You are on page 1of 11

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

SINTAKSIS

SINTAKSIS
Sintaksis merupakan bidang ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat. Dalam BM, ayat terbentuk daripada 2 unsur iaitu SUBJEK dan PREDIKAT. SUBJEK merupakan perkara utama dalam ayat. PREDIKAT menjadi penerang kepada subjek atau sebagai keterangan dalam binaan ayat.

AYAT

SUBJEK + PREDIKAT

BINAAN AYAT
SUBJEK - bahagian ayat yang letaknya di hadapan predikat dalam pola ayat biasa. - bahagian subjek biasanya diisi oleh Frasa Nama (FN) PREDIKAT bahagian ayat yang letaknya selepas subjek dalam pola ayat biasa bahagian predikat diisi oleh sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FSN)

Ayat terbina daripada beberapa unsur yang lebih kecil, iaitu; KATA - unit tatabahasa yang terkecil dan bebas FRASA - gabungan dua perkataan atau lebih yang dapat berfungsi sebagai predikat atau binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar. KLAUSA - satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi menjadi ayat.

Susunan perkataan (ayat)


AYAT Ibu Umar seorang guru. KLAUSA ibu Umar seorang guru. FRASA ibu Umar/seorang guru. PERKATAAN ibu/Umar/seorang/guru.

POLA AYAT DASAR


Dalam Bahasa Melayu terdapat empat pola ayat dasar iaitu:
Frasa Nama (FN+FN) Frasa Nama (FN+FK) Frasa Nama (FN+FA) Frasa Nama (FN+FSN) + Frasa Nama

+ Frasa Kerja
+ Frasa Adjektif + Frasa Sendi Nama

Contoh bagi pola-pola ayat


Pola 1 : FN + FN - Mereka itu mahasiswa. - Bunga Raya adalah bunga kebangsaan. Pola 2 : FN + FK - Pokok kelapa itu tumbang. - Mereka meminjam buku dari perpustakaan. Pola 3 : FN + FA - Masjid itu sangat besar - Lembu itu garang. Pola 4 : FN + FSN - Keluarganya di kampung. - Rumah mereka di tepi laut.

FRASA
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun lebih. Dalam Bahasa Melayu, frasa boleh terbentuk kepada FN, FK, FA dan FSN. Perbezaan frasa dengan klausa ialah frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Contoh pembentukan frasa ialah seperti di bawah: Burung merpati terbang melayang (Frasa) Anak kecil itu sedang tidur (Frasa)

KLAUSA
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebagai konstituen ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan dengan intonasi yang sempurna. Klausa tak bebas terdapat dalam ayat yang lebih kompleks dan hadir bersama-sama klausa bebas. Klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat lengkap. Contoh: Kamu pandai kerana kamu rajin belajar. (Klausa bebas) (klausa tak bebas) Jika hari hujan saya tidar hadir (Klausa tak bebas) (klausa bebas)

AYAT
Dari segi binaan, ayat dapat dibahagikan kepada : Ayat tunggal - ayat yang mengandungi satu klausa bebas sahaja - mempunyai satu subjek dan satu predikat - contoh: Ali guru. Ayat majmuk - terdiri daripada beberapa ayat tunggal - mengandungi lebih daripada satu klausa yang dirangkaikan menjadi satu ayat melalui tiga cara iaitu gabungan, pancangan dan campuran. - contoh: Ali dan Salmah guru.

Ali guru sementara adiknya askar.

Ayat aktif - ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Azman menendang bola. Ayat aktif - Umar menembak burung itu. Ayat pasif - Burung itu ditembak Umar. Ayat pasif - ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Azman. - ayat yang mengalami pendepanan objek asal - dalam ayat pasif kedudukan subjek atau pelaku sudah kurang dipentingkan, sebaliknya yang penting ialah objek.

You might also like