You are on page 1of 21

UHW6023 - FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN Tugasan Berkumpulan

TAJUK:

PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM

NAMA

: FIRDAUS BIN MAHAMAD : ZULFAQIH BIN LAZIM : SURHAN JAMIL BIN HARON

(MM123014) (MM123018) (MM111161)

UNIVERSITI

: UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TA'ZIM MALAYSIA

FAKULTI PENSYARAH

: MECHANICAL ENGINEERING : P.M DR HUSSIN BIN SALAMON

KANDUNGAN

BAB MUKA DEPAN 1 PENGENALAN 1.1 1.2 Definisi atau Maksud Dara

TAJUK

MUKASURAT i

1 3

Manfaat Dan Muadarat Yang Akan Timbul Dari Pembedahan Selaput Dara 1.2.1 Manfaat Dari Pembedahan Selaput Dara

3 5

1.2.2 Kemudaratan Akibat Pembedahan Selaput Dara

MEMBAHASKAN SUDUT POSITIF DAN NEGATIF PENGEMBALIAN DARA BERDASARKAN PENYEBAB HILANGNYA SELAPUT DARA TERSEBUT 2.1 Manfaat Dan Mudarat Pemulihan Selaput Dara Yang Hilang Kerana Sebab Yang Tidak Dianggap Maksiat 2.2 Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang akibat zina 2.2.1 Keadaan 1 2.2.2 Keadaan 2 2.3 Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang akibat pernikahan

11

12 13 15

PEMBAHASAN MENGENAI SIKAP DOKTOR TERHADAP KEADAAN 16 YANG DIHADAPINYA

SENARAI RUJUKAN

19

1.0 1.1

PENGENALAN Definisi atau Maksud Dara Apakah maksud mengembalikan selaput dara? Mengembalikan selaput dara ialah proses

untuk menampal semula selaput dara yang telah terkoyak atau proses untuk mewujudkan selaput dara yang baru bagi menggantikan selaput dara yang telah terkoyak. Selaput dara ini atau di dalam Bahasa Inggerisnya disebut hymen ialah lapisan membran yang nipis dan lembut yang terletak di antara mulut vagina bagi seseorang perempuan. Secara teorinya, selaput dara yang terkoyak sebelum perkahwinan disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Jika difikirkan secara negatif, tentulah koyakan selaput dara ini disebabkan berlakunya hubungan kelamin yang diharamkan oleh syarak. Tetapi jika difikirkan secara positif, koyakan selaput dara ini mungkin disebabkan oleh berlakunya sesuatu kemalangan yang mengakibatkan kecederaan di bahagian tersebut atau seseorang itu sejak dari azali lagi tidak mempunyai selaput dara. Masyarakat dunia berbeza pandangan mengenai kepentingan selaput dara ini iaitu sebagai lambang keperawanan bagi seseorang wanita. Sebagaimana masyarakat kita atau masyarakat timur, berpendapat selaput dara ini merupakan lambang mahkota sejati bagi seseorang wanita, dan bagi seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) akan dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan merasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah di saat-saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya). Bagi masyarakat barat pula melihat soal dara sebaliknya, mereka beranggapan wanita yang memiliki dara ialah golongan yang tidak mempunyai pengalaman di dalam melakukan hubungan seksual dan mereka ini seolah-olah tidak berkeinginan untuk melakukan perkara tersebut. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah

melakukan hubungan seks selalunya ketika berusia belasan tahun dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja. Selaput dara (hymen) atau kedaraan menjadi status yang dipandang berharga oleh agama, social malah ekonomi. Pada pandangan agama, selaput dara atau organ faraj harus dijaga kesuciannya. Kesucian bukan bermakana kebersihan saja, tetapi maruah dari diceroboh oleh lelaki bukan suaminya. Dan mereka itu yang memeliharakan kehormatan mereka melainkan atas isteri atau hamba sahyanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas (Al-Mukminun: 5-7) Bagi kaum Adam, Islam menyarankan memilih pasangan yang masih dara. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi) Pada dasarnya, pembedahan untuk mengembalikan selaput dara ini merupakan isu baru yang muncul selepas berkembangnya ilmu sains perubatan ini. Kejayaan kepada pembedahan ini mengundang kepada kekusutan apabila wanita-wanita yang mengalami kekoyakan selaput dara sebelum menempuhi gerbang perkahwinan antara golongan awal yang melakukan pembedahan ini. Malah di dalam masyarakat Islam kini, wanita-wanita yang mampu untuk menempuhi gerbang perkahwinan tanpa sebarang halangan sama ada halangan dari keluarga atau masyarakat setempat juga memohon untuk melakukan pembedahan ini.

