You are on page 1of 8

SEK KEB ASAHAN

Kertas Kerja Pergerakan Kreatif Kumpulan Gadis Cilik

DISEDIAKAN OLEH : ROZIDAH BINTI TOMAT ANJURAN : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JASIN

I. II. III.

Tajuk

: Gaya Hidup Sihat

Masa Persembahan : 15 Minit Objektif : a. Kognitif Membuka minda murid terhadap pengaplikasian alatan yang dapat membantu penerapan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Meningkatkan keupaayan murid dalam

mengaplikasikan alatan, pergerakan dan ritma bagi menerapkan gaya hidup yang sihat.

b. Psikomotor Mengaplikasikan pergerakan lokomotor dengan

bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Meningkatkan daya tahan otot pergerakan dengan menerapkan aktivti gaya hidup sihat dalam kalangan murid.

c. Afektif - Murid dapat melakukan aktiviti gaya hidup sihat dengan pengaplikasian muzik, alatan dan pergerakan lokomotor serta bukan lokomotor. - Melakukan aktiviti pergerakan dengan penerapan muzik dalam menjalankan aktiviti gaya hidup sihat.

IV.

Jumlah Murid

: 15 Orang

V.

Alatan/ Prop/ Kostum Alatan

: Props Peti lombol 1 unit Kostum Tshirt lengan panjang Oren : 5 helai Biru : 5 helai Merah : 5 helai -

Bola Gimnastik 3 unit

Gelung 3 unit

Bangku panjang 1 unit

Seluar traksut Biru gelap : 15 helai

Tali skipping 3 unit Belantan 3 unit Reben Gimnastik 3 unit

Tilam 1 unit Skital kecil 5 unit Skital besar 4 unit

Tuala key : 15 helai

Reben merah : 15 unit Pom pom : 30 unit

VI.

Latar Bunyi

: Segmen 1 Muzik sentimental Segmen 2 Lagu Hips Dont Lie (Shakira) Segemen 3 Lagu Oppa Gangnam Style (Psy) Segmen 4 Muzik sentimental

VII. Aspek Keselamatan : - Memastikan murid mengutamakan keselamatan sewaktu menggunakan papan lombol dengan menggunakan teknik yang betul. - Murid perlu membuat aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu sebelum melakukan avitiviti pergerakan kreatif. - Sentiasa memastikan kotak kecemasan ada pada setiap kali latihan pergerakan kreatif dilaksanakan. - Memastikan kawasan untuk latihan berada dalam keadaan yang luas, selesa serta selamat daripada bahan yang tajam.

VIII. Huraian kareografi mengikut segmen: a. Jenis Pergerakan Segmen Satu : 4 Minit Dalam segmen ini, murid 1,2,3,4 dan 5 akan bergerak masuk secara perlahan lahan dari arah kiri pentas dengan keadaan badan digerakkan ke kiri dan ke kanan sambil tangan didepangkan dan menggerak- gerakkan reben gimnastik secara bebas. Seterusnya, murid 6,7,8,9 dan 10 akan bergerak masuk secara perlahan lahan dari aras tengah pentas sambil menggerak gerakkan tangan ke atas dan ke bawah sehingga ke sisi badan sambil menggerakkan belantan. Murid 11, 12, 13, 14 dan 15 pula bergerak masuk secara perlahan lahan dari arah kanan pentas dengan keadaan badan digerakkan ke kiri dan ke kanan sambil tangan didepangkan dan menggerak gerakkan reben gimnastik secara bebas. Setelah semua murid berasa di bahagian pentas, murid akan membuat gerakan badan seperti ombak mengikut bulatan kumpulan kecil iaitu 5 orang setiap bulatan mengikut urutan masuk. Pergerakan akan dilakukan dalam kiraan 8 secara berselang selang dengan pergerakan membongkok iaitu membentuk buka dan tutup bulatan tengah. Semua pergerakan dilakukan selama 3 minit dan memainkan alatan dengan bebas mengikut pergerakan. (Tema pergerakan yang dilakukan ialah :

1. Tema 1 :Pergerakan lokomotor 2. Tema 2 : Pergerakan bukan lokomotor 3. Tema 3 : Manipulasi alatan 4. Tema 4 : Membongkok dan menegakkan badan 5. Tema 5 : Daya apungan

