 4. Bagaimanakah perpaduan bangsa dapat dipertingkatkan? Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah.

pengamalan prinsip Rukun Negara. Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaaan. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Penubuhan Sekolah Wawasan. Penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah Program latihan khidmat negara.(PLKN) Sukan untuk semua Aktiviti gotong royong Program Khidmat Masyarakat Kempen Budaya Penyayang Memantapkan peranan sekolah kebangsaan Amalan kekitaan sifat berdisiplin. [17x1m][Maksimum:15 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 5. Kejayaan Malaysia hasil daripada perpaduan Bangsa Malaysia Keamanan negara terjamin Keselamatan negara terkawal Ekonomi berkembang pesat Industri pelancongan berkembang maju. ,Kestabilan politik Tumpuan pelabur asing Tiada peperangan Malaysia terkenal di mata dunia Tiada rusuhan kaum Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan sistem penangkutan/perhubungan diperluas [11x1m][Maksimum:10 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 6. (a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran Masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa berlainan budaya Berlainan kepercayaan Berlainan pendapat terhadap keduniaan Pengaruh media elektronik/cetak

Terpengaruh dengan anasir luar Pelbagai fahaman politik [8x1m][Maksimum:5 markah] [mana-mana jawapan lain yang munasabah] (b) langkah-langkah untuk mengatasi cabaran Mengukuhkan perpaduan kaum Melaksanakan konsep 1 Malaysia. Menjayakan wawasan 2020 Memantapkan Institusi keluarga. Melonjakkan kecemerlangan pendidikan Pengagihan ekonomi secara adil Mengamalkan prinsip musyawarah [7x1m][Maksimum:5 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

7. Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme Bertoleransi Bekerjasama Tolong-menolong Hormat-menghormati Bersatu-padu Tabah menghadapi cabaran bijak menyelesaikan masalah. Bersyulur Kebijaksanaan pemimpin Permuafakatan antara kaum Mematuhi ajaran agama Mengamalkan budaya bangsa [12x1m][Maksimum:10 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 8. Rumusan Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri,bangsa dan negara. Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

SOALAN KERTAS 3 BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA


Tema/Tajuk:11.1 Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa Soalan:Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa pada zaman kesultanan Melayu Melaka dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan Malaysia pada hari ini. Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Format Pengenalan

Isi dan Huraian

Aspek Perincian Memahami latar 1. Pengenalan belakang pembinaan Jelaskan tentang latar belakang negara dan bangsa pembinaan negara dan bangsa. Memahami 2. Pembinaan negara dan bangsa pembentukan negara Eropah dan bangsa Eropah. Bincangkan latar belakang pembinaan negara dan bangsa berikut: a) Itali [15m] b) Jerman [5m] c) Kerajaan Islam di Madinah [5m] d) Negara Malaysia [5m] Menganalisis cirri-ciri 3. Ciri-ciri negara dan bangsa negara dan bangsa Zaman Kesultanan Melayu dalam Kesultanan Melaka. Melayu Melaka. Huraikan cirri-ciri pembinaan negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka Mengaplikasi 4. Kedudukan starategik kedudukan strategik dimanfaatkan demi kemajuan dimanfaatkan demi negara. kemajuan negara. Bagaimanakah masyarakat hari ini memanfaatkan kedudukan yang staregik di rantau AsiaTenggara bagi memajukan negara. Menilai kejayaan 5. Kejayaan Malaysia setelah Malaysia setelah memanfaatkan kedudukan yang memanfaatkan startegik di Asia Tenggara. kedudukan yang Pada pendapat anda,apakah strategik di Asia kejayaan yang dicapai oleh Tenggara. Malaysia setelah memanfaatkan kedudukan yang strategik di rantau Asia Tenggara?

Markah Penuh 5 markah

30 markah

15 markah

15 markah.

10 markah

Kesimpulan

Mencipta/menjana idea 6. Cabaran menjadikan Malaysia untuk menjadikan sebagai sebuah negara maju. Malaysia sebagai a) Jelaskan cabaran yang dihadapi sebuah negara maju. oleh Malaysia dalam memajukan negara.[5markah] b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.[5 markah] Menghayati nilai-nilai 7. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotism murni/iktibar/patriotisme/daripa daripada Kesultanan da Kesultanan Melayu Melaka Melayu Melaka demi yang boleh diteladani demi mamajukan Malaysia. kemajuan Malaysia. Merumus secara 8. Rumusan keseluruhan isi yang Pengetahuan yang diperoleh. telah dibincangkan Iktibar kepada diri,bangsa dan negara. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

10 markah

10 markah

5 markah.