Hal ini membuatkan para doktor yang melakukan pembedahan ini merasa bingung kerana mereka ini telah bersubahat dengan golongan wanita tersebut kerana menipu bakal-bakal suami mereka sepertimana golongan doktor ini berasa terpanggil untuk menyelamatkan golongan wanita ini dari sebarang skandal atau dibunuh akibat di pandang serong oleh masyarakat apabila dikatakan telah menjual kehormatan diri mereka. Sebenarnya, pembedahan untuk

mengembalikan selaput dara ini bukan sahaja dilakukan oleh wanita-wanita yang belum berkahwin, bahkan juga dilakukan oleh golongan janda dan juga wanita-wanita yang telah diceraikan. Selain itu, hal ini juga mengundang kepada sesetengah golongan isteri untuk melakukan pembedahan ini agar sentiasa merasakan diri itu masih dara dan mengingatkan kepada pasangan suami isteri itu kepada malam pertama perkahwinan mereka. 1.2 1.2.1 Manfaat Dan Muadarat Yang Akan Timbul Dari Pembedahan Selaput Dara Manfaat Dari Pembedahan Selaput Dara

Jika kita melihat kepada tindakan ini dari segi pengaruhnya, dengan mempertimbangkan adat dan kebiasaan yang memberikan reaksi jika diketahuai punca kehilangan atau kerosakan selaput dara, kita akan dapati beberapa manfaat yang sesuai dengan syariat. Diantaranya: a) Untuk Melindungi Aib Seseorang Wanita Itu Golongan doktor yang melakukan pembedahan ini mestilah bertujuan untuk kebaikkan iaitu menutup aib seseorang gadis yang terianaya. Ini kerana, jika perbedahan ini tidak dilakukan ia mungkin akan memudaratkan gadis dan keluarga gadis itu sendiri.

Menutup aib tidak hanya menyembunyikan aib itu daripada orang lain, ini adalah tindakan menutup aib dalam bentuk tidak nyata. Manakala pembedahan membaiki selaput dara yang dilakukan oleh doktor adalah bentuk tindakan menutup aib secara nyata. Kedua-duanya adalah bertujuan untuk menghindari aib dan kesan buruk pada pihak yang terlibat. Tindakan menutup aib seseorang gadis yang mengalami kerosakan selaput daranya tidak akan tercapai kecuali dengan cara kedua. Sedangkan cara pertama saja tidak mungkin tercapai, bila aspek budaya dan adat diambil kira. Menutup aib sendiri merupakan tujuan syariat yang mulia dan telah ditekankan dalam beberapa hadis dari sunnah Nabi s.a.w.. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidaklah seorang hamba menutupi aib orang lain di dunia, kecuali Allah akan menutupi aibnya pada hari akhirat (Hadis Riwayat Muslim) b) Melindungi Institusi kekeluargaan Disamping kebaikan untuk menutup aib, ia juga dapat melindungi institusi kekeluargaan yang akan dibentuk kemudian hari dari perkara-perkara yang yang menyebabkan kehancuran. Ini kerana, jika doktor tidak dapat mengembalikan selaput dara gadis itu dan kemudiannya gadis itu berkahwin, dan suaminya mengetahui hal tersebut, maka hal ini akan menyebabkan penceraian dan kehancuran rumah tangga itu. Atau paling tidak, akan menimbulkan sikap prasangka dan hilangnya kepercayaan antara satu sama lain, sedangkan asas kebahagian institusi rumah tangga itu berlandaskan kepercayaan dan kejujuran antara satu sama lain.

c) Mengelak dari prasangka buruk Pembedahan ini dapat membantu menyebarkan prasangka baik dalam masyarakat, dan mencegah prasangka buruk dalam hati apa yang diharamkan Allah. Hal prasangka buruk ini kemungkinan akan menyebabkan kezaliman kepada gadis gadis yang tidak bersalah. Sedangkan menyebarkan prasangka baik di antara orang-orang mukmin adalah satu tujuan syariat dan digalakkan dalam agama Islam. Allah berfirman yang ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Q.S Al-Hujuraat: 12.)

