Professional Documents
Culture Documents
Jenis-jenis Kesilapan
1. Imbangan Duga disediakan untuk menguji ketepatan catatan bergu dalam buku
perakaunan.
2. Namun, Imbangan Duga yang seimbang tidak bermakna bebas daripada sebarang
kesilapan.
3. Terdapat dua jenis kesilapan dalam Imbangan Duga, iaitu kesilapan yang ketara dan
kesilapan yang tidak ketara.
Contoh: 1
Ambilan barang bernilai RM80 untuk kegunaan sendiri terlupa direkod dalam mana-mana
buku.
Pembetulan Kesilapan:
Untuk membetulkan kesilapan ini, urus niaga direkod ke dalam kedua-dua akaun yang
berkenaan mengikut system catatan bergu yang berikut.
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Ambilan 80
Akaun Belian 80
(Pembetulan kesilapan: Ambilan barang terlupa direkod
mana-mana buku)
Contoh 2:
Belanja membaiki mesin sebanyak RM100 tersilap didebitkan ke dalam Akaun Mesin.
Catatan dalam Akaun Tunai adalah betul.
Akaun Mesin
Pembetulan Kesilapan:
Untuk membetulkan kesilapan ini, batalkan catatan dalam Akaun Mesin (dengan
mengkreditkan Akaun Mesin). Rekod catatan yang betul dalam Akaun Belanja Membaiki
Mesin (dengan mendebitkan Akaun Belanja Membaiki Mesin).
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Belanja Membaiki Mesin 100
Akaun Mesin 100
(Pembetulan kesilapan: Belanja membaiki mesin tersilap
direkod dalam Akaun Mesin)
Contoh 3(a):
Bayar kadar bayaran sebanyak RM108 telah silap catat sebagai RM180 dalam Buku Tunai
dan Akaun Kadar Bayaran. Catatan bergunya adalah betul.
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Buku Tunai 72
Akaun Kadar Bayaran 72
(Pembetulan kesilapan: Kadar bayaran sebanyak RM108
silap catat sebagai RM180 dalam kedua-dua akaun)
Buku Tunai
Kadar bayaran RM72 Kadar bayaran RM180
(pembetulan) (kesilapan)
Contoh 3(b):
Belian daripada Azhar sebanyak RM120 silap catat sebagai RM102 dalam Akaun Bekian dan
Akaun Azhar. Catatan bergunya adalah betul.
Akaun Belian
Azhar RM102
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Belian 18
Azhar 18
(Pembetulan kesilapan: Belian daripada Azhar sebanyak
RM120 silap catat sebagai RM102 dalam kedua-dua akaun)
Akaun Belian
Azhar (kesilapan) RM102
Azhar (pembetulan) 18
Contoh 4:
Jualan kepada Lisa sebanyak RM88 tersilap catat ke dalam Akaun Lina. Catatan dalam Akaun
Jualan adalah betul.
Lina
Lina RM88
Pembetulan Kesilapan:
Untuk membetulkan kesilapan ini,
(a) Catatan dalam akauan yang salah dibatalkan dengan satu catatan di sebelah yang
bertentangan dengan amaun yang sama.
(Akaun Lina dikreditkan dengan RM88 untuk membatalkan catatan itu)
(b) Rekodkan catatan yang betul.
(Akaun Lisa didebitkan)
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Lisa 88
Lina 88
(Pembetulan kesilapan: Jualan kepada Lisa tersilap catat
dalam Akaun Lina)
Lina
Jualan RM88 Lisa RM88
(kesilapan) (pembetulan)
Lisa
Lina RM88
(pembetulan)
Contoh 5:
Ambilan tunai RM60 telah didebitkan ke dalam Akaun Tunai dan dikreditkan ke dalam Akaun
Ambilan.
Akaun Ambilan
Tunai RM102
Akaun Tunai
Ambilan RM102
Pembetulan Kesilapan:
Untuk membetulkan kesilapan ini, batalkan catatan yang salah dengan satu catatan di sebelah
yang bertentangan dengan amaun dua kali ganda daripada amaun asal yang direkodkan
(kerana menggunakan amaun asal cuma membatalkan kesilapan sahaja).
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Ambilan 120
Akaun Tunai 120
(Pembetulan kesilapan: Membetulkan ambilan tunai yang
dicatat secara songsang)
Akaun Ambilan
Tunai RM120Tunai RM60
(pembetulan) (kesilapan)
Akaun Tunai
Ambilan RM60 Ambilan RM120
(kesilapan) (pembetulan)
Akaun Gaji
Tunai (kesilapan) RM300
Tunai (pembetulan) 50
Akaun Insurans
Tunai RM650 Tunai RM50
(kesilapan) (pembetulan)
Akaun Insurans
Tunai RM2 000 Tunai RM22 000
(pembetulan) (kesilapan)
Contoh 7:
Terima cek daripada Rose RM600 didebitkan dalam Buku Tunai sahaja. Tiada catatan dibuat
dalam akaun Rose.
