You are on page 1of 3

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran kasar di Malaysia.

keadaan ekonomi yang lebih baik - menambahkan peluang pekerjaan [1m];meningkatkan taraf hidup penduduk [1m]; menambahkan saiz keluarga [1m].keluarga yang mempunyai taraf hidup dan sosio ekonomi yang rendahmengalami kadar kelahiran yang lebih tinggi kerana kurang sedar akanamalan perancangan keluarga [1m].pengaruh agama - semua agama misalnya agama Islam menggalakkankeluarga mempunyai anak yang banyak [1m]; pengajaran agama Katoliktidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden [1m].keluarga taraf hidup tinggi - lebih mengamalkan perancangan keluarga mengurangkan saiz keluarga [1m].Malaysia mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik menyediakanperkhidmatan kesihatan dan perubatan - mengurangkan kadar kematianterutamanya kalangan bayi dan orang tua [1m].ibu yang pendapatan per kapita tinggi - menjaga kesihatan dan melahirkanbayi yang sihat - menambahkan kadar kelahiran [1m].pencapaian dalam bidang pendidikan antara kaum perempuan - lewatberkahwin - tahap kesuburan wanita lebih tua adalah rendah [1m] -mengurangkan kadar kelahiran; perempuan berpendidikan tinggi kini bekerja= tidak mempunyai keluarg yang besar [1m].tahap pendidikan yang tinggi meningkatkan amalan perancangan keluarga -mengurangkan saiz keluarga [1m]; menggemari saiz keluarga yang kecil -memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya [1m].amalan perancangan keluarga telah merendahkan kadar kelahiran - 900 000orang wanita di Malaysia mengamalkan perancangan keluarga pada tahun1979 [1m].faktor sosiobudaya - keluarga besar menambahkan rezeki hidup keluarga -menambahkan kadar kelahiran [1m].kerajaan Malaysia menggatakkan pertumbuhan penduduk untuk memenuhikeperluan tenaga , pekerja dengan memberikan pengecualian cukaitanggungan cuti bersalin [1m].dan bayaran rawatan yang rendah di klinik atau di hospital kerajaan [1m]. Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kadar kematian di Malaysia kadar kematian di Malaysa menurun daripada 19.5% pada tahun l947 kepad;4.6% pada tahun 1990 [1m].faktorfaktor yang menyebabkan kadar kematian menurun:peningkatan dalam taraf kesihatan - kerajaan Malaysia menyediakankemudahan perubatan di klinik dan di hospital kerajaan mengenakanbayaran rawatan yang rendah [1m], bayi diberikan suntikan cacar dansuntikan tiga antigen dengan percuma di klinik dan di hospital kerajaan

Saya terpanggil untuk menulis tentang penerapan nilai dalam dapatan kajian untuk memenuhi objektif kajian yang terakhir itu. Maklumlah sudah ada pelajar yang sedang menulis laporan dapatan kajian untuk aspek 6.2 hingga 6.5. Kalau tidak dinyatakan nilai-nilai tersebut, memang tidak dapat markah penuh. Walaubagaimanapun, jika nilai sahaja diterangkan, tanpa apa-apa huraian aspek lain, memang akan dapat markah 0! Nilai/unsur patrotisme yang dipupuk dalam diri pelajar dan/atau penduduk kawasan kajian semasa atau selepas kajian dilaksanakan hendaklah dinyatakan berdasarkan aspek yang dibincangkan@dihuraikan. Contohnya, anda telah huraikan salah satu kepentingan pasar malam iaitu "memberi peluang pekerjaan" kepada penduduk tempatan yang menganggur. Dalam satu ayat yang baru, anda terapkan nilai seperti "saya sebagai penduduk/pengunjung ..........bersyukur kerana perniagaan pasar malam ini telah mengurangkan pengangguran di kalangan penduduk tempatan." Pemupukan nilai ini boleh dinyatakan di antara huraian-huraian atau di akhir huraian 4 kepentingan pasar malam ini seperti contoh yang saya berikan dalam post saya sebelum ini. Baca bahagian akhir sekali.

Di bahagian aspek faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit, contoh penerapan nilai ialah: "saya menghargai usaha kerajaan tempatan yang telah menyediakan ruang untuk penduduk berniaga kecil-kecilan sekaligus dapat memajukan ekonomi negara."

Di bahagian aspek kesan-kesan negatif perniagaan runcit, salah satu contoh ialah: "Kita hendaklah perihatin terhadap masalah sosial / kekurangan tempat letak kereta/ kebersihan yang berlaku...."

Di bahagian aspek cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit, contohnya seperti: "Kita hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama menjaga kebersihan di pasar malam..." "saya berbangga dengan peniaga dan pengunjung pasar malam di sini kerana...."

Ada beberapa nilai/UP yang boleh difikirkan. Tanya diri anda sendiri nilai apa yang anda rasakan ketika menghuraikan aspek-aspek tersebut? Berbangga? Menghargai? Bertanggungjawab? Bertolak ansur? Mencintai negara Malaysia? Menghormati? Untuk apa? Kenapa? Sekiranya anda 'pandai' bersyukur sahaja, tidak mengapa jika anda ulang-ulang kesyukuran anda dalam setiap aspek dapatan kajian :)) Inikan lebih baik daripada langsung tidak menghargai? ;)).

You might also like