1.2.2

Kemudaratan Akibat Pembedahan Selaput Dara

a) Wujudnya penipuan Yang perkara pertama yang akan terlintas dipemikiran kita disebalik pengembalian selaput dara yang dilakukan oleh doktor, ada unsur penipuan terhadap siapa yang akan menikahi gadis tersabut kemudiannya. Ini kerana tanda yang membukti atas keburukan yang pernah dilakukan oleh si gadis itu telah tertutup. Jika keburukan tersebut diketahui oleh suami barunya, nescaya suami barunya tidak akan meneruskan kehidupan berumah tangga dengan gadis tersebut untuk menjaga keturunannya. Jika wanita itu telah mengandung dan menjalani pembedahan, ia akan belakunya pencampuran nasab. Apabila gadis itu berkahwin dengan suami baru, kandungan dari bekas lelaki lain akan dibinkan dengan suami baru.

Hal ini, Allah s.w.t telah berfirman kepada orang-orang yang beriman agar tidak menikahi wanita penzina atau yang musyrik kecuali wanita itu berkahwin dengan lelaki yang berzina bersamanya. Firman Allah s.w.t: "Lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita yang musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (al-Nur ayat 3)

"Wanita yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik." (al-Nur ayat 26) Telah dibahaskan oleh beberapa ulama bahawa apabila seseorang lelaki penzina menikah dengan seorang wanita suci dan seseorang wanita penzina jika menikahi seorang lelaki suci, maka mereka harus diceraikan berpandukan ayat diatas. Dari aspek lain, si suami berhak membatalkan perkahwinannya jika dia mengetahui yang bakal isterinya menipu dengan pembedahan selaput dara menujukkan dia seorang yang suci, dan menjadikan bakal suaminya penanggung atas kandungan yang hasil daripada penzinaan dengan lelaki lain. b) Mendorong Perbuatan Keji Hasil daripada pembedahan selaput dara juga kemungkinan boleh mendorong kepada berkembangnya perbuatan keji dalam masyarakat. Ini kerana perasaan malu segan dan rasa tanggungjawab pada diri seorang gadis itu akan hilang. Di mana kebiasaannya perasaan seperti itu akan mencegahnya daripada perbuatan keji tersebut, kerana dia mengetahui bahawa perbuatan itu akan memberi kesan pada tubuhnya dan akan dipandang serong oleh masyarakat. Dan jika ia sedar akan tidak terlepas dari hukuman syariat, maka ia berasa takut akibat dari

perbuatannya di masa akan datang, sehingga ia bertaubat meningalkan perbuatan itu agar selamat di dunia dan di akhirat. Akan tetapi jika ia seolah-olah menjadi penyesai mudah bagi wanita muda untuk melakukan perbuatan zina dan kemudiannya membaiki selaput daranya, maka akan berkuranglah rasa takut akan akibatnya di masa depan, dan dengan itu mendorongnya melakukan kemaksiatan dan mengulangi perbuatan zina tersebut. c) Mendedahkan aurat Kemaluan wanita dan sekitarnya adalah aurat yang wajib ditutup daripada golong yang haram baginya. Ia tidak dibenarkan melainkan suami untuk melihat dan menyentuhnya, baik yang melihat dan yang menyentuh itu lelaki ataupun wanita. Sedangkan pembedahan selaput dara memelukan pemerhatian dan sentuhan oleh doktor yang merawat. Sementara itu, membuka aurat khususnya aurat yang paling sulit tanpa keperluan yang memaksa adalah dilarang. Sedangkan dalam ilmu perubatan tidak menemukan manfaat selaput dara untuk kesihatan, maka alasan yang menghalalkan tindakan tersebut tidak ada, kecuali terjadinya luka pendarahan akibat dari kecelakaan atau kecerderaan pada selaput daranya.

