You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU TAHUN 3 ________________________________________________________________ Mata pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan pelajar

Tema Tajuk Fokus Utama : Bahasa Melayu : 3 Bestari : 3 May 2013 : 8.30 9.30 pagi : 18 orang : Perpaduan : Amalan Murni Hidup Sejahtera : 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber. : Pada akhir pengajaran murid dapat: i) Mencatat maklumat yang betul dari pelbagai sumber ii) Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber. Ilmu Nilai : Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam : Bekerjasama, Bertolak Ansur, Menghormati, Bantu Membantu

Objektif

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir- Menjana idea, mengaitkan maklumat, mencatat maklumat, Kecerdasan pelbagai- verbal linguistik, Logik matematik Pengetahuan sedia ada : Murid-murid mengetahui dan mengamalkan amalan murni setiap hari di rumah dan di sekolah.

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 1.Murid ditunjukkan video pendek amalan bantu membantu. 2. Murid menyatakan amalan bantu membantu yang dilihat dari video tersebut. 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran hari ini.

Media/Catatan

Set Induksi Amalan Murni Hidup (5 minit) Sejahtera - Membantu nenek tua yang ingin melintas jalan - Membantu kanak-kanak yang terjatuh dan lain-lain.

BBM - Video pendek KBT - Kemahiran mengaitkan maklumat Nilai: - Bantu membantu BBM - Petikan Pendek KBT -Kemahiran berfikir -Mencatat maklumat Kecerdasan pelbagai-Kinestatik -Logik Matematik NilaiBekerjasama, Bertolak Ansur Menghormati

Langkah 1 (15 minit)

Tugasan individu: 1. Mencatat maklumat yang didengari di atas kertas. - Kita mesti saling menghormati orang lain. - Kita mesti mengamalkan sikap bertolak ansur. - Kita perlu mengamalkan sikap bekerjasama. - Aktiviti gotong-royong mengeratkan perpaduan. 2. Menulis maklumat yang didengari di papan tulis dengan betul.

1. Murid di minta mengeluarkan sekeping kertas. 2. Aktiviti dimulakan dengan guru membacakan sebuah petikan pendek Hidup Sejahtera kepada muridmurid. 3. Murid dikehendaki mendengar dan mencatat amalan murni dari petikan pendek yang di bacakan oleh guru. 4. Kemudian, murid dikehendaki mencatat maklumat yang ditulis diatas kertas di papan tulis. 5. Murid-murid dan guru bersama menyemak maklumat yang ditulis dan guru menekankan kepentingan amalan murni daripada petikan pendek tersebut.

Langkah 2 (15 minit)

Tugasan Berpasangan: Papan Gambar Cerita Semut dan Anai-Anai.


Papan 1- Anai-anai, semut merah dan semut hitam berbincang ingin mendirikan rumah di kawasan tersebut. Papan 2- Anai-Anai, semut merah dan semut hitam menggali lubang dan menimbun tanah untuk

1. Murid dipamerkan papan gambar di hadapan papan putih. Papan gambar tersebut mengandungi susunan cerita teladan Semut dan Anai-Anai kepada murid-murid. 2. Murid secara berpasangan dikehendaki mencatat maklumat yang betul dari papan gambar yang dilihat di papan putih di atas kertas lembaran

BBM - Papan Gambar -Lembaran kerja 1 KBTKontekstual

mendirikan rumah. Papan 3- Pergaduhan berlaku kerana semut merah mendirikan rumah yang besar. Papan 4- Anai-anai meredakan pergaduhan dan menasihati kawan-kawannya kepentingan bertolak ansur dan tolong menolong. Papan 5- Akhirnya mereka membina sarang yang kukuh dan hidup saling bantu membantu.

kerja yang diberikan. 3. Kemudian murid dikehendaki membacakan maklumat yang di catat berdasarkan papan gambar yang tunjukkan. 4. Murid dan guru berbincang berdasarkan maklumat yang dinyatakan dan menerapkan nilai murni dalam perbincangan tersebut.

