You are on page 1of 9

MTE3107 Latihan Ulangkaji Set 2

Bahagian A 1. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan proses berikut: I Komunikasi II Penaakulan III Penyelesaian masalah IV Kemahiran belajar A I, II, III B I, II, IV C I, III, IV D II, III, IV 2. Manakah di antara objektif KBSR berikut bukan kemahiran yang perlu dikuasai murid? A kemahiran belajar B komunikasi guru C kemahiran mengira D menguasai bahasa Melayu 3. Yang manakah antara yang berikut benar tentang pengurusan bilik darjah? A Bentuknya adalah perlu untuk pembinaan kendiri B Prinsipnya hanya boleh dipelajari melalui pengalaman C Bentuknya perlu dititikberatkan dalam pembelajaran kognitif D Pengurusannya adalah satu bidang pengajaran menggunakan pendekatan kajian 4. Yang manakah antara yang berikut perlu dalam membuat perancangan pengajaran untuk setiap sesi persekolahan? A perbelanjaan sekolah B bilangan kelas yang hendak diajar C sukatan pelajaran yang hendak diajar D membuat perancangan semester dan tahunan 5. Yang manakah antara berikut bukan komponen dalam rancangan harian? A refleksi B isi kandungan C maklumat umum D hasil pembelajaran 6. Yang manakah antara berikut bukan kepentingan set induksi? A memulakan pelajaran atau warm up B untuk menjelaskan konsep utama atau topik pengajaran C membantu murid terlibat dalam sesi pengajaran matematik semasa murid memasuki kelas. D memperkenalkan topik baharu atau memberi peluang kepada murid memperkembangkan kemahiran baharu 7. ... pelajar mengetahui apa dan kenapa yang perlu dipelajari. Pelajar berupaya menggunakan pengetahuan sedia ada. Pelajar telah membaca secara teori apa yang akan dipelajari dan melakukan kerja praktikal secara individu atau kumpulan. Pendekatan pembelajaran yang dimaksudkan di atas ialah A ekspositori B kerja amali C demonstrasi D pendekatan makmal 8. Yang manakah antara berikut bukan ciri-ciri pembelajaran koperatif? A tiada ketua kumpulan secara formal B pembentukan adalah secara heterogenus C kemahiran sosial secara pengajaran tak langsung D pelajar berkongsi bahan pengajaran tetapi menyiapkan tugasan secara individu

9. Yang manakah antara berikut adalah tepat tentang perbezaan antara pembelajaran berpusatkan guru dengan pembelajaran berpusatkan murid? Pembelajaran berpusatkan guru bersifat aktif pilihan pelajar peringkat rendah memberi autoriti tinggi bagi pelajar menekankan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru Pembelajaran berpusatkan murid bersifat pasif pilihan pelajar peringkat tinggi memberi autoriti rendah bagi pelajar menekankan tanggungjawab kepada pelajar

A B C D

10. Dalam pembelajaran konstruktivisme, A pembelajaran matematik perlu dilakukan melalui latih tubi dan praktis B pelajar digalakkan berfikir semasa menyelesaikan masalah matematik C unit pembelajaran matematik diajarkan mengikut sub unit atau sub kemahiran bagi setiap topik D pelajar digalakkan memberi motivasi seperti pujian atau gred yang baik iaitu sebagai insentif. 11. Mengikut Bruner, yang manakah antara berikut mewakili idea matematik? A Enaktif B Ikonik C Simbolik D Abstrak 12. Yang manakah antara berikut benar tentang Teori Pembelajaran Humanis? A kaedah pengurusan diutamakan berbanding strategi pengajaran yang spesifik B penekanan kepada pemahaman setiap pelajar untuk diaplikasikan dalam aktiviti kumpulan C fokus pelajar sebagai sumber untuk ingin tahu, bukan sebagai penerima maklumat D penggunaan kombinasi soalan soal selidik, nota lapangan dan perbincangan antara guru dan murid 13. Pilih urutan yang betul untuk membina pengetahuan tentang nombor bulat. I Nlai tempat II Pranombor III Nombor awalan IV Operasi nombor A I II III IV B IV I III --- II C II III I IV D III I -- IV II 14. Cikgu Chin menerangkan hasil darab 4 x 8 dengan menunjukkan rajah berikut:

Strategi apakah yang telah digunakan untuk memperoleh jawapan bagi 4 x 8 = 32? A membilang bintang satu per satu dari bintang 1 hingga bintang 32. B mengubah ayat matematik dengan menggunakan perwakilan gambar C menggunakan pengetahuan jadual pendaraban 4 darab 8 dan mengira hasil 4 x 8 = 32 D mengira bintang yang diatur berlapan-lapan dan menambah 8 berulang-ulang sebanyak 4 kali untuk mendapatkan jumlah bintang

15. Seorang murid melakukan algoritma berikut: 147 + 358 ------------400 (100 + 300) 90 (40 + 50) + 15 (7 + 8) --------------------505 (400 + 90 + 15) ================= Yang manakah antara yang berikut benar tentang algoritma ini? A Setiap nombor dibundarkan kepada gandaan uuh yang hampir B Digit nilai tempat yang terbesar dikumpulkan bersama. Anggaran amaun baki digabungkan dengan hasil tambah C Murid mencari hasil tambah setiap nilai tempat secara berperingkat-peringkat dan kemudian menambah setiap hasil tambah bahagian tadi untuk mendapatkan jumlah besar D Murid mengumpulkan nombor yang akan membentuk jumlah yang berhampiran dengan puluh atau gandaan sepuluh dan kemudian menjumlahkan kesemua hasil tambah tadi 16. Yang manakah antara berikut menerangkan tentang nombor ordinal? A Terdapat 10 ekor ayam dalam reban itu B Warna rumah yang ke-9 ialah biru C Dia terjumpa kad pengenalan yang bernombor 683245064582 D Nombor 657 muncul dalam cabutan nombor bertuah itu 17. Seorang murid memberikan jawapan berikut dalam buku latihannya: 98 + 18 = 1016, 79 + 23 = 912, 74 + 69 = 1313 Apakah cara untuk mengatasi masalah murid ini? A B C D Gunakan jari untuk membilang dan mencari jawapan Mengajar semula penambahan daam bentuk mencancang Memberikan soalan yang sama untuk dibuat latih tubi Menggunakan bahan konkrit untuk menggambarkan proses mengumpul semula

18. Mempunyai gambaran yang tepat tentang perasaan dan mood seseorang serta motivasi dan juga kapasiti untuk disiplin diri. Penyataan ini merujuk kepada kecerdasan A ruang B intrapersonal C interpersonal D tabii 19. Situasi manakah di antara yang berikut mewujudkan suasana yang kondusif, selesa dan selamat untuk menggalakkan serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah? A Cikgu Ali meningkatkan kolaborasi antara murid B Cikgu Meriam melantik murid aktif sebagai wakil kumpulan C Cikgu Soo memberi peluang kepada muridnya untuk mendapatkan bahan pembelajaran dari Internet D Cikgu Yani mengambil kira kepelbagaian kecerdasan serta cara belajar murid bagi menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan 20. Pembelajaran berasaskan projek dalam matematik memerlukan murid untuk A mewujudkan kolaborasi dan kerjasama dalam keseluruhan kerja projek B menunjukkan hasil dan penyelesaian masalah telah diatasi untuk menyiapkan projek C menggunakan suatu panduan dalam pelbagai pendekatan dalam mempelajari matematik 3

D membentangkan kandungan matematik yang tepat semasa proses pembelajaran Bahagian B 1. (a) Nyatakan lima garis panduan yang boleh digunakan daam pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi suatu pelajaran. (b) Nyatakan lima pertimbangan yang seharusnya difikirkan oleh guru semasa memilih isi pelajaran. Nyatakan lima ciri asas dalam pembelajaran koperatif. Berikan tiga situasi perbezaan antara pembelajaran koperatf dengan pengajaran secara tradisional. Nyatakan dua pengetahuan sedia ada yang perlu dikuasai murid untuk mengikuti pelajaran Penolakan dengan Mengumpul Semula. Terangkan langkah-langkah penggunaan bahan maujud untuk memperoleh jawapan bagi soalan 53 39 = ___. Nyatakan dua elemen pedagogi yang perlu dipertimbangkan apabila menggunakan kaedah permainan dalam aktiviti rekreasi pengajaran matematik. Senaraikan empat kelebihan penggunaan kaedah permainan matematik sebagai aktiviti rekreasi dalam pengajaran matematik. Terangkan dua aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pengurusan bilik darjah.

