You are on page 1of 13

Bentuk Perhubungan dan Pertalian Tamadun Melayu dengan Tamadun China dan India dalam Bidang Politik, Bahasa

dan Kebudayaan Serta Perdagangan (Oleh : Mahdi Shuid) 1. Pengenalan

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat (Peribahasa Melayu) Kalau anda ingin tumbuh, tumbuhkanlah orang lain, kalau anda ingin makmur, makmurkanlah orang lain (Falsafah Confucius) Manusia seharuusnya menjadikan peribahasa dan falsafah di atas sebagai landasan untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Sesebuah masyarakat, negara dan tamadun, tidak pernah wujud berasingan dengan memencilkan diri, sebaliknya berlaku interaksi dan perhubungan dengan kelompok, negara dan tamadun lain demi kelangsungan dan keutuhannya. Kadangkala perhubungan itu berlangsung secara aman damai yang memanfaatkan satu sama lain. Meskipun begitu, tidak kurang pula hubungan yang membawa pemberontakan, pertumpahan darah, peperangan dan penjelajahan yang akhirnya membawa keadaan huru-hara kepada rakyat jelata dan negara. Walau apapun bentuk interaksi, sama ada berlangsung secara aman damai atau ganas, sesebuah tamadun itu senantiasa mempelajari dan menyedut masuk unsur-unsur yang dianggap lebih tinggi yang datang daripada tamadun saingan (Hashim Musa,2000:1). Proses penyedutan unsur-unsur luar seringkali diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan. Begitulah terjadinya dengan Alam Melayu yang menerima dan menyedut Tamadun Islam sehingga muncul Tamadun Melaka (Abad ke-15) dan Tamadun Acheh (Abad ke-16 dan 17). Dalam membicarakan tentang pertalian antar tamadun, Quingley ada memaparkan rajah berkaitan dengannya(lihat LampiranA1). Seperti kebanyakkan sarjan Barat lain, beliau enggan memasukkan pertalian Islam ke Barat yang akan mendedahkan bahwa Tamdun Barat terhutang budi atau menyedut Tamadun Islam. Selain menyelami perhubungan dan pertalian Tamadun Melayu dengan Tamadun China dan India dalam aspek-aspek yang telah dinyatakan, esei ini cuba membandingkan secara ringkas bentuk hubungan Alam Melayu apabila dikuasai penjajah Barat.

2.1. Hubungan dan Pertalian Tamadun Melayu dengan Tamadun China dalam Bidang Politik Mengikut catatan yang terdapat dalam Kepustakaan Dinasti Han-Catatn Geografi, hubungan antara negeri China dengan Alam Melayu berlaku sejak Dinasti Han (140-117 S.M).Dalam catatan tersebut, banyak nama-nama negeri yang disebut dalam bahasa Cina. Biarpun nama-nama agak mengelirukan, namun sarjana-sarjan percaya ada beberapa negeri yang ada kaitan dengan negeri-negei di Semenanjung Tanah Melayu seperti Kedah dicatatkan. Kaisar Wu juga turut menghantar utusan diplomatik ke negaranegara di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Selain inginn membuka peluang perdagangan, utusan tersebut juga dipertanggungjawab untuk menghebahkan kedaulatan Kaisar Dinasti Han. Hubungan Alam Melayu dengan Dinasti Tang menjadi semakin rancak ekoran giatnya kerajaan ini membuka jalur-jalur perdagangan ke luar negara, meningkatnya teknik perkapalan dan galakan kerajaan kepada cendiakawan yang ingin menuuntut ilimu ke luar negara.Kesan daripada langkah-langkah tadi, menjadikan Dinasti Tang dianggap oleh sejarawan China,Profesor Fan Wenlan sebagai dinasti terkemuka antara dinastidinasti yang wujud di China. Orang pertama yang mengkagumi Tamadun Melayu yang dicatatkan dakam pernulisan ialah Yi Jing(I-Tsing), seorang pendeta dan sarjana terkemuka Dinasti Tang. Beliau yang berhajat melawat India, tetapi singgah di Srivijaya selama hampir 14 tahun untuk memperlajari bahasa Sanskrit dan agama Buddha sebelum meneruskan perjalannya ke India. Dalam tempoh itu beliau telah menterjemahkan buku agama Buddha dari bahasa Sanskrit ke bahasa Cina dan menulis dua buah buku tentang Tamadun Melayu Srivijaya Dikatakan kerajaan Srivijaya menghantar 36 kali utusan(rata-rata 3 tahun sekali) ke Negeri China iaitu semasa pemerintahan Dinasti Song. Kedua-dua kerajaan saling membalas utusan. Raja Srivijaya telah membiayai sebuah kuil(Kuil Tian Qing) yang dibina di bandar Guangzhou, China sebagai tanda hormat dan hubungan baik Srivijaya dengan China. Hubungan diplomatik yang cukup menarik berlangsung pada abad ke-15 iaitu antara Melaka dan Dinasti Ming. Seorang Profesor di Universiti Peking, Liang Liji dalam bukunya, Lembaran Sejarah Gemilang: Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15, menyimpulkan bahawa sejarah hubungan Melayu-China pada abad ke-15 amat menakjubkan kerana sepanjang pertalian selama lebih separuh abad, tidak terdapat perselisihan atau pertikaian, apalagi peperangan.Lantaran itu, Liji menganggap hubungan persahabatan antara Dinasti Ming dengan Empayar Melaka adalah hubungan yang paling erat, akrab dan mesra dalam sejarah kedua-dua bangsa, dan ini patut dicatat dengan tinta emas(Liang Liji,1996 : 12) Dua tokoh yang menjadi wira dalam hubungan diplomasi ini ialah Laksamana Hang Tuah dan Laksamana Muhammad Cheng Ho(Zheng He) atau nama islamnya Ma