2.0

MEMBAHASKAN SUDUT POSITIF DAN NEGATIF PENGEMBALIAN DARA BERDASARKAN PENYEBAB HILANGNYA SELAPUT DARA TERSEBUT. Ada manfaat dan mudarat dari pengembalian keperawanan secara umum. Akan tetapi dalam

kenyataannya, masalah ini berbeza-beza sesuai dengan perbezaan penyebab hilangnya selaput dara itu sendiri. Untuk mengetahui haal itu, kita boleh membahagi penyebab tersebut menjadi tiga jenis: 1. Sebab selain hubungan suami isteri yang tidak dianggap maksiat 2. Perbuatan zina tanpa paksaan 3. Hubungan suami isteri dan hal-hal yang berkenaan dengannya.

2.1

Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang kerana sebab yang tidak dianggap maksiat Atas sebab yang tidak dianggap maksiat, si gadis kehilangan dara akibat kemalangan atau

kecelakaan yang menimpa dirinya. Jadi ianya adalah sesuatu yang patut untuk menutup aib yang demikian bagi mengelakkan mereka dari ditimpa kezaliman. Oleh itu, dengan pengembalian selaput dara ini, dapat membantu menghilangkan apa-apa kemungkinan untuk berlakunya prasangka buruk dan fitnah terhadap gadis tersebut. Selain itu, hal ini juga dapat membantu untuk mendorong gadis-gadis ini untuk tetap di jalan yang lurus dengan membantu mereka beroleh keyakinan dan keazaman baru.

Mudarat yang mungkin timbul dari pengembalian dara gadis-gadis ini adalah sangat kecil berbanding manfaat yang diberi. Hal ini kerana kemudaratan yang dikatakan mungkin timbul sebenarnya dapat dibahaskan dan dipertikaikan kemudaratannya. Ada pendapat mengatakan yang pengembalian selaput dara adalah suatu bentuk penipuan terhadap si suami dan menidakkan hak suami untuk mencerai atau membatalkan perkahwinannya. Namun pada hakikatnya, operasi ini tidak beerti penipuan terhadap si suami dan menidakkan hak suami untuk membatalkan pernikahan. Mudarat seperti penipuan terhadap suami tidak wujud dalam hal ini. Hal ini kerana penipuan adalah boleh diertikan seperti menyembunyikan aib dan kekurangan dari sesuatu dan memunculkannya seakan-akan aib itu tidak ada ketika di hadapan si peminta, yang akhirnya mengakibatkan kerugian pada si peminta. Tetapi jika rosaknya selaput dara si gadis disebabkan oleh hal-hal yang tidak dianggap sebagai maksiat dan aib menurut syariat, kemudian selaput dara itu diperbaiki olek doktor, ia tidak dikira sebagai penipuan, sebaliknya merupakan hal yang benar, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak ada unsur meyembunyikan aib yang ada pada diri si gadis melainkan untuk menghindarkannya dari tuduhan dan prasangka buruk. Hampir semua ulamak bersepakat bahawa tiadanya keperawanan tidak dianggap aib yang mengharuskan batalnya pernikahan jia hal itu tidak disyaratkan oleh suami secara jelas. Berdaasarkan hal di atas, tidak bererti seorang doktor yang mengembalikan keperawanan seorang gadis, telah menidakkan hak calon suami untuk membatalkan pernikahan. Akan tetapi, jika si pelamar telah mensyaratkan keperawanan si gadis, dan ternyata ia sudah tidak perawan lagi disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak dianggap zina, maka calon suami tidak berhak untuk membatalkan pernikahan menurut majoriti ulamak kerana menurut definisi mereka, perawan adalah bermaksud tidak pernah disetubuhi.