2. (a) (b) 3. (a) (b)

4. (a) (b) (c)

Bahagian C Jawab dua soalan. 1. Huraikan implikasi fahaman kognitif dan konstruktruktivisme kepada amalan bilik darjah matematik. Terangkan empat konsep bagi pendekatan kognitif dalam pengajaran matematik. 2. Huraikan langkah-langkah yang sesuai, termasuk soalan bagi membimbing murid mendapatkan rumus berikut: Isipadu kuboid = panjang x lebar x tinggi 3. Huraikan perbezaan individu dan implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bincangkan perbezaan antara dua makna bagi penolakan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Jawapan Latihan Ulangkaji Set 2 Bahagian A 1. A 11. C 2. B 12. C 3. C 13. C 4. D 14. D 5. C 15. C 6. C 16. B 7. A 17. D 8. D 18. B 9. D 19. D 10. C 20. B

Bahagian B 1. (a) Strategi yang dipilih harus berpusatkan murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti. Strategi dipelbagaikan untuk mengekalkan minat dan tumpuan murid Strategi yang dipilih harus dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan Strategi harus mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, mengira, menuis dan melukis Strategi harus berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan jga penyerapan nlai murni (b) Penyusunan isi harus relevan dengan objektif pelajaran Isi pelajaran harus bermula dari pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baharu murid Penyusunan isi pelajaran harus mengikut urutan yang teratur Isi pelajaran harus mencakupi masa yang diperuntukkan Isi pelajaran harus mudah difahami dan membantu ingatan kekal murid 2. (a) Saling bergantungan antara satu sama lain secara positif Saling berinteraksi secara bersemuka Tanggungjawab individu Kemahiran sosial Pemprosesan pasukan (b) Situasi/Dimensi Pembelajaran koperatif Mengajar secara tradisional Penyusunan dalam bilik -Murid duduk berdepan antara satu -Meja disusun secara berbaris darjah sama lain dalam satu kumpulan. dan mengadap ke depan -Meja guru diletakkan di beakang -Meja guru selalunya dalam blik darjah. diletakkan di depan bilik darjah Pengajaran dalam bilik -Kumpulan dalam kumpulan -Satu kumpulan besar darjah -Kumpulan dalam bilik darjah Pengajaran secara kelas dibahagikan mengikut kebolehan -Murid bekerja sendiri seramai 4 atau 5 orang murid -Guru menerangkan isi -Berpusatan murid pelajaran di depan bilik darjah -Berpusatan guru Aktiviti dalam kelas -Murid bekerja secara individu, -Murid bekerja di meja sendiri berpasangan dan dalam kumpulan dan cuba sendiri. kecil. -Guru menyampaikan -Murid bekerja, berbincang dan pengajaran, memberi arahan menolong antara satu sama lain dan berkuliah. untuk menyiapkan tugasan. -Guru menyemak kerja dan -Murid bergerak ke dalam kesilapan diabaikan. kumpulan lain seperti JIGSAW -Murid perlu mendapatkan kebenaran untuk ke meja guru. 5

3. (a) Operasi tolak tanpa mengumpul semula Operasi tambah dengan pengumpulan semula (b) Blok Dienes (Huraikan hingga mendapat jawapan) Atau gunakan penyedut minuman

(Huraikan setiap langkah) 53 - 39 = 14 4. (a) Faktor keselamatan Faktor kesesuaian dengan objektif pembelajaran (b) Pembelajaran yang menyeronokkan Penggunaan persekitaran di luar bilik darjah Dapat menjimatkan masa Mudah memahami konsep matematik (c) (i) Suhu persekitaran --- Suhu tinggi akan .... (Huraikan) (ii) Faktor kebisingan Huraikan