Poh Sam yang telah mengetuai armada China membuat tujuh kunjungan ketiga puluh buah negara di Dunia Melayu, Asia Seltan dan Timur Tengah. Satu hal yang menarik ialah petikan Sejarah Melayu yang diperturunkan di sini : Surat dari cerpu langit, datang ke atas Makhkota raja Melaka : bahawa kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita herndak bersahabat dan berkasihkasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun dari pada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, sebangsa dengan Raja Melaka..(Shellabear, 1996(1975) : 93) Kebanyakkan pembaca sudah tentu menganggap cerita di atas sebagai dongeng kerana pengarah menyamakan sultan dan kerajaan Melaka setaraf dengan Kaiser Ming. Mungkin ada sesuatu yang tersembunyi dan masih belum dibongkar secara ilmiah melalui penyelidikan oleh sarjana tentang fakta yang terdapat dalam petikan di atas. Hal ini kerana Ibrahim T.Y.Ma dalam bukunya Muslim In China telah menyusur galur ketuturunan Maharaja Ming, Chu Yuan Chang dan permaisuri baginda Chee Men adalah berketurunan Ma(Muhammad) dan akhirnya penulis itu membuat kesimpulan bahawa Kaiser Chu Yuan Chang adalah beragama Islam.(Wan Hashim Wan The, 1997 : 102). Baginda dikatakan mempunyai penasihat dan pegawai tinggi yang beragama Islam, dan temapt ibadat pertama dibina baginda ialah sebuah masjid di Nanking, ibu negeri China ketika itu. Pengkaji lain seperti Profesor Yusuf Chang dalam sebuah artikelnya The Ming Empire : Patron Of Islam In China and Southeast Asia mendakwa Kaisar Ming Tai-tsu dan puteranya Ming Cheng-tsu serta Kaiser Ming Hsuan-tsung adalah beragama Islam. Semasa era pemerintahan Kaiser Ming Cheng-tsu dan Kauser Ming Hsuan-tsung, suatu rombongan yang dipimpin oleh laksamana Cheng Ho dan beberapa pegawai dan jurubahasa, semuanya beragama Islam. Mereka dikirimkan ke Makkah untuk menunaikan fardu haji bagi piha Kaiser Ming.(JMBRAS,Vol 61 1998 : 31) Bertitik-tolak kemungkinan mempunyai persamaan agama 1 hubungan antara kedua-dua kerajaan berlangsung begitu akrab dan amat teliti. Hal ini dapat dibuktikan dengan layanan Kaiser Ming terhadap pemerintah Melaka yang melakukan kunjungan ke China. Kaiser Ming menitahkan Temenggung Li Tong, mengaturkan supaya Raja Melaka berserta kelurganya berehat dahulu di Nanjing dan dilayani dengan kehormatan berlipat ganda, hingga musim bunga dan hawanya menjadi panas semula barulah Raja Melaka Seri Maharaja datang menghadap semula. Kaiser Ming juga menganugerahkan persalinan yang indah-indah, kasut dan kaus kaki, pakaian tebal kepada raja Melaka dan permaisuri

Baginda mengebumikan jenayah kedua ibu bapanya n\mengikut tradisi Islam. Dua orang isteri pertamanaya beragama Islam. Baginda juga melantik sembilan panglima beragama Islam mengangotai Majlis Rahsia Perang. Baginda merakamkan 100-Character Eugoly On Islam di Masjid Ching-chueh.

