You are on page 1of 6

Latihan ulangkaji Bahagian A

MTE3107 Perancangan dan Pengajaran Matematik

1. Yang manakah anatara berikut bukan merupakan topik Tahap Satu? A Wang B Pecahan C Nombor D Perpuluhan 2. Kejayaan suatu pelajaran bergantung kepada rancangan pelajaran yang teratur dan rapi. Yang manakah antara berikut merupakan aspek paling penting yang perlu dipertimbangkan apabila menyediakan suatu rancangan pelajaran? A Jadual waktu kelas B Huraian Sukatan Pelajaran C Bahan bantu mengajar D Kemudahan makmal dan pusat sumber 3. Apakah peranan yang harus dimainkan guru matematik yang ingin membekalkan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan berkesan? A Fasilitator B Pemerhati C Agen perubahan D Penyampai maklumat 4. Bilik darjah yang diurus dengan baik menghambil kira murid, konteks dan persekitaran. Yang manakah antara berikut bukan satu aspek pengurusan konteks? A Mengetahui bilangan murid dalam kelas untuk tujuan perancangan aktiviti B Mengetahui banyaknya bahan dan radas suoaya dapat merancang aktiviti kumpulan C Mengaitkan pelajaran kepada masyarakat dan dunia sebenar supaya pelajaran tersebut menjadi bermakna kepada murid D Mengatur ruang bilik darjah dari segi tempat duduk, susunan perabot dan pengurusan ruang. 5. Cikgu Mahmud telah mengubal soalan aneka pilihan berikut: Apakah perbezaan antara kubus dan kuboid? A Luas permukaan semua satah pada kubus adalah sama B Kuboid lebih panjang daripada kubus C Kubus lebih tinggi daripada kuboid D Luas permukaan semua satah kuboid kurang daripada kubus Berdasarkan Taksonomi Bloom, apakah aras kognitif soalan tersebut? A Analisis B Sintesis C Penilaian D Pemahaman 6. Asas kaedah pembelajaran penemuan ialah A murid menghafal isi kandungan pelajaran B murid terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran C guru menyampaikan maklumat dalam bentuk yang mudah D murid hanya menggunakan komputer dan perisian dalam pembelajaran

7. Cikgu Siti mengajar sifir bahagi 9 dengan langkah-langkah berikut: Langkah 1: 18 / 9 = 2, tanpa baki, 1 + 8 = 9 Langkah 2: 27 / 9 = 3, tanpa baki, 2 + 7 = 9 Langkah 3: 36 / 9 = 4, tanpa baki, 3 + 6 = 9 Langkah 4: Maka sebarang nombor yang dibahagi dengan 9 tanpa baki, hasil tambah digit-digit nombor berkenaan mesti berjumlah 9. Kaedah mengajar matematik yang digunakan oleh Cikgu Siti ialah A deduktif B induktif C demonstrasi D inkuiri-penemuan 8. Arah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri berkait rapat dengan pendekatan pengajaran yang berpusatkan A media B guru C murid D aktiviti 9. Menurut Bruner, perkembangan kognitif seseorang murid melalui beberapa peringkat seperti berikut: Enaktif --> Ikonik --> Simbolik Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk mengajar operasi tambah bagi nombor satu digit pada murid peringkat ikonik ialah A kad nombor B kad gambar C ayat matematik D objek maujud 10. Anda ingin menggunakan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran konsep purata. Aktiviti manakah antara berikut dapat memupuk pembinaan konsep berdasarkan konstruktivisme? I Aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan konkrit II Aktiviti yang membenarkan murid membincang kefahaman mereka III Aktiviti yang melibatkan penyampaian rumus purata oleh guru IV Aktiviti yang melibatkan penghafalan rumus purata oleh murid V Aktiviti yang memerlukan murid menulis kefahaman mereka tentang purata A I, II, V B III, IV, V C I, III, IV D II, III, V 11. Prinsip Pelaziman Operan Skinner menyatakan apabila sesuatu gerak balas diikuti suatu peneguhan positif, maka kebarangkalian gerak balas itu berulang akan meningkat. Tingkah laku memberi ganjaran yang manakah selaras dengan prinsip Skinner bagi meningkatkan pembelajaran matematik? A Apabila murid memberi jawapan salah, guru menyuruh murid berdiri atas kerusi B Apabila murid memberi jawapan betul, guru mengajukan soalan seterusnya kepada murid lain C Apabila murid memberi jawapan salah, guru menberi kerja rumah yang banyak

D Apabila murid memberi jawapan betul, guru membenarkan murid keluar lima minit lebih awal untuk rehat 12. Guru humanis berperanan sebagai fasilitator dan bukan untuk menyampaikan pengetahuan. Kaedah manakah akan digemari guru humanis? A Penemuan B Ekspositori C Deduktif D Demonstrasi 13. Yang manakah antara berikut merupakan pengetahuan jenis fakta? A Mengenal bahagi sebagai pembahagian sama rata B Mengingat kembali dengan cepat fakta asas darab C Menambah nombro 2-digit dengan 2-digit tanpa pengumpulan semula D Mencari pecahan setara dengan cara mendarab penyebut dan pengangka dengan nombor yang sama 14. Cikgu Aminah melukis sebuah segiempat sama dan membahagikannya kepada empat bahagian (petak) yang sama besar. Dia melorekkan satu petak dan gunakannya untuk mengajar 25%. Apakah jenis pengetahuan yang sedang diajarnya? A Fakta B Konsep C Algoritma D Abstrak 15. Yang manakah antara berikut tidak benar tentang algoritma? A Algoritma adalah uatu set peraturan untuk menyelesaikan suatu masalah matematik B Algoritma yang cekap memberi jawapan dengan cepat dan tepat C Algoritma untuk pengiraan mungkin dalam bentuk mental atau bertulis D Algoritma adalah prosedur melakukan suatu dan mesti digunakan dalam bentuk piawai sahaja 16. Sekumpulan murid terlibat dalam aktiviti berikut: Berkongsi idea; Mendengar dengan teliti antara satu sama lain; Memahami pengetahuan matematik Manakah antara berikut menunjukkan cara mereka membuat matematik? A Perwakilan B Komunikasi C Penaakulan dan bukti D Penyelesaian masalah 17. Seorang murid visual dapat jawapan berikut semasa menjawab soalan berikut: 14 + 28 x 6 = 284. Apakah cara yang paling sesuai untuk membantu murid ini membetulkan kesilapannya? I Menulis soalan di papan tulis II Menggunakan alat konkrit III Membaca soalan dengan kuat IV Menggunakan kad gambar V Menggunakan algoritma bertulis A I, II, III B II, III, V C I, IV, V D II, IV, V

