You are on page 1of 13

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

MORFOLOGI

MORFOLOGI
Satu aspek kajian tatabahasa tentang; - struktur kata - pembentukan kata

- penggolongan kata.

Bidang Morfologi
Morfem Alomorf Morfem Kosong Struktur Kata

Penggolongan Kata
Pembentukan Kata

Morfem
Unit tatabahasa terkecil dalam susunan tatabahasa yang bermakna dan berfungsi menjalankan tugas nahu.

Perkataan tidak boleh dibahagi-bahagikan atau dipisahkan kepada bentuk yang lebih kecil
Perkataan adalah morfem.

Sesuatu perkataan itu terbentuk daripada satu morfem atau lebih.


Contoh: kata dasar membaca kepanasan memperalatkan

(bawa) (mem+baca) (ke+panas+an) (mem+per+alat+an)

[1 [2 [3 [4

morfem] morfem] morfem] morfem]

Alomorf
Kelainan-kelainan bagi sesuatu morfem terikat yang hadir berdasarkan bunyi awal sesuatu perkataan yang diimbuhkan kepadanya. Misalnya, morfem terikat meN- diimbuhkan pada perkataan-perkataan seperti baca, tulis, tentu, sapu, karang dan asuh lalu mewujudkan alomorf-alomorf yang berikut. meN + baca membaca meN + tulis menulis meN + lentur melentur meN + asuh mengasuh meN + sapu menyapu

Morfem Kosong
Terdapat morfem yang berubah fungsi nahunya tanpa mengalami apa-apa perubahan pada bentuknya.
Dalam BM, morfem terikat meN- menandakan makna kata kerja aktif dan transitif tetapi tidak perlu ditambahkan morfem meN-.

Struktur Kata
Menggabungkan abjad untuk membentuk perkataan yang ada makna. Contoh; (b, a, j, u ba + ju = baju) gabungan abjad b, a, j, u menghasilkan struktur kata ba+ju dan mewujudkan perkataan yang bermakna iaitu baju. Terbahagi kepada suku kata terbuka - suku kata tertutup

Penggolongan Kata
Proses menggolongkan perkataan mengikut keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota laindalam golongan yang sama. Misalnya; Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK), Kata Adjektif (KA) dan Kata Sendi/Tugas (KS). Contoh: Kata Kata Kata Kata Nama Kerja Adjektif Sendi sekolah, bandar, taman, pen borak, makan, tidur, dimakan, hodoh, cantik, rajin, pandai di, pada, yang, dalam, akan

Pembentukan Kata
Proses pembentukan kata menghasilkan bentukbentuk kata seperti berikut:

Kata Tunggal
Perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, penggandaan @ pemajmukan dikenali sebagai kata tunggal. Kata tunggal terbentuk daripada satu morfem bebas tanpa menerima imbuhan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata @ lebih. Kata tunggal tidak dapat berdiri sendiri. Bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu suku kata agak terhad bilangannya

Kata Terbitan
Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat manakala kebanyakan kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.

Proses pengimbuhan merupakan

Imbuhan
Imbuhan Bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis: Awalan (ber-, ke-, meN-, peN-, se-, ter-, di-, dan lain-lain) Akhiran (-an, -i, -kan, -wan, -wati, dan lain-lain) Sisipan (-el-, -er-, -em-, -in-) Apitan (pe-..-an, pem-..-an, ke-..an, di-..-i, per-..-an dan lain-lain)

Kata Majmuk
Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Pemajmukan merupakan satu proses membentuk perkataan dengan cara menggabungkan dua atau lebih perkataan. Perkataan baru yang terbit daripadanya membawa maksud yang berbeza daripada makna asal perkataan-perkataan yang membentuknya. Misalnya: beg tangan berbeza makna daripada beg dan tangan bas sekolah berbeza makna daripada bas dan sekolah

Kata Ganda
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Penggandaan ialah satu proses menggandakan perkataan itu seluruh, sebahagian daripadanya ataupun secara berentak. Dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan; - Penggandaan Penuh

- Penggandaan Separa - Penggandaan Berentak

You might also like