baginda, menterinya hingga hamba pengiringnya yang paling bawah.(Liang Liji, op. cit.61))Begitulah cermatnya dan telitinya hubungan persahabatan yang ikhlas lagi jujur. Satu lagi bukti yang menunjukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan ialah tindakan Kaiser Ming menasihatkan Raja Siam supaya jangan menyerang Melaka.Ruparupanya nasihat Kaiser Ming itu membawa kesan mendalam kepada keselamatan Melaka.Melaka tidak lagi diganggu oleh Siam.Dalam catatan Cina ada menyatakan bahawa Raja Siam mengutuskan 60 orang untuk mempersembahkan ufti dan menyampaikan minta maaf atas kesalahannya menyerang Melaka.Kaiser menganugerahinya dengan wang,sutera dewangga,kain satin dan lain-lain pada kadarnya. 2.2 Hubungan dan Pertalian Tamadun Melayu dengan Tamadun India Dalam Bidang Politik Boleh dikatakan hubungan awal antara Alam Melayu dan Tamadun India secara keseluruhannya tidak berbentuk penaklukan politik kecuali ekspedisi ketenteraan oleh Rajendra Chola yang menyerang Sailendra di Sumatera serta mengusai empayarnya termasuk Kedah(R. Rajakrishnan & M. Rajantheran, 1994 :179) Kitab Ramayana ada menyebut Suvamadvipa dan Survarnabhumi yang bermaksud Semenanjung Emas dan Bumi Emas, memungkinkan bahawa hubungan antara Alam Melayu dengan India sudah berlangsung sejak awal lagi2 Rata-rata sarjana bersetuju mengatakan bahawa kerajaan yang awal menerima pengaruh India ialah Funan yang muncul pada abad-1 hingga ketiga masihi(Lihat G.Coedes, 1998 : 36-37; Sarla Kosla,1982,215-216; D.G.E.Hall,79:41-42). Funan dikatakan berasal daripada perkataan Cina iaitu Biumam sementara gelaran raja-rajanya pula ialah kurung bnam yang bermakna raja gunung. Menurut catatan Cina, Kang Tai dan Chu Ying yang berkunjun Funan pada pertengahan abad ketiga masihi, Raja Funan yang pertama ialah Kaundinya yang berasal dari India atau Semenajung Tanah Melayu. Rajanya yang terkenal ialah Jayaraman yang pernah menghantar utusan ke China. Selain Funan, kerajaan Angkor turut menerima pengaruh India. Antara raja-raja Angkor yang terkenal ialah Suryavarman I(1002 M-1050M) dan Suryavarman II yang bertanggungjawab mebina Angkor Watt yang ditujukan khas kepada Dewa Vishnu. I-Tsing juga melaporkan bahawa terdapat kapal-kapal yang kerap berlayar antara Kedah(Cieh-cya) dengan Nagapattinan di pantai barat India Selatan. Mengikut tulisantulisan Tamil Chola, ada menyebut bahawa sebuah kuil dibina di Nagapattinam pada 1005 M atas permintaan raja Srivijaya Culamanivardeva. Pemerintah Cola, Rajaraja I sendiri telah menyerahkan pendapatan sebuah kampung untuk menjaga dan membaiki kuil tersebut bagi kepentingan pelawat yang datang dari Srivijaya. Raja Rajendra I, semasa pemerintahannya, telah membuat ekspedisi pelayaran ke Kepulauan Melayu pada tahun 1025 M.(S.Singaravellu,1993:86)

Epik Ramayana ditulis oleh Valmiki, seorang pertapa antara 200 sebelum masihi hingga 200 selepas masihi. Epik ini mengadungi 24000 seloka. Cerita ini berpusat di Ayodha,iIbu negeri kerajaan Kosala

Sementara itu, pengaruh Hindu di Jawa dikaitkan dengan kerajaan Kalingadi India. Pemerintah Kalinga dikatakan menghantar 20000 kelurga Hindu ke Jawa. Menurut sumber-sumber China pula, di Jawa Tengah juga terdapat sebuah kerajaan Hindu yang dikenali sebagai Ho-Ling atau Kalinga. Kerajaan ini kemudiannya menjadi pusat penyebaran agama Buddha iaitu ke abad keempat Masihi. Antara kerajaan lain yang mendapat pengaruh India ialah kerajaan Langkasuka, Kedah Tua dan Gangga Negara di Semenanjung Tanah Melayu, Kutei dan Poni di Borneo, Mataram, Kediri, Singahsari dan Majapahit di Kepulauan Indonesia. Kesemua kerajaan ini menerima pengaruh India yang sangat jelas sama ada dari susun atur bernegara,undang-undang dan sebagainya.Tidak hairanlah jika ada sarjana seperti Coedes yang memberi beebrapa istilah seperti Indianization, expansion of Indian Culture atau Sanskritsization. Coedes menyebut : Indianization must be understood essentially as expansion of an organized Culture that was founded upon the Indian conception of royalty,was Characterized by Hinduist or Buddhist cults,the mythology of the Puranas,ans The observance of the Dharmasastras,and expressed itself in the Sanskrit Language.It is for this reason that we sometimes speak of Sanskritization Instead of Indianization.9G.Coedes op.cit: 16) Bagaimanapun jika ada sarjana yang menggunakan istilah Hindustanisasi, saya kurang setuju kerana konsep ini merujuk khusus kepada penyebaran dan pengaruh agama Hindu ke atas Asia Tenggara. Apabila Islam berkembang di rantau ini, kalangan Tamil-Muslim turut memainkan peranan penting dalam senario politik khususnya di Melaka. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pedagang india merupakan pedagang utama di Melaka. Yusoff Iskandar menyatakan bahawa di kalangan orang asing di Melaka, nampaknya orang Tamil-Muslim sering diberi perhatian kerana dua sebab.Pertama, secara kebetulan komuniti ini merupakan orang asing paling ramai bertumpu di Melaka dan kedua hubungan segolongan mereka dari segi politik tempatan amat erat(Yusoff Iskandar, 1979:56) Sejak awal penubuhan Melaka, iaitu semasa pemerintah Melaka ketiga iaitu Sultan Mahmud Syah, seorang tokoh dari India iaitu Mani Purindan mengalirkan darahnya ke dalam golongan bangsawan setelah bekahwin dengan Tun Rana sandari, anak Seri Nara Diraja, menandakan bermulanya kemasukan elemen non-peribumi dalam institusi pentadbiran dan politik Melaka. Apabila anak Mani Purindan, Tun ali dilantik sebagai Seri Nara Diraja(Penghulu Bendahari) menggantikan datuknya, tradisi kekeluargaan Melayu-Tamil secara terus menyerap ke dalam politik Melaka, bermakna entiti politik di Melaka tidak seratus peratus dmonopoli oleh orang Melayu. Sebelum kemunculan Tun Perak, Tun Alilah tokoh terpenting selepas Sultan Melaka. Dari kelurganya muncul tokoh-tokoh seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Hasan.