Pembetulan Kesilapan:
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Tergantung 600
Rose 600
(Pembetulan kesilapan: Terima cek sebanyak RM600
daripada Rose terlupa direkod dalam Akaun Rose)
Akaun Rose
Bank RM300
Contoh 7:
Belian tunai RM506 telah didebitkan dengan betul dalam Akaun Belian tetapi dikreditkan
dalam Buku Tunai sebagai RM560.
Pembetulan Kesilapan:
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Belian 54
Akaun Tergantung 54
(Pembetulan kesilapan: Belian tunai sebanyak RM506 silap
catat sebagai RM560 dalam Buku Tunai )
Akaun Belian
Tunai RM300
Contoh 8:
Ambilan tunai RM200 telah direkod dengan betul di sebelah kredit dalam Buku Tunai tetapi
juga dicatat di sebelah kredit Akaun Ambilan.
Pembetulan Kesilapan:
Jurnal Am
Butir Debit Kredit
RM RM
Akaun Ambilan 400
Akaun Tergantung 400
(Pembetulan kesilapan: Membetulkan ambilan tunai catat di
sebelah kredit Akaun Ambilan )
Akaun Ambilan
Tunai (pembetulan) RM400 Tunai (kesilapan) RM200
Contoh 9:
Imbangan Duga yang disediakan untuk sesebuah perniagaan pada 31 Disember 2009
menunjukkan jumlah baki debit telah melebihi jumlah baki kredit sebanyak RM130. Amaun
ini telah dimasukkan ke dalam Akaun Tergantung.
Dikehendaki:
(a) Catatan-catatan Jurnal untuk membetulkan semua kesilapan di atas.
(b) Akaun Tergantung untuk menunjukkan semua pelarasan yang perlu dibuat.
(c) Jika untung bersih sebelum kesilapan atas dibetulkan adalah RM26 280, sediakan penyata
untuk menghitung untung yang betul.
Penyelesaian:
(a) Jurnal Am
Tarikh Butir Debit Kredit
(RM) (RM)
2009 S.Samy 750
Dis. 31 S.Sany 750
(Pembetulan kesilapan: Jualan kredit kepada S.Samy
sebanyak RM750 tersilap catat ke dalam Akaun S.Sany)
Dis. 31 Akaun Diskaun Diberi 350
Akaun Diskaun Diterima 350
Akaun Tergantung 350
(Pembetulan kesilapan: Diskaun diberi sebanyak RM350
tersilap catat ke dalam Akaun Diskaun Diterima)
Dis. 31 Akaun Tergantung 500
Akaun Jualan 500
(Pembetulan kesilapan: Jualan kredit sebanyak RM500
terlupa catat ke dalam Akaun Jualan)
Dis. 31 Akaun Alat Tulis 200
Akaun Alat Pejabat 200
(Pembetulan kesilapan: Belian alat tulis tersilap catat ke
dalam Akaun Alat Pejabat)
Dis. 31 Akaun Belian 270
Akaun Tergantung 270
(Pembetulan kesilapan: Belian sebanyak RM850 tersilap catat
sebagai RM580 dalam Akaun Belian)
Dis. 31 Akaun Tergantung 600
Akaun Sewa 300
Akaun Sewa Diterima 300
(Pembetulan kesilapan: Sewa diterima sebanyak RM300
tersilap direkod ke dalam Akaun Sewa)
Akaun Tergantung
2009 RM 2009 RM
Dis. 31 Jualan 500 Dis. 31 Perbezaan dalam buku 130
Sewa 600 Diskaun Diberi 350
Diskaun Diterima 350
Belian 270
1 100 1 100
1. Segala kesilapan dalam Akaun Nominal yang menyebabkan untung meningkat, maka
akaun tersebut harus ditolak dengan untung bersih yang sebelum diselaraskan.
2. Segala kesilapan dalam Akaun Nominal yang menyebabkan untung menurun, maka
akaun tersebut harus ditambah dengan untung bersih yang sebelum diselaraskan.
Soalan-soalan STPM
STPM 2002:
Imbangan Duga yang seimbang tidak bermakna bahawa urus niaga telah direkodkan dengan
betul. Nyatakan tiga kemungkinan kesilapan yang berlaku semasa perekodan urus niaga.
[3 markah]