10

Sebahagian ulamak pula berpendapat bahawa seorang suami itu boleh membatalkan pernikahan jika dia telah mensyaratkan, secara spesifik yang selaput dara mesti tidak rosak sebelum pernikahan. Menurut mereka, kerana status perawan atau dara adalah sesuatu yang dikehendaki oleh semua orang, maka jika hal itu disyaratkan, maka syarat itu harus dipenuhi. Hal ini dapat disama ertikan dengan mereka yang mensyaratkan calon isterinya haruslah berkulit cerah atau gelap, tinggi atau rendah, besar atau kecil dan sebagainya. Dan jika tidak dipenuhi maka menjadi hak calon suami untuk memilih samada membatalkan atau meneruskan pernikahannya. Sebahagian ulamak pula berpendapat tidak adanya hak untuk memilih bagi suami meskipun dia telah mensyaratkan, jika tidak boleh dibuktikan adanya aib tertentu pada si isteri, yang mengharuskan suami untuk memilih tanpa mensyaratkan sebelumnya. Ada yang berpendapat bahawa pengembalian selaput dara akan mendorong gadis itu ke arah kekejian, namun sebenarnya pengembalian selaput dara tidak bererti akan mendorong ke arah kekejian kerana pada dasarnya si gadis memang tidak berbuat keji dan sesuatu yang terjadi kepadanya kerana terpaksa, tidak bererti dia telah berbuat maksiat kepada tuhannya. Keengganan doktor untuk menjalankan pembedahan pembaikan selaput dara terhadap gadis-gadis ini tidak bererti menghalangi perbuatan maksiat kerana pada dasarnya, kemaksiatan itu tidak boleh dicegah kecuali atas kemahuan para pelaku kemaksiatan itu sendiri. Walau bagaimanapun, mendorong ke arah kekejian ada kemungkinan boleh terjadi sekiranya doktor enggan menjalankan pembedahan tersebut. Hal ini boleh terjadi dimana gadis yang mendapati daranya telah hilang dan harapan untuk memulihkannya telah tertutup, didorong

11

dengan masyarakat yang akan menyalahkannya, maka akan menjadikannya lebih dekat kepada bisikan syaitan dan kekejian. Ditambah pula dengan keinginan untuk berkahwin yang semakin meningkat namun si gadis itu khuatir pernikahan akan menjadi sebab terbukanya kebenaran yang dia sudah tiada selaput dara dan menjadi fitnah masyarakat sekelilingnya. Ini akan membuatkan gadis itu lama-kelaman terjerumus mecari jalan-jalan haram demi memenuhi tuntutan fitrahnya. Antara mudarat yang muncul dari pengembalian selaput dara ialah pendedahan aurat ole si gadis tersebut keppada doktor yang akan menjalankan pembedahan itu. Namun, mudarat ini masih boleh diperbahaskan kebenarannya kerana adanya pendapat yang berbeza-beza dari para ulamak. Para ulamak berpendapat adalah dibolehakan untuk membuka aurat dan melihatnya jika ada kepentingan yang kuat, atau untuk menhindari mudarat yang lebih besar jika dibandingkan dengan mudarat membuka aurat itu sendiri. Hal ini boleh diumpamakan seperti pembukaan aurat ketika berkhatan atau melahirkan anak dimana pembukaan aurat adalah sesuatu yang perlu demi meastikan prosesnya berjalan lancar dan menyelamatkannya dari apa-apa kecelakaan. Berdasarkan hal di atas, selagi mana adanya kepentingan dan selagi mana hilangnya selaput dara boleh mengakibatkan mudharat kepada si gadis dan masyarakat maka dibolehkan si gadis tersebut mendedahkan auratnya.

2.2

Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang akibat zina Selaput dara sudah semestinya akan hilang akibat dari perbuatan zina oleh seorang gadis

berakal yang sudah baligh, secara sukarela. Seperti yang kita tahu, zina adalah perbuatan terkutuk yang sudah sedia diketahui mudaratnya. Oleh hal yang demikian, sejauh manakah

12

manfaat dan mudarat yang akan wujud dari pemulihan selaput dara si gadis yang terlibat dalam perbuatan ini.

Namun, sungguh pun zina itu adalah perbuataan yang keji dan hina, ada keadaan-keadaan yang perlu diambil kira dimana keadaan ini akan membezakan perbahasan mnegenai maanfaat dan mudarat yang wujud hasil daripada pengembaian selaput dara gadis-gadis yang terlibat dengan zina. Hal ini dapat dibincangkan dari segi dua keaadaan berikut: 1. Keadaan 1 Si gadis yang sudah terkenal akan perbuatan suka berzinanya oleh masyarakat dan sudah terbukti kesalahannya itu oleh pihak berkuasa. 2. Keadaan 2 Si gadis yang hanya berzina sekali dan belum diketahui masyarakat dan belum terbukti kesalahannya oleh pihak berkuasa.