Penglibatan orang India-Muslim dalam politik Melaka meresahkan tokoh-tokoh politik Melayu. Bendahara Seri Wak Raja misalnya menunjukkan reaksi negatif dengan membunuh diri(memekan racun) kerana terhina akibat pengaruh orang Tamil-Muslim. Syahdan.maka pada suatu hari Sultan Muzaffar Syah dihadap orang di balai rong.Sudah lama baginda dihadap orang,amka Bebdaahra pun masuk hendak mengadap.Telah datang keluar pintu,maka sultan pun berangkat masuk,sebab sudah lama baginda duduk,tiada baginda tahu akan bendahara datng itu.Maka apda hati Bendahara Seri Wak Raja,`Yang Dipertuan murka akan aku,maka serta aku dating baginda masuk,maka pintu pun ditutup orang. (Shellabear, op.cit:66) Pengikut-pengikut Tun Perak pula bermusuh-musuhan dengan pengikut Tun Ali. Sikap anti-asing lebih jelas terdapat pada keluarga Seri Bija Diraja Tun Krutup yang berketurunan Melayu Bentan.Beliau dihukum bunuh atas perintah Sultan Mahmud,berkemungkinan besar keluarga Melayu ini adalah anti-Sulan Melaka yang beribukan Melayu Tamil(Sultan Mahmud adalah anak kepada Sultan alauddin dengan Tun Senaja iaitu anak Tun Ali(ibid,127-139). Watak-watak seperti Raja Mendeliar ,Kitul, dan Nina Chatu tidak dapat diukur dari taat setia mereka kepada kerajaan Melaka dan Raja Melayu, mereka cuma boleh diperinci dari kepentingan dan kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Mereka datang ke Melaka untuk berniaga dan mengaut kekayaan. Mereka tidak memikirkan akan kesan fitnah dan sokongan terhadap orang asing itu akan meruntuhkan kerajaan Melayu Melaka. Fitnah yang dicipta oleh Kitul dan Raja Mendeliar mendesak Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Bendahara Baginda dan keluarganya. Keadaan seperti ini menyebabkan Tom Pires menyatakan : Where the people are of different nations, these cannot love the kings, as do the natives, without admixture of other nations. ( Courtesao, 1944:280 ) 3.1 Hubungan Alam Melayu Dengan Tamadun China dalam Aspek Bahasa Dan Kebudayaan. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam pergaulan manusia. Tanpa bahasa, tidak mungkin berlaku hubungan yang berkesan antara dua pihak termasuk antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Kita boleh mengukur sejauh mana rapatnya hubungan kedua-dua bangsa atau kerajaan melalui penggunaan bahasa antara kedua-dua pihak. Hubungan antara kedua-dua bangsa akan mencapai peringkat tertinggi jika kedua-dua pihak merasakan perlu memahami dan mempelajari bahasa masing-masing.3

Berbeza dengan Dasar Pandang Ke Timur yang dilaksanakan sejak 20 tahun lalu. Pelajar dan pelatih Malaysia mestilah menguasai bahasa Jepun sebelum dihantar ke negeri matahari terbit itu. Sesiapa yang ingin menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia juga hendaklah menguasai bahasa Jepun. Hubungan sebegini nampaknya berat sebelah. Keadaan ini mungkin berlaku kerana kita adalah masyarakat pengguna dan bukannya masyarakat producing seperti yang disebut oleh Quigley