Nilai: - Tolong menolong sesama rakan - semangat kerjasama

Langkah 3 (20 minit)

Tayangan Video: Sang Tikus dan Singa


1. Singa tinggal digua dan tertidur akibat terlalu lapar. 2. Sang Singa terdengar bunyi tikus dan segera menangkap Sang Tikus itu. 3. Sang Tikus sangat takut dan meronta-ronta minta dilepaskan. 4. Sang Tikus berjanji akan menolong Singa semasa dalam kesusahan jika melepaskannya. 5. Pada suatu hari Sang Singa telah terjatuh kedalam perangkap dan ia berasa amat takut. 6. Sang Singa menjerit meminta tolong dan Sang Tikus terdengar jeritannya. 7. Sang Tikus menggigit jaring tersebut dan menyelamatkan Sang Singa. 8. Akhirnya mereka menjadi kawan baik.

1. Murid ditayangkan sebuah video cerita teladan Sang Tikus dan Singa di hadapan kelas. 2. Murid dikehendaki melihat dan menghayati tayangan video tersebut. 3. Murid diedarkan dengan sekeping lembaran kerja. 4. Berdasarkan tayangan video cerita Sang Tikus dan Singa tersebut, murid dikehendaki mencatat maklumat yang betul mengikut susunan. 5. Murid dan guru berbincang jawapan yang diberikan dan guru menerapkan nilai-nilai murni dari tayangan video tersebut. 1. Murid di soal kembali amalan murni yang mereka ketahui berdasarkan cerita tadi. 2. Murid juga ditekankan kepentingan mengamalkan amalan murni untuk kesejahteraan hidup. 3. Guru memberikan aktiviti pengayaan kepada murid, rujuk Buku Teks Tahun 3 KSSR muka surat 55.

BBM - Lembaran kerja 2

Kemahiran berfikir: -mengenal pasti idea utama - menyusun atur Nilai: -Bekerjasama -Bantu Membantu

Penutup (5 minit)

Rumusan: Kita perlu mengamalkan sikap bantu membantu, bekerjasama, bertolak ansur dalam kehidupan seharian agar hidup sentiasa sejahtera.

Nilai: -Bantu Membantu -Bekerjasama -bertolak ansur

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENGAJIAN SOSIAL JANUARI 2011 SEMESTER 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU TAHUN 3


BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NO. K/P TARIKH SERAHAN NAMA PENSYARAH

: SITI SALWA BINTI SAMSUDIN : 2011211340040 : 910810-06-5600 : 29 MAC 2013 : DR. SITI HAJAR BINTI ABD AZIZ

Petikan Pendek

Hidup Sejahtera
Murid-murid yang saya sayangi, Kita akan hidup sejahtera jika kita baik hati dan menghormati orang lain. Kita mesti bersikap slaing menghormati bukan sahaja dengan orang dewasa malahan dengan rakan sebaya. Selain itu, kita mesti mengamalkan sikap bertolak ansur terutama apabila membantu orang miskin. Amalan ini menjadikan kita sabar dan bertimbang rasa. Seterusnya, kita perlu mengamalkan sikap bekkerjasama. Kita boleh menyertai kegiatan seperti bergotong-royong atau lawatan ke rumah kebajikan. Kegiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan. Sekian, terima kasih.

Arahan: Lihat gambar di papan gambar dan lengkapkan maklumat di bawah.

Arahan: Susun cerita dibawah mengikut susunan yang betul dan kemudian catatkan maklumat yang diperolehi diruangan disediakan. Cerita Sang Tikus menggigit jaring tersebut dan menyelamatkan Sang Singa. Sang Tikus sangat takut dan meronta-ronta minta dilepaskan. Singa tinggal digua dan tertidur akibat terlalu lapar. Pada suatu hari Sang Singa telah terjatuh kedalam perangkap dan ia berasa amat takut. Sang Singa terdengar bunyi tikus dan segera menangkap Sang Tikus itu. Sang Tikus berjanji akan menolong Singa semasa dalam kesusahan jika melepaskannya. Akhirnya mereka menjadi kawan baik. Sang Tikus berjanji akan menolong Singa semasa dalam kesusahan jika melepaskannya. Nombor

Sang Tikus dan Singa


.. ..

You might also like