2.2.1

Keadaan 1 Untuk keadaan ini, tiada apa-apa manfaat yang akan wujud dari pengembalian selaput

dara gadis tersebut. Hal ini kerana sebab utama pembedahan pengembalian selaput dara ini pada dasarnya adalah bertujuan untuk menutup aib gadis tersebut dan menghindarinya dari celaan dan fitnah oleh masyarakat yang boleh memberinya seksaan emosi. Akibat perbuataan zina berterusan oleh si gadis yang sudah jelas lagi terbukti kepada masyarakat, maka pengembalian dara ini sama sekali tidak akan menjadi pendorong kepada membentuk prangsangka baik masyarakat terhadap dirinya. Dengan yang demikian, pembedahan

13

pemulihan selaput dara kepada golongan ini sama sekali tiada manfaat dan menyebabkan tiada kepentingan untuk si gadis itu mendedahkan auratnya bagi menjalankan pembedahan ini. Mudarat lain yang mungkin timbul selain pendedahan aurat ialah penipuan terhadap pengadilan dimana selaput dara yang masih baik (setelah dibaiki oleh doktor) dijadikan alasan untuk si gadis tersebut membeaskan dirinya dari sebarang pertuduhan biarpun zina itu disaksikan oleh empat saksi. Dalam hal ini, adalah diharamkan untuk pembedahan tersebut dilakukan kerana hal ini dapat membentuk keraguan seterusnya menjejaskan pengadilan yang dibuat. Namun, berbeza pula sekiranya gadis tersebut memilih untuk berhenti dari perlakuan maksiatnya dan menjadikan pembedahan pengembalian selaput daranya sebagai pencetus kepada semangatnya untuk balik ke pangkal jalan dan kekal pada jalan Allah. Sekiranya betul, maka dibolehkan dan diharuskan si gadis tersebut menjalankan operasi pengembalian selaput dara ini.

2.2.2

Keadaan 2 Oleh kerana zina si gadis ini belum diketahui masyarakat dan belum disahkan lagi

kebenaranya, maka manfaat seperti menutup aib dan menghindari hinaan dan fitnah akan diperoleh gadis tersebut. Jika betul niatnya, pembedaahan pengembalian selaput dara ini dapat menghindari si gadis itu dari maksiat yang berterusan, membantu gadis itu bertaubat dan kembali ke jalan Allah, menyebarkan pransangka baik dikalangan masyarakat, mencegah prasangka buruk dan menyelamatkan masyarakat dari perbuatan fitnah. Namun, bagaimana pula dengan mudarat yang mungkin timbul akibat pengembalian dara oleh si gadis ini? Terdapat beberapa kemudaratan yang mungkin timbul namun dapat dihujahkan kemudaratannya untuk memberi pendapat berbeza mengenai perkara tersebut.

14

Antara mudarat yang terjadi ialah penipuan terhadap calon suami akan hakikat kesucian gadis tersebut. Berbeza dengan gadis yang hilang daranya akibat sebab-sebab yang dianggap maksiat, hal ini terbukti benar bagi keadaan ini dimana gadis itu telah berzina dan kesuciannya jelas telah tiada. Namun, beberapa pertimbangan harus diberikan. Operasi pengembalian selaput dara yang dilakukan oleh doktor itu tidak bererti menghapuskan tanda yang dianggap Allah sebagai bukti atas perbuatan zina kerana ketiadaan selaput dara tidak menunjukkan bahawa si gadis melakukan perbuatan zina. Seandainya si doktor membiarkannya begitu sahaja dan gadis tersebut bernikah dan dia tidak mempunyai selaput dara, secara syariat si suami juga masih tidak boleh menuduh bahawa isterinya telah berbuat zina dan tidak boleh menceraikannya. Hal ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menceraikannya kerana hal ini didasarkan atas prasangka buruk, bukan atas sebab yang kukuh. Doktor yang melakukan operasi pengembalian selaput dara ini juga tidak bermaksud menipu si suami kerana dia tidak menutupi bukti yang dianggap syariat sebagai bukti atas perbuatan zina, yang berguna untuk memperkukuhkan dakwaan atas perbuatan zina seseorang. Oleh yang demikian, penipuan terhadap si suami merupakan mudarat yang samar. Mudarat lain ialah mendorong si penzina untuk melakukan perbuatan kejinya. Mudarat ini juga samar sifatnya. Bahkan boleh menyebabkan keadaan dimana sekiranya tidak dilakukan akan membentuk prasangka buruk oleh masyarakat terhadap si gadis dan menyebabkan berlakunya fitnah dan reaksi-reaksi tidak berasas. Semua yang demikian akan mewujudkan