Bahasa Melayu kuno sudah mula dipelajari bangsa cina sejak abad ketujuh Masihi pada Zaman Dinasti Tang.Ketika itu hubungan antara Dinasti Tang dengan Empayar Srivijaya mencapai tahap yang tinggi terutama dalam bidang agama dan kebudayaan.Pun begitu,hanya sebilangan kecil sahaja daripada rakyat Cina yang belajar bahasa Melayu khususnya bagi mereka yang berminat untuk mendalami agama Buddha. Era pemerintahan Dinasti Ming,menunjukkan adanya kesedaran dan kesungguhan untuk mempelajari bahasa asing kerana dasar luar Dinasti menyebabkan berduyun-duyun melawat China.Pihak kerajaan telah mewujudkan jawatan `Tong Shi` atau jabatan juru bahasa untuk mengendalikan hal-hal hubungan luar negeri.Jabatan ini terdiri daripada 18 jawatankuasa kecil dan dianggotai 60 orang juru bahasa dan pegawai-pegawainya.Melaka mempunyai seorang juru bahasa.Sementara itu sebuah maktab bahasa asing yang dinamakan Si Yi Guan ditubuhkan.Ketika mula ditubuhkan,terdapat lapan jabatan dan Bahasa sudah dimasukkan ke dalam jabatan yang disebut Hui Hui Guan(Jabatan Islam yang merangkumi Parsi,Arab,Melaka,Jawa dan lain-lain) Pertalian dalam bahasa antara kedua-dua bangsa maju setapak lagi apabila terhasilnya Man La Jia Guo Yi Yu(Senarai Perkataan Neger Melaka) yang disusun antara tahun 1403 hingga 1511.Kamus yang terdapat lebih kurang 482 perkataan ini(Lihat Lampiran B)sebenarnya mendahului kamus Itali-Melayu yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521. Walaupun tidak sebanyak perkataan daripada bahas Sanskrit,bahasa Cina turut turut memperkayakan kosa kata bahasa Melayu.Beberapa perkataan yang sering digunakan termasuklah: Makanan dan buah-buahan;me,cincau,kueh,bepang,taugeh,kuaci,kucai,tauhu, laici,behon,samsu;pakaian dan barang-barang dagangan:tocang,kekwa,cat,gincu,tahil, koyan,candu;rumah dan peralatan:pangkin,loceng,bangsal,tongkang,jong,sampan,beca, Sempua,cawan,tekoh,dacing,kincir;manusia dan halehwalnya:apek,nyonya,taukeh, kongsi,ampau,kuntau,gua,lu,samsing,suwe,tokong,tekong,banci;permainan:ceki,pakau, congkak dan mahjong. Satu lagi kesan pertalian Tamadun Melayu dan Cina yang kekal hingga hari ini ialah munculnya komuniti Baba dan Nyonya khususnya di Melaka dan Cina Peranakan di Kelantan.Menurut Tan chee Beng,terdapat salah anggap terhaadap dialek Melayu Baba.Bagi kebanyakan orang,dialek Melayu Baba menunjukkan komuniti hilang bahasa Cina mereka dan pada masa sama mereka tedak bertutur dalam bahasa Melayu yang sepatutnya.Bagaimanapun ,analisis yang dibuat oleh Tan,menunjukkan Melayu Baba mempunyai struktur linguistik yang konsisten.(Tan Chee Beng JMBRAS Vol 53,Part 1,1980:165).Dialek Melayu Baba banyak menggunakan perkataan Hokkien,dan perkataan yang sering digunakan ialah gua,lu.Dialek Melayu Baba juga meminjam perkataan Indonesia seperti bibi dan wak.Terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa Inggeris seperti taim(time) dan tempeh(temple).Dialek Melayu Baba tidak banyak menggunakan imbuhan menggunakan dasar sahaja dalam ayat.Contohnya Dia baca buku.

Orang Cina juga membuat hubungan dengan kawasan pantai timur iaitu Kelantan Rekod Cina ada menyebut tentang wujudnya komuniti Cina yang muncul di kawasan sempada Thai-Kelantan pada pertengahan kurun ke-18.Antara kajian yang telah dilakukan termasuklah oleh Tweedie(1953)Hanapi Dollah yang membuat kajian terhadap komuniti Cina di Kampung Mata Ayer,Kelantan dan Tan Chee Beng telah membuat kajian di beberapa petempatan di tebing Sungai Kelantan dari Kuala Kerai di hulu sehingga di Tumpat di muaranya.Kajian ini mendapati komuniti peranakan Cina atau disebut`Cina kampung` mempunyai hubungan rapat dengan penduduk Melayu tempatan sehingga mereka fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan dan memakai pakaian serupa dengan penduduk tempatan.Interaksi antaraetnik yang wujud sejak dahulu(kanak-kanak) menyebabkan wujudnya persefahaman dan rasa hormat di antara satu sama lain.Kesannya,masyarakat Cina kampung,Melayu dan Thai masing-masing mempunyai minat yang sama dalam permainan tradisi seperti wayang kulit,menora dan wayang gedek.Sungguhpun menora dipersembahkan dalam majlis keagamaan orang Cina,masyarakat Melayu dan Thai turut menontonnya(Tan Chee Beng,JMBRAS,Pt.1,1982:47-48). 3.2 Pertalian Tamadun Melayu dan Tamadun India dalam aspek Bahasa dan Kebudayaan Salah satu hasil perhubungan antara Alam Melayu dengan Tamadun India yang paling pnting dan berkekalan ialah pinjaman perkataan India.Sebahagian besar daripadanya ialah bahasa Sanskrit dan sedikit bahasa Tamil.Menurut Dr. Muhamad,Abdul Jabbar Beg(MAJ Beg),bahasa sanskrit mendapat tempat dalam kosa kata bahasa Melayu.Hal ini bukan kerana banyaknya jumlah perkataan, tetapi seringkali digunakan dalam keadaan-keadaan penting.Apabila kita menonton televisyen,kita akan mendengar berita.Orang yang namanya sering disebut ialah perdana menteri dan menterimenteri serta raja dan Raja Perempuan. MAJ Beg seperti juga Wilkinson mendapati tidak lebih 200 perkataan pinjaman bahasa Sanskrit yang sering digunakan dalam bahasa Melayu. Za`ba pula menyenaraikan tidak kurang daripada 388 perkataan Sanskrit yang dipinjamkan dalam bahasa Melayu. Elok rasanya diperturunkan di sini: Perkataan yang menunjukkan masa: Masa, kala, ketika, kali, bila, sedia, sediakala, tatkala, senja, senjakala, tadi, hari, dinihari, sentiasa dan pertama. Perkataan yang menunjukkan hubungan Sila, pangkat, bangsa, saudara, suami, isteri, ayah, keluarga, tua, muda, belia, remaja dan derma. Perkataan yang menunjukkan bintang,ruang angkasa dan atmosfera: Gerhana, udara, cakerawala, nusantara, angkasa, sakti, utara, cahaya, gelita, gema dan gempa. Perkataan yang menunjukkan binatang Gajah, gembala, singa, serigala, unta, angsa, kuda, naga, biri-biri dan harimau. Perkataan yang menunjukkan perasaan dan suasana