Segmen 2 : 4 minit Murid murid akan membentuk 3 barisan lurus dan kumpulan satu akan membuat pergerakan melenturkan badan ke sisi kiri dan kanan sambil menggerak gerakkan belantan secara berselang selang dengan rakan dihadapan dan seterusnya. Sebagai contoh, jika murid A ke kiri, murid B perlu melenturkan badan ke kanan dan seterusnya hingga murid dibariasan yang terakhir. Kumpulan 2 pula bergerak dengan membuat larian setempat sambil bermain tali skipping. Pergerakan di buat dalam kiraan 8. Dalam kiraan 8 seterusnya murid kumpulan dua perlu bergerak ke hadapan ke belakang secara berselang dengan menggunakan tali skipping. Kumpulan 3 perlu melompat melepasi gelum dalam kiraan 8 dan kiraan 8 yang seterusnya murid perlu membuat pergerakan grape vine sambil meniti bangku panjang dan meggerakkan gelung menggunakan kedua dua belah tangan. Tema pergerakan yang digunakan ialah :

1. Tema 1 : Pergerakan lokomotor 2. Tema 2 : Pergerakan bukan lokomotor 3. Tema 3 : Manipulasi alatan 4. Tema 4 : Melenturkan badan 5. Tema 5 : Melompat 6. Tema 6 : Daya apungan 7. Tema 7 : Pergerakan bukan lokomotor (grape vine)

Segmen 3 : 4 minit Murid kumpulan satu perlu merangkan melalui skital sambil menggolekkan bola gimnastik ke hadapan menggunakan tangan secara bergilir gilir. Sambil menunggu rakan menggolekkan bola, murid perlu melentikkan badan menggunakan bola terlebih dahulu mengikut alunan lagu. Murid kumpulan dua perlu menggolekkan badan secara gulingan balak dan seterusnya melompat melepasi papan lombol secara bergilir gilir. Murid kumpulan tiga pula perlu membuat pergerakan melentikkan badan secara bergilir gilir dengan menggerakkan belantan dalam kiraan 8 sebanyak 4 kali ulangan dan membuat lenggokkan pinggan dengan menggunakan gelung. Tema pergerakan yang digunakan adalah : 1. Tema 1 : Pergerakan lokomotor (melompat) 2. Tema 2 : Pergerakan bukan lokomotor (gulingan balak) 3. Tema 3 : Manipulasi alatan 4. Tema 4 : Melentikkan badan

Segmen 4 : 3 minit (Penyejukan badan) Semua murid membentuk satu bulatan yang besar sambil melenggok lenggokkan pinggang dan badan memegang tali pom pom. Tali pom pom digerakkan ke atas dan ke bawah. Semua murid membongkok ke dalam bulatan sambil menggerakkan tali pom pom dengan membuat gerakan menutup bulatan. Gerakan dibuat dalam kiraan 8. Setelah kiraan 8, murid membuat gerakan membuka bulatan dalam kiraan 8 sambil menggerakkan tali pom pom. Setelah itu, murid membuat gerakan membuka bulatan dan menghasilkan 3 bentuk bulatan kecil dengan gerakan mengjengket secara sedikit sedikit. Tangan diletakkan dibahagian sisi pinggang. Setelah membuat bentuk bulatan kecil, murid perlu membuat ombak dalam bulatan kecil mereka dalam kiraan 8 sambil menggerakkan tali pom pom. Penutupan dilakukan dengan membuat gerakan membongkok hingga ke lantai seperti keadaan sujud. Gerakan dibuat dalam kiraan 4.

1. 2. 3.

Tema pergerakan yang digunakan adalah : Tema 1 : Pergerakan lokomotor (membongkok) Tema 2 : Pergerakan bukan lokomotor (berjengket) Tema 3 : Manipulasi alatan

VIIII. Penutup

Secara rumusannya, aktiviti pergerakan kreatif ini dapat meningkatkan daya ketahanan serta kreativiti murid dalam mengaplikasikan pergerakan asas dengan alatan bagi melahirkan insan yang sihat dari segi jasmani serta emosi. Pergerakan kreatif juga dapat menjadikan murid seorang insan yang boleh menghargai bakat yang ada dalam diri mereka sendiri. Tuntasnya, aktiviti ini dapat membantu dalam melahirkan generasi yang sihat, cerdas, ceria, menghargai diri sendiri dan berdaya saing.

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN PERGERAKAN KREATIF PERINGKAT DAERAH JASIN 2013


Kategori 1 Sekolah Rendah

Bil

Kod Nombor Peserta

Tema (15m)

Pergerakan kreatif (25m)

Kareografi (30m)

Pakaian (20m)

Manipulasi alatan (10m)

Jumlah Markah

Tandatangan Hakim : . ( )

You might also like