15

hukuman yang melebihi syariat iaitu bebanan psikologi yang berlebihan yang jelas haram hukumnya menurut pendapat ulamak. Hal ini menyebabkan tindakan doktor mengembalikan selaput dara itu tidak semestinya mendorong si gadis itu melakukan kekejian.

2.3

Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang akibat pernikahan Tidak ada apa keperluan yang mengharuskan pembedahan ini dibuat bagi wanita yang

kehilangan dara akibat pernikahan kerana hal ini tidak mendatangkan apa-apa mudarat. Hal ini termasuklah para janda-janda. Oleh kerana tidak ada apa-apa mudarat yang boleh terjadi, maka ianya menjadi haram disebabkan pendedahan aurat berlaku ketika pembedahan pemulihan dara itu dilaksanankan dimana pendedahan aurat hanya boleh berlaku sekiranya dalam keadaan darurat. Walaupun demikian, sekiranya pembedahan pemulihan selaput dara dapat membantu hubungan suami isteri yang bermasalah dan mencegah dari penceraian, maka dengan itu dibolehkan bagi wanita itu menjalani pembedahan pemulihan selaput dara ini.

16

3.0

PEMBAHASAN MENGENAI SIKAP DOKTOR TERHADAP KEADAAN YANG DIHADAPINYA Kemaslahatan dan mudharat yang mungkin ditimbulkan dari operasi pengembalian

selaput dara dan tingkatan-tingkatannya yang didasarkan pada faktor-faktor yang menyebabkan sobeknye selaput dara tersebut merupakan pemecahan masalah yang mungkin terjadi dalam kenyataannya. Jika seorang doctor mengatahui punca sobeknya selaput dara, baik secara menyakinkan ataupun sekadar prasangka yang kuat. Khasnya apabila selaput dara itu terjadi sejak lama dan lukanya sudah tidak berbekas.Sebelum persoalan diatas dijawab kita harus tahu dulu apakah seorang doctor itu diwajibkan secara syariat untuk mengetahui sobeknye selaput dara itu dengan menghadirkan bukti-bukti untuk mengetahui masalah itu. Tidak diragukan lagi, bahawa doctor bukanlah hakim yang mengadili dua orang yang saling bertengkar, dan dia tidak memiliki alat dan kekuasaan yang dimiliki oleh hakim untuk mencari saksi, menyeleksinya, serta mencari tahu kondisi dan factor lain yang mendukung. Dengan demikian, dia tidak dibebani dengan apa yang ia tidak mampu melaksanakannya, kerana tanggung jawab disesuaikan dengan kadar kekuasaan yang diberikan. Akan tetapi, jika seorang doctor diminta oleh seorang gadis untuk memperbaiki selaput daranya, maka hukumnya berbezabeza dengan sebab-sebab kesobekannya. Maka dari itu sebelum melaksanakan operasi, dia harus mencari tahu dulu tentang sebab kesobekannya. Misalnya dengan melalui pertanyaan sehingga dengan pertanyaan yang diajukan itu, gadis yang dating kepadanya mengakui perbuatan zinanya, atau dia melihat kejadian zina itu sendiri, atau dia mengetahuinya lewat hokum syariat bahawa si gadis diputuskan telah berbuat zina, atau perkaranya telah dilimpahkan ke pengadilan, atau si gadis sudah terkenal sebagai