Suka, duka, cinta, berahi, murka, asmara, loba, malas, derma, setia, pahala, bahagia, dusta, sengsara, celaka, suci, semua, segera dan antara. Perkataan yang berkaitan kerabat diraja dan golongan bangsawan Raja, maharaja, dergahayu, baginda, paduka, dulipermaisuri, putera, puteri, mulia, maharani, mahkota, menteri, perdana menteri, laksamana, bendahara, singgahsana, istana, upacara, kurnia, anugerah dan perwira. Perkataan yang berkaitan agama dan pendidikan Agama, guru, puji, tapa, syurga, neraka, puasa, dewa, dewi, pujangga, raksasa, hantu, sastera, rencana, bahasa, jiwa, bijaksana dan jelma. (Zaba, 1965:269-270) MAJ Beg yang mengkaji kata pinjaman bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu turut berpendapat bahawa bahasa Sanskrit yang dipinjamkan ke bahasa Malaysia tidak mencapai taraf yang sama dengan bahasa Arab dalam perbandingan perhubungan antara bahasa-bahasa tersebut. Hal ini kerana bahasa Sanskrit dan bahasa Inggeris lebih secular sifatnya tanpa mempunyai pertalian spritual dengan bahasa Melayu. Beliau memberi contoh konsep syurga dan neraka dalam bahasa Sanskrit yang amat berbeza dengan konsep `janatul firdaus` dan `jahanam` dalam agama Islam. Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas pinjaman bahasa Tamil.Antaranya bunyi letusan tidak bersuara `h` kurang digunakan.Jadi bunyi-bunyi itu digugurkan seperti bhasa(bahasa,arghah(harga) arthah(harta) dan chaya(cahaya).Selain itu huruf a diganti dengan e pepet seperti kadai(kedai),petti(peti) dan kappal(kapal).Huruf v pula diganti dengan b seperti vagai(bagai) dan venali(bendi).Huruf u pula diganti dengan o misalnya mutal(modal) dan kulam(kolam).Sementara itu penggantian vokal depindekkan dalam kedudukan akhir dengan menambahkan satu konsonen atau hentian glottis seperti ayyah(ayah).ammaa(emak)dan akkaa(kakak).(S.Singaravelu,op cit:93-96) Dalam aspek adat istiadat Diraja pula,golongan pemerintah di Alam Melayu termasuk kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu telah menerima beberapa unsure kultus Hindu dan Buddha untuk mengukuhkan kedudukn mereka seperti konsep devaraja(tuhan-raja) yang melihat kerajaan duniawi patut menjadi kerajaan yang bersifat syurga.Istana raja telah dibina di tengah-tengah ibu negeri,dan biasanya dibina di kawasan yang lebih tinggi sebagai suatu tempat pergunungan kosmik yang dikenali sebagai Mahameru.Gunung Mahameru dipercayai tempat tinggal tuhan yang terletak di tengah-tengah alam semesta.Candi dibina seperti di Lembah Bujang,dan digunakan sebagai tempat menjamu makanan untuk Devaraja supaya pemerintah dianggap suci oleh rakyat.Beberapa kesan yang menunjukkan penerimaan orang Melayu telah diadaptasikan kepercayaan kosmologi India berhubung dengan institusi raja boleh dilihat semasa pertabalan Duli Yang Maha Mulia sultan Perak.Sebuah bangunan istimewa dikenali sebagai Panca Persada dibina di dalam kawasan istana raja.Bangunan lima puncak itu mewakili lima puncak gunung kosmik Mahameru.Angka empat mewakili empat arah kardinal alam semesta, dan penggunaan angka pergandaan bagi empat angka,seperti lapan,16 dan 32 diutamakan.Penggunaan angka-angka tersebut ada hubungannya dengan jumlah pembesar istana dan ketua negeri sama ada yang utama atau yang kecil dan tradisi ini diamalkan di Kedah,Pahang,Perak dan Negeri Sembilan.