18. Semua yang berikut mewujudkan iklim kelas yang positif kecuali A kerap menggunakan galakan apabila mengajar murid lemah B menggalakkan menggunakan buku teks dan bahan yang tidak adil C mengajar murid menghormati dan menghargai diversiti dalam kalangan murid D melantik pemimpin murid untuk setiap kumpulan etnik yang juga berfungsi sebagai jurucakap kumpulan tersebut 19. Permainan matematik berbperanan meningkatkan kemahiran matematik murid. Manakah antara berikut bukan suatu objektif permainan matematik? A Menggalakkan pemikiran dan aplikasi konsep dan kemahiran matematik B Menanam kemahiran sosial apabila dua atau lebih pemain mengikut peraturan main yang sama C Digunakan untuk mengisi masa lapang selepas peperiksaan utama D Menggalakkan komunikasi matematik apabila murid menerang, memberi justifikasi tentang pergerakan mereka 20. Manakah antara berikut merupakan contoh rekreasi matematik? I Kuiz II Congkak III Tangram IV Teka-teki matematik V Segiempat ajaib A II, III, IV, V B I, II, IV, V C I, II, III, IV D Semua di atas Bahagian B Soalan berstruktur 1. Dalam perancangan P&P, terdapat beberapa komponen penting seperti set induksi, perkembangan dan penutup. (a) Apakah tujuan set induksi? (b) Berdasarkan satu hasil pembelajaran yang dinyatakan, jelaskan satu aktiviti yang paling sesuai untuk dijadikan set induksi bagi hasil pembelajaran ini. (c) Objektif pembelajaran terdiri daripada objektif implisit, objektif eksplisit, dan objektif ekspresif. Berikan satu contoh bagi matematik KBSR, (i) objektif implisit, (ii) objektif eksplisit. 2. (a) Nyatakan perbezaan antara pendekatan pengajaran berpusatkan murid, guru dan bahan. (b) Nyatakan satu kaedah mengajar yang (i) berpusatkan murid (ii) berpusatkan guru (c) Berdasarkan satu hasil pembelajaran dalam matematik KBSR, nyatakan langkah-langkah untuk menunjukkan bagaimana anda menggunakan kaedah demonstrasi untuk mencapai hasil pembelajaran tersebut.

3. (a) Terdapat beberapa cara Membuat matematik. Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan secara ringkas maksud bagi setiap cara membuat matematik berikut: (i) penaakulan dan bukti (ii) perwakilan (b) Anda ingin mengajar algoritma bagi suatu konsep matematik sekolah rendah. (i) Nyatakan konsep yang anda ingin ajar dan berikan dua pengetahuan sedia ada yang perlu diketahui oleh murid sebelum mempelajari konsep yang anda nyatakan. (ii) Jelaskan bagaimana anda menyampaikan pengetahuan algoritma yang perlu dikuasai murid bagi konsep yang anda nyatakan. 4. (a) Nyatakan tiga jenis gaya pembelajaran. Bagi topik peratus, tunjukkan bagaimana anda menjalankan pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar topik peratus bagi setiap jenis gaya pembelajaran tersebut. Gaya pembelajaran 1: Cara mengajar: Gaya pembelajaran 2: Cara mengajar: Gaya pembelajaran 3: Cara mengajar: Bahagian C Soalan esei 1. (a) Cikgu Salmiah mengharapkan agar muridnya dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan perpuluhan. Beberapa alat dan bahan bantu mengajar telah disediakan. Berikan satu kaedah mengajar yang paling sesuai yang membolehkan murid memahami maksud perpuluhan. Namakan juga dua bahan/alat bantu mengajar yang sesuai untuk tujuan ini. Berdasarkan kaedah dan bahan bantu mengajar anda, huraikan langkahlangkah pengajaran anda dengan berpandukan ilustrasi sehingga murid memahami maksud perpuluhan. (b) Huraikan bagaimana anda memperkenalkan konsep purata kepada murid Tahap II. 2. (a) Huraikan empat konsep utama Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Apakah implikasi teori ini ke atas pengajaran matematik? (b) Huraikan sumbangan utama tokoh-tokoh berikut dalam teori pembelajaran: (i) Bruner (ii) Roger (iii) Skinner 3. (a) Ciptakan suatu aktiviti yang menggunakan seni kreatif seperti drama, muzik, puisi atau permainan

matematik untuk mengajar sebarang konsep pecahan dengan lebih bermakna dan berkesan. (b) Huraikan implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. (c) Bagi suatu topik tertentu, huraikan bagaimana anda mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai untuk mengajar topik tersebut.

You might also like