17

pelacur di tengah masyarakat. Begitu juga doctor itu harus menanyainya apakah ia wanita yang dicerai, janda atau menikah. Dia harus menanyakan masalah ini secara langsung kepada mereka. Kerana pada dasarnya, dia mesti membebaskan wanita itu dari deritanya. Jika keadaan wanita yang dating kepadanya itu telah diketahui dengan salah satu cara diatas, maka dia harus menetapkan salah satu hukum-hukum yang telah kami sebutkan. Jika penyebabnya tidak diketahui, dan belum ditemukan jalan yang memudahkan dalam hal itu, maka ia tidak diwajibkan untuk mencarinya dengan jalan lain. Dan jika is berprasangka bahawa sobeknya selaput dara kerana perbuatan zina, maka ia tidak harus membuktikan prasangka itu, akan tetapi cukup dengan zahirnya sahaja. Kerana prasangka yang tidak berdasarkan dalil syariat dan prasangka buruk dilarang oleh Allah, serta diperintahkan untuk menjahuinya, sebagaimana firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengganjing sebahagian yang lain (Al-Hujurat: 12) Ibnu katsir berkata tentang peafsiran ayat ini, Prasangka adalah tuduhan dan khianat pada keluarga dan masyarakat yang tidak pada tempatnya, kerana sebagian daripada prasangka adalah dosa.(1) Al-Mawardi berkata, prasangka di sini adalah prasangka buruk kepada seorang muslim tnapa mengetahui dengan yakin. (2) Dan ia berkata tentang arti firman Allah, Janganlah kalian memata-matai, yaitu mencari-cari sesuatu yang tersembunyi agar ia terlihat (3)

18

Al-Qurthubi berkata tentang makna ayat ini Ambillah yang terlihat dan janganlah mencari-cari aurat kaum muslimin. Atau janganlah kalian mencari-cari aib saudara kalian sehingga aibnya terlihat sesudah ditutupi Allah. Di dalam buku Abu Dawud dari Muawiyah dia berkata, Aku mendengar RAsulullah Shallalallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Sesungguhnya jika kamu mencari-cari kesalahan manusia, beerti kamu telah merusak mereka, atau hamper merusaknya. (4) Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Tiga hal yang tidak boleh ada pada umatku, Mengadu nasib, dngki dan prasangka buruk. Lalu seorang laki-laki berkata, Ya Rasulullah, lalu apa yang bias menghilangkan semua itu dari orang yang ditempatinya? Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam bersabda, Jika kamu dengki, maka bacalah istighfar, jika kamu berprasangka janganlah dibuktikan, dan jika kamu mengadi nasib maka tinggalkanlah! (5) Lihatlah sabda Rasulullah Shallalallahu Alaihi wa Sallam di atas , Jika kamu berprasangka janganlah dibuktikan. Perintah ini mengharuskan orang mukmin agar mencari-cari aib tersebut hingga aib yang disangkakan itu tersingkap. Berdasarkan kenyataan ini, maka seorang doctor jika didatangi oleh gadis yang memintanya untuk memperbaiki selaput daranya yang sobek, agar membawanya kepada sesuatu yang membawa kebaikan, dia harus menganggap bahawa pa yang terjadi padanya bukan disebabkan kerana berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu wa Taala serta tidak berusaha mencari-cari sebab kesobekannya melebihi tanda-tanda yang terlihat, dan dia juga tidak boleh berdiri di atas prasangka buruknya. Umar bin Khaththab berkata, Janganlah kalian berprasangka terhadap kata-kata yang keluar dari saudaramu yang mukmin selain (prasangka) yang baik, kerana siapa tahu kalian akan mendapat kebaikan pada kalimat itu. (6)

19

SENARAI RUJUKAN 1. Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, juz IV, hal 364 2. An-Nukat wa Al-Uyun, juz IV, hal 75 3. Ibid. 4. Al-Jamilli Ahkam Al-Quran, juz XVI, hal. 333. 5. Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani, Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, juz III, hal.364, lihat Tafsir Al-Qurthubi, juz VI, hal.332. 6. Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, juz III, hal.364. 7. Dr. Muhammad Ibn Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shanqiti. Ahkaam Al-Jirahah AtTibbiyyah wal-Athar Al-Mutarattibah `alayah. Mukasurat: 403. 8. Dr. M. Nu`aim Yasin. 2006. Fikih Kedokteran. Pusaka Al- Kautsar. Mukasurat: 237 275. 9. Abu Hamid al-Ghazali (1939) .Ihya' Ulumiddin, juz II, Mathba'ah Al -Halabi.

You might also like