Gelaran seperti Kebawah Duli Maha Mulia dan Seri Paduka Baginda berkemungkinan menegaskan konsep pemerintah yang suci.Kepentingan gelaran ini berasaskan kepercayaan bahawa Tuhan tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah,bukanbahawa terdapat 20 unsur mitos yang ada pengaruh Hindu yang ketara dalam karya Sejarah Melayu seperti peristiwa Raja Suran Mengembara ke Dalam Laut,Lembu Putih,unsur tiga orang putera Raja Suran,penemuan bayi dalam buih dan buluh dan sebagainya(M.Rajantheran.1999:85-127) Kampung Budaya Cheeti di Gajah Behrang,Melaka seluas 2.4 hektar menyimpan sejarah dan keunikan tersendiri kerana di situlah masyarakat peranakan India menetap dan mereka bukan warisan cheeti yang memberi pinjaman wang.Mereka lahir daripada prosese asimilasi antara kaum India dan penduduk tempatan daripada masyarakat Melayu dan Cina yang wujud sejak era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka,pada kurun ke15 (Harian Metro,9 Ogos 2000).Perwatakan dan budaya mereka ada persamaan dengan keturunan Cina Baba.Menurut ketua kampung di situ,kaum Cheeti bertutur dalam dialek Melayu Melaka dan pakaian mereka,terutama wanita tidak berbeza dengan pakaian melayu.Selain itu ,makanan mereka juga tidak berbeza dengan orang Melayu,kecuali masih kekal dengan agama hindu. 4.1 Hubungan Perdagangan Antara Alam Melayu Dengan Tamadun China Hubungan Perdagangan Antara China dengan Alam Melayu dikatakan sudah berlangsung semenjak zaman Dinasti Han lagi.Jumpaan seramik di Korinci,Sumatera yang tercatat tarikh 45 Sebelum Masihi membuktikan sudah ada hubungan antara keduadua pihak.Bagaimanapun hubungan antara Dinasti Hn dengan Alam Melayu agak terbatas kerana teknik perkapalannya yang maju. Pada zaman Dinasti Tang (618-907 Masihi),beberapa jalur perjalanan laut telah dibuka,yang menghubungkan Guangzhou dengan India,Parsi dan Arab,Jalan perdagangan ini sudah tentu melalui pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu seperti beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu,Srivijaya,Jawa dan lain-lain. Mengikut catatan Cina,Lo-yueh(kemungkinan Johor) dikatakan mempunyai hubungan perdagangan dengan China.Kerajaan-kerajaan lain yang disebut ialah Mo-loyu(Jambi),Ho-Ling(Jawa) dan Srivijaya. Antara pelabuhan-pelabuhan itu,Srivijaya nampaknya dibanjiri oleh pedagang-pedagang Nanhai.(Wang Gungwu,1958:95-99) Kapal-Kapal masuk keluar dengan begitu banyak di pelabuhan Dinasti Song(971999 Masihi). Justeru,kerajaan telah menubuhkan tiga jabatan pentadbiran pelabuhan untuk melicinkan perdagangan khususnya dengan negara-negara Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Barat.Selain itu,Kaisar Song mengambil beberapa langkah untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa seperti menghantar utusan ke Alam Melayu serta membuat peraturan baru dengan menaikkan pangkat pegawai-pegwai yang berjaya memujuk kapal-kapal asing singgah di China dan pegawai-pegawai yang memungut cukai antara 50 hingga 100 ribu untai wang.(Liang Liji,op.cit:37)

Othman Mohd. Yatim meletakkan Kedah sebagai negeri teratas jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain lain di Semenanjung Tanah Melayu dari segi jumpaan artifak yang berkaitan dengan perdagangan dengan China.Jumpaan tembikar jenis celadon3,sekaligus membuktikan bahawa sudah wujud perdagangan antara Kedah dan China sekurang-kurangnya kurun ke-12(othman Mohd Yatim,1991:29-31) Antara barang-brang yang dieksport ke negeri China(Dinasti Song) ialah gading, cula badak,mutiara,gaharu dan cendana,cengkih,pala,lada dan lain-lain.Barang-barang yang diimport pula termasuklah kain sutera dan alatan perabot.Kedatangan saudagar China ke Alam Melayu biasanya disambut dengan hangat hingga pernah dipelawa menginap di rumah tetamu dan disediakan makanan yang banyak. Selain menjalin hubungan diplomatic,kerajaan Ming juga berharap hubungan perdagangan dengan Alam Melayu dapat dipertingkatkan.Armada Cheng Ho dikatakan memiliki anak kapal mencecah 28000 orang.Sesebuah kapal mampu memuatkan 1000 orang.Armada tersebut mengandungi 100 hingga 200 buah kapal. 4.2 Hubungan Perdagangan Antara Tamadun Melayu Dengan Tamadun India Hubungan perdagangan antara India dengan Alam Melayu terjalin sejak abad ketiga sebelum masihi lagi. Hubungan ini bertambah kukuh selama beberapa abad.Hubungan perdagangan menjadi aktif disebabkan pemintaan yang tinggi terhadap barangan dari India dan Asia Tenggara di kalangan masyarakat atasan Empayar Rom.Barang tersebut dijual 100 kali ganda harga asalnya. Antara bahan yang penting di Alam Melayu ialah kain kapas,kayu chendana dan gaharu,rempah-ratus,mutiara,hasil binatang seperti gading serta kulit gajah dan pelbagai jenis burung. Barang-barang tersebut diperoleh di kawasan-kawasan tertentu di Kepulauan Melayu. Antara kawasan-kawasan termasuklah Yavadvipa (Jawa-pulau atau semenanjung barli), Karpuradvipa (Borneo-semenanjung atau pulau kapur barus), Suvarnabhumi/ ini diperkukuhkan lagi kerana orang India di sepanjang pantai memiliki kemahiran belayar seperti juga penduduk di Alam Melayu. Penemuan arkeologi di Kedah, Perak dan Seberang Perai turut membuktikan bahawa pedagangan awal antara Indiadan Alam Melayu. Paul Wheatley menyatakan bahawa pedagang India Selatan masuk ke Tanah Melayu melalui Kedah.James Low yang membuat beberapa penyelidikan di beberapa tapak arkeologi di Kedah dan Seberang Perai menerangkan bahawa bukti arkeologi menunjukkan wujudnya petempatan Hindu serta kuil Hindu di sepanjang lereng Gunung Jerai. Perkembangan hubungan perdagangan juga terdapat dalam karya Ramayana yang merujuk nama tempat Yavadvipa (Jawa) dan karya Arthasastera ciptaan Kautilya yang bertarikh abad keempat sebelum masihi yang merujuk aguru (pokok lidah buaya) diperoleh daripada Suvarnabhumi. (Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera)