Praktis Formatif: Kertas 3 Cadangan Peraturan Pemarkahan 1. Pengenalan/latar belakang pembinaan negara dan bangsa. Konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu tradisional. Sistem politik masyarakat Melayu tradisional adalah berbeza daripada sistem politik negara moden. Dalam masyarakat Melayu tradisional muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja. Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyat yang mendiami kawasan kekuasaannya. Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah raja pula akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut. Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan. Dalam masyarakat Melayu tradisional,negeri bererti kawasan seperti Larut,negeri Bernam,dan negeri Krian.

Dalam perjanjian antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing,keseluruhan kerajaan merujuk kepada negeri dengan segala jajahan takluknya. Konsep Kerajaan dan negeri pada zaman penjajahan Penjajahan kuasa barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu Tradisional. Setelah British campurtangan di Semenanjung Tanah Melayu,British mulai merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. British menetapkan sempadan setiap kerajaan. Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri. Pada tahun 1946,British telah memperkenalkan gagasan Malayan Union untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden tetapi telah ditentang oleh orang Melayu. Pada tahun 1948,sebuah pentdbiran pusat yang menggabungkan semua negeri Melayu telah ditubuhkan di bawah Persekutuan Tanah Melayu. Pemberian kemerdekaan oleh British kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang merdeka. Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat.

Konsep bangsa Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam ikatan ketatanegaraan atau dengan kata lain warganegara sesebuah negara. Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini. Konsep bangsa Malaysia dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991. Negara dan bangsa Malaysia terbentuk apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang mempunyai bahasa,budaya,kepercayaan,dan pendapat terhadap keduniaan yang berbeza. bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan. Pengamalan kebudayaan kebangsaan. Pengamalan rukun negara dalam setiap aspek kehidupan. Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan,pengisian kemerdekaan,dan pengekalan kemerdekaan. [27x1m] [Maksimum:5 markah] 2. Pembinaan negara dan bangsa Eropah (a) Pembinaan negara bangsa di Itali Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilyah.

Di bahagian Utaranya,beberapa wilayahnya seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. Orang Itali ingin menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan. dengan menghalau keluar orang Austria dari bumi Itali. Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali sebagai sebuah negara. dengan menggunakan amalan realpolitik. Count Camillo Benso di Cavour sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki. Beliau telah bekerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860. Hasil bantuan Napoleon III,Itali berjaya mengalahkan Austria. Melalui satu pungutan suara yang diadakan Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majority rakyat untuk menyatukan itali. Pada tahun 1866,wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali. sebagai membalas jasa Itali,dalam membantu Prussia menewaskan Austria. Pada tahun 1870,Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom. dan Count Camillo Benso di Cavour mengambil peluang tersebut untuk menyatukan Rom dengan Itali. Penyatuan ini berjaya membentuk sebuah negara bangsa Itali. [16x1m][Maksimum:15 markah]

(b) Pembinaan negara bangsa di Jerman Di Jerman,Otto Eduard von Bismarck turut mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman pada tahun 1871. Bismarck menggunakan pelbagai teknik. seperti tipu helah,pemalsuan dokumen,provokasi,penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman. Bismarck menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan semangat rakyat Prussia di medan tempur. Bismarck telah melancarkan tiga siri peperangan untuk menentang musuhnya. iaitu Denmarck (1864),Austria (1866) dan Perancis (1870). [9x1m)[Maksimum:5 markah] (c) Pembentukan kerajaan Islam di Madinah Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam. Nabi Muhammad s.a.w terlebih dahulu menyusun perlembagaan Madinah sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah. melalui cara diplomasi,musyawarah,dan permuafakatan.

Pembentukan kerajaan Islam Madinah membuktikan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil daripada amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat. [7x1m][Maksimum:5 markah] (d) Pembentukan negara dan bangsa Malaysia Pembentukan negara Malaysia adalah berkat kebijaksanaan pemimpin negara. Pandangan jauh pemimpin tidak menumpahkan darah. Kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia adalah melalui rundingan. pakatan murni. dan tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar di negara ini.*5x1m+ *Maksimum:5 markah+ 3. Ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa negara kita. Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan Melaka tercatat dalam buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang. Sejarah Melayu merupakan dokumen historiografi Melayu yang terpenting. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai masyarakat yang tersusun,berperaturan dan mempunyai sistem pentadbiran dan politik yang tersendiri. Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan pelabgai kesan dan warisan sosial politik dalam sistem pemerintahan negara kita. Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan cirri-ciri negara bangsa moden pada hari ini. Ciri-ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah wilayah pengaruh. Setiap negara mempunyai wilayah,iaitu tempat tinggal rakyat dan sempadannya sendiri yang diterima umum. Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan mengakui pemerintahan seorang raja. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruhnya yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan. Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan tanah Melayu dan seluruh bahagian Timur Sumatera. Kedaulatan ...Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi sesebuah wilayah ke atas rakyatnya. Kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak. Kedaulatan juga dirujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara atau pemerintah. Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Ini bermakna negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya. Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan,paksaan,taklukan,atau penjajahan kuasa asing.

Pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka adalah berbeza dengan negara moden kerana kedaulatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dirujuk terus kepada raja yang memerintah.. Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan. Lambang-lambang Lambang negara merupakan symbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambing penaytuan bangsa dan negara. Sistem pemerintahan beraja,adat istiadat Melayu,bahasa Melayud an agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka dilambangkan dengan alat regalia,nobat,warna,bahasa,undang-undang,protocol,dan adat istiadat istana. Antara alat kebesaran diraja yang menjadi symbol kedaulatan raja dan kerajaan yang memerintah ialah tengkolok diraja,cogan agama,gendik diraja,kalung diraja,dan pending diraja. Keunggulan Undang-undang Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan. Undang-undang dicipta untuk memeliharakeamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan,kehakiman,bahasa,agama,dan kerakyatan yang diterima oleh masyarkat. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hokum adat tempatan dan agama Islam,iaitu hokum kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal. yang menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat. turut menyatakan kesalahan terhadap kesalahan jenayah awam,undang-undang keluarga dan sebagainya. Undang-undang laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut. Seperti tanggungjawab pegawai kapal. aturcara pelayaran. cara perniagaan. bidang kuasa nahkhoda kapal. hukuman bagi kesalahan jenayah. Rakyat Rakyat islah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah. Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.

Sebagai tanda ketaatan,rakyat bersedia untuk mempertahankan negara,menghadiri adat istiadat kerajaan,mengadakan gotong royong,kerahan tenaga. Kerajaan Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran. menjaga keamanan. mempertahankan kedaulatan negara. menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain. Pada masa dahulu,kerajaan hanya wujud apabila adanya raja. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Laksamana. Pembesar berempat ini menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing iaitu di darat,di laut,di sekitar Melaka,dan di jajahan takluk Melaka. Sistem Pembesar 4 lipatan ini menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan di Melaka. [49x1m][Maksimum :15 markah]

4. Bagaimanakah masyarakat Malaysia memanfaatkan kedudukan yang strategik di Rantau Asia Tenggara bagi memajukan negara? Memperlengkap kemudahan di pelabuhan. Menguruskan urusan di pelabuhan dengan cekap. Memajukan industry perkapalan. Menambah bilangan akademi Maritim. Menjadikan pelabuhan bertaraf antarabangsa. Mempelbagaikan fungsi pelabuhan. Memajukan sukan kapal layar. Menjadikan kawasan pantai sebagai industry pelancongan terkemuka. Memulihara khazanah laut. Memperketat kawalan kawasan perairan. Menggalakkan kemasukan pelabur asing. Menjamin kestabilan politik. Menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara. Menyediakan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia Menggunakan teknologi terkini. Menganjurkan persidangan antarabangsa/Komanwel/PBB/NAM/OIC. Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Mengekalkan keamanan serantau [18x1m][Maksimum:15 markah] [mana-mana jawapan lain yang munasabah]

5. Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan kedudukan yang strategik di Asia Tenggara Kemajuan ekonomi negara. Sektor pertanian berkembang pesat. Kepesatan sector perindustrian. Aktiviti perlombongan dijalankan secara produktif. Industri pelancongan berkembang maju/tumpuan pelancong asing. Perkembangan bidang maritime. Kemajuan sistem pengangkutan. Kemajuan perhubungan/komunikasi. Pusat tumpuan pelajar asing. Wujud hospital pelancongan. Pelaksanaan e-dagang [11x1m][Maksimum:10 markah] [Mana-mana jawapan yang munasabah]

6. (a) Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara. ...Ekonomi dunia yang tidak menentu. Kenaikan harga barangan. Kurang tenaga pakar. Memperkukuh perpaduan pelbagai kaum. Kadar pengangguran tinggi. Merapatkan jurng ekonomi antara penduduk Bandar dan luar Bandar. Bersaing dengan negara maju. Membendung gejala sosial. Kemasukan pendatang asing tanpa izin. [9x1m][Maksimum:5 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] (b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Menjayakan konsep 1 Malaysia. Merealisasikan wawasan 2020. Meneruskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia. Membentuk minda rakyat kelas pertama. Menjadi pusat kecemerlangan ilmu serantau. Meluaskan pasaran barangan .

[8x1m][Maksimum:5 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 7. Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism Mengekalkan kegemilangan tradisi. Mengukuhkan jati diri bangsa. Meningkatkan semangat patriotism. Memanfaatkan kurniaan tuhan. Gigih berusaha. Berdaya saing. Bersikap inovatif dan kreatif. Berfikiran terbuka dengan nilai-nilai yang bermanfaat. Berani menghadapi cabaran. Sedia menerima perubahan yang positif. Mengekalkan keamanan negara. Menguasai ilmu pengetahuan. Bertoleransi antara kaum [13x1m][Maksimum:10 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

8. Rumusan Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri,bangsa dan negara. Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

You might also like