Bahagian C 1. Fahaman kognitif fokus kepada proses mental, berkaitan dengan unit global bagi tingkah laku dan rangsangan. Konstruktivisme pengetahuan dibina oleh murid berdasarkan pengalaman dan interaksi mereka dengan persekitaran, bukan secara pasif. Untuk mendapatkan pengetahuan adalah proses adaptif dan diperoleh bukan secara individu dan di luar pengetahuan pelajar. Berikan contoh dan implikasi yang sesuai. Empat konsep pendekatan kognitif (Huraikan): Melibatkan proses pemikiran yang lebih tinggi seperti penyelesaian masalah Melibatkan metafora pengurusan maklumat dan komputer Tiada had skop Untuk membuat inferens mengenai proses mental 2. Gunakan pendekatan induktif atau konstruktivisme. 1. Gunakan beberapa buah kubus kecil berukuran 1 cm padu. 2. Murid diminta membentuk 4 buah kuboid yang berlainan saiz dengan menggunakan kubus-kubus kecil. 3. Murid membilang bilangan kubus kecil yang diperlukan untuk memenuhi setiap kuboid itu, yang mewakili panjang, lebar dan tinggi. 4. Murid mendarabkan panjang, lebar dan tinggi setiap kuboid itu. 5. Murid mengisikan jadual berikut: Kuboid Bilangan kubus kecil panjang kuboid Lebar kuboid (l) Tinggi kuboid pxlxt yang diperlukan untuk (p) (t) memenuhi kuboid A 24 4 2 3 24 B 36 4 3 3 36 C 64 8 2 4 64 D 48 6 2 4 48 6. Bilangan kubus mewakili isipadu kuboid A, B, C, D. Guru membantu murid dengan menyoal murid. Murid diminta meneliti jadual dan membuat kesimpulan tentang hubungan antara hasil darab dengan bilangan kubus yang diperlukan untuk memenuhi kuboid itu. Dengan itu, murd dapat mengenal pasti isipadu kuboid A, B, C, D: Isipadu kuboid = panjang x lebar x tinggi. 7. Guru memberikan beberpa contoh lain dan membuka peluang kepada murid untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan isipadu kuboid. (Cuba anda binakan beberapa soalan yang dapat membimbing murid menemui rumus tersebut). 3. Perbezaan kebolehan matematik Perbezaan gaya pembelajaran Perbezaan latar belakang keluarga Perbezaan pengetahuan sedia ada Perbezaan dari segi minat atau persepsi Perbezaan dari segi kebolehan fizikal Perbezaan dari segi pengalaman Perbezaan kecerdasan pelbagai 7

Implikasi: Berbeza isi kandungan yang diajar Perlukan bahan maujud atau bahan yang berbeza Berbeza lembaran kerja Berbeza strategi atau pendekatan pembelajaran Hasil pembelajaran yang dirancang perlu berbeza bagi golongan murid yang berbeza Makna penolakan: (i) Penyingkiran/ Pengambilan keluar/ Pengasingan Contoh: 15 8 = 7 Maksudnya jika 8 objek dikeluarkan daripada sekumpulan yang mengandungi 15 objek, maka bakinya ialah 7 objek. (ii) Perbandingan Katakan ada dua kumpulan pelajar. Kumpulan pertama dihadiri oleh 15 orang manakala kumpulan yang satu lagi dihadiri oleh 8 orang. Berapa ramai orang kumpulan pertama berbanding dengan kumpulan kedua? 7 orang. Jawapan dari operasi penolakan ini dinamakan beza, dan beza ini akan memberitahu berapa ramai lebih atau kurang satu nombor dengan nombor yang lain.

JSU MTE 3107.


Objektifrangkuman semua topik

Struktur Q1 - Planning Mathematics Lesson (bab 1) Q2 - Mathematics Teaching Methods and Techniques (bab 2) Q3 - Mathematical Knowledge of Teaching (bab 4) Q4 - Enhancing Learning Mathematics (bab 5)

Esei Mathematics Teaching Methods and Techniques (bab 2) Learning Mathematics (bab 3) Enhancing Learning Mathematics (bab 5)

You might also like