You are on page 1of 6

PANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBELI RUMAH LELONG

www.RahsiaRumahLelong.com

1. Menambah ilmu tentang hartanah terutamanya hartanah lelong dengan membaca buku, majalah dan artikel. Dapatkan gambaran awal tentang industry ini terlebih dahulu.

Bagaimana nak tahu cukup ke tidak ? Bergantung kepada jenis rumah yang anda nak beli. Wang deposit yang perlu disediakan adalah sebanyak 10% dari harga jualan. Contoh : RM10,000 bersamaan 10% untuk membida rumah lelong pada harga RM100,000. Sediakan juga bajet ubahsuai rumah (RM5,000) bagi ubahsuai biasa. Jumlah ini bergantung kepada keadaan rumah yang hendak di beli tersebut. Kalau keadaan rumah teruk dapatkan pandangan kontraktor untuk menganggarkan nilai ubahsuai tersebut. Bajet urusan peguam & duti setem (RM5,000). Nota : Pembeli rumah lelong juga boleh keluar wang KWSP seperti pembelian rumah biasa.

www.RahsiaRumahLelong.com

2. Sediakan Modal Yang Mencukupi

3. Cari Rumah Lelong Maklumat tentang hartanah dilelong boleh di cari di laman web pihak Bank /akhbar harian / brosur yang diletakkan di Bank/papan kenyataan Mahkamah/ Pejabat Tanah. Setelah jumpa yang berkenan & sesuai dengan bajet Antara website lelongan rumah yang boleh dilawati adalah seperti http://www.ehsanauctioneers.com/ http://www.auctiondata.com.my/ http://www.auctions.com.my/ http://www.tancorp.com.my/ http://www.leongauctioneer.com/ http://www.ngchanmau.com/ http://www.henrybutcher.com.my/

4. Dapatkan info lengkap dari pihak pelelong Buat pertemuan dengan pelelong. Dapatkan nasihat dan baca segala info dengan teliti, terutama berkenaan status tanah, pihak bank yang melelong % deposit permulaan, tunggakan bil-bil dll. Kadangkala info tersebut turut disediakan di website. Nota : Ada sesetengah pihak Bank yang tidak menanggung tunggakan bil-bil. Jika tidak tanggung anda perlu sediakan bajet untuknya.

www.RahsiaRumahLelong.com

5. Lawati Rumah Tersebut Periksa sama ada rumah tersebut diduduki atau tidak? Masih boleh diperbaiki atau tidak? Lihat kawasan kejiranan sama ada kawasan tersebut penduduknya penuh atau tidak. Kalau penduduknya penuh maknanya kawasan tersebut mempunyai permintaan tinggi. Jika banyak rumah yang kosong maknanya sukar untuk dijual dan harganya tidak boleh melonjak tinggi.

6. Sediakan Bank Draf bersamaan 10% dari harga lelongan. Bawa juga wang tunaisebagai persediaan untuk top-up jika harga meningkat disebabkan ada orang lain yang membida harta tersebut.

7. Hadiri Majlis Lelongan. Bawa bank deraf berserta kad pengenalan dan serahkan kepada pelelong untuk pendaftaran bidaan. (Prosedur ada kalanya berbeza mengikut tempat)

www.RahsiaRumahLelong.com

8. Selepas Berjaya! Tandatangani Kontrak Jualan (dalam lelongan, kontrak jualan bertindak sebagai perjanjian jual beli) dan akan diberikan sesalinan kontrak selepas disetemkan oleh pelelong.

9. Buatkan beberapa salinan kontrak jualan berserta dokumen-dokumen tentang penyata gaji . Pergi ke bank untuk memohon pinjaman. Selalunya, ia mengambil masa seminggu (paling lewat) untuk mengetahui sama ada pinjaman anda diluluskan atau tidak.

10. Setelah pinjaman diluluskan, jumpa peguam untuk urusan proses dokumentasi pinjaman dan pindahmilik. Jika anda tiada peguam, pihak bank selalunya mempunyai peguam panel, mungkin anda boleh mendapatkan no contact peguam tersebut dari mereka.

www.RahsiaRumahLelong.com

11. Setelah dokumentasi perundangan telah lengkap, pihak peguam akan mengarahkan pihak Bank untuk mengeluarkan bayaran kepada Bank yang melelong harta tersebut.

12. Selepas bayaran dibuat, anda boleh masuk rumah yang dibeli tersebut. Dimana nak ambil kunci rumah tersebut? Rumah lelong tidak ada kunci kerana pemilik asal rumah tersebut sudah cabut lari. Upah pembuat kunci untuk buka pintu dan buatkan kunci yang baru.

13. Bawa salinan kontrak jualan juga diperlukan untuk membuat penyambungan air, elektrik, Indah Water dan menukar nama cukai pintu di pejabat-pejabat utiliti tersebut.

www.RahsiaRumahLelong.com

14. Ubahsuai dan Perbaiki rumah Cat & cuci adalah perkara asas yang wajib dilakukan. Kadangkala cat sudah cukup untuk menarik pembeli atau penyewa. Ganti peralatan tandas, lampu, kipas angin & sebagainya.

15. Apabila proses pembaikan dan ubahsuai sudah siap anda sudah boleh sewakan atau jual semula rumah tersebut untuk menikmati hasilnya.
www.RahsiaRumahLelong.com

You might also like