You are on page 1of 3

Elektrik dan Factor Kuasa

http://agnespuding.blogspot.com/2009/08/elektrik- dan- factor- kuasa.html May 11, 2013

Mohammad Ismail

JENIS-JENIS BEBAN a. Beban ResistiveBeban jenis ini hanya mengandungi rintangan tulin didalamnya. Tiada gelung terdapat didalam alat ini. Selalunya beban resistive akan mengeluarkan haba atau cahaya atau kedua-duanya sekali. Tiada medan magnet dan tiada daya mekanikal terhasil. Contohnya lampu pijar, cerek elektrik, streka elektrik dsb. b. Beban InduktifBeban induktif mempunyai gelung. Gelung digunakan untuk menghasilkan medan magnet dan seterusnya menghasilkan daya mekanikal. Kuasa diperlukan untuk menghasilkan medan magnet. Kuasa ini disebut juga sebagai magnetizing power. JENIS-JENIS KUASA a. Kuasa SebenarKuasa sebenar kadang-kadang dipanggil juga sebagai real power, useful power atau active power. Unitnya adalah Watt atau Kilowatt (KW). Kuasa ini adalah kuasa yang dapat digunakan sebagai kuasa keluaran (output power). b. Kuasa KetaraKuasa Ketara dipanggil juga sebagai Kuasa Samar atau Apparent Power. Ia adalah hasil dharab voltan bekalan dengan arus talian tanpa mengambil kira apa-apa kehilangan atau ketidakcekapan oleh apa-apa sebab. Unitnya ialah VA atau biasanya dalam KVA (Kilo VA). Kuasa ini biasanya adalah kuasa masukan dan tidak semuanya boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran. c. Kuasa ReaktifKuasa Reaktif dipanggil juga sebagai Kuasa Regangan. Ini adalah kuasa yang diperlukan untuk mengujudkan medan magnet atau disebut juga sebagai Magnetizing power dan juga kuasa yang diperlukan untuk mengatasi regangan yang dihasilkan oleh gelung apabila diberikan bekalan arus ulangalik. Unit asasnya ialah VAR atau biasanya dalam KVAR. CONTOH KESAN FAKTUR KUASA RENDAH KEPADA MOTOR:Arus motor 40HP, 415V untuk pelbagai faktur kuasa ditunjukkan seperti dibawah: Factor Kuasa --------> Arus (A)1.00 -------------------> 41.510.95 -------------------> 43.680.90 ------------------> 46.110.85 -------------------> 48.820.80 -------------------> 51.870.75 ------------------> 55.330.70 -------------------> 59.280.65 -------------------> 63.850.60 -------------------> 69.170.55 -------------------> 75.450.50 -------------------> 83.00 Jadual diatas menunjukkan dengan jelas bahawa untuk motor yang sama kuasanya, arusnya akan bertambah jika faktur kuasanya rendah. KEBURUKAN FAKTUR KUASA RENDAH 1. Dikenakan denda oleh pihak pembekal elektrik (TNB) jika F.K kurang dari 0.852. Arus menjadi lebih tinggi.3. Kehilangan tembaga yang tinggi didalam kabel.4. Susut voltan yang ketara kepada kabel.5. Susut nilai kuasa (KVA) yang boleh dipergunakan dari alat ubah.6. Susut voltan berlebihan dibahagian sekunder alat ubah.7. Kehilangan tembaga yang banyak didalam alat ubah.8. Kos permulaan dan kendalian menjadi lebih tinggi.9. Merugikan pihak berkuasa bekalan.Seperti TNB,SESCO dll. KEBAIKAN FAKTUR KUASA TINGGI

1. Tiada denda dikenakan oleh pihak pembekal elektrik2. Arus menjadi rendah3. Kehilangan tembaga yang kecil didalam kabel4. Susut voltan yang kurang kepada kabel5. Beban KVA yang rendah kepada alat ubah6. Susut voltan dibahagian sekunder alat ubah tidak begitu tinggi7. Kehilangan tembaga didalam alatubah tidak begitu tinggi8. Kos permulaan dan kendalian menurun9. Tidak merugikan pihak berkuasa bekalan SAIZ KAPASITOR BANK Untuk menentukan saiz kapasitor yang diperlukan, formula berikut boleh digunakan: Pr = Pw (tan 1 tan 2) Dimana, Pr = Kadar kapasitor dalam KVAr Pw = Beban pepasangan dalam KW Kos 1 = Faktur kuasa asal Kos 2 = Faktur kuasa diperbaiki KOMPONEN-KOMPONEN YANG DIPERLUKAN a. Alatubah Arus (C.T)Kadar alatubah arus (current transformer ratio) selalunya sama dengan c.t yang digunakan untuk perlindungan, yang juga berpandukan arus yang direkabentuk (design current). Contohnya jika c.t perlindungan 600/5 maka c.t untuk power factor regulator hendaklah 600/5 juga.Untuk mengesan arus hanya satu sahaja c.t diperlukan dan boleh diambil dari mana-mana fasa. Manakala voltan talian (415V) dari setiap fasa, perlu disambungkan ke power factor regulator. b. Peralatan SuisKadar peralatan suis yang hendak digunakan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut: i. Arus transient semasa pensuisanii. Voltan transient apabila kapasitor diputuskan semasa pensuisan dilakukan yang menyebabkan berlakunya arkaiii. Berupaya membawa arus beban penuhiv. Berupaya membawa peningkatan arus kapasitor dalam keadaan-keadaan tertentuv. Kehadiran harmonic PENGUKURAN DI TAPAK Pengukuran ditapak, jika boleh hendaklah dibuat semasa operasi berada ditahap maksimum. Bacaan faktur kuasa yang kerap adalah perlu. Bacaan faktur kuasa boleh dibaca melalui meter faktur kuasa yang sedia dipasang pada panel papan suis, jika ada, atau menggunakan meter faktur kuasa jenis clip on. Katalah bacaan faktur kuasa yang diperolehi ialah Kos = 0.5 Purata bacaan voltan = 420VPurata arus talian = 700A Kuasa yang digunakan = 3 x 420 x 700 x 0.5 = 256KW Jika faktur kuasa dibaiki kepada 0.95 KVAR = 256 (tan 1 tan 2) = 256 (1.73 0.329) = 359 KVAr PANDUAN AM Panduan dibawah boleh digunakan untuk pemasangan kapasitor bank faktur kuasa:

Jika faktur kuasa pada sesuatu bulan adalah rendah, bacaan untuk beberapa bulan hendaklah diambil kira. Anggapan yang boleh dibuat ialah keperluan kapasitor bank untuk motor-motor adalah tetap dan tidak berubah-ubah Pasang satu kapasitor khas jika terdapat motor yang paling besar Pasang satu kapasitor bank pusat otomatik untuk beban kecil yang banyak. Pemilihan bilangan langkah hendaklah berdasarkan saiz kapasitor yang terdapat dipasaran Had maksima langkah yang terdapat pada sesebuah regulator faktur kuasa hendaklah diambil kira untuk menentukan bilangan langkah Harga yang perlu dibayar Senggaraan yang perlu dibuat Ruang yang diperlukan oleh kapasitor bank Elakkan over corrected POWER FACTOR REGULATOR Power factor regulator ialah satu alat elektronik yang berfungsi untuk menentukan bilangan langkah kapasitor yang perlu disambungkan kepada pemasangan pada satu-satu masa. Beban induktif sentiasa berubah-ubah, oleh itu faktur kuasa juga berubah-ubah. Alat ini memerlukan maklumat dari pemasangan agar ianya boleh mengetahui faktur kuasa semasa. Maklumat yang diperlukan ialah arus dan voltan pemasangan. Maklumat arus adalah melalui alatubah arus. Satu sahaja alatubah arus diperlukan dan selalunya alatubah arus ini dipasang pada fasa merah. Ini adalah dengan anggapan beban adalah seimbang, oleh itu arus setiap fasa adalah sama. Nisbah alatubah arus selalunya sama dengan nisbah alatubah arusalatubah arus untuk meter ampiar. Maklumat voltan adalah melalui sambungan terus dari palang bas. Voltan yang diperlukan ialah voltan talian 415V dari dua fasa. Lazimnya fasa yang diambil adalah fasa yang tidak menempatkan alatubah arus tadi, iaitu biru dan kuning. 1. C/K settingOleh sebab power factor regulator hanya menerima arus sekunder (secondary current), maka nisbah alatubah arus perlu diketahui berbanding saiz kapasitor bank yang perlu disambungkan kepada system. Sila rujuk jadual pemilihan C/K. 2. Target Power Factor SettingAlat ini memerlukan kita menentukan target power factor. Selalunya kita set pada kedudukan melebihi 0.85. Setting ini perlu supaya faktur kuasa berada pada target tersebut sepanjang masa walaupun beban berubah-ubah. 3. Auto and Manual ButtonDalam keadaan normal power factor regulator hendaklah di set pada kedudukan Auto. Apabila kita perlu membuat ujian untuk mempastikan ianya berfungsi dengan sempurna, ujian secara manual boleh dibuat dengan menekan butang manual. Kapasitor bank akan dimasukkan kedalam sistem atau dikeluarkan daripada system satu persatu langkah jika butang plus (+) atau minus (-) terus ditekan. 4. Penunjuk LEDPenunjuk LED akan menyala mengikut bilangan langkah (step) yang aktif (energise). Ia hanyalah satu penunjuk sahaja, tidak mesti langkah tersebut berfungsi sekiranya fius, kabel, kontaktor atau kapasitor bank mengalami masalah. BEBAN YANG MENYEBABKAN FAKTUR KUASA RENDAH1. MOTOR - Terlebih saiz Beban rendah Putaran perlahan (4, 6 atau 8 kutub) Motor lama dengan ruang udara yang besar2. MESIN PENGIMPAL3. RECTIFIERS4. THYRISTOR DRIVES5. DISCHARGE LAMPS6. CHOKE seperti pada lampu kalimantang dll.7. BALLAST 9. TRANSFORMER 10.GELONG

You might also like