Tembikar jenis ini dibuat di daerah Chikiang di utara Negeri China.Tembikar jenis ini merupakan saah satu bahan perdagangan yang amat tinggi permintaanna dan luas penyebarannya.Tembikar yang berwarna hijau ini amat popular di kalangan orag Islam di Timur tengah.

Pada pertengahan abad ketujuh terdapat dua pusat perdagangan di Sumatera iaitu SrivijayaPalembang. (Wolters, 1967: 277). Hubungan perdagangan antara Srivijaya disusuli dengan kehadiran sami Buddha dari India turut mengukuhkan hubungan antarabangsa antara Srivijaya dan India. 5. Kesimpulan Pertalian Tamadun melayu dengan tamadun China pada zaman sebelum penjajahan Barat tidak banyak membuahkan kesan yang mendalam dan besar ke atas Tamadun Melayu. Hal ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu tidak didorong oleh niat untuk menjajah, sebaliknya mewujudkan persefahaman, peluang perdagangan justeru mereka saling menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan budaya masing-masing. Tetapi sayang sekali, hubungan antara Empayar Melaka dan Dinasti Ming yang mesra, erat dan akrab telah dimusnahkan oleh Portugisdan China pula diceroboh pula oleh kuasa-kuasa Barat. Hubungan yang terjalin itu terputus sehinggakan kamus Melayu-China tidak diperlukan lagi. Satu perkara saya rasa agak terkurang jika dibandingkan dengan masyarakat Cina ialah budaya menulis yang agak ketara dalam tamadun Melayu. Jarang kita terjumpa prasasti atau hasil-hasil bertulis masyarakat Melayu zaman lampau di luar Kepulauan Melayu. Kita seringkali menjumpai artifak dari India atau Cina yang ditemui di Kepulauan Melayu. Dalam teks Sejarah Melayu ada disebut tentangutusan Melaka yang dihantar ke Pasai tidak membawa surat sebaliknya ketua rombongan terpaksa menghafal surat daripada Sultan Melaka. Sebaliknya catatan Cina ada menyenaraikan namanama Sultan Melaka seperti berikut: Bai Li Mi Su La (Parameswara) Mu Wo Sa Gan Di Er Sha ( Megat Iskandar Syah) Yi Si Han Da Er Sha (Iskandar Shah) Xi Li Ma Ha La Zhe (Seri Maharaja) Xi Li Ba Mi Xi Wa Er Tiu Ba Sha (Parameswara Dewa Syah) Su Lu Tan Wu Da Fu Na Sha (Sultan Muzaffar Syah) Su Dan Mang Su Sha (Sultan Mansur Syah) Ma Ha Mu Sha (Sultan Mahmud Syah) Jika dibandingkan dengan Tamadun China, pengaruh Tamadun India lebih ketara dalam beberapa aspek seperti pemerintahan kerajaan-kerajaan awal, bahasa dan budaya yang disebarkan ke atas Alam Melayu yang disesuaikan dengan keadaan semasa. Peranan pedagang, Putera raja India, sami dan sarjana serta penduduk tempatan turut menyebabkan kesan hubungan itu hingga ke hari ini.

Berbeza sekali apabila kedatangan kuasa-kuasa barat ke Asia Tenggara yang berslogankan tugas menyebarkan tamadun serta tanggungjawab orang putih, rupa-rupanya slogan itu langsung tidak dihormati dan dilaksanakan, malah semua itu dusta belaka. Mereka datangdengan niat untuk mengutip hasil bumi dari Alam Melayu kerana desakan Revolusi Perindustrian dan untuk tujuan itu mereka menindas penduduk tempatan tanpa belas kasihan. Jika menentang peraturan mereka, mereka labelkan sebagai penjenayah. Demi kedaulatan bangsa dan negara, muncullah tokoh-tokoh seperti Diponegoro di Jawa, Lakan Dula di Filipina dan Tok Janggut di Kelantan. Jika Antanum bersama 400 pengikutnya terkorban, mereka tidak ambil peduli, tetapi tiga orang pengurus ladang berkulit putih dibunuh, darurat diisytiharkandi seluruh Tanah Melayu (1948). Lihatlah betapa angkuhnya penjajah bermaharajalela di bumi orang. Itulah dasar penjajh yang tidak memikirkan kesan jangka panjang. Setidak-tidaknya hubungan Alam Melayu dengan Tamadun China dan Tamadun India dapat dijadikan iktibar bahawa persahabatan sesama taraf mungkin lebih memanfaatkan kedua-dua pihak.

You might also like